Professional Training and Education for Growing Entrepreneurs - PROTÉGÉ

Professional Training and Education for Growing Entrepreneurs - PROTÉGÉ

Share

PROTÉGÉ melaksanakan inisiatif-inisiatif meningkatkan potensi kebolehpasaran serta memupuk kemahiran keusahawanan.

Program peningkatan potensi kebolehpasaran Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) kini telah dijenamakan semula kepada Program PROTÉGÉ - Ready To Work (RTW). Struktur asal program masih dikekalkan dan kini ditambahbaik dengan komponen keusahawanan untuk memupuk pemikiran dan kemahiran keusahawanan dalam kalangan graduan.

Photos from Professional Training and Education for Growing Entrepreneurs - PROTÉGÉ's post 28/05/2026

Program Jaguh Keusahawanan Nasional (JAGUH) Siri 6 Tahun 2026 telah berjaya dilaksanakan pada 22 hingga 23 Mei 2026 di UiTM Kampus Sabah. Program ini telah menghimpunkan seramai 189 mahasiswa dan graduan daripada 7 Institusi Pengajian Tinggi (IPT) bagi menyemarakkan budaya keusahawanan dalam kalangan generasi mahasiswa dan graduan.

Majlis Penutupan program telah disempurnakan oleh YB Datuk Mohamad bin Alamin, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi di Dewan Tun Mustapha, UiTM Sabah, sekali gus menandakan komitmen berterusan dalam memperkukuh ekosistem keusahawanan negara.💡✨

Antara IPT yang terlibat ialah:
📍UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UITM) CAWANGAN SABAH
📍UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS)
📍UNIVERSITY COLLEGE SABAH FOUNDATION (UCSF)
📍KOLEJ KOMUNITI PENAMPANG
📍NSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA (IKBN) KINARUT
📍CYBERJAYA COLLEGE KOTA KINABALU
📍ADTEC JTM KAMPUS KOTA KINABALU

Melalui program ini, para peserta didedahkan dengan kesedaran keusahawanan serta pembangunan idea inovatif dan penyelesaian pasaran berdasarkan bidang pengajian masing-masing.

JAGUH Siri 6 Tahun 2026 turut memberi fokus kepada tiga sektor utama berpotensi tinggi iaitu:

🌟 Sektor Pertumbuhan Tinggi dan Bernilai Tinggi (HGHV)
🎨 Ekonomi Jingga (Orange Economy)
🌊 Ekonomi Biru (Blue Economy)

Semoga program ini menjadi pemangkin kepada lahirnya lebih ramai usahawan muda yang berdaya saing, inovatif dan mampu mencipta impak kepada ekonomi negara.

Photos from Professional Training and Education for Growing Entrepreneurs - PROTÉGÉ's post 26/05/2026

Program Jaguh Keusahawanan Nasional (JAGUH) Siri 5 Tahun 2026 telah berjaya dilaksanakan pada 19 hingga 20 Mei 2026 bertempat Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS). Program ini telah menghimpunkan seramai 177 mahasiswa dan graduan daripada 15 Institusi Pengajian Tinggi (IPT) bagi menyemarakkan budaya keusahawanan dalam kalangan generasi mahasiswa dan graduan. 💡✨

Antara IPT yang terlibat ialah:
📍 Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA)
📍Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM Kuantan)
📍Kolej Profesional MARA Indera Mahkota (KPMIM)
📍Kolej Poly-Tech MARA Kuantan
📍Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang (UniSHAH)
📍GIATMARA Pahang
📍ADTEC-JTM Kampus Kuantan
📍Politeknik Muadzam Shah (PMS)
📍TVETMARA Pekan
📍Kolej Komuniti Pekan
📍Kolej Komuniti Bentong
📍Kolej Komuniti Paya Besar
📍Politeknik Metro Kuantan (PMKU)
📍Kolej Komuniti Temerloh
📍Politeknik Premier Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS).

Melalui program ini, para peserta didedahkan dengan kesedaran keusahawanan serta pembangunan idea inovatif dan penyelesaian pasaran berdasarkan bidang pengajian masing-masing.

