02/08/2024
Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera.
Tuan/Puan
MAKLUMAN HEBAHAN: Perkongsian poster hebahan berkaitan Pengemaskinian Maklumat Penjawat Awam di dalam HRMIS Bagi Tujuan Pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam untuk di war-warkan kepada agensi di bawah seliaan tuan/ puan
02/07/2024
PERINGATAN MESRA 2️⃣ HARI LAGI SEBELUM PENUTUPAN SISTEM HRMIS JAPEN❗❗❗ ❗❗❗❗❗❗
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
YBhg. Dato'/YBrs. Ts./Tuan/Puan
PENUTUPAN SISTEM HRMIS BAGI PENGEMASKINIAN DATA PERJAWATAN JABATAN PENERANGAN MALAYSIA
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2. Dimaklumkan bahawa Unit HRMIS, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia akan menjalankan penyelenggaraan Sistem HRMIS Jabatan bagi tujuan pengemaskinian data perjawatan Jabatan Penerangan Malaysia berikutan Perubahan Struktur Perjawatan Kementerian Komunikasi selaras dengan perubahan Waran Perjawatan Kementerian Komunikasi yang berkuat kuasa pada 12 Disember 2023.
3. Justeru, Sistem HRMIS akan ditutup sepenuhnya mulai 6 Julai 2024 (Sabtu) sehingga 31 Julai 2024 (Rabu) bagi memberi ruang kepada Pasukan HRMIS untuk menyelenggara sistem tersebut. Oleh itu, kerjasama YBhg. Dato’/YBrs. Ts./Tuan/Puan adalah dipohon untuk mengambil tindakan seperti berikut :
🔴 Memastikan maklumat rekod peribadi dan harta telah dikemaskini;
🔴Merancang serta melaksanakan proses permohonan cuti lebih awal;
🔴 Menyokong dan Meluluskan Permohonan Cuti Pegawai
🔴 Merancang dan melaksanakan proses permohonan tuntutan perjalanan, tuntutan elaun lebih masa, tuntutan pendahuluan diri dan permohonan keluar negara sebelum penutupan sistem sepenuhnya;
🔴 Menyimpan Deskripsi Tugas dan MyPortfolio Pemilik Kompetensi kerana pengemaskinian ini akan menyebabkan kesemua data hilang sepenuhnya;
🔴 Mengemaskini dan mengosongkan peti simpanan dari semasa ke semasa.dan
Jika terdapat sebarang masalah dan persoalan tentang HRMIS JABATAN tuan/puan boleh berhubung dengan pihak kami ditalian 03-89113526/3572/3529 atau e-mail ke [email protected]
Sekian ,Terima Kasih
UNIT HRMIS JAPEN
Jabatan Penerangan Malaysia
09/04/2024
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin
Ikhlas daripada :
Unit Pengurusan Data
Cawangan Perancangan Tenaga Manusia & Pembangunan Organisasi
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Jabatan Penerangan Malaysia
11/03/2024
Assalamualaikum/ Salam Sejahtera,
HEBAHAN FUNGSI SEMAKAN DATA HRMIS
Dimajukan poster hebahan semakan data berintegriti untuk makluman dan tindakan selanjutnya.
Harap maklum.
Jabatan Penerangan Malaysia
Jabatan Perkhidmatan Awam
Change Management HRMIS JPA
08/03/2024
Assalamualaikum/ Salam Sejahtera,
HEBAHAN FUNGSI SEMAKAN DATA HRMIS.
Untuk makluman, Bahagian Digital dan Teknologi Maklumat (BDTM) JPA telah menyediakan Panduan Pengguna Fungsi Semakan Data HRMIS. Disertakan poster rujukan FUNGSI SEMAKAN DATA.
Untuk panduan pengguna tuan/puan boleh melayari pautan:
https://bit.ly/3J4OSyS atau melayari Portal HRMIS di https://www.eghrmis.gov.my/panduan-pengguna/hrmis-2-0.html
Harap maklum.
