30/05/2026
β¨ 31 Mei 2026 | Selamat Menyambut Hari Wesak kepada seluruh penganut agama Buddha β¨
Semoga sambutan Hari Wesak ini membawa kedamaian, kesejahteraan dan kebahagiaan kepada semua. Marilah kita terus memupuk nilai kasih sayang, hormat-menghormati dan perpaduan demi kemakmuran bersama.
Ikhlas daripada,
Warga BPPT, JPT
26/05/2026
πβ¨ Salam Aidiladha 1447H β¨π
Bahagian Pengantarabangsaan Pendidikan Tinggi mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam.
Semoga semangat pengorbanan, keikhlasan dan kasih sayang terus menyatukan kita dalam membina ummah yang harmoni serta memperkukuh hubungan pendidikan tinggi di persada antarabangsa. π€
25/05/2026
KUNJUNGAN HORMAT BAKAL PESURUHJAYA TINGGI MALAYSIA KE NEW ZEALAND DAN PENYANDANG KURSI PENGAJIAN MALAYSIA KEPADA KETUA PENGARAH PENDIDIKAN TINGGI β¨π
ποΈ 25 Mei 2026
π Jabatan Pendidikan Tinggi
Sesi kunjungan hormat TYT Ambassador Abu Bakar bin Mamat dan Profesor Dr. Kartini Aboo Talib @ Khalid kepada YBhg. Datuk Profesor Dr. Azlinda Azman telah diadakan bagi membincangkan perkembangan semasa Kursi Pengajian Malaysia di Victoria University of Wellington serta pengukuhan kerjasama akademik antara Malaysia dan New Zealand.
Perbincangan turut memberi fokus kepada usaha memperkukuh mobiliti pensyarah dan pelajar, memperluas jaringan kerjasama strategik antara institusi pendidikan tinggi serta memperkaya pengalaman pembelajaran dan pertukaran budaya kepada komuniti akademik kedua-dua negara.
Selain itu, sesi ini turut membincangkan usaha memperkasa pengalaman pelajar Malaysia di luar negara, khususnya melalui program pembangunan sahsiah, jati diri dan kepimpinan bagi melahirkan graduan global yang holistik dan berdaya saing. Perancangan program-program berimpak tinggi di New Zealand yang dapat mempromosikan Malaysia serta memperkukuh hubungan pendidikan dan diplomasi antara kedua-dua negara turut disentuh dalam perbincangan ini.
Sesi ini menjadi platform penting dalam memperkukuh agenda pengantarabangsaan pendidikan tinggi negara melalui jaringan kerjasama strategik, mobiliti akademik, perkongsian ilmu serta pembangunan bakat global ke arah mempertingkat keterlihatan dan kecemerlangan pendidikan tinggi Malaysia di peringkat antarabangsa.
24/05/2026
PERMOHONAN BIASISWA KERAJAAN MAGHRIBI BAGI TAHUN 2026
Permohonan Biasiswa ini akan diselaraskan oleh Bahagian Pengantarabangsaan Pendidikan Tinggi (BPPT), JPT, KPT.
π Fasa PermohonanοΏ½π Bermula: 25 Mei 2026 (12:00 tengah hari)οΏ½π Sehingga: 03 Jun 2026 (5:00 petang)
π Pemakluman Keputusan (Melalui Panggilan Telefon)οΏ½π 15 β 19 Jun 2026οΏ½β° 9:00 pagi β 4:30 petang
π Maklumat Penting
* Kuota pengambilan adalah terhad kepada 15 orang pelajar cemerlang sahaja.
* Bidang pengajian yang ditawarkan adalah Pengajian Islam di institusi terpilih di Maghribi.