JAGUH Siri 5 Tahun 2026 turut memberi fokus kepada tiga sektor utama berpotensi tinggi iaitu:
🌟 Sektor Pertumbuhan Tinggi dan Bernilai Tinggi (HGHV)
🎨 Ekonomi Jingga (Orange Economy)
🌊 Ekonomi Biru (Blue Economy)

Semoga program ini menjadi pemangkin kepada lahirnya lebih ramai usahawan muda yang berdaya saing, inovatif dan mampu mencipta impak kepada ekonomi negara.

21/05/2026

📢 [MAKLUMAN TERKINI] PELAKSANAAN PROGRAM PROTÉGÉ-RTW 📢

Berkuat kuasa 15 Mei 2026, Unit Sekretariat PROTÉGÉ (KUSKOP) tidak lagi berperanan sebagai Sekretariat Pelaksana bagi Program PROTÉGÉ-RTW di bawah obligasi PP/PK 1.12.

📌 TINDAKAN SYARIKAT PELAKSANA OBLIGASI (PP/PK 1.12):
Syarikat diminta untuk berhubung terus kepada Kementerian / Jabatan / Agensi / Kerajaan Negeri masing-masing bagi semua urusan pelaksanaan.

🔗 DIREKTORI PEGAWAI PERHUBUNGAN:
Sila imbas Kod QR pada poster untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan pegawai perhubungan di Kementerian/Agensi masing-masing.

📞 PERTANYAAN LANJUT:
Sebarang kemusykilan, sila hubungi kami di talian:
▪️ 03-8883 6205
▪️ 03-8883 6237
▪️ 03-8883 6210
✉️ Atau e-mel ke: [email protected]

Kerjasama daripada semua pihak amat kami hargai. Sila kongsikan makluman ini kepada pihak-pihak dan syarikat yang berkenaan.

Photos from Professional Training and Education for Growing Entrepreneurs - PROTÉGÉ's post 20/05/2026

Program Jaguh Keusahawanan Nasional (JAGUH) Siri 4 Tahun 2026 telah berjaya dilaksanakan pada 16 hingga 17 Mei 2026 di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Seri Iskandar, Perak.
Program JAGUH merupakan inisiatif di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) yang bertujuan memupuk budaya keusahawanan dalam kalangan mahasiswa dan graduan melalui penghasilan idea inovatif serta penyelesaian berasaskan keperluan pasaran selari dengan bidang pengajian
masing-masing.

Pelaksanaan program ini memberi penekanan kepada tiga sektor utama, iaitu:
✨ Sektor Pertumbuhan Tinggi dan Bernilai Tinggi (HGHV);
✨ Ekonomi Jingga (Orange Economy); dan
✨ Ekonomi Biru (Blue Economy).

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak UiTM atas kesudian menjadi penganjur bersama dalam menjayakan program ini. Semoga program ini menjadi pemangkin kepada lahirnya lebih ramai usahawan muda yang berdaya saing, inovatif dan mampu mencipta impak kepada ekonomi negara.

Photos from Professional Training and Education for Growing Entrepreneurs - PROTÉGÉ's post 19/05/2026

Program Jaguh Keusahawanan Nasional (JAGUH) Siri 3 Tahun 2026 telah berjaya dilaksanakan pada 14 hingga 15 Mei 2026 di Pusat Asasi Universiti Teknologi MARA (UiTM), Dengkil, Selangor.
Program JAGUH merupakan inisiatif di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) yang bertujuan memupuk budaya keusahawanan dalam kalangan mahasiswa dan graduan melalui penghasilan idea inovatif serta penyelesaian berasaskan keperluan pasaran selari dengan bidang pengajian
masing-masing.

Pelaksanaan program ini memberi penekanan kepada tiga sektor utama, iaitu:
✨ Sektor Pertumbuhan Tinggi dan Bernilai Tinggi (HGHV);
✨ Ekonomi Jingga (Orange Economy); dan
✨ Ekonomi Biru (Blue Economy).

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak UiTM atas kesudian menjadi penganjur bersama dalam menjayakan program ini. Penghargaan turut diberikan kepada 10 institusi pengajian tinggi sekitar Selangor yang telah menghantar seramai 152 peserta bagi bersama-sama merebut peluang memperkukuh ekosistem dan pembudayaan keusahawanan dalam kalangan mahasiswa serta graduan.

