Unit Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan Bhg. Perkembangan Perubatan KKM

Unit Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan Bhg. Perkembangan Perubatan KKM

Share

Unit Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan Perubatan merupakan sebuah unit di bawah Cawangan Kualiti Pen

13/03/2023

Pada 7 Mac 2023, Pengarah Perkembangan Perubatan telah mempengerusikan Mesyuarat Teknikal Program Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Hospital & Institusi Perubatan KKM Bil. 1/2023.
Mesyuarat ini yang berlangsung selama 3 hari di Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Sabah telah dihadiri oleh 130 ahli yang terdiri daripada Ketua UKKP negeri dan hospital serta penasihat-penasihat teknikal UKKP serta wakil daripada KPAS KKM.
Objektif mesyuarat ini adalah untuk membincangkan isu-isu berkaitan program KKP yang telah dilaksanakan pada tahun 2022 serta membentangkan cadangan kertas kerja dan polisi berkaitan KKP di hospital seperti Personal Protective Equipment Pengendalian, Chemotherapy, Radiation Emergency Preparedness Plan dan Pneumococcal Vaccination serta TB Risk dan Fatigue Risk Assessment Tool.
Ahli mesyuarat juga berkesempatan menyertai lawatan kerja di beberapa industri di sekitar Kota Kinabalu yang bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai aktiviti KKP yang dijalankan di peringkat agensi/industri, serta sebagai platform perkongsian kepakaran dan pengalaman antara agensi/industri dengan KKM.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada JKN Sabah sebagai tuan rumah mesyuarat teknikal pada kali ini.

Photos from Unit Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan Bhg. Perkembangan Perubatan KKM's post 18/08/2022

17-18 Ogos 2022:
Hari ini Dr Azlihanis Binti Abdul Hadi, Pakar Perubatan Kesihatan Awam selaku Ketua Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Bahagian Perkembangan Perubatan berpeluang untuk mengadakan lawatan penyeliaan bagi Program Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan Di Hospital Slim River.

Lawatan ini bertujuan untuk memantau pelaksanaan aktiviti OSH di hospital. Terima kasih Dr Sivanandarajah Satgunam (Pengarah Hospital) , Dr Nor Nadiah Zulkifle (Ketua Unit) dan pasukan atas kerjasama yang telah diberikan.

Program diikuti dengan hari kedua iaitu Seminar Commuting Accident Road Safety ( CARS'S) Peringkat Hospital Slim River(HSR) anjuran UKKP Hospital Slim River.

Peserta terdiri daripada kakitangan HSR & Pejabat Kesihatan Daerah Muallim.
Penceramah daripada agensi lain seperti MIROS dan JPJ juga dijemput untuk memberikan informasi kepada peserta seminar.

Tujuan seminar adalah untuk memberikan kesedaran dan pengetahuan kepada kakitangan kesihatan mengenai keselamatan jalanraya. Selain itu memberikan informasi kepada Pegawai Kenderaan ,Penyelia dan Pemandu Kenderaan berkaitan pemanduan berhemah dan penyelenggaraan kenderaan.

Tahniah diucapkan kepada Hospital Slim River!

Photos from Unit Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan Bhg. Perkembangan Perubatan KKM's post 15/08/2022

KAJI SELIDIK DASAR KESEJAHTERAAN KESIHATAN MENTAL DI TEMPAT KERJA
DALAM KALANGAN ANGGOTA HOSPITAL KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Program Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa
Universiti Utara Malaysia, Kampus Kuala Lumpur di bawah Fundamental Research Grant Scheme (FRGS), Kementerian Pengajian Tinggi sedang menjalankan penyelidikan bertajuk "Towards Developing Mental Health Well-Being Policy at the Workplace” dengan kerjasama Bahagian Perkembangan Perubatan di peringkat KKM telah mengadakan Focus Group Discussion bagi kaji selidik dasar kesihatan mental di tempat kerja dalam kalangan warga kerja KKM pada 5 Ogos 2022 di Perdana Kuala
Lumpur City Centre. Seramai 13 orang wakil daripada pelbagai kategori petugas kesihatan dan fasiliti hospital di Lembah Klang KKM telah terlibat dalam menjayakan kajian ini. Tujuan kajian ini adalah untuk menganalisa
kepentingan kesejahteraan kesihatan mental di tempat kerja, polisi-polisi dan undang-undang yang berkaitan yang memberi perlindungan terhadap kesihatan
mental pekerja.Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam perbincangan ini.
Diharap kajian ini dapat membantu dalam pelaksanaan polisi kesihatan mental dalam kalangan anggota di KKM.

