Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia

Share

page ini merupakan Laman Rasmi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.

Photos from Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia's post 01/06/2026

๐—ข๐—ฃ ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—˜๐—ฃ๐—”๐——๐—จ ๐—ฃ๐—”๐—ก๐—ง๐—”๐—จ ๐—”๐—ž๐—ง๐—œ๐—ฉ๐—œ๐—ง๐—œ ๐—œ๐—ฆ๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—— ๐—›๐—ข๐—ฃ๐—ฃ๐—œ๐—ก๐—š


๐— ๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—œ๐—ก๐—š, ๐Ÿญ ๐—๐˜‚๐—ป โ€“ Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menerusi Ibu Pejabat Maritim Zon Mersing telah melaksanakan Operasi Bersepadu bagi memantau serta menguatkuasakan pematuhan peraturan dalam aktiviti island hopping di perairan Mersing, semalam.

Pengarah Maritim Zon Mersing, Komander Maritim Suhaizan bin Saadin berkata, operasi tersebut dilaksanakan secara bersepadu bersama Majlis Daerah Mersing (MDM), Pejabat Daerah Mersing, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pasukan Polis Marin (PPM), Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) serta Jabatan Laut Malaysia (JLM) bagi memastikan tahap keselamatan pelancong sentiasa terpelihara dan semua pengusaha bot pelancong mematuhi peraturan yang ditetapkan.

Beliau turut berkata, operasi itu turut bertujuan memperkukuhkan kerjasama antara agensi penguat kuasa di daerah ini selain memastikan pematuhan terhadap syarat lesen pengendali bot pelancong, peraturan keselamatan pelayaran serta pemeliharaan sumber marin di perairan Mersing.

Sepanjang operasi dijalankan, pemeriksaan telah dilaksanakan ke atas bot-bot pelancong yang menjalankan aktiviti island hopping meliputi dokumen pengendali, lesen vesel, peralatan keselamatan, kapasiti penumpang dan tahap pematuhan terhadap syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak berkuasa berkaitan.

Tumpuan turut diberikan kepada penggunaan jaket keselamatan dan aspek kesiapsiagaan pengusaha bot dalam menghadapi sebarang kecemasan di laut.

Jelas beliau lagi, operasi seumpama ini akan terus dilaksanakan dari semasa ke semasa bagi memastikan aktiviti pelancongan maritim di daerah Mersing berjalan dengan selamat, teratur dan mematuhi undang-undang yang berkuat kuasa.

Beliau turut menasihatkan orang ramai serta pengusaha bot pelancong supaya sentiasa mengutamakan keselamatan dan mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan demi kesejahteraan semua pengguna laut.

Maritim Malaysia komited untuk terus memperkukuhkan kerjasama strategik bersama agensi-agensi berkaitan dalam memastikan keselamatan perairan negara, melindungi komuniti maritim serta menyokong pembangunan industri pelancongan maritim yang selamat, mampan dan berdaya saing di daerah Mersing.


Saifuddin Nasution Ismail Shamsul Anuar Nasarah Kementerian Dalam Negeri (KDN) PMO Malaysia Majlis Keselamatan Negara

Photos from Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia's post 01/06/2026

๐— ๐—”๐—ฅ๐—œ๐—ง๐—œ๐—  ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—ฆ๐—œ๐—” ๐——๐—”๐—ก ๐—”๐—š๐—˜๐—ก๐—ฆ๐—œ ๐——๐—”๐—˜๐—ฅ๐—”๐—› ๐— ๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—œ๐—ก๐—š ๐—Ÿ๐—”๐—ž๐—ฆ๐—”๐—ก๐—” ๐—ข๐—ฃ ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—˜๐—ฃ๐—”๐——๐—จ ๐—ฃ๐—”๐—ก๐—ง๐—”๐—จ ๐—”๐—ž๐—ง๐—œ๐—ฉ๐—œ๐—ง๐—œ ๐—œ๐—ฆ๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—— ๐—›๐—ข๐—ฃ๐—ฃ๐—œ๐—ก๐—š


๐— ๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—œ๐—ก๐—š, ๐Ÿญ ๐—๐˜‚๐—ป โ€“ Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menerusi Ibu Pejabat Maritim Zon Mersing (IPMZ Mersing) telah melaksanakan Operasi Bersepadu bagi memantau serta menguatkuasakan pematuhan peraturan dalam aktiviti island hopping di perairan Mersing, semalam.