π Kemudahan Biasiswa
* Elaun bulanan: 750.00 Dirham (USD80)
* Penginapan: Tertakluk kepada kekosongan & syarat institusi
* Insurans & kemudahan kesihatan
π Layari pautan berikut untuk maklumat lanjut dan permohonan:οΏ½https://dohe.mohe.gov.my/morocco/
π Sebarang pertanyaan boleh hubungi:οΏ½03-8870 6609 / 6226 / 6148 / 5565
Jangan lepaskan peluang anda untuk memohon. Tempat adalah terhad!
22/05/2026
ππ Bahagian Pengantarabangsaan Pendidikan Tinggi (BPPT), Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) telah menyertai program EMGS Town Hall Road Tour 2026 (Borneo Zone) yang berlangsung pada 20 Mei 2026 di Curtin University Malaysia.
Program anjuran Education Malaysia Global Services ini menjadi platform strategik dalam memperkukuh kerjasama antara kementerian, agensi dan Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) berkaitan pengurusan serta pengalaman pelajar antarabangsa di Malaysia.
BPPT, JPT melalui pembentangan oleh Encik Erizman bin Soib, Penolong Pengarah Kanan, telah berkongsi pelbagai inisiatif dan hala tuju semasa Kementerian Pendidikan Tinggi dalam memperkasa agenda pengantarabangsaan pendidikan tinggi negara, termasuk aspek tadbir urus, pengurusan pelajar antarabangsa dan pengukuhan ekosistem sokongan IPT.
Program ini turut melibatkan penyertaan strategik daripada pihak Jabatan Imigresen Malaysia, wakil IPT serta pelbagai pihak berkepentingan dalam usaha memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai hab pendidikan tinggi global yang kompetitif, berkualiti dan mesra pelajar antarabangsa.
21/05/2026
πβ¨ MAJLIS MAKAN MALAM & PELANCARAN EDUTOURISM CONNECT@UMK β¨π
ποΈ 20 Mei 2026 I UMK Kampus Kota
Kemuncak Program Edutourism Connect @ Universiti Malaysia Kelantan (UMK) telah diserikan dengan Majlis Makan Malam dan Pelancaran Edutourism@UMK yang berlangsung dalam suasana penuh harmoni dan semangat pengantarabangsaan pendidikan tinggi.
Majlis tersebut turut menyaksikan persembahan daripada pelajar antarabangsa, penyampaian sijil kelulusan pakej Edutourism kepada pembangun-pembangun pakej Edutourism UMK serta pelancaran rasmi Edutourism@UMK. Ucapan aluam telah disampaikan oleh En. Muhd Shahrilfaizail bin Abdul Hamid, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengantarabangsaan Pendidikan Tinggi (BPPT), Jabatan Pendidikan Tinggi, KPT dan pelancaran rasmi Program Edutourism Connect @ UMK telah disempurnakan oleh YBrs. Prof. Dr. Huzili bin Hussin, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), Universiti Malaysia Kelantan.
Turut hadir bersama ialah Dr. Burhan bin Che Daud, Pengarah Pusat Antarabangsa UMK, En. Mohd Azwan Ab Rahman, Pengarah Tourism Malaysia Kelantan serta Pn. Nur Fadhilah Mohammed Noor, Pengurus Kanan Education Malaysia Global Services (EMGS).
Penganjuran program ini mencerminkan komitmen strategik UMK bersama Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Education Malaysia Global Services (EMGS) dalam memperkukuh agenda pelancongan pendidikan negara serta mempromosikan Malaysia sebagai destinasi utama Edutourism di peringkat antarabangsa.
Tahniah dan syabas kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. ππβ¨
21/05/2026
πβ¨ EDUTOURISM CONNECT @ UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN (UMK) β¨π
ποΈ 20 Mei 2026 | UMK Kampus Kota
Program Edutourism Connect @ Universiti Malaysia Kelantan (UMK) telah berjaya dilaksanakan dengan pengisian utama melibatkan sesi bengkel dan lawatan komuniti Edutourism yang menghimpunkan wakil daripada 12 Universiti Awam di Malaysia serta pemain industri pelancongan tempatan.
