DOSH Petroleum Safety Division

Directions Website

DOSH Petroleum Safety Division The official page of Petroleum Safety Division (PSD), Department of Occupational Safety and Health (DOSH)

[Meet & Engage warga PSD bersama Ketua Pengarah]Program “Meet & Engage warga PSD bersama Ketua Pengarah” merupakan ruang...
04/10/2026

[Meet & Engage warga PSD bersama Ketua Pengarah]
Program “Meet & Engage warga PSD bersama Ketua Pengarah” merupakan ruang bagi warga PSD bersama Ketua Pengarah saling mengenali, mendengar, berkongsi perspektif dan memahami bagaimana fungsi Bahagian Keselamatan Petroleum dalam memainkan peranan mendukung aspirasi Jabatan. Hadir bersama Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan Pekerjaan dan Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan

Warga Bahagian Keselamatan Petroleum (PSD) bersama-sama mendengar Amanat Ketua PengarahAmanat kali ini menekankan keperl...
10/09/2026

Warga Bahagian Keselamatan Petroleum (PSD) bersama-sama mendengar Amanat Ketua Pengarah
Amanat kali ini menekankan keperluan seluruh warga JKKP untuk terus berubah, bergerak pantas dan bekerja sebagai satu pasukan dalam mendepani cabaran keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang semakin kompleks.
Sesi ini memperkukuh komitmen untuk terus memacu hala tuju Jabatan sebagai peneraju Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.

08/09/2026
08/09/2026

-[SEKALUNG TAHNIAH]-

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YBrs. Ir. Haji Noorazman bin Soud, Pengarah Bahagian Keselamatan Petroleum, JKKP Malaysia atas pengurniaan

DARJAH AHLI MAHKOTA TERENGGANU (A.M.T.)

sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-64 Hari Keputeraan KDYMM Sultan Terengganu Al Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al Mumtafi Billah Shah pada 6 September 2026.

Ikhlas daripada:
Pengurusan Tertinggi
dan Seluruh Warga JKKP Malaysia

🌟 SELAMAT MAJU JAYA DI TEMPAT BAHARU 🌟Bahagian Keselamatan Petroleum (PSD), Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ...
08/09/2026

🌟 SELAMAT MAJU JAYA DI TEMPAT BAHARU 🌟
Bahagian Keselamatan Petroleum (PSD), Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pegawai yang berpindah untuk meneruskan khidmat di penempatan baharu.
Sepanjang berkhidmat bersama PSD, komitmen, dedikasi dan sumbangan yang dicurahkan telah banyak membantu dalam memperkukuhkan kecemerlangan organisasi serta memacu pencapaian bahagian ke tahap yang lebih tinggi.
Terima kasih atas segala jasa, bakti dan kenangan yang telah ditinggalkan sepanjang bersama PSD. Semoga terus cemerlang, dipermudahkan segala urusan dan mencapai lebih banyak kejayaan di tempat baharu.
✨ Jasa dikenang, budi disanjung. Semoga terus melakar kecemerlangan di mana jua berada. ✨





SESI LIBAT URUS ANTARA SEARAH (MALAYSIA) SDN. BHD. DAN BAHAGIAN KESELAMATAN PETROLEUM JKKP MALAYSIA BAGI PELANTAR KASAWA...
02/09/2026

SESI LIBAT URUS ANTARA SEARAH (MALAYSIA) SDN. BHD. DAN BAHAGIAN KESELAMATAN PETROLEUM JKKP MALAYSIA BAGI PELANTAR KASAWARI
2 SEPTEMBER 2026 IBU PEJABAT JKKP

Telah diadakan Satu sesi libat urus antara Seksyen CIMAH dan Seksyen Luar Pantai, Bahagian Keselamatan Petroleum bersama Searah (Malaysia) Sdn. Bhd.

Sesi ini bertujuan untuk memberikan pencerahan berkenaan Laporan Aktiviti Industri dan Borang Pemberitahuan Aktiviti Industri (JKKP 5) susulan pemindahan pengendalian (operatorship transfer) kepada Searah (Malaysia) Sdn. Bhd. serta penambahan fasiliti penangkapan dan penyimpanan karbon (Carbon Capture and Storage - CCS). Selain itu, pihak Searah turut membentangkan perancangan masa terdekat mereka di samping mendapatkan khidmat nasihat daripada pegawai-pegawai JKKP.

Inisiatif ini dilaksanakan bagi memperkukuh budaya keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) menerusi penglibatan aktif warga kerja industri dan JKKP.

