Kementerian Perpaduan Negara

Call Directions Website Contact the organization

Kementerian Perpaduan Negara Facebook Rasmi Kementerian Perpaduan Negara
Harmoni Dalam Kepelbagaian

MYHERO 5.0: MENYEMARAKKAN SEMANGAT KEPRIHATINAN, MEMPERKUKUH PERPADUAN! 🇲🇾KUALA LUMPUR, 22 Oktober 2026-YB Datuk Aaron A...
22/10/2026

MYHERO 5.0: MENYEMARAKKAN SEMANGAT KEPRIHATINAN, MEMPERKUKUH PERPADUAN! 🇲🇾

KUALA LUMPUR, 22 Oktober 2026-YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara, telah menyempurnakan Majlis Pelancaran Anugerah MyHero 5.0 anjuran Kementerian Perpaduan Negara (KPN) dengan kerjasama Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCCCI) serta Nanyang Siang Pau, bertempat di Wisma Chinese Chambers.

Anugerah MyHero 5.0 merupakan manifestasi penghargaan kepada wira tidak didendang yang sentiasa menghulurkan bantuan, menyemai nilai kemanusiaan dan menyumbang bakti demi kesejahteraan masyarakat. Setiap tindakan kebaikan, sekecil mana pun, mampu membawa perubahan besar dalam kehidupan insan serta menjadi asas kepada pembinaan masyarakat yang harmoni dan bersatu padu.

Lebih bermakna, edisi kali ini memperkenalkan dua kategori pencalonan baharu, iaitu Kategori Dewasa bagi individu berumur 21 tahun dan ke atas serta Kategori Remaja bagi individu berumur di bawah 21 tahun. Inisiatif ini membuka ruang kepada lebih ramai individu daripada pelbagai peringkat usia untuk mengetengahkan amalan murni, semangat kesukarelawanan dan keprihatinan terhadap komuniti.

Sesungguhnya, perpaduan bukan sekadar slogan, tetapi nilai yang perlu dizahirkan melalui tindakan, sikap saling menghormati dan kesediaan membantu tanpa mengira kaum, agama atau latar belakang. Setiap daripada kita berupaya menjadi wira yang menyumbang kepada keharmonian dan kesejahteraan negara.

Aaron Ago Dagang
Yuneswaran Ramaraj
Haslina Abdul Hamid
Sobri Daud




🇲🇾 KENDURI RAKYAT MADANI 2026SEMARAK PERPADUAN, ERATKAN KEBERSAMAAN! Marilah bersama-sama memeriahkan Kenduri Rakyat MAD...
22/10/2026

🇲🇾 KENDURI RAKYAT MADANI 2026
SEMARAK PERPADUAN, ERATKAN KEBERSAMAAN!

Marilah bersama-sama memeriahkan Kenduri Rakyat MADANI di Dewan Masyarakat Serian, Sarawak.

Ayuh kita kukuhkan perpaduan demi Malaysia yang harmoni menerusi semangat muhibah dan silaturahim di dalam program Kenduri Rakyat MADANI yang akan diadakan seperti butiran berikut:

đź“… Tarikh: 24 Oktober 2026 (Sabtu)
⏰ Masa: 7.00 pagi – 4.00 petang
📍 Tempat: Dewan Masyarakat Serian, Sarawak

🍲 Nikmati juadah rakyat, keunikan budaya dan suasana penuh mesra bersama keluarga serta rakan-rakan.

Bersatu Dalam Kepelbagaian, Teguh Dalam Perpaduan

Perpaduan Milik Kita Bersama.
Jom hadir beramai-ramai! 🇲🇾

Aaron Ago Dagang
Yuneswaran Ramaraj
Haslina Abdul Hamid
Sobri Daud
Jabatan Penerangan Sarawak
Sarawak Edition




🇲🇾 ETNIK MINORITI MALAYSIA: SAKSIKAN DOKUMENTARI SEMARAK PERPADUAN ETNIK KENSUI KEDAHKepelbagaian etnik, budaya dan trad...
22/10/2026

🇲🇾 ETNIK MINORITI MALAYSIA: SAKSIKAN DOKUMENTARI SEMARAK PERPADUAN ETNIK KENSUI KEDAH

Kepelbagaian etnik, budaya dan tradisi merupakan khazanah berharga yang memperkukuh keharmonian serta perpaduan rakyat Malaysia. ❤️

Jom kenali dengan lebih dekat keunikan masyarakat etnik Kensui di Kedah menerusi Dokumentari Semarak Perpaduan Etnik Kensui Kedah yang mengetengahkan warisan, identiti dan kehidupan komuniti ini sebagai sebahagian daripada kepelbagaian masyarakat Malaysia.

