Bahagian Biosekuriti Tumbuhan, Jabatan Pertanian Malaysia

Bahagian Biosekuriti Tumbuhan, Jabatan Pertanian Malaysia

Share

Bermula 1 September 2013 Bahagian Perlindungan Tanaman & Kuarantin Tumbuhan telah dijenamakan semula

Bahagian ini berfungsi untuk :

-Melindungi sektor pertanian negara daripada serangan dan kemerebakan penyakit dan perosak.melalui khidmat perundingan serta kepakaran dan program-program kawalan dalam bidang perlindungan tanaman dan kuarantin tumbuhan

-Menjaga keselamatan pertanian dan melindungi negara daripada perosak asing melalui perlaksanaan penguatkuasaan Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 dan P

26/05/2026
22/05/2026

Hawar Bulir Bakteria (BPB) ialah penyakit padi serius yang disebabkan oleh
bakteria Burkholderia glumae dan Burkholderia gladioli, yang merebak melalui benih
dan tanah terutamanya dalam cuaca panas dengan kelembapan tinggi (>80%).
Simptom bulir padi menjadi perang gelap dan tidak berisi. Penyakit ini, menyebabkan
kekurangan hasil sehingga 80%.

28/04/2026

Tahukah anda, Malaysia mempunyai pelbagai jenis pisang dengan kegunaan berbeza mengikut keperluan harian?

Daripada pisang Cavendish yang terkenal sebagai varieti eksport, hingga pisang Mas yang sangat manis dimakan segar, setiap jenis pisang mempunyai keunikan tersendiri.

Varieti seperti pisang Berangan dan pisang Rastali p**a menjadi pilihan pop**ar rakyat Malaysia kerana rasa manis serta tekstur yang digemari.

Bagi kegunaan masakan, varieti seperti pisang Lang yang bersaiz panjang, pisang Nipah yang bertekstur halus serta pisang Nangka yang tahan simpan sering menjadi pilihan untuk digoreng atau dijadikan hidangan tradisional.

Selain itu, pisang Awak dan pisang Raja dikenali sebagai varieti dwi-kegunaan kerana boleh dimakan segar atau dimasak mengikut kesesuaian hidangan.

Tanaman pisang yang mudah ditanam di kawasan rumah atau kebun kecil boleh membantu meningkatkan bekalan makanan domestik dan mengurangkan kebergantungan kepada sumber luar.

28/04/2026

Info Diagnostik

31/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.
Semoga Syawal yang mulia ini membawa keberkatan, kesejahteraan dan kebahagiaan kepada semua.

Pergi ke pekan membeli selasih,
Singgah sebentar membeli ketupat;
Hari Raya menyucikan kasih,
Salah dan silap mohon diampun dengan penuh hormat.

Ikhlas daripada kami,
Bahagian Biosekuriti Tumbuhan.

Photos from Jabatan Pertanian Malaysia's post 12/03/2026
12/03/2026

Tahukah anda bahawa usahawan tani bimbingan Jabatan Pertanian turut menghasilkan pelbagai produk makanan dan minuman berkualiti yang sesuai untuk persiapan Hari Raya Aidilfitri?


Bagi memberi peluang kepada orang ramai mendapatkan produk tempatan secara terus daripada pengusaha, Jabatan Pertanian melalui Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menganjurkan Program Promosi dan Jualan Produk Usahawan Bimbingan Jabatan Pertanian Sempena Hari Raya Aidilfitri 2026.

Program ini menghimpunkan pelbagai produk keluaran usahawan tani yang dibimbing oleh Jabatan Pertanian, termasuk makanan tradisional, produk hiliran pertanian, makanan ringan, minuman serta pelbagai produk berasaskan hasil pertanian tempatan.

Inisiatif ini bukan sahaja memudahkan orang ramai mendapatkan produk berkualiti untuk persiapan Hari Raya, malah turut menyokong perkembangan ekonomi usahawan tani tempatan.

Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan program ini yang akan berlangsung pada:
• Tarikh: 12 & 13 Mac 2026 (Khamis & Jumaat)
• Masa: 11.30 pagi – 3.00 petang
• Lokasi: Laluan Pejalan Kaki, Blok 4G1, Wisma Tani, Presint 4, Putrajaya

Melalui program ini, pengunjung berpeluang membeli pelbagai produk menarik seperti makanan tradisional, kuih raya, minuman herba, produk berasaskan buah-buahan, makanan ringan dan banyak lagi yang dihasilkan oleh usahawan tani tempatan.

Selain membantu mempromosikan produk pertanian tempatan, program ini juga menjadi platform penting untuk memperkenalkan potensi industri hiliran pertanian kepada masyarakat.

Orang ramai dijemput hadir beramai-ramai bagi menyokong produk usahawan tani tempatan serta mendapatkan pelbagai produk menarik sempena persiapan Hari Raya Aidilfitri.

Ayuh datang dan meriahkan Program Promosi dan Jualan Produk Usahawan Bimbingan Jabatan Pertanian.

Sokong produk tempatan, bantu usahawan tani berkembang.



Bahagian Pengembangan Pertanian

Photos from Bahagian Biosekuriti Tumbuhan, Jabatan Pertanian Malaysia's post 04/03/2026

Telah berlangsung TRAINING ON RED PALM WEEVIL (RPW) AND PALM PEST IDENTIFICATION AND MANAGEMENT pada 9 – 12 Februari 2026 (Isnin - Khamis) bertempat di Institut Pengurusan Latihan, Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Sungai Petani, Kedah.
Seramai 77 orang peserta yang terdiri daripada DOA Sabah, DOA Sarawak, BPIT (Putrajaya dan Kedah), BBT Perlis, BBT Pulau Pinang, BBT Kedah, BBT Perak, BBT HQ dan National Parks Board, Singapura (NPARKS).

Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pegawai mengenai pengurusan perosak kumbang merah palma secara teori dan amali di lapangan.

Terima kasih diucapkan kepada barisan urusetia dari Seksyen Pengurusan Perosak Tumbuhan, Bahagian Biosekuriti Tumbuhan dan semua peserta yang telah menjayakan program Training On Red Palm Weevil (RPW) and Palm Pest Identification and Management.

Diharapkan program ini dapat mempertingkatkan lagi keberkesanan pelaksanaan fungsi Biosekuriti Tumbuhan di seluruh Negara selaras dengan matlamat Jabatan Pertanian.

Want your business to be the top-listed Government Service in Putrajaya?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Bahagian Biosekuriti Tumbuhan, Jabatan Pertanian, Menara Z10, Jalan Alamanda 2, Presint 1, Wilayah Persekutuan
Putrajaya
62000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00