22/01/2026
Bahagian Pembangunan Industri Tanaman telah mengadakan lawatan ke Agensi Nuklear Malaysia di Kajang Selangor pada 21 Januari 2026 bagi Kerjasama Strategik antara Jabatan Pertanian dengan tujuan memperkukuh hubungan dua hala, meneroka potensi aplikasi teknologi nuklear dalam sektor pertanian, serta menyokong agenda pembangunan nasional yang berteraskan inovasi dan kelestarian.
Jabatan Pertanian Malaysia
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
22/01/2026
Jabatan Pertanian melalui Bahagian Pembangunan Industri Tanaman bersama Universiti Putra Malaysia telah mengadakan Mesyuarat Penyelarasan Kerjasama Strategik pada 20 Januari 2026 di Serdang, Selangor. Mesyuarat ini menekankan usaha meningkatkan produktiviti melalui pemantapan pengetahuan teknikal bagi menyokong pembangunan industri labu manis di Merchong, Pahang.โ
Jabatan Pertanian Malaysia
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Universiti Putra Malaysia
Jabatan Pertanian Negeri Pahang
10/02/2025
Adakah anda yang kami cari untuk menjadi usahawan Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) di Daerah Kota Tinggi, Johor.
Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) merupakan satu strategi di bawah Dasar Pertanian Negara Ketiga (DPN3) untuk menggalakkan pelaksanaan projek pertanian secara berskala besar, komersil dan berteknologi tinggi oleh usahawan termasuk sektor swasta.
Pembangunan TKPM melibatkan kerjasama antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan pengusaha. Bagi memudahkan pelaksanaan program di atas, Perjanjian Persefahaman (MOU) TKPM telah ditandatangani oleh Menteri Pertanian dengan Menteri Besar dan Ketua Menteri di semua negeri. Program TKPM mula dibangunkan pada RMK 8.
Projek Pembangunan Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) selain daripada memfokuskan kepada pengeluaran makanan khususnya buah-buahan dan sayur- sayuran, projek ini juga dilaksanakan dengan tujuan untuk mengatasi masalah kekurangan tanah yang sesuai untuk pengeluaran makanan yang sering dihadapi oleh usahawan dan sektor swasta.
Selain dibangunkan di tanah Kerajaan Negeri ianya juga melibatkan pembangunan ditanah milik Kerajaan Persekutuan dan tanah-tanah di stesen- stesen pertanian.
Justeru itu, jika anda menepati syarat-syarat yang dinyatakan di bawah, anda boleh membuat permohonan kepada pihak kami. Tarikh tutup permohonan sehingga 23 FEBRUARI 2025.
borang boleh dimuat turun di link diberikan atau scan QR CODE.
https://drive.google.com/file/d/1vlenmFnNW9iZmqtlUQEPvuQ3wzGDX1PY/view?usp=sharing
ATAU
Sila hubungi Pejabat Pertanian Daerah Kota Tinggi :
Talian : 07 8831508
e-mel : [email protected]
facebook : Pejabat Pertanian Daerah Kota Tinggi
Sila kepada rakan-rakan / ahli keluarga yang berminat.
#๐๐ฎ๐ป๐ถ๐พ๐ต๐ช๐ท๐๐ช๐๐ฒ๐ข๐ฒ๐ท๐ฒ
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Jabatan Pertanian Malaysia
Jabatan Pertanian Negeri Johor
Mohd Hafizh Hussain
19/09/2024
19 September 2024 - Aktiviti menarik hari ini di Laman Agrofood Florikultur โMiracle Gardenโ Jabatan Pertanian Malaysia MAHA 2024๐๐ฝ
P/s : Dah ambil gambar??
Jangan lupa muat naik gambar tersebut ke media sosial Anda dan tag Jabatan Pertanian Malaysia serta hashtag ๐๐ฝ
19 September 2024 - Aktiviti menarik hari ini di Laman Agrofood Florikultur โMiracle Gardenโ Jabatan Pertanian Malaysia MAHA 2024๐๐ฝ
P/s : Dah ambil gambar??
Jangan lupa muat naik gambar tersebut ke media sosial Anda dan tag Jabatan Pertanian Malaysia serta hashtag ๐๐ฝ
19/09/2024
Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2024 yang menyambut 100 tahun penganjuran memberi pengalaman baharu kepada pengunjung yang hadir ke Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) di sini.
P/s : Apa yang perlu anda lakukan adalah ambil gambar semasa di MAHA2024, tag Jabatan Pertanian Malaysia muatnaik ke laman media sosial anda beserta hashtag .
Gambar bertuah akan dihubungi Jabatan Pertanian Malaysia
Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2024 yang menyambut 100 tahun penganjuran memberi pengalaman baharu kepada pengunjung yang hadir ke Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) di sini.
P/s : Apa yang perlu anda lakukan adalah ambil gambar semasa di MAHA2024, tag Jabatan Pertanian Malaysia muatnaik ke laman media sosial anda beserta hashtag .
Gambar bertuah akan kami hubungi.
09/09/2024
PERTANDINGAN UKIRAN BUAH-BUAHAN SEMPENA MAHA 2024
TARIKH : 18 SEPTEMBER 2024 ( RABU )
VANUE : PENTAS UTAMA, LAMAN FLORIKULTUR, MAEPS SERDANG, SELANGOR
MASA : 11.00 pagi โ 1.00 petang
SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN
1. Terbuka kepada warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas.
2. Pertandingan adalah secara individu.
3. Masa yang diperuntukan adalah selama 1 jam.
4. Peserta dikehendaki berada di tempat pertandingan 30 minit sebelum pertandingan bermula
5. Semua peralatan ukiran, buah-buahan perlu disediakan oleh peserta sendiri. (minima 2 jenis buah).
6. Tema โSemekar Bunga Matahariโ
7. Keselamatan semasa pertandingan adalah di bawah tanggungjawab peserta sendiri.
8. Penyertaan terhad kepada 10 peserta yang terawal sahaja.
Tarikh Tutp Penyertaan : 15 September 2024
dapatkan segera borang penyertaan di :
https://www.doa.gov.my/doa/resources/banner_attachment/pertandingan_ukiran_buah-buahan_MAHA2024.pdf
.