Lawatan Timbalan Ketua Pengarah (Keselamatan Pekerjaan) ke Asam Paya Well AP-1, Miri SarawakLawatan Timbalan Ketua Penga...
07/08/2026

Lawatan Timbalan Ketua Pengarah (Keselamatan Pekerjaan) ke Asam Paya Well AP-1, Miri Sarawak

Lawatan Timbalan Ketua Pengarah bersama Bahagian Keselamatan Petroleum dan wakil JKKP Miri ini bertujuan memperkukuh pematuhan serta pembudayaan aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan bagi proses pengeluaran petroleum. Program merangkumi sesi penerangan, perbincangan dan tinjauan operasi di tapak. Libat Urus bersama pihak operator juga diadakan bagi mendapatkan gambaran secara langsung mengenai aspek teknikal dalam menguruskan operasi pengeluaran petroleum di atas darat.

🌟 SELAMAT MAJU JAYA DI TEMPAT BAHARU 🌟Bahagian Keselamatan Petroleum (PSD), Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ...
03/08/2026

🌟 SELAMAT MAJU JAYA DI TEMPAT BAHARU 🌟

Bahagian Keselamatan Petroleum (PSD), Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pegawai-pegawai yang berpindah untuk meneruskan khidmat di penempatan baharu.

Sepanjang berkhidmat bersama PSD, komitmen, dedikasi dan sumbangan yang dicurahkan telah banyak membantu dalam memperkukuhkan kecemerlangan organisasi serta memacu pencapaian bahagian ke tahap yang lebih tinggi.

Terima kasih atas segala jasa, bakti dan kenangan yang telah ditinggalkan sepanjang bersama PSD. Semoga terus cemerlang, dipermudahkan segala urusan dan mencapai lebih banyak kejayaan di tempat baharu.

✨ Jasa dikenang, budi disanjung. Semoga terus melakar kecemerlangan di mana jua berada. ✨






LAWATAN TIMBALAN KETUA PENGARAH (KESELAMATAN PEKERJAAN) KE MALAYSIA LNG30 Julai 2026| Malaysia LNG, BintuluTimbalan Ketu...
31/07/2026

LAWATAN TIMBALAN KETUA PENGARAH (KESELAMATAN PEKERJAAN) KE MALAYSIA LNG
30 Julai 2026| Malaysia LNG, Bintulu

Timbalan Ketua Pengarah (Keselamatan Pekerjaan) JKKP bersama Pengarah Bahagian Keselamatan Petroleum dan pegawai kanan JKKP telah mengadakan lawatan ke Malaysia LNG, Bintulu.

Lawatan ini bertujuan memperkukuh pematuhan serta pembudayaan aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan di Malaysia LNG, Bintulu. Program merangkumi sesi penerangan, perbincangan dan tinjauan operasi di tapak. Timbalan Ketua Pengarah bersama wakil JKKP turut menjayakan program Contractor HSE Power Up sebagai satu inisiatif memperkukuhkan budaya keselamatan dan kesihatan pekerjaan melalui penglibatan warga kerja Malaysia LNG, kontraktor dan JKKP.

03/07/2026

[SESI LIBAT URUS DAN TAKLIMAT ANTARA PETRONAS CARIGALI SDN. BHD. DAN PSD BAGI PROJEK BELUT SOUTH GREENFIELD DEVELOPMENT]
30 Jun 2026 | Ibu Pejabat JKKP

Satu sesi libat urus dan taklimat telah diadakan antara Petronas Carigali Sdn. Bhd. dan Bahagian Keselamatan Petroleum (PSD) bagi membincangkan pelaksanaan Projek Belut South Greenfield Development.

Sesi ini bertujuan untuk berkongsi maklumat terkini berkaitan latar belakang, status semasa serta jadual pelaksanaan projek. Di samping itu, perbincangan turut memberi tumpuan kepada mendapatkan pandangan dan maklum balas daripada pihak PSD berhubung permohonan Permit To Install (PTI), Permit To Operate (PTO) serta Kelulusan Verifikasi Peralatan Petroleum yang diperlukan bagi pelaksanaan projek tersebut.

Dalam sesi ini, PSD turut menegaskan kepentingan pematuhan terhadap semua keperluan perundangan berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Pihak Petronas Carigali Sdn. Bhd. bersama kontraktor yang terlibat disaran untuk memastikan aspek keselamatan, kesihatan dan integriti peralatan sentiasa diberi keutamaan sepanjang pelaksanaan projek bagi menjamin operasi yang selamat, cekap dan mematuhi peraturan yang berkuat kuasa.

Sesi libat urus seperti ini mencerminkan komitmen berterusan Jabatan dalam memperkukuh kerjasama strategik bersama pihak industri bagi memastikan pembangunan sektor petroleum dilaksanakan dengan mengutamakan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

Address

Aras 3, Setia Perkasa 4, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Putrajaya
62530

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when DOSH Petroleum Safety Division posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share