Kelab Perbendaharaan Kementerian Kewangan

Kelab Perbendaharaan Kementerian Kewangan

Share

KELAB PERBENDAHARAAN MALAYSIA PUTRAJAYA
Pertubuhan No: PPM-009-16-22101974
Pertubuhan Nama: KELAB PE

Photos from Kelab Perbendaharaan Kementerian Kewangan's post 12/02/2026

Sekitar penganjuran Festival Ilmu dan Seni Kementerian Kewangan Tahun 2026 yang telah diadakan di Kompleks Kementerian Kewangan pada 10 dan 11 Februari 2026. Festival ini dianjurkan bertujuan untuk memupuk kecintaan terhadap ilmu dan seni berteraskan nilai-nilai Islam, memperkasa usaha dakwah melalui pelbagai aktiviti yang berstruktur serta membudayakan amalan integriti dan kesejahteraan rohani dalam usaha memperkukuhkan perpaduan warga.

Sepanjang penganjuran festival ini, pelbagai aktiviti menarik telah diadakan antaranya Bicarawara, Pertandingan Nasyid, Bengkel Asas Seni Khat serta Sesi Perkongsian (Pocket Talk) bersama-sama agensi jemputan seperti Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR), Yayasan Restu, Lembaga Tabung Haji, Amanah Raya Berhad, Pusat Pungutan Zakat (PPZ) dan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).

Festival ini bukan sahaja menjadi platform perkongsian ilmu, malah turut menyemarakkan semangat kebersamaan serta memperkukuh nilai murni dalam kalangan warga Kementerian.

Tahniah kepada pasukan Nasyid BSN, Gema Wahyu yang menjadi Johan bagi Pertandingan Nasyid sempena Festival Ilmu dan Seni Kementerian Kewangan 2026!

*FHebat

Photos from Kelab Perbendaharaan Kementerian Kewangan's post 20/12/2025

Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-anggota Kerajaan Wilayah Persekutuan (MAKSWIP) telah menganjurkan Pertandingan Sukan Integrasi bagi kakitangan kerajaan Wilayah Persekutuan yang berlangsung di Negeri Perlis bermula pada 19 hingga 21 Disember 2025.

Sukan integrasi ini mempertandingkan tiga acara sukan utama iaitu Bola Sepak 9 Sebelah, Bola Tampar Pantai dan Bola Jaring.

Bagi acara Bola Sepak 9 Sebelah, Kementerian Kewangan (M*F) telah menghantar dua pasukan iaitu M*F A dan M*F B.

Perlawanan peringkat kump**an yang berlangsung pada 19 Disember 2025 telah berakhir dengan kedua-dua pasukan M*F berjaya melayakkan diri ke pusingan kedua (kalah singkir) yang dijadualkan berlangsung pada 20 Disember 2025.

Diharapkan agar pasukan M*F berjaya melangkah lebih jauh dalam pertandingan ini serta memperoleh keputusan yang membanggakan.

Photos from Kelab Perbendaharaan Kementerian Kewangan's post 20/12/2025

Mesyuarat Agung Kelab Perbendaharaan Putrajaya (KPP) kali ke-42 telah diadakan pada 19 Disember 2025 (Jumaat) bertempat di Dewan Utama, Kompleks Kementerian Kewangan.

Mesyuarat kali ini dipengerusikan oleh
YBhg. Datuk Ramzi bin Mansor, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pengurusan) merangkap Timbalan Yang Di-Pertua KPP, dan dihadiri seramai 825 orang ahli.

Mesyuarat tahunan ini memberi peluang kepada ahli KPP untuk menyampaikan cadangan penambahbaikan perkhidmatan dan faedah yang disediakan kepada ahli.


*FHebat

Photos from Kelab Perbendaharaan Kementerian Kewangan's post 10/12/2025

Program Integrasi Perbendaharaan (PIP) Siri 2 anjuran Biro Sukan dan Rekreasi, Kelab Perbendaharaan Putrajaya telah berlangsung pada 27 hingga 30 November 2025 dengan penyertaan seramai 61 peserta daripada Perbendaharaan Malaysia (PM) Putrajaya (54 orang), PM Sabah (1 orang) dan PM Sarawak (6 orang).