Pengisian program dimulakan dengan Bengkel Pemantapan Pakej Edutourism yang dihadiri oleh wakil-wakil Pejabat Antarabangsa Universiti Awam serta pemilik-pemilik pakej Edutourism bagi memperkukuh pemahaman terhadap konsep dan pelaksanaan inisiatif program signature Edutourism Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT). Peserta-peserta turut dimaklumkan berkenaan sasaran dan hala tuju inisiatif ini dalam usaha memacu pengantarabangsaan pendidikan tinggi negara melalui pendidikan berasaskan pelancongan.
Sesi bengkel ini telah difasilitasi oleh Encik Mohamad Khairul Nizam bin Mohd Anuar Cheng , pegawai daripada Bahagian Pengantarabangsaan Pendidikan Tinggi (BPPT), Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT), Kementerian Pendidikan Tinggi selaku sekretariat program Edutourism KPT.
Seterusnya, peserta turut dibawa menyertai _International Immersive Culture Experience_ melalui lawatan ke Min House Camp, Kubang Kerian yang mengetengahkan konsep penginapan berteraskan budaya, alam semula jadi dan warisan negeri Kelantan.
Program ini menjadi platform penting dalam memperkukuh agenda pelancongan pendidikan negara melalui pengalaman pembelajaran berasaskan komuniti, budaya dan keusahawanan.
21/05/2026
π€ Satu langkah strategik ke arah memperkukuh ekosistem pengantarabangsaan pendidikan tinggi di Wilayah Sarawak.
Mesyuarat Kerjasama Strategik Berkaitan Pengurusan Pelajar Antarabangsa di Negeri Sarawak melalui Education Malaysia Global Services Bil.1/2026 telah menghimpunkan pelbagai agensi utama termasuk Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi, Jabatan Imigresen Malaysia serta Unit Pengurusan Imigresen dan Buruh Sarawak (ILMU).
Mesyuarat ini menjadi platform penting bagi memperkukuh kerjasama strategik antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dalam memperkemas tadbir urus, penyelarasan proses imigresen serta pengurusan pelajar antarabangsa di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) di Sarawak.
Usaha bersepadu ini selaras dengan aspirasi Malaysia sebagai hab pendidikan tinggi global yang kompetitif, berkualiti dan mesra pelajar antarabangsa. ππ
16/05/2026
Guru bukan sekadar menyampaikan ilmu, tetapi mendidik dengan penuh keikhlasan dan kasih sayang.
Terima kasih atas setiap ilmu, kesabaran serta pengorbanan yang dicurahkan demi membentuk generasi masa depan.
Ilmu yang diberikan menjadi cahaya kehidupan dan panduan menuju kejayaan.
Terima kasih kepada seluruh warga pendidik yang sentiasa komited membimbing anak bangsa ke arah masa depan yang lebih gemilang.
Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik ! π
11/05/2026
[HEBAHAN RASMI] PERMOHONAN PENDAFTARAN PAKEJ BAHARU EDUTOURISM DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (KPT) KITARAN 2/2026 KINI DIBUKA
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), melalui Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) mempelawa semua Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) di Malaysia yang memenuhi syarat untuk mengemukakan permohonan pendaftaran pakej baharu Edutourism IPT masing-masing.
Inisiatif ini bertujuan untuk mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pendidikan unggul melalui penglibatan dalam aktiviti pelancongan berasaskan pendidikan, budaya, akademik dan industry.
π
TARIKH BUKA: 11 MEI 2026
π
TARIKH TUTUP: 22 MEI 2026
Maklumat lanjut berkaitan Program Edutourism dan Permohonan Pendaftaran Pakej Baharu Edutourism boleh diakses melalui Kod QR diposter atau pautan:
π Pautan: https://sites.google.com/view/sdnbppt/edutourismkpt/pendaftaran-pakej?authuser=2
Sekretariat Program Edutourism
Kementerian Pendidikan Tinggi