Pengarah Maritim Zon Mersing, Komander Maritim Suhaizan Bin Saadin berkata, operasi tersebut dilaksanakan secara bersepadu bersama Majlis Daerah Mersing (MDM), Pejabat Daerah Mersing, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pasukan Polis Marin (PPM), Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) serta Jabatan Laut Malaysia bagi memastikan tahap keselamatan pelancong sentiasa terpelihara dan semua pengusaha bot pelancong mematuhi peraturan yang ditetapkan.

Beliau berkata, operasi itu turut bertujuan memperkukuhkan kerjasama antara agensi penguat kuasa di daerah ini selain memastikan pematuhan terhadap syarat lesen pengendali bot pelancong, peraturan keselamatan pelayaran serta pemeliharaan sumber marin di perairan Mersing.

Sepanjang operasi dijalankan, pemeriksaan telah dilaksanakan ke atas bot-bot pelancong yang menjalankan aktiviti island hopping meliputi dokumen pengendali, lesen vesel, peralatan keselamatan, kapasiti penumpang dan tahap pematuhan terhadap syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak berkuasa berkaitan. Tumpuan turut diberikan kepada penggunaan jaket keselamatan dan aspek kesiapsiagaan pengusaha bot dalam menghadapi sebarang kecemasan di laut.

Menurut beliau, operasi seumpama ini akan terus dilaksanakan dari semasa ke semasa bagi memastikan aktiviti pelancongan maritim di daerah Mersing berjalan dengan selamat, teratur dan mematuhi undang-undang yang berkuat kuasa.

Beliau turut menasihatkan orang ramai serta pengusaha bot pelancong supaya sentiasa mengutamakan keselamatan dan mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan demi kesejahteraan semua pengguna laut.

Maritim Malaysia komited untuk terus memperkukuh kerjasama strategik bersama agensi-agensi berkaitan dalam memastikan keselamatan perairan negara, melindungi komuniti maritim serta menyokong pembangunan industri pelancongan maritim yang selamat, mampan dan berdaya saing di daerah Mersing.


Saifuddin Nasution Ismail Shamsul Anuar Nasarah Kementerian Dalam Negeri (KDN) Majlis Keselamatan Negara PMO Malaysia

Photos from Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia's post 01/06/2026

๐—ž๐—ข๐— ๐—จ๐—ก๐—œ๐—ง๐—œ ๐—ก๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—”๐—ก ๐—ž๐—จ๐—”๐—Ÿ๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—œ๐— ๐—” ๐—”๐—š๐—œ๐—›๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—š๐—œ๐—ก๐—š ๐—ž๐—ข๐—ฅ๐—•๐—”๐—ก ๐— ๐—˜๐—ก๐—˜๐—ฅ๐—จ๐—ฆ๐—œ ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—ฆ๐—”๐—›๐—”๐—•๐—”๐—ง ๐— ๐—”๐—ฅ๐—œ๐—ง๐—œ๐— 


๐—ž๐—จ๐—”๐—Ÿ๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ, ๐Ÿญ ๐—๐˜‚๐—ป โ€“ Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), melalui Ibu Pejabat Maritim Zon Kuala Perlis (IPMZ Kuala Perlis), telah menganjurkan Program Sahabat Maritim IPMZKP Sempena Sambutan Ibadah Korban 1447 Hijrah sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuhkan hubungan antara Maritim Malaysia dan komuniti maritim setempat, baru-baru ini.

Program yang berlangsung selama dua hari bermula pada 28 hingga 29 Mei ini diadakan di perkarangan Ibu Pejabat Maritim Zon Kuala Perlis dengan penglibatan pegawai dan anggota serta komuniti nelayan sekitar Kuala Perlis.

Pada hari pertama, jawatankuasa program telah melaksanakan proses penyembelihan ibadah korban di Padang Besar sebelum kerja-kerja penyediaan, pembungkusan dan penyimpanan daging korban dilaksanakan di IPMZ Kuala Perlis. Aktiviti tersebut dijalankan secara bergotong-royong bagi memastikan urusan pengagihan dapat dilaksanakan dengan teratur dan lancar.