Penganjuran ini berkonsepkan tanggungjawab sosial korporat (CSR) serta aktiviti sukan lasak dan rekreasi. Program CSR bertujuan memupuk semangat kesukarelawanan warga M*F bersama komuniti setempat, di samping mengenali budaya wilayah terlibat. Aktiviti sukan lasak p**a bertujuan untuk meningkatkan kesejahteraan mental dan fizikal warga M*F melalui penglibatan dalam aktiviti luar yang mencabar. Program ini turut mengeratkan hubungan silaturahim antara tiga agensi iaitu PM Putrajaya, PM Sabah dan PM Sarawak.

Program CSR dijalankan di Kampung Orang Asli Kuala Atok meliputi aktiviti pembersihan kawasan wakaf yang dihempap pokok tumbang dan kawasan sekitar kampung, penyediaan kerepek pisang serta penyerahan sumbangan seperti almari buku kepada anak-anak serta lampu solar bagi kemudahan setempat.

Aktiviti sukan lasak p**a merangkumi Night Jungle Walk, Jungle Trekking ke Puncak Bukit Teresek sejauh 5 kilometer, Cooking Survival menggunakan buluh, demonstrasi penggunaan sumpit oleh Orang Asli Puak Batik di Kem Nusa serta Rapid Shooting di Sungai Tembeling. Pada malam kedua, peserta turut menikmati makan malam dan diserikan juga acara singing challenge yang menyerlahkan bakat terpendam.

Secara keseluruhannya, PIP Siri 2 telah berjalan dengan lancar dan mencapai objektif penganjuran, di samping memberikan pengalaman serta kenangan bermakna kepada semua peserta.

*FHebat

28/09/2025

TAHNIAH DAN SYABAS

Diucapkan kepada ahli Kelab Bendahara kita Puan Siti Zubaidah Mohd Rosli (AZUE) yang mewakili M*F kerana berjaya menyandang Qariah tempat ketiga pertandingan Musabaqah Al Quran peringkat Wilayah.

Sesungguhnya kami berbangga dengan kejayaan anda. Teruskan melangkah lebih jauh pada pertandingan peringkat antara negeri pada 26-29 Oktober nanti.

*FHebat

Photos from Kelab Perbendaharaan Kementerian Kewangan's post 26/08/2025

PASUKAN BADMINTON RAIH TEMPAT KE-3 BERSAMA KEJOHANAN SUKAN BADMINTON PIALA PRESIDEN PPJ (KSPP) 2025

Kejohanan Sukan Piala Presiden Perbadanan (KSPP) antara Agensi di Putrajaya bagi acara Badminton Berpasukan yang disertai oleh 17 agensi telah berlangsung pada 23 hingga 24 Ogos 2025 bertempat di Kompleks Kejiranan Presint 11, Putrajaya.

Dalam penganjuran edisi ke-3 pada tahun ini, pasukan badminton M*F berjaya meraih tempat ke-3 bersama pasukan BOMBA Putrajaya, manakala PPj berjaya mengekalkan kejuaraan, diikuti IPD Putrajaya selaku Naib Juara. KSPP 2025 antara agensi di Putrajaya mempertandingkan 7 acara sukan iaitu Badminton Berpasukan, Ping Pong Berpasukan, Tenpin Boling Berpasukan, Dart, Perahu Panjang, Dart, Karom dan Golf.

Ini merupakan penganjuran Kejohanan Tertinggi peringkat PPj yang dihadkan penyertaannya kepada agensi yang hanya berkhidmat di Putrajaya.
*FHebat

Photos from Kelab Perbendaharaan Kementerian Kewangan's post 19/08/2025

[Part 2] Kejohanan Bola Tampar Majlis Kebajikan & Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Wilayah Persekutuan (MAKSWIP) 2025

Tahniah dan syabas kepada Pasukan Bola Tampar Wanita M*F yang telah bertungkus lumus dalam kejohanan kali ini. Pasukan Wanita telah berjaya melepasi peringkat kalah mati dan ini merupakan pencapaian terbaik dari kejohanan lepas.

Jom saksikan wajah-wajah ceria pasukan Wanita.

*FHebat
*F

Photos from Kelab Perbendaharaan Kementerian Kewangan's post 18/08/2025

Pasukan Dragon Boat M*F yang terdiri daripada 16 orang kontinjen gabungan agensi di bawah Kementerian Kewangan Malaysia telah menyertai Kejohanan Putrajaya Dragon Boat Race (PDBR) 2025 pada 15 hingga 17 Ogos 2025 Persisiran Tasik Presint 18, Putrajaya. Kejohanan ini telah dianjurkan oleh Persatuan Kanu Putrajaya dengan kerjasama Malaysia Canoe Association (MASCA), Perbadanan Putrajaya dan Kementerian Belia dan Sukan.



