Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia

Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia

Share

Bertanggungjawab dalam urusan pendaftaran, penyelarasan & pemantauan Pertubuhan Belia.

31/05/2026

DAULAT TUANKU

Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.

Semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku serta Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong sentiasa dikurniakan keafiatan, kesejahteraan, kebahagiaan dan keberkatan yang berpanjangan, serta terus memayungi negara dengan penuh kebijaksanaan, keadilan dan kepimpinan yang berwibawa.

Semoga Malaysia terus kekal aman, maju dan harmoni di bawah naungan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku.

Sembah Takzim Daripada
Seluruh Warga
Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia

Dirgahayu Tuanku!

31/05/2026

Selamat Menyambut Hari Gawai kepada semua yang meraikan

Semoga Hari Gawai membawa kebahagiaan, keberkatan dan keceriaan buat anda sekeluarga. Raikan perayaan ini dengan penuh rasa syukur sambil terus menghargai keindahan budaya, tradisi dan semangat perpaduan yang menyatukan kita semua.

Ikhlas daripada
Seluruh warga
Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia

30/05/2026

🪷 Selamat Menyambut Hari Wesak kepada seluruh penganut Buddha di Malaysia.

Semoga sambutan Hari Wesak tahun ini membawa kedamaian, kesejahteraan dan kebahagiaan kepada semua yang meraikannya. Sambutan ini bukan sahaja menjadi simbol nilai kemanusiaan, malah turut mengingatkan kita tentang kepentingan belas ihsan, toleransi, keharmonian serta rasa hormat sesama insan.

Malaysia yang dibina atas kepelbagaian budaya, bangsa dan kepercayaan merupakan kekuatan yang perlu terus dipelihara bersama. Justeru, marilah kita memperkukuhkan semangat perpaduan, memupuk sikap saling memahami serta terus menyumbang ke arah pembentukan masyarakat yang inklusif, harmoni dan progresif.

Semoga Hari Wesak disambut dalam suasana penuh keamanan, kegembiraan dan bermakna bersama keluarga, sahabat serta masyarakat sekeliling.

Ikhlas daripada
Seluruh Warga
Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia

29/05/2026

Selamat Menyambut Pesta Kaamatan 🌾

Pesta Kaamatan bukan sekadar perayaan menuai, tetapi juga lambang kesyukuran, perpaduan dan kekayaan warisan budaya masyarakat di Sabah.

Semoga sambutan Kaamatan tahun ini membawa kebahagiaan, keharmonian dan kesejahteraan kepada seluruh rakyat Malaysia. Marilah kita bersama-sama menghargai kepelbagaian budaya yang menjadi kekuatan negara serta terus memupuk semangat perpaduan dan saling menghormati antara satu sama lain.

Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan
(Selamat Menyambut Pesta Kaamatan)

Ikhlas daripada
Seluruh Warga
Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY)

26/05/2026

Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H / 2026 🕌✨

Dengan penuh rasa syukur, seluruh warga Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam.

Aidiladha merupakan simbol keikhlasan, pengorbanan dan ketaatan yang mengajar kita erti kesabaran, kasih sayang serta kepentingan berkongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan. Semoga sambutan yang penuh keberkatan ini mengeratkan lagi ukhuwah, memperkukuhkan nilai kebersamaan dan menyemai semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat.

Semoga setiap amal ibadah dan pengorbanan yang dilakukan diterima serta diberkati oleh Allah SWT, dan semoga Aidiladha kali ini membawa kebahagiaan, ketenangan dan kesejahteraan buat semua.

Ikhlas daripada,
Seluruh Warga Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) 🌙🤍

Photos from Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia's post 24/05/2026

SAMBUTAN FESTIVAL BELIA @ HARI BELIA NEGARA 2026 PERINGKAT NEGERI SARAWAK

Kuching, 23 Mei 2026 – Sambutan Festival Belia @ Hari Belia Negara 2026 Peringkat Negeri Sarawak telah berlangsung dengan meriah di REDEEMS Centre, Singai, Bau.

Penganjuran festival ini menampilkan pelbagai aktiviti dan pengisian berteraskan pembangunan belia melalui lima segmen utama iaitu Penciptaan dan Peluang Pekerjaan, Kepimpinan dan Kesukarelawanan, Malaysia Aktif, Inovasi dan Digital dan Kebudayaan, Kesenian dan Muzik.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Tuan Mordi Bimol, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia. Dalam ucapannya, beliau menekankan kepentingan penglibatan belia dalam pembangunan komuniti, penguasaan teknologi digital serta pembangunan sahsiah kepimpinan dalam melahirkan generasi muda yang progresif, kreatif dan berdaya saing.

ROY Zon Sarawak telah dijemput sebagai pempamer bersama beberapa agensi kerajaan yang lain.

Program ini turut menjadi platform penting dalam memperkukuh jaringan kerjasama antara agensi kerajaan, pertubuhan belia dan masyarakat setempat ke arah memperkasakan pembangunan belia di Sarawak.

Photos from Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia's post 21/05/2026

Ayer Keroh, 21 Mei 2026 - Pengerusi Kelab Belia Aspirasi Bandar Melaka, Encik Muhammad Syamil bin Azman bersama setiausaha beliau, Encik Zarith Iskandar bin Mohd Razi telah hadir ke Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Zon Selatan untuk mengambil Sijil Pendaftaran bagi kelab mereka.