Jabatan Penerangan Malaysia
Jabatan Perkhidmatan Awam
Change Management HRMIS JPA
08/11/2023
𝐂𝐔𝐓𝐈 𝐓𝐀𝐍𝐏𝐀 𝐑𝐄𝐊𝐎𝐃 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐘𝐀𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐃𝐄𝐄𝐏𝐀𝐕𝐀𝐋𝐈 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐆𝐀𝐖𝐀𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐇𝐈𝐃𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐀𝐖𝐀𝐌 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐌𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍𝐔𝐓 𝐀𝐆𝐀𝐌𝐀 𝐇𝐈𝐍𝐃𝐔
Rujukan:
Surat Edaran JPA.(S)800-1/1/7 JLD.4 (15) dan MyPPSM Ceraian SR 5.3.6
https://www.jpa.gov.my/surat-edaran/tahun-2023/3190-penambahbaikan-cuti-tanpa-rekod-sempena-perayaan-hari-deepavali
17/08/2023
GANGGUAN CAPAIAN PERKHIDMATAN SISTEM APLIKASI HRMIS 2.0 DAN SISTEM-SISTEM APLIKASI JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA)
Assalamualaikum & Salam Sejahtera.
Tuan/ puan,
Untuk Makluman, terdapat gangguan capaian kepada semua Aplikasi HRMIS 2.0 dan Sistem Aplikasi JPA bermula pada 19 Ogos 2023 (Sabtu / 9.00 pagi) hingga 20 Ogos 2023 (Ahad / 10.00 Malam) kerana kerja-kerja berjadual penggantian Komponen Elektrik (Transformer) di JPA. Sebarang kesulitan amatlah dikesali.
Jika terdapat sebarang masalah dan persoalan tuan/puan boleh berhubung dengan pihak kami ditalian 03-89113526/3572/3529 atau e-mail ke [email protected]
Sekian ,Terima Kasih
UNIT HRMIS JAPEN
Jabatan Penerangan Malaysia
Send a message to learn more
01/08/2023
GANGGUAN CAPAIAN PERKHIDMATAN SISTEM APLIKASI HRMIS 2.0 DAN SISTEM-SISTEM APLIKASI JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA)
Assalamualaikum & Salam Sejahtera.
Tuan/ puan,
Untuk Makluman, terdapat gangguan capaian kepada semua Aplikasi HRMIS 2.0 dan Sistem Aplikasi JPA bermula pada 2 Ogos 2023 (Rabu / 6.00 petang) hingga 3 Ogos 2023 (Khamis / 7.00 pagi) kerana kerja-kerja penyenggaraan perkakasan tidak berjadual di Pusat Data Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Sebarang kesulitan amatlah dikesali.
Jika terdapat sebarang masalah dan persoalan tuan/puan boleh berhubung dengan pihak kami ditalian 03-89113526/3572/3529 atau e-mail ke [email protected]
Sekian ,Terima Kasih
UNIT HRMIS JAPEN
Send a message to learn more
10/05/2023
Mesyuarat Kerja Pentadbir HRMIS Jabatan Penerangan Malaysia Bil. 1/2023
Jabatan Penerangan Malaysia
Change Management HRMIS JPA
16/12/2022
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Untuk makluman, Fungsi Semakan Data yang melibatkan 126 elemen data bagi pelaksanaan penilaian KPI HRMIS Tahun 2022 telah boleh diakses di dalam HRMIS oleh Pemilik Kompetensi dan Pentadbir Agensi mengikut peranan masing-masing.
Jabatan Penerangan Malaysia
Jabatan Penerangan Negeri Sembilan
Jabatan Penerangan WPKL
Jabatan Penerangan Negeri Selangor
Jabatan Penerangan Sarawak
Jabatan Penerangan Sabah
17/11/2022
Ayuh Warga Jabatan Penerangan Malaysia Semak Data Berintegriti!!! "Data Kita tanggungjawab kita"
Jabatan Perkhidmatan Awam
Change Management HRMIS JPA
14/11/2022
Perbincangan Pemantapan Skim Artis Budaya Di Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) bersama Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara (JKKN) dan Istana Budaya (IB).
Terima kasih diucapkan atas kehadiran Puan Aishah Bee & Puan Rizuani bagi pihak JKKN dan Puan Siti Baizura & Puan Akma bagi pihak Istana Budaya atas kesudian berkongsi ilmu dan pandangan dalam memantapkan lagi skim artis budaya.
Turut serta Pengarah Bahagian Perkhidmatan Komunikasi dan Pembangunan Masyarakat (BPKPM), Puan Julina Johan bersama Timbalan Pengarah, En. Suzaman dan Penolong Pengarah, En. Hafiz dari cawangan Pentarama.
Semoga pertemuan ini membuahkan hasil dan diharap dapat bekerjasama antara jabatan/agensi di masa akan datang. InshaAllah. 👍🏼
Jabatan Penerangan Malaysia
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara
Istana Budaya