Kejohanan ini telah menarik penyertaan lebih 30 pasukan daripada seluruh negara dengan penglibatan hampir 800 orang kontinjen daripada keseluruhan pasukan. Sesi saringan pertama dan saringan masa (repêchage) atau suku akhir telah diadakan pada 16 Ogos 2025, manakala peringkat semi final dan final telah diadakan pada 17 Ogos 2025.



Kejohanan ini mempertandingkan acara perlumbaan perahu naga bagi jarak 200 meter, melibatkan jenis perahu tradisional dengan 12 orang krew, termasuk pendayung, pemukul gendang, dan pengemudi. Kejohanan ini telah mengguna pakai Peraturan Perahu Naga Persekutuan Kanu Antarabangsa (ICF), dengan pengubahsuaian teknikal yang dibenarkan oleh Jawatankuasa Teknikal Tempatan.



Antara kategori yang dipertandingkan adalah Terbuka Bawah 21 Tahun, Terbuka Lelaki, Master 40 tahun keatas, Agensi Kerajaan bagi dua kategori iaitu Lelaki dan Campuran, dan Komuniti. Peserta terdiri daripada latar belakang yang pelbagai termasuk atlet sukan, penjawat awam, kelab sukan agensi kerajaan, pelajar universiti dan komuniti tempatan.



Penyertaan pasukan M*F yang telah membuat kemunculan semula dalam acara perahu naga pada tahun ini merupakan titik permulaan yang bersejarah untuk melakar kejayaan pada masa akan datang. Penyertaan ini bukan sahaja mengangkat semangat kesukanan dan kebersamaan warga M*F, malah menjadi platform untuk memupuk disiplin, kerjasama berpasukan, serta daya tahan fizikal dan mental yang tinggi.



Setinggi – tinggi penghargaan juga diucapkan kepada Biro Sukan dan Rekreasi, Kelab Perbendaharaan Malaysia di atas sokongan yang diberikan kepada Kelab Sukan Air untuk menyertai Kejohanan ini. Pasukan ini juga ingin merakamkan penghargaan kepada Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) di atas sumbangan t-shirt (jersey) pasukan dan bendera pasukan M*F.



Bagi warga M*F yang berminat untuk menyertai sukan air (perahu naga), Kelab Sukan Air amat mengalu-alukan permohonan baharu yang boleh dibuat menerusi emel kepada penyelaras seperti berikut:



1) Puan Farah Wahida binti Amanuddin; emel : [email protected]

2) Puan Nur Hidayatul Fatihah binti Ahmad; emel: [email protected]

*FHebat

Photos from Kelab Perbendaharaan Kementerian Kewangan's post 18/08/2025

Kejohanan Bola Tampar Majlis Kebajikan & Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Wilayah Persekutuan (MAKSWIP) 2025 telah berlangsung dari 14 hingga 17 Ogos 2025 di Gelanggang Tertutup INSPEN. Penyertaan pada kejohanan kali ini melibatkan lebih daripada 60 pasukan Kementerian/Jabatan/Agensi di bawah Wilayah Persekutuan.

Kementerian Kewangan (M*F) menghantar dua (2) pasukan iaitu bagi Kategori Lelaki dan Wanita, di bawah kendalian pengurus Encik Muhammad Haziq bin Nordin. Penantian selama 10 tahun berakhir apabila M*F berjaya meraih JOHAN bagi kategori lelaki di mana kali terakhir pada tahun 2015.

Kejayaan ini tidak dapat direalisasikan tanpa sokongan dan komitmen daripada Kelab Perbendaharaan Putrajaya khususnya Biro Sukan dan Rekreasi. Tahniah kepada semua pihak yang terlibat!

*FHebat

Photos from Kelab Perbendaharaan Kementerian Kewangan's post 08/07/2025

Kejohanan Badminton Piala Ketua Setiausaha Perbendaharaan Malaysia 2025 (Piala KSP) telah berlangsung dengan jayanya pada 5 Julai 2025. Penganjuran kejohanan ini dikendalikan oleh Kementerian Kewangan Malaysia melalui Unit Badminton Perbendaharaan di bawah Kelab Perbendaharaan Putrajaya.

