25/04/2026
Tangkak, 24 April 2026 - Taklimat dan lawatan tapak ke Projek Pembinaan dan Naik Taraf Infrastruktur Pengairan dan Saliran di Skim-Skim Pengairan Daerah Tangkak, Johor.
Lawatan ini bertujuan untuk memantau kemajuan pelaksanaan projek dan mendapat gambaran terperinci isu-isu di tapak bina.
Taklimat telah disampaikan oleh Jurutera Daerah JPS Tangkak selaku Penolong Pegawai Penguasa. Sesi ini turut disertai oleh pegawai-pegawai BPSP, BRE, JPS Tangkak dan kontraktor Pemada Alam Sdn. Bhd.
25/04/2026
Kluang, 24 April 2026 - Projek Menyiapkan Baki Kerja-Kerja Menaiktaraf Bangunan Dan Kemudahan Serta Kerja-Kerja Berkaitan di Pusat Perkhidmatan Industri Tenusu (PPIT) Kluang, Johor.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Ir. Yuslina Binti Hj. Mohd Sani, Pengarah BPSP. Mesyuarat diadakan bagi memantau kemajuan kerja dan menyelesaikan isu-isu yang berbangkit. Mesyuarat turut dihadiri oleh pegawai-pegawai BPSP, Pihak DVS, Perunding dan Kontraktor. Peratusan kemajuan kerja tapak projek jadual dan sebenar adalah 13%.
25/04/2026
Rompin, 23 April 2026 - Mesyuarat Tapak Bil. 3 bagi Projek Membina dan Menyiapkan Kompleks Pejabat Baru IADA Rompin, Pahang
Ir. Yuslina Binti Hj. Mohd Sani, Pengarah BPSP telah mempengerusikan Mesyuarat Tapak Bil. 3 bagi Projek Membina dan Menyiapkan Kompleks Pejabat Baru IADA Rompin, Pahang. Ia bertujuan untuk memantau kemajuan kerja dan menyelesaikan isu-isu yang berbangkit. Mesyuarat turut dihadiri oleh pegawai-pegawai BPSP, IADA Rompin, Perunding dan Kontraktor.
Mersing, 23 April 2026 - lawatan tapak ke Projek Menaiktaraf Sistem Pengairan Sawah Endau, Mersing
Pada sebelah petang, Pengarah BPSP telah berkesempatan untuk membuat lawatan tapak ke Projek Menaiktaraf Sistem Pengairan Sawah Endau, Mersing yang telah diluluskan melalui RP1 RMK13 dengan kos sebanyak RM18.8Juta.
Skim ini berhadapan dengan masalah pertumbuhan lumut di dalam taliair utama yang sangat aktif mengakibatkan aliran air tidak dapat mengalir dengan lancar seterusnya menyebabkan sebahagian kawasan sawah tidak mendapat bekalan air. Semoga dengan terlaksananya projek ini kelak dapat menyelesaikan masalah ini.
Seterusnya Pengarah BPSP juga dibawa untuk melawat Skim Pengairan Sawah Air Papan, Mersing yang menghadapi masalah tiada sumber air yang mencukupi untuk tanaman padi terutama ketika aktiviti penanaman di luar musim.
Beberapa cadangan jangka pendek, jangka sederhana dan jangka panjang telah dibincangkan dan akan dilaksanakan secara bersama Kerajaan Negeri dan Persekutuan untuk membantu petani menyelesaikan masalah ini.
Kedua-dua lawatan ini turut dihadiri oleh pegawai-pegawai Jabatan Pertanian Daerah Mersing, JPS Mersing dan BPSP.
24/04/2026
Pahang, 22 April 2026 - Taklimat dan lawatan ke kilang pembuatan paip Molecolar (SEA) Sdn. Bhd. Gebeng, Pahang
Lawatan ini diketuai oleh Ir. Yuslina binti Haji Mohd Sani, Pengarah BPSP, dan turut dihadiri oleh wakil dari IADA Rompin, IADA Pekan serta pegawai-pegawai BPSP.
