PIBG SK Putrajaya Presint 9'2

PIBG SK Putrajaya Presint 9'2

Share

Page rasmi PIBG Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 9(2) Sesi 2025-2026. Where parents and teachers team up for the kids!

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 9(2) adalah platform kerjasama erat antara ibu bapa dan pihak sekolah untuk menyokong pembangunan menyeluruh murid—merangkumi akademik, sahsiah, dan kebajikan. Kami percaya bahawa sokongan komuniti adalah kunci kepada kejayaan anak-anak kita. Do’s (Boleh Dibuat):
✅ Sertai mesyuarat dan program PIBG
✅ Hulurkan sumbangan masa

20/03/2026

Pagi tadi, saya berjalan melepasi pagar SK Putrajaya Presint 9(2). Sunyi.

Tiada lagi suara anak-anak riuh-rendah berlari. Tiada lagi kelibat Cikgu-cikgu sibuk memastikan barisan lurus. Laman sekolah kembali 'berehat' seketika.

Tetapi, di sebalik kesunyian itu, hati saya teringat sesuatu. Bulan Ramadan lalu telah mendidik anak-anak kita tentang sabar. Kini, tibalah masanya mereka meraikan 'kemenangan' itu di rumah masing-masing.

Tahun 1447H ini, mari kita jadikan hari lebaran lebih daripada sekadar juadah sedap. Mari kita, sebagai komuniti PIBG SKPP9(2), melihat ke dalam mata anak-anak kita.

Mereka adalah permata yang kita gilap bersama di sini.
"Mendidik jiwa, menguatkan ukhuwah, menyatukan komuniti."

Tulus ikhlas daripada kami,
Barisan Jawatankuasa
PIBG SK Putrajaya Presint 9(2),

kami ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf atas segala khilaf.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin
Semoga setiap detik di samping keluarga tersayang dipenuhi rahmat-Nya.
Kosong-kosong ya!

26/02/2026

“Mak… tahun ni kita pakai baju raya warna apa?”

Kat sekolah tadi semua cerita pasal baju raya.
Ada yang warna emerald.
Ada yang pastel.
Siap cerita samping kilat-kilat.

“Mak… tak apa kalau sama macam tahun lepas pun…”

Ramadan di sekolah sepatutnya tentang gembira.
Tentang berkongsi cerita.
Tentang rasa sama-sama.

Tapi untuk sesetengah anak, soalan paling susah bukan soalan peperiksaan.
Cuma soalan kecil:

“Mak, kita ada baju raya tak?”

Ramadan ini, PIBG dan pihak sekolah membuka Infak Ramadan SK Putrajaya Presint 9(2) bagi membantu murid yang kurang berkemampuan membuat persiapan raya dan menyertai program Ramadan dengan lebih yakin.

Mungkin bagi kita sekadar satu sumbangan.
Bagi seorang anak, ia menjawab satu soalan yang berat untuk ditanya.

Jika berkelapangan, sumbangan boleh dibuat melalui QR pada poster.

Biar Ramadan ini semua anak boleh bercerita dengan senyum.

Sekolah & PIBG
SK Putrajaya Presint 9(2)

Link infaq di komen pertama

19/02/2026

Tidak semua murid melalui Ramadan dengan persiapan yang sama.

Ada yang gembira bercerita tentang baju raya.
Ada yang memilih untuk diam.

Ramadan sepatutnya menjadi ruang kebersamaan bukan perbandingan.

Sehubungan itu, pihak sekolah dan PIBG membuka Infak Ramadan SK Putrajaya Presint 9(2) bagi:
• Bantuan Raya murid kurang berkemampuan
• Menjayakan program Ihya’ Ramadan sekolah
• Memastikan setiap anak merasai Ramadan dengan bermakna

Sumbangan boleh dibuat melalui QR pada poster.
Tiada jumlah minimum setiap ringgit memberi makna.

Sebagai komuniti ibu bapa, kita bukan sekadar menghantar anak ke sekolah.