Photos from Professional Training and Education for Growing Entrepreneurs - PROTÉGÉ's post 15/05/2026

Sekreatariat Protege amat berbesar hati menerima jemputan daripada Universiti Kuala Lumpur Malaysian Institute of Information Technology (UniKL MIIT) bagi menghadiri program Teknofest Legacy 2026 yang berlangsung pada 14 Mei 2026.

Program yang bertemakan “Color in Tradition, Technology in Motion” ini mengetengahkan elemen kreativiti, inovasi dan keusahawanan dalam kalangan mahasiswa melalui pelbagai aktiviti akademik, kebudayaan serta keusahawanan pelajar.

Antara pengisian utama program termasuk sesi walkabout gerai jualan usahawan pelajar yang mempamerkan pelbagai produk dan perkhidmatan hasil idea serta kreativiti mahasiswa. Selain itu, Majlis Penutupan turut diadakan bagi meraikan pencapaian para peserta menerusi sesi penyampaian anugerah dan penghargaan.

Penganjuran program seperti ini dilihat mampu menjadi platform terbaik dalam melahirkan lebih ramai usahawan muda yang kreatif, inovatif dan berdaya saing sejajar dengan aspirasi pembangunan ekosistem keusahawanan negara.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada pihak penganjur serta semua mahasiswa yang berjaya menjayakan Teknofest Legacy 2026! ✨

Photos from Professional Training and Education for Growing Entrepreneurs - PROTÉGÉ's post 12/05/2026

🚀 PROGRAM JAGUH KEUSAHAWANAN NASIONAL 2026

🔥 JAGUH Inovasi Bermula Di Sini!
Ada idea bisnes tapi tak tahu nak mula? Inilah peluang anda untuk mengubah idea menjadi realiti!

Sertai program pembangunan usahawan mahasiswa terbesar anjuran KUSKOP menerusi Professional Training and Education for Growing Entrepreneurs (PROTÉGÉ) dengan kerjasama Universiti Teknologi MARA (UiTM) Seri Iskandar, Perak 💼✨

📍 Lokasi: UiTM Seri Iskandar
📅 Tarikh: 16 - 17 Mei 2026 (Sabtu - Ahad)
🎯 Penyertaan: PERCUMA (termasuk penginapan, makan minum dan sijil penyertaan)
⚠️ Terhad kepada 250 peserta sahaja
👥 Penyertaan secara berkumpulan (Max. 4 orang/kumpulan)

💡 Apa yang anda akan dapat?
✨ Bengkel intensif bersama pakar industri
✨ Bimbingan mentor berpengalaman
✨ Peluang membina idea & prototaip
✨ Pengalaman pitching di peringkat kebangsaan
✨ Peluang eksklusif ke Top 30 kumpulan ke Fasa 2

👥 Siapa boleh mohon?
✔️ Pelajar IPT & TVET
✔️ Graduan & alumni program PROTÉGÉ (berumur sehingga 30 tahun)

🌐 Bidang fokus program
🚀 HGHV (High Growth High Value)
🎨 Ekonomi Jingga (Orange Economy)
🌊 Ekonomi Biru (Blue Economy)
Perusahaan sosial amat dialu-alukan!

🎯 Kenapa anda perlu sertai?
Kerana ini bukan sekadar program - ini adalah platform untuk anda membina idea, mengembangkan potensi dan melangkah sebagai usahawan masa depan 🚀

👉 Daftar sekarang & jadi JAGUH anda sendiri!
🌐 https://www.insken.gov.my/jaguh_uitm_si/

Photos from Professional Training and Education for Growing Entrepreneurs - PROTÉGÉ's post 12/05/2026

🚀 PROGRAM JAGUH KEUSAHAWANAN NASIONAL 2026

🔥 JAGUH Inovasi Bermula Di Sini!
Ada idea bisnes tapi tak tahu nak mula? Inilah peluang anda untuk mengubah idea menjadi realiti!

