18/01/2025
🌹𝗖𝗨𝗧𝗜 𝗔𝗞𝗛𝗜𝗥 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝗧𝗘𝗟𝗔𝗛 𝗧𝗜𝗕𝗔🌹
🎉🎉🎉🎉🎉🎉🎉🎉🎉
𝗝𝗢𝗠 𝗠𝗔𝗡𝗙𝗔𝗔𝗧𝗞𝗔𝗡 𝗖𝗨𝗧𝗜 𝗦𝗘𝗞𝗢𝗟𝗔𝗛 𝗔𝗡𝗔𝗞 𝗔𝗡𝗔𝗞 𝗔𝗡𝗗𝗔 😍
📌 *Program 5 hari -TIDAK BERMALAM*
🕔 *8:00 am - 5:00 pm*
📆 *ISNIN - JUMAAT*
Daftarkan cuti sekolah anak2 di👇
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSe0STOdz1Vf1OvGjsxYrkL-_x-nvGDg6CHYtE-R8KM0CGaO7w/viewform?usp=header
🔖 *Terbuka kepada semua anak-anak berusia 7-12 Tahun*
*PENGISIAN PROGRAM:*
🎊 Explorace
🏹 Memanah
🕌 Smart Solat & Taharah
✨️ Asas Pengurusan Jenazah
🔐 Slot Kerohanian & Kepimpinan (solat berjamaah)
👨🏻🎓 Motivasi Diri & LDK
Semoga anak2 menghabiskan cuti dengan bermanfaat.. aamin2 yra 🤲🤲
16/12/2024
Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh.
MAKLUMAN PENDAFTARAN TAHUN 1 2025
Sukacitanya dimaklumkan pendaftaran kemasukan tahun 1 bagi sesi 2025 telah pun dibuka. Pendaftaran terbuka HANYA KEPADA MURID SK PUTRAJAYA PRESINT 8(1) SAHAJA. Borang pendaftaran boleh diambil di pejabat SK PUTRAJAYA PRESINT 8 (1) pada waktu pejabat dan borang beserta dokumen boleh diserahkan kembali ke tempat yang sama.
08/04/2023
CERAMAH IHYA' RAMADHAN KAFA SKPP8(1)
TAJUK : NUZUL AL-QURAN
Jumaat | 7 Apr 2023
Dataran Integrasi SKPP8(1)
شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِّنَ الْهُدَىٰ وَالْفُرْقَانِ.
"Bulan Ramadhan yang padanya diturunkan (permulaan) Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan mengenai petunjuk itu serta membezakan di antara yang haq dan batil (antara yang benar dengan yang salah).”
[Surah Al-Baqarah (2): Ayat 185].
16/03/2023
Sedang berlangsungnya pendaftaran KAFA bagi murid Tahun 1 2023/2024 pada hari ini.
Peringatan: Ibubapa perlu menyerahkan dokumen yang lengkap semasa pendaftaran.
16/03/2023
Edaran Slip Keputusan UPKK 2022/2023 KAFA SKPP8(1) pada 10/3/2023.
Tahniah dan Syabas diucapkan kepada semua murid tahun 5, teruskan usaha dan selamat maju jaya.
19/02/2023
Penyerahan Sijil Tamat KAFA kepada Murid Tahun 6.
Semoga anak-anak akan terus membina kecemerlangan dan terus berbakti kepada ibu bapa serta masyarakat dan negara. Gunakanlah segala ilmu yang telah guru-guru curahkan untuk melayari alam remaja dan seterusnya dewasa dengan penuh ketabahan, keimanan dan ketakwaan. Aminn Ya Rabb.
19/02/2023
AKTIVITI GURU KAFA SKPP8.1
Objektif penganjuran ATV FUN RIDE di JCK LUKUT N9 adalah untuk :
-Melatih guru dalam pengurusan organisasi bersama-sama.
-Memupuk sikap kerjasama dan bantu-membantu di kalangan warga guru dalam aktiviti sukan lasak dan ekstrem.
-Mendedahkan para guru kepada aktiviti lasak yang mampu mencabar kebolehan dan kemampuan fizikal diri mereka.
-Mengeratkan hubungan silaturahhim dan komunikasi dalam kalangan pentadbir dan guru-guru.
"Bersatu kita teguh, Bercerai kita roboh"
19/02/2023
SAMBUTAN HARI WILAYAH PERINGKAT SEKOLAH KAFA SKPP8.1
Antara pertandingan yang diadakan bertemakan hari wilayah ialah :
- Mewarna
- Menghasilkan Penanda Buku
- Melukis Poster
- Poster Digital
- Explorace Wilayah