📺 Jadual siaran:
🔹 TV2 – 23 Oktober 2026 (Jumaat) | 4.50 petang
🔹 TV1 – 24 Oktober 2026 (Sabtu) | 6.30 petang
🔹 OKEY – 25 Oktober 2026 (Ahad) | 3.22 petang

Marilah kita bersama-sama menghargai kepelbagaian budaya, menyemai semangat saling menghormati dan memperkukuh perpaduan demi Malaysia yang harmoni.

Berbeza budaya, bersatu jiwa. Perpaduan Teras Keharmonian Negara! 🇲🇾

Aaron Ago Dagang
Yuneswaran Ramaraj
Haslina Abdul Hamid
Sobri Daud




KUALA LUMPUR, 21 Oktober – Kementerian Perpaduan Negara (KPN) melalui Arkib Negara Malaysia (ANM) terus komited memperku...
21/10/2026

KUALA LUMPUR, 21 Oktober – Kementerian Perpaduan Negara (KPN) melalui Arkib Negara Malaysia (ANM) terus komited memperkukuh usaha pendokumentasian dan pemeliharaan naratif sejarah negara menerusi pelbagai perkembangan serta pencapaian yang konsisten setiap tahun. Perkara tersebut dikongsikan oleh YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara, ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Perpaduan Negara yang berlangsung di Auditorium Pusat Pendokumentasian dan Pemuliharaan Bahan Audiovisual.

Pencapaian ini dibuktikan melalui pertambahan koleksi ANM yang konsisten dari tahun ke tahun dengan jumlah koleksi meningkat daripada RM3.14 juta fail daripada 2023 kepada 3.22 juta pada tahun 2026. Jumlah ini membuktikan usaha berterusan ANM dalam mengumpul, memelihara dan memperkayakan khazanah rekod negara agar terus menjadi sumber rujukan sejarah dan warisan untuk generasi akan datang.

Pada tahun lalu, ANM telah berjaya memperoleh 8,507 fail dari luar negara khususnya rekod berkaitan Singapore, East Malaysia and Brunei, Malay States, Malaya dan Straits Settlements. Rekod-rekod ini penting agar menjadi sebahagian daripada sumber sejarah yang dapat membantu rakyat memahami perjalanan pembentukan negara. Selain itu, buat julung kalinya di bawah pentadbiran Kerajaan MADANI, Majlis Sejarawan Negara (MSjN) ditubuhkan yang dipengerusikan sendiri oleh YAB Perdana Menteri.

Aaron Ago Dagang
Yuneswaran Ramaraj
Haslina Abdul Hamid
Sobri Daud
Arkib Negara Malaysia




21/10/2026
YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara, telah menghadiri Mesyuarat Majlis Perpaduan Negara (MPPN) Bilangan ...
20/10/2026

YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara, telah menghadiri Mesyuarat Majlis Perpaduan Negara (MPPN) Bilangan 2 Tahun 2026 yang telah dipengerusikan oleh YAB Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri bagi membincangkan pelbagai inisiatif strategik bagi memperkukuh perpaduan nasional.

Antara perkara yang diberi perhatian termasuk pengurusan isu 3R (agama, kaum dan institusi diraja), pemerkasaan perkhidmatan Mediasi Komuniti serta persiapan menjelang Persidangan Negara Bangsa 2026.

Mesyuarat turut menekankan kepentingan memperkukuh penghayatan Rukun Negara dan memelihara keharmonian masyarakat sebagai asas pembinaan sebuah negara bangsa yang bersatu padu, harmoni dan sejahtera.

Aaron Ago Dagang
Yuneswaran Ramaraj
Haslina Abdul Hamid
Sobri Daud




20/10/2026

Rumah tradisional bukan sekadar tentang reka bentuk, tetapi tentang bagaimana ruang tersebut menyatukan kita.