Sertai program pembangunan usahawan mahasiswa terbesar anjuran KUSKOP menerusi Professional Training and Education for Growing Entrepreneurs (PROTÉGÉ) dengan kerjasama Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Selangor, Kampus Dengkil 💼✨

📍 Lokasi: UiTM Kampus Dengkil
📅 Tarikh: 14 - 15 Mei 2026 (Khamis - Jumaat)
🎯 Penyertaan: PERCUMA (termasuk penginapan, makan minum dan sijil penyertaan)
⚠️ Terhad kepada 250 peserta sahaja
👥 Penyertaan secara berkumpulan (Max. 4 orang/kumpulan)

💡 Apa yang anda akan dapat?
✨ Bengkel intensif bersama pakar industri
✨ Bimbingan mentor berpengalaman
✨ Peluang membina idea & prototaip
✨ Pengalaman pitching di peringkat kebangsaan
✨ Peluang eksklusif ke Top 30 kumpulan ke Fasa 2

👥 Siapa boleh mohon?
✔️ Pelajar IPT & TVET
✔️ Graduan & alumni program PROTÉGÉ (berumur sehingga 30 tahun)

🌐 Bidang fokus program
🚀 HGHV (High Growth High Value)
🎨 Ekonomi Jingga (Orange Economy)
🌊 Ekonomi Biru (Blue Economy)
Perusahaan sosial amat dialu-alukan!

🎯 Kenapa anda perlu sertai?
Kerana ini bukan sekadar program - ini adalah platform untuk anda membina idea, mengembangkan potensi dan melangkah sebagai usahawan masa depan 🚀

👉 Daftar sekarang & jadi JAGUH anda sendiri!
🌐 https://www.insken.gov.my/jaguh_uitm_si/

Photos from Professional Training and Education for Growing Entrepreneurs - PROTÉGÉ's post 11/05/2026

Program Jaguh Keusahawanan Nasional (JAGUH) Siri 2 Tahun 2026 telah berjaya dilaksanakan pada 6 hingga 7 Mei 2026 bertempat di Usima Forest Resort, Ayer Keroh, Melaka menerusi kerjasama strategik bersama Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).

Program ini telah menghimpunkan seramai 190 mahasiswa dan graduan daripada 14 Institusi Pengajian Tinggi (IPT) sekitar Melaka bagi menyemarakkan budaya keusahawanan dalam kalangan generasi mahasiswa dan graduan. 💡✨

Antara IPT yang terlibat ialah:

📍 Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
📍 UiTM Kampus Alor Gajah
📍 UiTM Kampus Jasin
📍 UiTM Kampus Bandaraya Melaka
📍 Universiti Sains Islam Malaysia
📍 Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Alor Gajah
📍 Multimedia University Kampus Melaka
📍 Universiti Kuala Lumpur MICET
📍 Kolej Komuniti Masjid Tanah
📍 GIATMARA Masjid Tanah
📍 GIATMARA Bukit Katil
📍 Advanced Technology Training Centre Bukit Katil
📍 Advanced Technology Training Centre Proton Institute
📍 Kolej Komuniti Bukit Katil

Melalui program ini, para peserta didedahkan dengan kesedaran keusahawanan serta pembangunan idea inovatif dan penyelesaian pasaran berdasarkan bidang pengajian masing-masing.

JAGUH Siri 2 Tahun 2026 turut memberi fokus kepada tiga sektor utama berpotensi tinggi iaitu:

🌟 Sektor Pertumbuhan Tinggi dan Bernilai Tinggi (HGHV)
🎨 Ekonomi Jingga (Orange Economy)
🌊 Ekonomi Biru (Blue Economy)

Semoga program ini menjadi pemangkin kepada lahirnya lebih ramai usahawan muda yang berdaya saing, inovatif dan mampu mencipta impak kepada ekonomi negara.

01/05/2026

Selamat Hari Pekerja 2026.
Terima kasih atas segala usaha, dedikasi dan komitmen yang dicurahkan demi kemajuan bersama.

Want your business to be the top-listed Government Service in Putrajaya?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Website

https://linktr.ee/protege_kuskop?utm_source=linktree_profile_share<sid=414c9861-fde2-4cf3-b7a5

Address


Putrajaya

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00