05/09/2025
✨ Salam Maulidur Rasul 1447H / 2025M ✨
Marilah kita menzahirkan kecintaan kepada Rasulullah SAW dengan memperbanyakkan selawat, menghayati sunnah Baginda serta menjadikan perjuangan Baginda sebagai panduan hidup.
“Dan tidaklah Kami mengutus engkau (wahai Muhammad), melainkan sebagai rahmat bagi sekalian alam.” — Surah Al-Anbiya’, ayat 107.
Daripada
🇦🇲 KEPSI Cawangan WP Putrajaya
03/09/2025
𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐇𝐈𝐌𝐏𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐒𝐀𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍
Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS) akan menganjurkan Majlis Perhimpunan Kesatuan Sekerja Peringkat Kebangsaan Tahun 2025: -
Tarikh: 06 September 2025 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi
Tempat: Bertam Resort, Pulau Pinang
Majlis Perhimpunan Kesatuan Sekerja Peringkat Kebangsaan Tahun 2025 ini akan dirasmikan oleh YB Encik Steven Sim Chee Keong, Menteri Sumber Manusia.
Jumpa di sana!
30/08/2025
✨ Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-68, Tahun 2025 🇲🇾🎉
Hari penuh bermakna ini mengingatkan kita kepada pengorbanan pejuang tanah air.
Semoga semangat perpaduan, keberanian dan kecintaan kepada Malaysia terus menyala dalam diri kita semua untuk membina masa depan yang lebih gemilang.
Daripada,
🇦🇲KEPSI Cawangan WP Putrajaya
06/06/2025
🌙 Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1446H / 2025M
Sempena Hari Raya Aidiladha ini, KEPSI Cawangan Putrajaya merakamkan ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam.
Hari yang penuh keberkatan ini membawa kita menghayati semangat pengorbanan, nilai keikhlasan dan ketaatan yang diteladani daripada kisah agung Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Ismail a.s.
Selain melaksanakan ibadah korban, Aidiladha juga mengingatkan kita kepada ibadah haji, salah satu rukun Islam yang menyatukan umat Islam dari seluruh dunia dalam semangat tauhid, kesatuan, dan kepatuhan kepada Allah SWT.
Semoga ibadah korban dan ibadah haji yang dilaksanakan menjadi tanda kepatuhan dan bukti kecintaan kita kepada Allah SWT, serta diterima sebagai amal soleh yang mendekatkan diri kepada-Nya.
📖 Firman Allah SWT:
"Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu nikmat yang banyak. Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berkorbanlah."
(Surah Al-Kawthar, ayat 1–2)
02/06/2025
DIRGAHAYU TUANKU
Menjunjung kasih dan setinggi-tinggi tahniah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.
Semoga Allah SWT melanjutkan usia Tuanku,
dikurniakan keafiatan, taufik dan hidayah
dalam memerintah serta memayungi negara dengan adil dan saksama.
Daulat Tuanku!
11/05/2025
𝐌𝐀𝐊𝐋𝐔𝐌𝐀𝐓 𝐀𝐇𝐋𝐈 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐓𝐔𝐉𝐔𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐊𝐒𝐀𝐍𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈
Dengan segala hormatnya merujuk kepada surat rujukan : KEPSI2023-2026/Cuepacs/01 bertarikh 08 Mei 2025, dipanjangkan surat berkaitan kepada ahli-ahli berhak/berdaftar di bawah Kesatuan Pembantu Operasi Perkhidmatan Awam Semenanjung.
2. Adalah dimaklumkan, selaras dengan pelancaran KAD PEKERJA MADANI, pihak KEPSI Pusat memohon agar ahli berdaftar mengisi maklumat di google form berikut: https://forms.gle/E8Yg6wGhetVmRuiRA
3. Sehubungan itu, pihak tuan/puan diharap agar dapat mengemukakan segala maklumat di minta 𝐬𝐞𝐥𝐞𝐰𝐚𝐭-𝐥𝐞𝐰𝐚𝐭𝐧𝐲𝐚 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝟏𝟓 𝐌𝐞𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟓 (𝐊𝐡𝐚𝐦𝐢𝐬) bagi mengelakkan keciciran dan permasalahan di kemudian hari. Ianya perlu di ambil tindakan segera bagi tujuan pemadanan dan pengeluaran kad digital.
4. Segala perhatian dan kerjasama pihak tuan/puan adalah amat dihargai serta didahului dengan ucapan terima kasih.
02/05/2025
Selamat Hari Pekerja 2025
Salam penghargaan kepada seluruh warga pekerja di Malaysia!
Hari ini, kita bersama-sama meraikan insan-insan yang menjadi nadi kepada kemajuan dan kestabilan negara.
Tanpa ketekunan, kecekalan, dan dedikasi anda—tidak mungkin tercapai segala pencapaian yang kita banggakan hari ini.
Setiap tugas yang dilaksanakan, walau di mana jua, membawa erti besar kepada kesejahteraan rakyat dan pembangunan negara.
Semoga kita terus melangkah ke hadapan dalam suasana kerja yang lebih harmoni, selamat dan inklusif—untuk semua, tanpa mengira peranan dan latar belakang.
Terima kasih atas segala jasa.
Daripada
🇦🇲 KEPSI Cawangan WP Putrajaya
11/04/2025
https://www.facebook.com/share/p/1GPMJfPGT3/
𝙅𝙊𝙈 𝘽𝙀𝙍𝘽𝙀𝙇𝘼𝙉𝙅𝘼 𝘿𝙄 𝙅𝙐𝘼𝙇𝘼𝙉 𝙍𝘼𝙃𝙈𝘼𝙃 𝙈𝘼𝘿𝘼𝙉𝙄 (𝙋𝙅𝙍𝙈) 𝙋𝙍𝙀𝙈𝙄𝙎@𝙋𝙐𝙏𝙍𝘼𝙅𝘼𝙔𝘼 𝙋𝘼𝘿𝘼 𝟏𝟐-𝟏𝟑 𝘼𝙋𝙍𝙄𝙇 𝟐𝟎𝟐𝟓 𝙄𝙉𝙄!🛍️✨
Nak beli barang keperluan harian? Nak berbelanja sambil berjimat? Ayuh ramai-ramai ke PJRM di Putrajaya!
Pelbagai barangan harian ditawarkan dengan diskaun antara 10%-30% lebih rendah dari harga pasaran! 💰💯
📆 Tarikh: 12 - 13 April 2025 (Sabtu-Ahad)
⏰ Masa: Mengikut Waktu Premis
📍 Lokasi: Aeon BiG Alamanda, Putrajaya | Segi Fresh Putrajaya & Mydin Bazar Presint 15, Putrajaya
Beli dengan bijak, belanja dengan RAHMAH! Jangan lepaskan peluang untuk berjimat sambil lengkapkan keperluan harian anda di PJRM!🛒🥳