Daripada amalan memuliakan tetamu di serambi hinggalah tradisi bermusyawarah di ruang komunal, cara kita mendiami ruang mencerminkan nilai murni yang membentuk identiti Malaysia.

Menghayati kepelbagaian warisan ini memperkukuh fahaman bahawa keharmonian negara bermula daripada ikatan di bawah bumbung kita sendiri.

Aaron Ago Dagang Yuneswaran Ramaraj Haslina Abdul Hamid Sobri Daud




Perhimpunan Bulanan Kementerian Perpaduan Negara Bilangan 5 Tahun 2026 akan diadakan pada Rabu, 21 Oktober 2026, jam 10....
20/10/2026

Perhimpunan Bulanan Kementerian Perpaduan Negara Bilangan 5 Tahun 2026 akan diadakan pada Rabu, 21 Oktober 2026, jam 10.00 pagi, bertempat di Auditorium PPPAV, Arkib Negara Malaysia.

Perhimpunan ini merupakan platform untuk mengukuhkan kerjasama antara warga Kementerian dan agensi, di samping memberi pengiktirafan kepada Arkib Negara Malaysia sebagai sebuah Jabatan yang memainkan peranan penting di dalam memelihara warisan negara.

Semoga perhimpunan ini terus menyemarakkan semangat kebersamaan, memperkukuh iltizam warga kementerian dan dapat merealisasikan aspirasi perpaduan nasional demi kesejahteraan negara.

Semua warga Kementerian dijemput hadir.

Bersama Memperkukuh Perpaduan, Memartabatkan Warisan, Membina Negara Bangsa.

Aaron Ago Dagang
Yuneswaran Ramaraj
Haslina Abdul Hamid
Sobri Daud




20/10/2026

BERSAMA MEMBINA NEGARA BANGSA, PERPADUAN KEKUATAN KITA! 🇲🇾❤️

Kita mungkin berbeza bangsa, agama dan budaya, tetapi perbezaan itulah yang menjadikan Malaysia istimewa. Dalam kepelbagaian, kita tetap berkongsi satu tanah air dan satu harapan untuk melihat negara terus aman dan harmoni.

Terima kasih Papa Ayie, Sad Boy Syahmi, Vikar World, Hungry Sam, Amyrul Bakhtiar dan Henshin sudi berkongsi pesanan dan mesej perpaduan. Tak kira siapa kita atau dari mana asal kita, setiap seorang ada peranan dalam menjaga keharmonian negara ini.

Kerana Malaysia yang harmoni bermula daripada rakyat yang bersatu hati.

Bersama kita pelihara perpaduan, raikan kepelbagaian dan terus melangkah membina negara bangsa yang aman, maju dan sejahtera. 🤝❤️

Aaron Ago Dagang
Yuneswaran Ramaraj
Haslina Abdul Hamid
Sobri Daud




KEPELBAGAIAN KEKUATAN KITA, NEGARA BANGSA ASPIRASI KITA 🇲🇾Perpaduan dalam kepelbagaian merupakan kekuatan utama yang men...
20/10/2026

KEPELBAGAIAN KEKUATAN KITA, NEGARA BANGSA ASPIRASI KITA 🇲🇾

Perpaduan dalam kepelbagaian merupakan kekuatan utama yang menyatukan rakyat Malaysia. Dengan semangat saling menghormati, memahami dan menerima perbezaan, kita bersama-sama membina sebuah negara bangsa yang harmoni, inklusif dan sejahtera. 🤝

đź“» Ayuh ikuti perkongsian bersama YBrs. Encik Musa bin Kamis, Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Perlis, menerusi siaran Perlis FM.

đź“… Tarikh: 21 Oktober 2026 (Rabu)
⏰ Masa: 11.15 pagi
đź“» Saluran: Perlis FM

Marilah kita terus memperkukuh semangat perpaduan dan menyemarakkan aspirasi membina negara bangsa yang bersatu padu demi masa depan Malaysia yang lebih gemilang. 🇲🇾

Bersama Membina Negara Bangsa.

Aaron Ago Dagang
Yuneswaran Ramaraj
Haslina Abdul Hamid
Sobri Daud
PERLISfm




Address

Aras 5-10 Blok F9, Parcel F, Lebuh Perdana Timur, Presint 1
Putrajaya
62000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60380918000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kementerian Perpaduan Negara posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Kementerian Perpaduan Negara:

Shortcuts

Share