Kemuncak program berlangsung pada keesokan harinya dengan kehadiran komuniti nelayan Kuala Perlis sebagai penerima agihan daging korban. Program dimulakan dengan persiapan tempat dan ketibaan para penerima sebelum diteruskan dengan ucapan oleh Timbalan Pengarah Operasi, Leftenan Maritim Mohd Fazmin Shah bin Md Rafee Shah selaku Pengarah Program.

Seterusnya, sesi pengagihan daging korban kepada golongan yang memerlukan telah dilaksanakan sebagai tanda keprihatinan dan tanggungjawab sosial Maritim Malaysia terhadap masyarakat setempat. Program turut diserikan dengan sesi bergambar serta jamuan ringan yang memberi peluang kepada warga Maritim dan komuniti untuk berinteraksi dalam suasana mesra dan harmoni.

Penganjuran Program Sahabat Maritim ini mencerminkan komitmen berterusan Maritim Malaysia dalam memperkukuhkan jalinan kerjasama strategik bersama komuniti nelayan yang merupakan antara rakan penting dalam penyaluran maklumat keselamatan dan penguatkuasaan maritim. Selain menghayati tuntutan ibadah korban, program ini turut menyemarakkan semangat kebersamaan, kesukarelawanan dan nilai kemasyarakatan dalam kalangan warga Maritim Malaysia.

Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan pada masa hadapan bagi mengeratkan lagi hubungan antara Maritim Malaysia dan komuniti setempat serta memupuk semangat perpaduan dan saling membantu demi kesejahteraan masyarakat maritim.


Saifuddin Nasution Ismail Shamsul Anuar Nasarah Kementerian Dalam Negeri (KDN) Majlis Keselamatan Negara PMO Malaysia

01/06/2026

๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐—ง๐—˜๐—ก๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—” ๐—จ๐——๐—”๐—ฅ๐—” ๐——๐—œ๐—ฅ๐—”๐—๐—” ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—ฆ๐—œ๐—” (๐—ง๐—จ๐——๐— ) ๐—ž๐—˜-๐Ÿฒ๐Ÿด


Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) mengucapkan Selamat Hari Ulang Tahun Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang ke-68 kepada seluruh warga kerja TUDM.

Tema sambutan tahun ini, 'Kuasa Udara, Perisai Negara', sekali lagi membuktikan peranan kritikal TUDM dalam memastikan kedaulatan ruang udara Malaysia kekal terpelihara daripada sebarang ancaman.

Maritim Malaysia berbangga dapat menjalinkan kerjasama strategik yang erat bersama TUDM dalam operasi pemantauan dan kawalan keselamatan di perairan negara. Sinergi antara agensi ini amat penting dalam memastikan keamanan dan kestabilan tanah air sentiasa berada pada tahap terbaik.

Semoga TUDM terus cemerlang, unggul, dan kekal sebagai 'Perisai Negara' yang disegani di persada dunia.

Selamat Maju Jaya, TUDM!


Saifuddin Nasution Ismail Shamsul Anuar Nasarah Kementerian Dalam Negeri (KDN) Majlis Keselamatan Negara PMO Malaysia

01/06/2026

๐——๐—œ๐—ฅ๐—š๐—”๐—›๐—”๐—ฌ๐—จ ๐—ง๐—จ๐—”๐—ก๐—ž๐—จ


Seluruh warga kerja Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) merafakkan sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah dan ikrar taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Baginda pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.

Kami mendoakan semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT, dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, serta bersemayam di atas takhta pemerintahan dengan penuh kebesaran, kedaulatan, dan kesejahteraan.

Daulat Tuanku!


Saifuddin Nasution Ismail Shamsul Anuar Nasarah Kementerian Dalam Negeri (KDN) Majlis Keselamatan Negara PMO Malaysia

Photos from Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia's post 31/05/2026

๐—ข๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—œ ๐—–๐—”๐—ฅ๐—œ๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐—ฅ๐—˜๐— ๐—”๐—๐—” ๐—›๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š ๐——๐—œ ๐—ฃ๐—”๐—ก๐—ง๐—”๐—œ ๐—•๐—”๐—ง๐—จ ๐—Ÿ๐—œ๐—ก๐—ง๐—œ๐—ก๐—š, ๐—ž๐—จ๐—”๐—Ÿ๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—จ

๐—ž๐—จ๐—”๐—Ÿ๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—จ, ๐Ÿฏ๐Ÿฌ ๐— ๐—ฒ๐—ถ โ€“ Maritime Rescue Sub-Centre (MRSC) Kota Kinabalu telah mengaktifkan Operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT) bagi mengesan seorang remaja lelaki yang dilaporkan hilang ketika mandi di Pantai Batu Linting, Kuala Penyu, petang semalam.