Kita membina persekitaran yang saling menjaga.
Terima kasih atas sokongan dan kepercayaan tuan/puan.

Sekolah & PIBG
SK Putrajaya Presint 9(2)

19/02/2026

Ramadan datang ketika kita semua masih mengejar deadline, meeting dan rutin harian.

Anak-anak p**a tetap bangun awal, ke sekolah, belajar seperti biasa sambil belajar juga erti sabar dan disiplin.

Sebagai komuniti ibu bapa dan guru, kita mungkin tak sempat duduk lama berbual.

Tetapi kita berkongsi satu perkara yang sama
kita mahu anak-anak membesar dengan nilai yang betul.

Ramadan bukan sekadar tentang menahan lapar.
Ia tentang membina karakter.

Tentang empati.
Tentang melihat sekeliling dan sedar bahawa kita tidak berjalan seorang diri.

PIBG mendoakan agar Ramadan ini memberi ruang untuk kita:
• memperlahankan sedikit langkah
• memberi perhatian yang lebih bermakna kepada keluarga
• dan menjadi contoh terbaik buat anak-anak kita

Terima kasih kerana terus menyokong sekolah bukan sekadar dengan sumbangan, tetapi dengan kepercayaan.
Semoga Ramadan ini sederhana, tenang dan bermakna untuk kita semua.

PIBG SK Putrajaya Presint 9(2)
Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 9(2)

12/01/2026

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

AJK PIBG ingin mengucapkan Selamat Kembali Ke Sekolah kepada semua anak-anak Sek Keb Putrajaya Presint 9(2).

Semoga sesi persekolahan ini berjalan dengan lancar, dipermudahkan segala urusan, diberi kesihatan yang baik serta kejayaan dalam Akademik serta Kokurikulum. Jadilah anak yang berdisiplin, berakhlak mulia dan membanggakan keluarga serta komuniti 9(2)

Selamat menuntut ilmu dan semoga memperolehi kejayaan yang cemerlang.

Ikhlas daripada :
AJK PIBG
SK Putrajaya Presint 9(2)

31/12/2025

Selamat Tahun Baharu 2026!

Buat seluruh warga kerja SKPP9(2) barisan pentadbir, guru-guru yang berdedikasi, serta ibu bapa yang sentiasa menyokong.

Tahun baru membawa semangat baru.
Mari kita melangkah ke 2026 dengan azam yang lebih utuh untuk membina persekitaran pembelajaran yang selamat, berinspirasi dan berkesan buat anak-anak kita.

Bersama kita teruskan usaha membentuk generasi yang bukan hanya cemerlang dalam akademik, tetapi juga tinggi akhlak dan nilai kemanusiaan.

Terima kasih atas kerjasama, komitmen dan kasih sayang yang tidak pernah putus sepanjang tahun lalu. Moga tahun ini lebih membawa keberkatan, pencapaian yang membanggakan dan hubungan yang lebih erat antara sekolah dan komuniti.
_________________________

To all staff of SKPP9(2) our dedicated administrators, teachers, and supportive parents.

Let us welcome this new year with renewed spirit and stronger determination to create a nurturing, inspiring and impactful learning environment for our students.

Together, let’s raise a generation that shines not only in academics, but also in character and compassion.

Photos from PIBG SK Putrajaya Presint 9'2's post 15/11/2025

SPODEC 3x3 peringkat kebangsaan tengah rancak berlangsung hari ni kat Sports Arena UNITEN!

Anak-anak dari seluruh negara, umur 9 hingga 12 tahun turun padang main habis-habisan. Semangat dia lain macam, penuh sorakan, peluh dan teamwork. Bukan main s**a tengok depa main dengan semangat.

Kalau hari ni takde plan lagi, jom bawa anak-anak datang tengok. Bukan selalu dapat peluang tengok kejohanan besar macam ni. Masuk pun percuma je.

Datang support, bagi semangat. Mana tahu, esok lusa anak kita p**ak turun gelanggang!

30/09/2025

Tapi sebenarnya… Fayyad dah beberapa hari tak ke sekolah.