Photos from Unit Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan Bhg. Perkembangan Perubatan KKM's post 27/06/2022

Pada 24- 25 Jun 2022,

JKK Blok E1 telah menganjurkan satu Bengkel Pemerkasaan dan Kerja Berpasukan Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Blok E1 Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia bertempat di Glory Beach Resort, Port Dickson.

Seramai 25 orang peserta telah menghadiri Bengkel ini yang terdiri daripada Wakil Majikan dan Wakil Pekerja dari semua Bahagian dan Cawangan di Blok E1.

Bengkel ini merupakan agenda tahunan yang dianjurkan oleh JKK Blok E1 IPKKM bertujuan untuk memberikan penerangan dan infomasi tentang Keselamatan dan Kesihatan di tempat kerja kepada ahli JKK Blok E1. Adalah diharapkan Wakil JKK dapat memainkan peranan dan tanggungjawab mereka bagi memantapkan lagi fungsi di cawangan masing-masing.

Photos from Unit Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan Bhg. Perkembangan Perubatan KKM's post 16/06/2022

Satu Mesyuarat Teknikal Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Program Perubatan telah
diadakan pada 15-16 Jun 2022. Mesyuarat ini telah diadakan secara atas talian dan telah dihadiri oleh seramai 215 peserta
yang terdiri daripada Timbalan Pengarah Kesihatan (Perubatan) Jabatan Kesihatan Negeri dan Ketua Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di peringkat JKN, hospital dan institusi perubatan di Malaysia.


Mesyuarat dua hari ini membincangkan antara lain isu dan perkara berbangkit berkaitan Program keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) yang telah dipantau pada tahun 2021 dan pembentangan aktiviti KKP oleh hospital dan fasiliti kesihatan yang terpilih. Beberapa hospital juga dijemput untuk berkongsi pengalaman mereka mengendalikan aktiviti KKP di tempat kerja mereka.

Diharapkan mesyuarat ini dapat menjadi platform bagi penyebaran maklumat survelan KKP, medium percambahan ilmu, dan perkongsian pengalaman oleh
hospital dan fasiliti kesihatan yang terlibat bagi memperkasakan KKP di fasiliti masing-masing.

Photos from Unit Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan Bhg. Perkembangan Perubatan KKM's post 16/06/2022

25-26 MEI 2022
National Occupational Conference 2022 telah diadakan sempena Hari Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Sedunia di peringkat Kementerian Kesihatan Malaysia yang telah diadakan di Concorde Hotel, Kuala Lumpur.
Hari Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Sedunia disambut pada 28 April setiap tahun oleh International Labour Organisation (ILO), sebuah agensi di bawah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Tema rasmi sambutan Hari Keselamatan dan Kesihatan Sedunia 2022 adalah “To build a positive safety and health culture” ; # Let’s Act Together..
Sambutan pada tahun ini di peringkat KKM diadakan secara persidangan dengan kerjasama antara Bahagian Perkembangan Perubatan, KKM bersama Malaysian Society of Occupational Health Doctors (MSOHD) serta penyumbang daripada Sanofi Malaysia, Terumo Malaysia, Medical Apparatus Supplies Sdn Bhd ( MASSB) dan Jabatan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan WPKL & Putrajaya dengan tema Progressing From Pandemic: Building Resilience In Occupational Safety And Health. Tema ini amat bertepatan dengan situasi semasa negara dan global yang sedang dalam peralihan fasa endemik bagi pandemik COVID-19. Sesungguhnya, pandemik ini memberi pengajaran yang penting dalam mengukuhkan dan membina daya tahan dalam mendepani apa jua ancaman terhadap keselamatan dan kesihatan pekerjaan pada masa hadapan.
Sambutan ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai keselamatan dan kesihatan dalam kalangan pekerja dan majikan menerusi penerapan budaya kerja selamat dan sihat. Ia juga bertujuan memupuk tanggungjawab setiap individu untuk mencegah kemalangan, penyebaran penyakit mahupun kematian pekerja di tempat kerja, disamping mencapai sasaran Sustainable Development Goal (SDG), 8.8 iaitu persekitaran kerja yang selamat dan terjamin bagi semua pekerja menjelang tahun 2030.
Seramai 180 orang peserta daripada seluruh Malaysia daripda KKM dan swasta telah menyertai persidangan ini. Persidangan selama dua hari ini terisi dengan pelbagai aktiviti yang telah direncanakan, antaranya perkongsian berkenaan aspek keselamatan dan kesihatan di tempat kerja oleh pakar-pakar daripada DOSH, NIOSH, industri, akademia, dan lain-lain. Terdapat juga pameran berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang disediakan untuk para peserta persidangan serta pembentangan oral bagi kajian dan inovasi yang telah dilakukan oleh peserta.