MRSC Kota Kinabalu menerima maklumat mengenai dua individu yang dikhuatiri hilang selepas dipercayai menghadapi kesukaran ketika mandi di kawasan pantai berkenaan pada kira-kira jam 6.00 petang, 29 Mei 2026.

Susulan laporan yang diterima, usaha pencarian awal telah dilaksanakan di sekitar lokasi kejadian. Hasil pencarian tersebut, seorang lelaki dewasa berjaya ditemui dalam keadaan selamat di persisiran pantai. Bagaimanapun, seorang lagi mangsa iaitu remaja lelaki berusia 15 tahun masih belum ditemui.

Mangsa yang hilang dikenali sebagai Jason Alexander Jonathan, 15 tahun, dan dilaporkan kali terakhir dilihat memakai baju berwarna hijau serta seluar berwarna biru.

Sehubungan itu, pada hari ini, MRSC Kota Kinabalu bersama Ibu Pejabat Maritim Zon Labuan telah mengaktifkan operasi CARILAMAT dengan menggerakkan pelbagai aset dan anggota bagi melaksanakan pencarian secara menyeluruh di lokasi kejadian serta perairan sekitarnya.

Operasi ini melibatkan kerjasama pelbagai agensi termasuk Maritim Malaysia menerusi Bot PETIR 90, Pasukan Polis Marin (PPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Pengarah Maritim Zon Labuan, Kepten Maritim Izwanhadi bin Hj Idros memaklumkan, Pencarian dijalankan meliputi sektor seluas 24 batu nautika persegi dengan tumpuan diberikan kepada kawasan perairan dan pesisir pantai yang dikenal pasti berpotensi berdasarkan penilaian keadaan semasa, faktor arus serta keadaan cuaca setempat.

Maritim Malaysia selaku agensi penyelaras operasi CARILAMAT akan terus memperkukuh usaha pencarian bersama semua agensi yang terlibat sehingga mangsa berjaya ditemui.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian atau keberadaan mangsa diminta untuk segera menghubungi Pusat Operasi Maritim Zon Labuan di talian 087-427999 bagi membantu operasi pencarian yang sedang dijalankan.

-TAMAT-

Photos from Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia's post 31/05/2026

๐— ๐—”๐—ฅ๐—œ๐—ง๐—œ๐—  ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—ฆ๐—œ๐—” ๐—ง๐—”๐—›๐—”๐—ก ๐——๐—จ๐—” ๐—•๐—ข๐—ง ๐——๐—œ๐—ฆ๐—ฌ๐—”๐—ž๐—œ ๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š๐—š๐—”๐—ฅ ๐—”๐—ž๐—ง๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—ž๐—”๐—ก๐—”๐—ก ๐——๐—œ ๐—ง๐—”๐—•๐—”๐—ช๐—”๐—ก

๐—Ÿ๐—”๐—›๐—”๐—— ๐——๐—”๐—ง๐—จ, ๐Ÿฏ๐Ÿญ ๐— ๐—ฒ๐—ถ โ€“ Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Ibu Pejabat Maritim Zon Lahad Datu telah menahan sebuah vesel pukat jerut bilis dan sebuah pam bot dalam dua operasi berasingan di perairan Pulau Tabawan, Kunak semalam.

Pengarah Maritim Zon Lahad Datu, Komander Maritim Dzulfikhar bin Ali berkata, kedua-dua bot berkenaan ditahan sekitar jam 3.30 petang hingga 5.00 petang oleh sepasukan anggota bot ronda Maritim Malaysia yang sedang melaksanakan Op Sejahtera 1/2022 dan Op Tiris 4.0.

Beliau berkata, dalam kes pertama, sebuah vesel pukat jerut bilis dikesan sedang menjalankan aktiviti menangkap ikan pada kedudukan kira-kira 0.37 batu nautika tenggara Kampung Jaya Baru, Kunak.