Bukan sebab malas. Bukan sebab sakit. Tapi sebab… tiada siapa yang dapat uruskan.

Adik Fayyad... hanya mampu menunggu di rumah, berharap semuanya akan kembali seperti biasa.

Kita tak mampu gantikan tempat ayahnya.
Kita tak mampu ambil alih tugas ibunya.
Tapi kita mampu bantu meringankan beban mereka, walau sedikit.

Teruskan sokongan anda melalui sumbangan ikhlas imbas kod QR
Semoga Allah balas setiap kebaikan kalian dengan rahmat dan keberkatan yang tak putus.




29/09/2025

JOM KITA SAMA-SAMA HULURKAN HARAPAN
Kutipan Derma Kilat buat keluarga adik Muhammad Fayyad Refal (4 Elit, SKPP 9(2))

Assalamualaikum & salam sejahtera,
Di saat ayahnya terlantar sakit, adik Fayyad tetap hadir ke sekolah dengan semangat. Harapannya cuma satu agar ayah kembali sihat, dan keluarganya terus kuat.

Ibunya setia berulang-alik ke hospital demi menjaga suami tercinta, menjadi tulang belakang yang tabah dalam senyap.

Hari ini, kita raikan kasih dan pengorbanan itu dengan sedikit bantuan.
Semoga dengan infaq kita, Allah mudahkan urusan rawatan, beri kesembuhan, dan kuatkan semangat keluarga ini.

📌 Imbas kod QR di poster untuk menyumbang
Kita bantu setakat mampu moga setiap sen menjadi asbab kebaikan berpanjangan.




Photos from PIBG SK Putrajaya Presint 9'2's post 26/09/2025

Zaman berubah, cabaran makin kompleks.
Anak-anak hari ini hidup dalam dunia digital — dan ibu bapa perlu lebih dari sekadar penjaga.
Mereka perlukan rakan strategi, pendengar, dan pemandu arah.

🎓 Forum Keibubapaan | Karnival Pendidikan Putrajaya 2025
📌 Tajuk: Ibu Bapa Era Digital – Menjadi Rakan Strategik Anak Menuju Masa Hadapan
📅 Tarikh: 27 September 2025 (Jumaat)
🕘 Masa: 9.00 pagi
📍 Lokasi: Auditorium Tun Azizan Zainul Abidin, Perbadanan Putrajaya

Jom hadiri forum ini bersama barisan panel hebat:
👨‍🏫 Prof. Madya Ir. Ts. Dr. Mohd Khairi bin Abu Husain
Pensyarah, Universiti Teknologi Malaysia

👩‍🏫 Dr. Fatin Nur Majdina Nordin
Pensyarah Kanan, Universiti Malaya

🎙️ Moderator: Mohd Noor Azhar bin Marzukhi

Forum ini terbuka untuk semua — ibu bapa, guru, penjaga & warga pendidik yang peduli soal masa depan anak-anak Malaysia.

💬 Ruang soal jawab secara langsung
🎁 Peluang hadiah & goodies semasa karnival

Jumpa anda di sana!

Photos from Rasmi SK Putrajaya Presint 9.2's post 05/09/2025

Tahniah kepada semua guru dan kakitangan yang menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2024:

Penerima APC 2024

1. Mohd Amin bin Hamzah
2. Azizah binti Mohd Moh yin
3. Noor Sazliyani binti Salleh
4. Haslina Binti Abd Rahman
5. Siti Sahara Binti Ibrahim
6. Samsiah binti Mohd Salleh
7. Roshana binti Abd Razak
8. Fakhrul Zaki bin Fazial
9. Muhammad Noor Afiq bin Mohd Noor Leza
10. Muhammad Hazim bin Abdul Rahman
11. Faizal Anuar bin Ahmad
12. Siti Zaitun Binti Sudin

Semoga terus maju jaya dan lebih cemerlang lagi pada masa akan datang!

Want your business to be the top-listed Government Service in Putrajaya?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address


Jalan P9a, Presint 9
Putrajaya
62250