Kementerian Kewangan

Call Directions Website

Kementerian Kewangan The official Facebook fanpage of the Ministry of Finance, Malaysia. Learn more at: www.mof.gov.my

Disclaimer : Kerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

21/10/2026

HARI PSIKOLOGI DAN PROGRAM SERONOK BEKERJA KEMENTERIAN KEWANGAN TAHUN 2026

SIARAN MEDIA M*F
20/10/2026

SIARAN MEDIA M*F

Kejayaan pembentangan Belanjawan 2027 ialah hasil usaha dan komitmen seluruh warga Kementerian Kewangan (M*F).Pada Perhi...
19/10/2026

Kejayaan pembentangan Belanjawan 2027 ialah hasil usaha dan komitmen seluruh warga Kementerian Kewangan (M*F).

Pada Perhimpunan Bulanan M*F pagi tadi, YBhg. Tan Sri Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, merakamkan penghargaan kepada seluruh warga M*F dan semua pihak yang bertungkus-lumus menjayakan penyediaan belanjawan negara.

Beliau turut mengingatkan bahawa jika sektor korporat bekerja keras untuk menjana keuntungan dan memajukan syarikat, penjawat awam p**a memikul amanah yang lebih besar, iaitu mengurus wang rakyat dengan penuh tanggungjawab.

Amanah ini menuntut tatakelola yang baik, integriti dan iltizam untuk memastikan setiap dasar serta peruntukan yang dirangka benar-benar membawa manfaat dan hasilnya dirasai rakyat.




19/10/2026

PERJUMPAAN YAB PERDANA MENTERI BERSAMA- SAMA WARGA KEMENTERIAN, 19 OKTOBER 2026




Belanjawan 2027: Bantuan Untuk M40 Daripada struktur baharu cukai pendapatan dan peluasan pelepasan cukai sehingga pemil...
19/10/2026

Belanjawan 2027: Bantuan Untuk M40

Daripada struktur baharu cukai pendapatan dan peluasan pelepasan cukai sehingga pemilikan perumahan serta rebat Skim NUR MADANI, Belanjawan 2027 fokus memperkasakan kewangan golongan M40.

Insentif ini diperkukuh bagi membantu kump**an berpendapatan sederhana mengurus komitmen harian dengan lebih efektif.

Ingin tahu bantuan dan inisiatif yang anda layak terima?

πŸ”—Layari manfaat.mof.gov.my untuk maklumat lanjut.






Fahmi Fadzil
Kementerian Komunikasi
Jabatan Penerangan Malaysia
Erwin Khairul Ahmad

Dalam Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan hari ini, YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri dan Menteri K...
19/10/2026

Dalam Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan hari ini, YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, mengingatkan seluruh warga Perbendaharaan agar terus teguh melaksanakan amanah kepada rakyat dan tidak membiarkan kritikan melemahkan semangat untuk berkhidmat.

YAB Perdana Menteri turut merakamkan penghargaan kepada warga M*F atas kerja keras dan komitmen dalam menyediakan Belanjawan 2027.

Bertemakan β€œMalaysia MADANI: Menggapai di Langit, Mengakar di Bumi”, Belanjawan 2027 membawa Waad Nasional, iaitu tanggungjawab bersama antara Kerajaan dengan rakyat untuk memastikan kemajuan negara turut membawa kesejahteraan kepada semua. Pertumbuhan KDNK sebanyak 6.0% pada suku kedua 2026 menjadi antara asas untuk meneruskan usaha ini.

Keutamaan M*F termasuk melaksanakan subsidi bersasar, menambah baik bantuan seperti STR dan SARA, mengurus hutang negara secara berhemat serta mengurangkan defisit secara berperingkat. Pembaharuan tatakelola melalui Akta Perolehan Kerajaan dan usaha memperkukuh tadbir urus entiti milik Kerajaan p**a menyokong ketelusan dan akauntabiliti dalam pengurusan kewangan awam.

Seluruh warga M*F akan terus berganding bahu memastikan setiap ikhtiar dilaksanakan dengan baik agar hasil pembangunan dan pengurusan kewangan yang berhemah dapat dirasai oleh rakyat.




19/10/2026

ππ„π‘π‰π”πŒππ€π€π π˜π€π 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐍𝐀 πŒπ„ππ“π„π‘πˆ ππ„π‘π’π€πŒπ€-π’π€πŒπ€ 𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 πŠπ„πŒπ„ππ“π„π‘πˆπ€π ππ„π‘π’π„πŒππ„ππ€ 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 ππ„π‘π‡πˆπŒππ”ππ€π 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍𝐀𝐍 πŠπ„πŒπ„ππ“π„π‘πˆπ€π πŠπ„π–π€ππ†π€π

PUTRAJAYA, 19 Oktober 2026 – Perjumpaan YAB Perdana Menteri bersama-sama warga kementerian bersempena dengan Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan bertempat di Dewan Auditorium, Aras 1, Blok Tengah, Kompleks Kementerian Kewangan.




⚠️ AMARAN: MAKLUMAT TIDAK BENAROrang ramai dinasihatkan agar tidak mempercayai atau menyebarkan poster yang mendakwa QR ...
18/10/2026

⚠️ AMARAN: MAKLUMAT TIDAK BENAR

Orang ramai dinasihatkan agar tidak mempercayai atau menyebarkan poster yang mendakwa QR memulakan caj perkhidmatan pada 1 November 2026 kerana maklumat tersebut adalah PALSU.

Kementerian Kewangan ingin menegaskan bahawa tiada pengumuman rasmi mengenai perkhidmatan caj bagi QR seperti yang didakwa dalam poster berkenaan.

Orang ramai disaran untuk sentiasa mendapatkan maklumat yang sahih melalui saluran rasmi Kementerian Kewangan sebelum berkongsi bagi mengelakkan penyebaran berita palsu yang boleh mengelirukan masyarakat.


Address

Putrajaya

Opening Hours

Monday 07:30 - 17:30
Tuesday 07:30 - 17:30
Wednesday 07:30 - 17:30
Thursday 07:30 - 17:30
Friday 07:30 - 17:30

Telephone

+60380008000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kementerian Kewangan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share