Selain itu khidmat nasihat dan tunjuk ajar diberikan berkenaan dengan pelaksanaan Mesyuarat Agung Tahunan (MAT), penghantaran pelaporan MYKD setiap tahun dan juga Pelan Transisi Umur Belia. Bimbingan dari aspek pengurusan serta tadbir urus yg baik dalam pertubuhan belia turut diberikan oleh Penolong Pegawai Daftar, Encik Noor Muhammad Asri bin Kamarozzaman.

Justeru itu, diharapkan kelab ini akan terus cemerlang serta dapat memberikan sumbangan dan contoh yang baik kepada pertubuhan belia yang lain serta kepada komuniti setempat.


18/05/2026

*18.05.2026 – KELAB BELIA PROGRESIF BATANG KALI | SERAHAN SIJIL PERAKUAN PENDAFTARAN*

Putrajaya | 18 Mei 2026 – Tahniah diucapkan kepada Kelab Belia Progresif Batang Kali atas kelulusan pendaftaran pertubuhan. Sesi penyerahan Sijil Perakuan Pendaftaran telah disampaikan kepada Saudara Muhammad Danish Fadhlin. Semoga kelab ini terus bergiat aktif dalam menjalankan aktiviti dan program bersama komuniti setempat.

16/05/2026

*📣 HEBAHAN PROGRAM SANTUNI PERTUBUHAN BELIA SejaTi MADANI x BELIA PERINGKAT NEGERI SABAH SIRI 3 (SANDAKAN) TAHUN 2026 📣*

Ingin mendapatkan Dana SejaTi MADANI?

Program Santuni Pertubuhan Belia ini merupakan satu-satunya laluan rasmi untuk melayakkan pertubuhan belia memohon dana tersebut.

*Jangan lepaskan peluang untuk hadir ke lokasi ke-20 kami!*

*Tempat:Bilik Rekreasi, Asrama Kompleks Sukan Sandakan, Sabah*
*Tarikh: 24 Mei 2026 (Ahad)*
*Masa: 8.00 pagi - 5.00 petang*

*✨ Kelebihan Program*
✅ Peluang mendapatkan Sijil Perakuan Menghadiri Program Santuni Pertubuhan Belia
✅ Sijil ini menjadi *syarat utama* untuk permohonan Dana SejaTi MADANI
✅ Platform libat urus, perkongsian maklumat dan pengukuhan tadbir urus pertubuhan belia

*📌 Syarat Kelayakan* Mendapatkan Sijil Perakuan:
1️⃣ Pertubuhan berdaftar di bawah ROY (Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia)
2️⃣ Sekurang-kurangnya 3 orang pemegang jawatan / Ahli Jawatankuasa pertubuhan wajib hadir
3️⃣ 1 individu hanya boleh mewakili 1 pertubuhan sahaja
4️⃣ Terbuka kepada SEMUA pertubuhan belia di seluruh Malaysia

📢 Jangan lepaskan peluang ini!
Lengkapkan kehadiran, peroleh sijil dan buka laluan ke Dana SejaTi MADANI

Sila tempah slot untuk kehadiran anda melalui:
https://forms.gle/d6S695W9zvexDeLb8

📧 Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan pendaftaran:
✉️ [email protected]

Photos from Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia's post 16/05/2026

SAMBUTAN HARI BELIA NEGARA 2026 PERINGKAT KEBANGSAAN

15 Mei terus menjadi tarikh penting dalam menghargai peranan belia terhadap pembangunan negara. Sambutan Hari Belia Negara (HBN) Peringkat Kebangsaan 2026 bertemakan “Menggerak Belia MADANI” telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Utama Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia.

Sambutan ini mencerminkan penghargaan kerajaan kepada golongan belia sebagai pemacu kemajuan dan perpaduan negara. Dalam majlis tersebut, YAB Perdana Menteri turut meluncurkan Pelan Tindakan Pembangunan Belia Malaysia 2035 serta inisiatif Rakan Muda MADANI.

Turut hadir ialah YAB Dato’ Seri Utama Hj. Aminuddin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan; YB Dr. Taufiq Johari, Menteri Belia dan Sukan; YBhg. Dato’ Rahimi Ismail, Ketua Setiausaha KBS; YBrs. Pn. Azura Abidin, Ketua Pengarah JBSN serta Tuan Hasnata bin Hasan, Pendaftar Pertubuhan Belia.

Sambutan HBN 2026 berlangsung dari 15 hingga 17 Mei di D’Tempat, Sendayan dengan lebih 150 aktiviti melibatkan pelbagai segmen belia seluruh negara.

Turut disediakan booth ROY yang menawarkan perkhidmatan semakan MyKD, pindaan perlembagaan, pendaftaran pertubuhan belia serta khidmat nasihat kepada para pengunjung sepanjang sambutan berlangsung.

Want your business to be the top-listed Government Service in Putrajaya?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Aras 4, Blok C7, Kompleks C, Pejabat Pentadbiran Kerajaan
Putrajaya
62520

Opening Hours

Monday 07:30 - 17:30
Tuesday 07:30 - 17:30
Wednesday 07:30 - 17:30
Thursday 07:30 - 17:30
Friday 07:30 - 12:15
14:45 - 17:30