Photos from Unit Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan Bhg. Perkembangan Perubatan KKM's post 20/04/2022

18 April 2022

Hari ini adalah hari yang bersejarah kepada Cawangan Kualiti Penjagaan Perubatan, Bahagian Perkembangan Perubatan khususnya Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dan Unit Kawalan Infeksi, Cawangan Kualiti Penjagaan Perubatan, Bahagian Perkembangan Perubatan dengan termeterainya Majlis Memorandum Persefahaman (MOU) antara Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan 3M Malaysia Sdn Bhd bagi kajian The Collection Of Public Healthcare Worker Facial Anthropometric Data For The Development Of A Respirator Test Panel.

Kajian ini bertujuan mengenalpasti jenis, taburan bentuk dan saiz muka petugas kesihatan di Malaysia bagi memastikan respirator yang diperolehi oleh Kerajaan lebih sesuai dengan bentuk dan saiz muka petugas kesihatan. Hasilnya, panel ujian yang mewakili petugas kesihatan boleh diwujudkan. Sebanyak 15 hospital KKM dengan melibatkan 5542 orang petugas kesihatan KKM akan dipilih secara Stratified Random Sampling mengikut kuota yang telah ditetapkan bagi setiap kategori di hospital kajian. Pengumpulan data adalah melalui pengukuran saiz muka bagi sampel yang dipilih menggunakan spreading calliper dan sliding calliper oleh pasukan anthropometry hospital.

Terima kasih diucapkan kepada semua terlibat termasuk Hospital Sungai Buloh dan NIOSH Malaysia. MOU ini menandakan satu pencapaian penting bagi KKM dan negara secara keseluruhan.

Photos from Unit Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan Bhg. Perkembangan Perubatan KKM's post 17/03/2022

16 Mac 2022
Jutaan terima kasih diucapkan kepada Dr Azlihanis Binti Abdul Hadi, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, merangkap Ketua Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di
Bahagian Perkembangan Perubatan KKM kerana meluangkan masa memberikan perkongsian topik 'OSH in Hospital Setting' di platform zoom dalam Seberang Perai Cluster (SPC) Hospital Management & Leadership program. Perkongsian yang sangat bermanfaat dan komprehensif dalam memberi pemahaman skop kerja keselamatan dan kesihatan pekerjaan di hospital serta peranan UKKP dan pihak pengurusan hospital.
Terima kasih Dr Anis n team!

Photos from Unit Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan Bhg. Perkembangan Perubatan KKM's post 27/01/2022

Bengkel Fieldwork Coordinator and Anthropometric Team Members untuk Kajian Kementerian Kesihatan Malaysia bertajuk:

*Anthropometric Survey of Malaysian Healthcare Respirator Users* di NIH, Setia Alam pada 25-26 Jan 2022.

Bengkel dianjurkan oleh Unit OSH & IPC dengan kerjasama NIOSH dan 3M Malaysia.

Bengkel ini telah dirasmikan oleh Dr Nor’Aishah binti Abu Bakar, Pakar Perubatan Kesihatan Awam selaku Timbalan Pengarah CKPP.

28/12/2021

28 Disember 2021
VIDEO PENDIDIKAN “TATACARA PENGENDALIAN SILINDER OKSIGEN DI HOSPITAL DENGAN BETUL”

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,
Sukacita dimaklumkan, Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Bahagian Perkembangan Perubatan KKM dengan kerjasama Bahagian Kejuruteraan KKM, Institut Kanser Negara (IKN), Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) dan Ambang Wira Sdn. Bhd serta Produksi Bahagian Pendidikan Kesihatan KKM telah menghasilkan video pendidikan “TATACARA PENGENDALIAN SILINDER OKSIGEN DI HOSPITAL DENGAN BETUL”.