Lawatan teknikal ini bertujuan memberikan pendedahan kepada peserta mengenai produk paip PVC-O yang sesuai digunakan di dalam pemodenan sistem pengairan pertanian. Seterusnya, peserta turut didedahkan dengan proses pembuatan dan kaedah pemasangan paip tersebut.
Pada sebelah petang, Pengarah BPSP telah mempengerusikan Mesyuarat Tapak Bil.2 Projek Menyiapkan Baki Kerja-Kerja Membina dan Menaiktaraf Infrastruktur Pengairan dan Saliran Serta Kerja Lain Berkaitan di Skim Pengairan Paya Pahang Tua/Langgar Kawasan IADA Pekan, Pahang (Fasa II). Ia diikuti dengan lawatan ke tapak bina untuk melihat lebih terperinci kerja-kerja yang sedang dilaksanakan.
Pengarah BPSP juga berkesempatan untuk melawat tapak cadangan projek Pengambilan Tanah Bagi Projek Membina dan Menaiktaraf Infrastruktur Pengairan dan Saliran di Skim Pengairan Paya Serandu, IADA Pekan, Pahang yg telah diluluskan melalui RP1 RMK13.
15/04/2026
PULAU PINANG, 14 APRIL 2026 - MESYUARAT PENYELARASAN & PEMANTAUAN PROJEK PEMBANGUNAN BIL. 4/2026 BAGI PROJEK-PROJEK DI BAWAH BAHAGIAN PENGAIRAN DAN SALIRAN PERTANIAN, KEMENTERIAN PERTANIAN DAN KETERJAMINAN MAKANAN (KPKM)
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Pengarah BPSP, Ir. Yuslina binti Hj. Mohd Sani dan diadakan di Bilik Mesyuarat Mahsuri, IADA Pulau Pinang pada 14 April 2026. Mesyuarat ini dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan BPSP serta jurutera-jurutera projek IADA. Mesyuarat ini bertujuan menyelaras dan memantau kemajuan pelaksanaan projek pembangunan BPSP di bawah RP1 RMK-13 supaya pelaksanaannya berjalan mengikut perancangan.
15/04/2026
Pahang, 13 April 2026
Satu lawatan pemeriksaan yang bertujuan untuk semakan siap kerja bagi pengeluaran Sijil Siap Kerja (CPC) bagi projek Menyiapkan Baki Kerja-Kerja Menaiktaraf Infrastruktur Pengairan di Blok G dan Blok H, Skim Pengairan Paya Setajam telah diadakan di Tapak Projek Paya Setajam, Rompin, Pahang.
Objektif pelaksanaan projek ini adalah untuk menjamin bekalan air yang berterusan dan mencukupi, seterusnya menyokong kelancaran aktiviti penanaman padi sebanyak dua kali setahun. Dengan keluasan kawasan penanaman padi yang mencecah 1,800 hektar, Skim Pengairan Paya Setajam ini berupaya memberikan manfaat secara langsung kepada 250 orang petani.
Sesi lawatan ini disertai oleh wakil Seksyen Teknikal, wakil SPP PJ, wakil dari IADA Rompin, serta wakil dari pihak kontraktor Imanpuri.
15/04/2026
Perlis & Pulau Pinang, 13 April 2026
Sesi Lawatan tapak dan Mesyuarat Pemantauan projek telah diadakan melibatkan beberapa projek di wilayah utara. Lawatan ini telah diketuai oleh Ir. Yuslina binti Hj. Mohd Sani, Pengarah BPSP yang turut dihadiri oleh En. Amir bin Budiman, Pengarah JPS Negeri Perlis, Jurutera Projek dari PPP Negeri Perlis, pegawai-pegawai dari BPSP, JPS Perlis dan IADA Pulau Pinang.
1. Projek Membina dan Menaiktaraf Infrastruktur Pengairan dan Saliran Serta Kerja-Kerja Lain Yang Berkaitan di Skim Pengairan Panggas dan Sungai Serai, Daerah Padang Besar, Perlis (Fasa 1)
- Kemajuan sebenar projek telah mencapai 27% berbanding kemajuan jadual iaitu 26% dan dijangka siap pada 9 Mac 2027.
