Pusat Sebaran Maklumat Nasional NADI Presint 18

Pusat Sebaran Maklumat Nasional NADI Presint 18

Share

NADI Presint 18
Menyediakan kemudahan internet, Latihan ICT/ Latihan Keusahawanan secara percuma

28/05/2026

📱 Pendaftaran Ahli NADI Kini Lebih Mudah!

Kini anda boleh mendaftar sendiri sebagai Ahli NADI dan terus menggunakan Aplikasi Ahli NADI di telefon anda! 🎉

Gunakan aplikasi ini untuk:
✔️ Pendaftaran ahli NADI
✔️ Tempah penggunaan PC di NADI
✔️ Cari NADI terdekat
✔️ Kemas kini maklumat keahlian
✔️ Pantau rekod kesihatan
✔️ Terima makluman & pengumuman penting dari NADI

🔗 Muat turun sekarang:

📥 iOS (App Store)
📥 Android (Google Play)

✅ Aktifkan akaun anda & mula guna hari

28/05/2026

𝐌𝐀𝐊𝐋𝐔𝐌𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐓𝐔𝐏𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀 𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐍𝐀𝐃𝐈
Dimaklumkan bahawa NADI Presint 18 akan ditutup 2 hari pada 31 Mei 2026 (Ahad) & 1 Jun 2026 (Isnin) sempena Cuti Umum – Hari Wesak & Hari Keputeraan YDP Agong.
NADI Presint 18 akan kembali beroperasi seperti biasa pada 2 Jun 2026 (Selasa).

28/05/2026

Apa yang bermula dengan satu klik boleh membawa kepada kandungan yang tidak sepatutnya dilihat oleh kanak-kanak.

Kandungan ganas, unsur eksploitasi, buli siber, cabaran berisiko dan individu tidak dikenali hanyalah sebahagian daripada ancaman yang wujud di ruang digital hari ini. Tanpa pemantauan yang sewajarnya, anak-anak boleh terdedah kepada pengaruh yang memberi kesan kepada emosi, tingkah laku dan keselamatan mereka.

Apabila mereka bersendirian di hadapan skrin, adakah kita benar-benar tahu apa yang sedang mereka lihat?

Lindungi mereka sebelum risiko menjadi realiti.


26/05/2026

𝐌𝐀𝐊𝐋𝐔𝐌𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐓𝐔𝐏𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀 𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐍𝐀𝐃𝐈
Dimaklumkan bahawa NADI Presint 18 akan ditutup pada 27 Mei 2026 (Rabu) sempena Cuti Umum – Hari Raya AidilAdha
NADI Presint 18 akan kembali beroperasi seperti biasa pada 28 Mei 2026 (Khamis)

23/05/2026

Mahir Short Learning Series (SLS) Mei (Q2 2026)
📱 Mahir Baiki Gajet

🔧 Tajuk SLS: Baiki Skrin iPhone “ Servis Premium untuk Peranti Premium “ ✨

Jom sertai sesi ini dan pelajari cara asas & teknik diagnos & baiki skrin iPhone 📲💡

📅 Tarikh: 25 Mei 2026 (Isnin)
⏰ Masa: 11.00 pagi – 12.00 tengah hari
📍 Platform: Siaran Langsung dari YouTube Studio NADI Mahir

📢 Kunjungi NADI berhampiran anda untuk pendaftaran dan maklumat lanjut

Jangan lepaskan peluang untuk menimba ilmu dan melihat sendiri demonstrasi pembaikan gajet secara LIVE! 🔥📱

21/05/2026

JOM BELAJAR MASAK MENU AIDILADHA DENGAN CHEF FLORENCE TAN.. 😍

Aidiladha dah nak dekat ni.. nak menu yang lebih menarik raya kali ni sampai sanak saudara, jiran tetangga dan sahabat handai semua memuji?

Meh tengok Program Perkhidmatan Pintar NADI | 21–22 Mei 2026 ni. Banyak lagi topik yang dekat dengan hidup harian korang 👇

👨‍👩‍👧 Cuti sekolah & anak autisme — kenapa perubahan rutin sangat memberi kesan
🍳 SLS Mahir Masak Edisi Aidiladha 2026 bersama Chef Florence Tan
🥗 Ubat obesiti & strategi nutrisi — supaya tak tersilap jaga badan
🔐 Ancaman siber di tempat awam — jangan ambil ringan keselamatan digital
📚 Tuisyen Rakyat / VOD Revision + NADIPreneur & EmpowHer

📍 Program turut melibatkan lokasi program NADI On Wheels di beberapa kawasan. Rujuk poster untuk lokasi yang berhampiran anda.

💬 Topik mana paling kena dengan korang sekarang?
Anak & rutin / Masak Aidiladha / Nutrisi / Keselamatan siber / Tuisyen
Komen dekat bawah 👇

Tag kawan atau ahli keluarga yang patut tahu program ni juga 🔁

21/05/2026
Photos from MyDigital ID's post 20/05/2026
19/05/2026

Mahir Short Learning Series (SLS) Mei (Q2 2026)
🍽️ Mahir Masak Edisi Aidiladha 🌟

Sempena sambutan Aidiladha yang bakal tiba, jom sertai sesi istimewa bersama Chef Florence Tan untuk mempelajari hidangan yang penuh rasa dan lazat ❤️✨

Dalam sesi kali ini, Chef Florence Tan akan berkongsi cara penyediaan:
🥘 Daging Masak Ros
🍮 Kuih Bongkong

Resipi yang bukan sahaja menyelerakan, malah sesuai dijadikan hidangan istimewa untuk menceriakan meja Aidiladha bersama keluarga tersayang 🌙💛

📅 Tarikh: 21 Mei 2026 (Khamis)
⏰ Masa: 11.30 pagi – 12.30 tengah hari
📍 Platform: Siaran Langsung dari YouTube Studio NADI Mahir

📢 Jom kunjungi NADI berhampiran anda untuk pendaftaran dan maklumat lanjut

Jangan lepaskan peluang untuk menambah ilmu masakan & memasak bersama chef terkenal secara LIVE! 👩🏻‍🍳🔥

Want your business to be the top-listed Government Service in Putrajaya?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Putrajaya

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00
Saturday 09:00 - 18:00
Sunday 09:00 - 18:00