Video ini dihasilkan khusus untuk pekerja yang perlu mengendalikan tong oksigen di hospital bagi mencegah dan mengurangkan risiko mendapat penyakit musculoskeletal disorder (MSD) akibat pengendalian silinder oksigen yang salah, seterusnya mewujudkan suasana dan persekitaran tempat kerja yang selamat dan sihat.

Oleh yang demikian, diharapkan penghasilan Video ni dapat dimanfaat kan oleh pekerja /petugas yang terlibat. Mohon kerjasama semua untuk kongsikan pautan video ini dengan semua petugas yang terlibat dengan pengedalian tong oksigen di fasiliti masing-masing.

https://drive.google.com/file/d/1ANlCI9E1gRas9mV_n8Mq9__Cp7u3ipcN/view?usp=sharing

Sekian, terima kasih.

DATO’ DR. MOHD FIKRI BIN UJANG
Pengarah Perkembangan Perubatan
Bahagian Perkembangan Perubatan
Kementerian Kesihatan Malaysia

Photos from Unit Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan Bhg. Perkembangan Perubatan KKM's post 16/12/2021

14-15 DISEMBER 2021
Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP), Cawangan Kualiti Penjagaan Perubatan, Bahagian Perkembangan Perubatan, KKM telah mengadakan Mesyuarat Teknikal Program Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan di Hospital dan Institusi Perubatan KKM Bil. 1 Tahun 2021 secara virtual, dihadiri seramai 192 peserta terdiri daripada pegawai di UKKP Negeri dan Hospital serta Institusi Perubatan di seluruh Malaysia.

Objektif mesyuarat ini diadakan adalah untuk membincangkan isu-isu berkaitan program keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang telah dilaksanakan dan dipantau pada tahun 2021, data kekerasan terhadap anggota kesihatan KKM pada tahun 2020 dan 2021 serta merancang dan membincangkan pelan tindakan pelaksanaan program bagi tahun 2022.

Pelbagai topik yang dibincangkan untuk tujuan penambahbaikan dan memerlukan perancangan yang teliti bagi menjamin keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerja KKM.

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBrs Dr Nor’Aishah Abu Bakar, Timbalan Pengarah Cawangan Kualiti & Penjagaan Perubatan dan dirasmikan oleh Pengarah Bahagian Perkembangan Perubatan, YBhg. Dato' Dr. Mohd Fikri Bin Ujang.

Terima kasih kepada semua yang memberikan pandangan, cadangan penambahbaikan dan lontaran idea sepanjang mesyuarat berlangsung.

-UKPP Bhg Perkembangan Perubatan KKM-

Photos from Unit Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan Bhg. Perkembangan Perubatan KKM's post 16/12/2021

Pengumpulan data bagi Kaji Selidik Tahap Kelesuan Dalam Kalangan Anggota Kesihatan yang menjalankan kerja syif dan on call di hospital KKM telah dijalankan pada 1-10 Disember yang lepas.

Kajian ini adalah kerjasama antara Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP), Bahagian Perkembangan Perubatan bersama Malaysian Institue of Road Safety Research (MIROS).

Objektif kajian ini adalah bagi mengenal pasti tahap kelesuan dalam kalangan anggota kesihatan dan hubungkait antara kelesuan dengan kemalangan jalan raya, bebabnan tugas, dan kecederaan di tempat kerja.
Sebanyak lima buah hospital telah dipilih mewakili zon-zon di Malaysia antaranya:

1. Hospital Sultanah Aminah, Johor
2. Hospital Raja Perempuan Bainun Ipoh Perak
3. Hospital Raja Perempuan Zainab, Kota Bahru Kelantan
4. Hospital Tuanku Jaafar, Negeri Sembilan
5. Hospital Umum Sarawak

UKKP Bhg Perkembangan Perubatan dan pihak MIROS telah mendapat kerja sama yang baik daripada pihak pengurusan dan juga penyelars hospital yang terlibat sehingga kami berjaya mengumpulkan jumlah responden yang mencukupi bagi kajian ini.
Terima kasih diucapkan. Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih juga ditujukan kepada semua responden yang telah menjawab kaji selidik ini.

Hasil kajian ini diharap akan dapat membantu KKM dalam mengenalpasti tahap kelesuan kesannya terhadap petugas kesihatan dan seterusnya menangani masalah ini.

UKKP, Bahagian Perkembangan Perubatan

Want your business to be the top-listed Government Service in Putrajaya?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Level 4, Blok E1 Complex E
Putrajaya
62590

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 13:00
Sunday 09:00 - 15:00