Hasil output dari projek ini disasarkan dapat memberi manfaat kepada 180 orang petani yang mengusahakan 200 hektar sawah padi.
2. Projek-projek pembangunan dan operasi IADA Pulau Pinang bagi projek di Skim Pengairan Sungai Muda, Skim Pengairan Pinang Tunggal dan Skim Pengairan Seberang Perai Selatan.
- Kesemua projek ini dilaporkan dengan kemajuan sebenar mendahului kemajuan jadual.
16/03/2026
Perlis,11 Mac 2026 - Satu lawatan tapak diikuti dengan mesyuarat penyelarasan projek Menaiktaraf Pembangunan Punca Air Di Skim Pengairan Sungai Acheh telah dilaksanakan bagi menilai keadaan semasa di tapak bina dan mempertimbangkan halatuju projek ini.
Lawatan ini diketuai oleh Pn Ir. Yuslina Binti Hj. Mohd Sani, Pengarah BPSP yang turut dihadiri oleh Pengarah IADA Kerian, TP BPSP, JP IADA Kerian dan pegawai-pegawai IADA dan BPSP.
Projek ini apabila disiapkan kelak akan memberi manfaat kepada 1500 orang petani yang mengusahakan 5000 hektar sawah padi. BPSP dengan penuh komited akan memastikan projek ini dapat ditender dalam masa terdekat.
Lawatan juga telah dibawa ke Projek Telaga Tiub Menggunakan Sistem Solar yang merupakan teknologi baru digunapakai oleh BPSP untuk mengatasi masalah kekurangan bekalan air di kawasan sawah padi di IADA Kerian.
Projek perintis ini dioperasikan menggunakan IoT telah membantu petani untuk mendapatkan sumber air alternatif di samping menjimatkan perbelanjaan bahan bakar dan pekerja.
05/03/2026
February | BPSP Infographic
Water balance in paddy fields refers to the conservation of water within the crop root zone by balancing water inputs and water losses.
Sources include rainfall and irrigation system, while losses occur through evapotranspiration, seepage, percolation, and surface runoff. Maintaining this balance is essential to ensure the optimal standing water level required for healthy paddy growth and efficient water use.
02/03/2026
Jumaat, 27 Februari 2026 - Lawatan tapak serta penerangan proses baki kerja bagi Projek PPIT Kluang, Johor di tapak projek
Satu lawatan tapak ke projek PPIT Kluang telah diadakan bagi memberi penerangan tentang proses kerja bagi pelaksanaan baki kerja projek. Penerangan telah disampaikan oleh pihak perunding Marzuki Mahadi Sdn. Bhd. bersama-sama perunding M&E dan C&S. Turut hadir ialah pegawai-pegawai dari BPSP, DVS serta kontraktor.
Sesi ini memberi penekanan terhadap aspek teknikal, kualiti kerja dan pematuhan tempoh pelaksanaan bagi memastikan projek dapat dilaksanakan dengan cekap dan mematuhi spesifikasi jabatan.
Tarikh milik tapak projek adalah pada 13 Februari 2026 dan dijangka siap pada 15 Januari 2027.
02/03/2026
Kluang, 26 Februari 2026 - Mesyuarat Penyelarasan dan Hal-hal berbangkit bagi projek Pertanian Moden Padang Hijau, Kluang
Satu mesyuarat penyelarasan telah diadakan di bilik mesyuarat PPM Kluang, Johor. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBrs. Ir. Faizal Ashraf bin Ibrahim, Timbalan Pengarah BPSP dan dihadiri oleh pegawai-pegawai BPSP. Mesyuarat telah membincangkan isu-isu hakmilik tanah, Pelan Akui, Pelan Ukur, Pelan Butiran serta endorsement plan bersama agensi-agensi seperti Pejabat Tanah Kluang, Pejabat Tanah Batu Pahat, JUPEM Johor, JUPEM daerah Batu Pahat, PPM Kluang, Bhgn Permodenan Pertanian.