โ€œHasil pemeriksaan mendapati vesel tersebut sedang menangkap ikan dalam kawasan kurang daripada 1.5 batu nautika dari daratan terdekat. Turut ditahan seorang tekong warga tempatan berusia 25 tahun bersama dua kru warga asing berusia 43 dan 57 tahun.

โ€œPemeriksaan lanjut mendapati bot tersebut membawa hasil tangkapan ikan bilis lebih kurang tiga kilogram. Nilai keseluruhan rampasan termasuk bot dan hasil tangkapan dianggarkan bernilai RM115,000,โ€ katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam operasi berasingan, anggota bot ronda Maritim Malaysia turut mengesan sebuah pam bot mencurigakan pada kedudukan kira-kira 0.23 batu nautika timur Kampung Jaya Baru, Kunak.

Menurut beliau, ketika pasukan operasi menghampiri sasaran, seorang individu yang dipercayai tekong bertindak terjun ke laut sebelum melarikan diri ke arah daratan berhampiran.

โ€œHasil pemeriksaan ke atas pam bot tersebut menemukan lebih kurang tiga kilogram ikan campur-campur yang disyaki ditangkap menggunakan bahan letupan. Bot yang digunakan turut dirampas untuk siasatan lanjut dengan nilai rampasan dianggarkan sekitar RM7,000,โ€ katanya.

Kedua-dua kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 kerana disyaki melakukan aktiviti penangkapan ikan yang menyalahi undang-undang.

Kesemua bot, kru yang ditahan dan barang rampasan telah dibawa ke Jeti Perikanan Lahad Datu sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat Ibu Pejabat Maritim Zon Lahad Datu untuk tindakan lanjut.

Maritim Malaysia menyeru komuniti maritim agar sentiasa mematuhi undang-undang laut dan menyalurkan sebarang maklumat berkaitan aktiviti jenayah di laut kepada Pusat Operasi Maritim Malaysia Zon Lahad Datu menerusi aplikasi WhatsApp di talian 016-9305727 atau talian kecemasan 999 untuk maklum balas segera.

31/05/2026

๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐— ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐— ๐—•๐—จ๐—ง ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ช๐—˜๐—ฆ๐—”๐—ž ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ


Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Wesak kepada seluruh masyarakat beragama Buddha di Malaysia.

Semoga sambutan pada tahun ini membawa kedamaian, kebahagiaan, dan kesejahteraan buat kita semua.

Di sebalik suasana sambutan hari kebesaran ini, Maritim Malaysia tetap teguh dan siaga menjalankan amanah dalam menjaga kedaulatan serta keselamatan perairan negara. Komitmen kami tidak pernah terhenti demi memastikan keamanan perairan Malaysia terus terpelihara untuk kesejahteraan rakyat dan negara.

Selamat bercuti kepada semua. Utamakan keselamatan diri dan keluarga, terutamanya jika anda melakukan aktiviti di kawasan perairan sepanjang musim cuti ini.

Selamat Hari Wesak!


Saifuddin Nasution Ismail Shamsul Anuar Nasarah Kementerian Dalam Negeri (KDN) Majlis Keselamatan Negara PMO Malaysia

Photos from Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia's post 30/05/2026

๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—œ๐—•๐—”๐——๐—”๐—› ๐—ž๐—ข๐—ฅ๐—•๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—ก ๐—”๐—ค๐—œ๐—ค๐—”๐—› ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ง๐—ž๐—”๐—ก ๐—จ๐—ž๐—›๐—จ๐—ช๐—”๐—› ๐—ช๐—”๐—ฅ๐—š๐—” ๐— ๐—”๐—ฅ๐—œ๐—ง๐—œ๐—  ๐——๐—”๐—ก ๐—ž๐—ข๐— ๐—จ๐—ก๐—œ๐—ง๐—œ


๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ช๐—œ, ๐Ÿฏ๐Ÿฌ ๐— ๐—ฒ๐—ถ โ€“ Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Ibu Pejabat Maritim Negeri Kedah dan Perlis (IPMN Kedah dan Perlis) telah melaksanakan Program Penghayatan Islam dan Nilai-Nilai Murni melalui pelaksanaan ibadah korban dan aqiqah yang berlangsung di Pejabat Pengurusan IPMN Kedah dan Perlis, hari ini.

Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis Laksamana Pertama Maritim Romli bin Mustafa berkata, program seumpama ini bukan sahaja membawa penghayatan terhadap ibadah korban dan aqiqah, malah menjadi platform terbaik dalam menyemai nilai kebersamaan, keikhlasan dan semangat saling membantu dalam kalangan warga kerja.

