01/06/2026
πΎ SELAMAT HARI GAWAI! πΎ
Gayu Guru, Gerai Nyamai!
Semoga perayaan ini membawa kegembiraan, kemakmuran dan kesejahteraan buat semua yang menyambut.
Hari Gawai bukan sekadar meraikan hasil tuaian, tetapi juga melambangkan kesyukuran, perpaduan dan kekayaan warisan budaya yang menjadi kebanggaan negara kita.
Ikhlas daripada Pengurusan Tertinggi dan warga MOTAC π²πΎ
31/05/2026
DIRGAHAYU TUANKU
Merafak Sembah Ucapan Setinggi-tinggi tahniah KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG SULTAN IBRAHIM sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447 hijrah.
Sembah takzim daripada Pengurusan Tertinggi dan warga Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).
30/05/2026
πΎ SELAMAT MENYAMBUT PESTA KAAMATAN 2026 πΎ
Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan. π€β¨
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) mengucapkan Selamat Menyambut Pesta Kaamatan kepada seluruh masyarakat Kadazan Dusun dan rakyat Sabah yang meraikannya. ποΈπΎ
Pesta Kaamatan melambangkan kesyukuran, warisan budaya serta semangat perpaduan yang memperkukuh identiti Malaysia. πΎππ²πΎβ¨
Semoga sambutan ini terus menyemai perpaduan, keharmonian dan kesejahteraan rakyat Malaysia. π€²β€οΈπ²πΎβ¨
Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan. πΎπ
26/05/2026
πβ¨ SALAM AIDILADHA 1447H / 2026M β¨π
Selamat Hari Raya Aidiladha diucapkan kepada seluruh umat Islam. Semoga sambutan penuh keberkatan ini menyemai nilai keikhlasan, pengorbanan dan kasih sayang dalam kehidupan kita semua. π€ποΈ
Aidiladha bukan sekadar perayaan, malah menjadi simbol keteguhan iman dan semangat kebersamaan dalam memperkukuh ukhuwah serta perpaduan masyarakat. ππ
Semoga ibadah korban yang dilaksanakan diterima Allah SWT dan membawa keberkatan, kesejahteraan dan kebahagiaan kepada seluruh rakyat Malaysia. πΊβ¨
Ikhlas daripada Pengurusan Tertinggi dan warga MOTAC π²πΎ
26/05/2026
MEMACU KOLABORASI, MEMPERHEBAT POTENSI INDUSTRI! πβ¨
Putrajaya | 25 Mei 2026 | Isnin
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) telah menganjurkan Sesi Libat Urus Bersama Penggiat Industri Pelancongan serta Majlis Penyampaian Sijil Kursus Pemantapan Bahasa Asing kepada Pemandu Pelancong di Dewan Sanggar Pujangga, MOTAC Putrajaya.
Program ini dihadiri oleh YBrs. Encik Chua Choon Hwa, Timbalan Ketua Setiausaha (Pelancongan) MOTAC bersama pegawai kanan kementerian, kepimpinan agensi serta wakil persatuan pemandu pelancong. Sesi libat urus ini menjadi platform komunikasi dua hala yang lebih tersusun, membuka ruang kepada pemain industri untuk berkongsi pandangan dan isu di lapangan, seterusnya merangka penyelesaian bersama demi masa depan pelancongan negara yang lebih mampan.
Majlis turut meraikan para peserta Kursus Peningkatan Kemahiran Bahasa Asing melibatkan Bahasa Perancis, Jerman, Rusia dan Itali. Inisiatif yang dibiayai sepenuhnya oleh MOTAC ini bertujuan melahirkan pemandu pelancong multilingual yang lebih kompeten dan berdaya saing, khususnya dalam memenuhi keperluan pelancong bernilai tinggi dari pasaran Eropah dan Barat yang menitikberatkan pengalaman serta penceritaan berkualiti.
Syabas dan tahniah kepada semua peserta! Semoga usaha ini terus memperkukuh ekosistem pelancongan Malaysia ke arah yang lebih dinamik, inklusif dan berdaya tahan. π²πΎπ
26/05/2026
π€ MAJLIS APRESIASI ERAT 2026: MEMPERKASA INTEGRITI & TADBIR URUS CEMERLANG π
Putrajaya | 25 Mei 2026 | Isnin
Syabas dan tahniah diucapkan kepada YBhg. Datoβ Shaharuddin bin Abu Sohot, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) atas penerimaan apresiasi daripada Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) sempena Majlis Apresiasi ERAT (Encouraging, Responsibility, Accountability & Trustworthiness), semalam.
Pengiktirafan berprestij ini merupakan bukti komitmen tinggi MOTAC dalam memperkukuh tadbir urus, akauntabiliti dan integriti dalam landskap perkhidmatan awam. β¨
Majlis gilang-gemilang ini telah disempurnakan oleh YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara (KSN), sebagai simbol penghargaan kepada jabatan dan agensi yang konsisten menyokong usaha memperkasakan budaya kerja berintegriti demi negara.
π²πΎ High-five untuk seluruh warga MOTAC! π
26/05/2026
π²πΎ PELANCARAN DATARAN MALAYSIA @ MENARA KUALA LUMPUR π
Kuala Lumpur | 25 Mei 2026 | Isnin
YBrs. Encik Chua Choon Hwa, Timbalan Ketua Setiausaha (Pelancongan) Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) telah merasmikan Majlis Pelancaran Dataran Malaysia @ Menara Kuala Lumpur di Menara Kuala Lumpur. β¨
Sebagai usaha memperkukuh tarikan pelancongan bandar, Dataran Malaysia @ Menara Kuala Lumpur atau βVisit Malaysia Square @ Kuala Lumpur Towerβ diwujudkan sebagai ruang ikonik yang mengetengahkan identiti dan semangat Malaysia MADANI π²πΎ menerusi pengalaman kreatif serta interaktif buat pelancong tempatan dan antarabangsa. π
Pelancaran ini turut mencerminkan komitmen berterusan MOTAC dalam memperkasakan produk pelancongan negara dan meningkatkan daya tarikan destinasi pelancongan utama negara. πΈπ
Usaha strategik seperti ini diharap dapat terus merancakkan industri pelancongan negara selaras dengan aspirasi Kempen Melawat Malaysia 2026 (VM2026) π²πΎπ§³ dan menjadikan Malaysia sebagai destinasi pilihan pelancong dunia. βοΈπΊ
24/05/2026
β¨ Meriah & Berwarna-Warni! Sorotan Pasar Karat PUSPANITA MOTAC 2026 β¨
Putrajaya | 22 Mei 2026 | Jumaat
Syabas dan tahniah! Program Pasar Karat PUSPANITA MOTAC 2026 telah melabuhkan tirainya dengan penuh kemeriahan. Kehadiran para pengunjung yang luar biasa serta sokongan padu daripada barisan vendor telah menjadikan program ini satu kejayaan yang amat membanggakan.
Lebih daripada sekadar ruang jualan, program ini terbukti menjadi platform terbaik dalam menyemarakkan semangat keusahawanan dan mengeratkan ukhuwah serta kebersamaan dalam kalangan warga MOTAC.
Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada YBhg. Datoβ Shaharuddin bin Abu Sohot, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) atas kesudian meluangkan masa hadir memeriahkan program ini. Kehadiran YBhg. Datoβ sememangnya menjadi suntikan semangat buat seluruh jawatankuasa dan para peserta.
Terima kasih juga kepada semua vendor, penaja, urus setia, dan pengunjung yang menjadi nadi kepada kejayaan program ini. Jumpa lagi di program akan datang!π€