Seramai 100 orang peserta yang terdiri daripada warga Perbendaharaan Malaysia dan Jabatan Akauntan Negara telah mengambil bahagian dalam lima (5) kategori iaitu Beregu Lelaki Terbuka, Beregu Wanita, Beregu Campuran, Beregu Veteran dan Beregu Lelaki Pegawai.

Berikut adalah pemenang bagi setiap kategori:

*Beregu Lelaki Pegawai*
1. Encik Ahmad Hafiz bin Mohd Latfi dan Encik Mohd Rashdan bin Mohd Yunus
2. Encik Ahmad Farhaan bin Ahmad Pauzi dan Encik Nurhairol bin Ruzaini
3. Encik Aminuddin dan Encik Badrul Hisam bin Ismail
4. Encik Ahmad Basyir bin Mohamad Hasni dan Encik Noraindilah bin Ayub

*Beregu Lelaki Terbuka*
1. Encik Mohamad Amin bin Hassan dan Encik Mohd Syafiq bin Abd Rashid
2. Encik Nik Amirsham dan Encik Syaifull Bin Abdul Hamid
3. Encik Mohamad Hafizi bin Rahim dan Encik Muhammad Sufyan bin Khairudin
4. Encik Muhammad Amyrol Aizat bin Md Hashim dan Encik Saiful Mukhalis bin Ismail

*Beregu Campuran*
1. Encik Mahadhir bin Karim dan Cik Hasnida Binti Abdul Hadi
2. Encik Saiful Mukhalis bin Ismail dan Puan Ainur Fatin Shayrazar binti Samsudin
3. Encik Mohamad Hafizi bin Rahim dan Cik Nur Najiha binti Kamal Arifin
4. Encik Nik Amirsham dan Puan Siti Zubaidah

*Beregu Lelaki Veteran*
1. Encik Mohamad Amin bin Hassan dan Encik Wan Mohd Faisal bin Wan Abdullah
2. Encik Mohd Hanafi @ Mohd Halim bin Mohd Isa dan Encik Shahrizan bin Uyop
3. Encik Mohd Fairul bin Mustaffa dan Encik Mohd Zamri bin Mubin
4. Encik Hasli Hisham bin Haslan Mohd Nasir dan Encik Mahadhir bin Karim

*Beregu Wanita*
1. Puan Ainur Fatin Shayrazar binti Samsudin dan Cik Halizah binti Abdul Wahid
2. Cik Hasnida binti Abdul Hadi dan Puan Yang Akma binti Jaapar
3. Puan Arlina binti Abdul Wahab dan Cik Nur Nishareena binti Abdul Hamid
4. Cik Nur Najihah binti Kamal Arifin dan Puan Nur Sarah Natasha binti Azmi

Kejohanan kali ini juga menyaksikan perjanjian kolaborasi rakan sukan rasmi antara Kelab Badminton Perbendaharaan dan syarikat Absolute Protech Sports (M) Sdn. Bhd. (Protech) dimeterai untuk tempoh dua tahun bermula 1 Jun 2024 hingga 31 Mei 2026.

Majlis menandatangani perjanjian tersebut telah disempurnakan oleh Encik Mohd Nurhairol bin Ruzaini, Pengerusi Kelab Badminton Perbendaharaan bersama Encik Goh Xian Hi, Eksekutif Jualan dan Pemasaran Absolute Protech Sports (M) Sdn. Bhd. dan disaksikan oleh YBrs. Tuan Muhammad Kamil bin Abdul Munim, Setiausaha Politik kepada YAB Menteri Kewangan dan YBhg. Datuk Abdul Rashid bin Dato' Haji Mohd Sidek, Ketua Jurulatih Akademi Badminton IOI dan Pemilik Sideks Official.

31/03/2025

Kian berlabuh tirai Ramadhan
Lambaian Syawal kian dinanti
Luhur hati ikhlas kemaafan
Semoga kesalahan dimaafi

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin dari kami gemaritmaband buat semua warga Kementerian Kewangan Malaysia

Berhati-hati di jalan raya, p**ang dengan hati yang riang buat insan tersayang di pagi lebaran. Terimalah cover lagu 'Pulanglah nyanyian asal Aishah'

Want your business to be the top-listed Government Service in Putrajaya?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Address


Presint 2
Putrajaya
62592

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 13:00
Sunday 09:00 - 15:00