Menurut beliau lagi, ibadah korban bukan sekadar tuntutan agama, tetapi turut mendidik kita mengenai pengorbanan, keprihatinan dan tanggungjawab sosial terhadap masyarakat yang memerlukan. Nilai-nilai inilah yang perlu terus diterapkan dalam budaya kerja warga Maritim Malaysia.

Program ini dianjurkan sebagai salah satu usaha berterusan dalam memperkukuhkan pembangunan sahsiah serta nilai spiritual warga kerja agar lebih seimbang dari segi jasmani, rohani, intelek dan sosial ke arah kembali kepada fitrah selaras dengan tuntutan agama dan aspirasi organisasi.

Selain itu, program ini turut bertujuan memupuk semangat kerjasama dan budaya kerja berpasukan dalam kalangan warga Maritim Malaysia menerusi pelaksanaan ibadah secara berkumpulan dan aktiviti gotong-royong, di samping mengeratkan hubungan silaturahim antara warga agensi dan komuniti setempat.

Sebanyak dua ekor lembu dan seekor kambing untuk ibadah korban dan aqiqah. Daging korban kemudiannya diagihkan kepada golongan asnaf fakir miskin serta komuniti yang memerlukan di sekitar Langkawi.

Program ini melibatkan kira-kira 150 orang peserta yang terdiri daripada warga kerja dan keluarga IPMN Kedah dan Perlis serta penerima dalam kalangan asnaf dan fakir miskin.

Beliau turut berharap agar program berteraskan penghayatan Islam dan nilai murni seperti ini dapat diteruskan pada masa hadapan bagi memperkukuhkan ukhuwah, keharmonian serta kesejahteraan warga organisasi dan masyarakat setempat.

IPMN Kedah dan Perlis kekal komited dalam melaksanakan program pembangunan insan yang holistik selaras dengan usaha memperkasakan integriti, profesionalisme dan kesejahteraan warga kerja agensi.


Saifuddin Nasution Ismail Shamsul Anuar Nasarah Kementerian Dalam Negeri (KDN) Majlis Keselamatan Negara PMO Malaysia

30/05/2026

๐—ฃ๐—˜๐—ฆ๐—ง๐—” ๐—ž๐—”๐—”๐— ๐—”๐—ง๐—”๐—ก & ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—š๐—”๐—ช๐—”๐—œ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ: ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” ๐— ๐—˜๐— ๐—˜๐—Ÿ๐—œ๐—›๐—”๐—ฅ๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ฃ๐—”๐——๐—จ๐—”๐—ก ๐——๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—œ๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—ก๐—˜๐—š๐—”๐—ฅ๐—”


Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) mengucapkan Selamat Menyambut Pesta Kaamatan (30-31 Mei 2026) kepada seluruh masyarakat di Sabah dan Hari Gawai (1-2 Jun 2026) kepada seluruh masyarakat di Sarawak.

'Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan dan Gayu Guru Gerai Nyamai'

Di sebalik kemeriahan perayaan ini, warga Maritim Malaysia tetap teguh menjalankan amanah. Walaupun ramai yang sedang meraikan perayaan bersama keluarga tercinta, anggota kita tetap siaga di perairan negara, memastikan keselamatan dan kedaulatan laut Malaysia terus terpelihara sepanjang musim perayaan.

Semoga semangat perpaduan dan keharmonian yang diraikan melalui Pesta Kaamatan dan Hari Gawai ini menjadi inspirasi buat kita semua untuk terus bekerja sebagai satu pasukan demi kesejahteraan tanah air.

Marilah kita merayakan hari yang penuh bermakna ini dengan penuh kesyukuran dan keselamatan. Bagi komuniti maritim dan pengusaha bot, sila pastikan aspek keselamatan diutamakan semasa melakukan perjalanan di laut sepanjang musim perayaan ini.

Selamat bercuti dan selamat menyambut perayaan kepada seluruh rakyat Malaysia!


Saifuddin Nasution Ismail Shamsul Anuar Nasarah Kementerian Dalam Negeri (KDN) Majlis Keselamatan Negara PMO Malaysia

Want your business to be the top-listed Government Service in Putrajaya?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Putrajaya
62502

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00