Sumber: Buletin TV3
Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis - IPCC
Laman Facebook Rasmi Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC)
04/06/2026
MESYUARAT SURUHANJAYA BILANGAN 11 TAHUN 2026
PUTRAJAYA, 4 Jun 2026 – Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) telah mengadakan Mesyuarat Suruhanjaya Bilangan 11 Tahun 2026 bagi membincangkan perkara-perkara dasar serta pelaksanaan fungsi dan tanggungjawab Suruhanjaya.
Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Datuk Zolkopli bin Dahalan, Pengerusi IPCC, dan dihadiri oleh Anggota-anggota Suruhanjaya, Ketua Pegawai Eksekutif, Pengarah-pengarah Bahagian serta Penolong Pengarah Kanan IPCC.
Mesyuarat turut meneliti perkembangan pelaksanaan agenda serta memastikan peranan Suruhanjaya terus dilaksanakan secara teratur, berfokus dan berkesan.
KDNYakinMADANI
KDNSejahteraMADANI
Ikuti Media Sosial IPCC📲:
📍FB/Youtube: Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis
📍IG/Twitter/Tiktok:
© 2026 Unit Komunikasi Korporat | SURUHANJAYA BEBAS TATAKELAKUAN POLIS
03/06/2026
SELAMAT DATANG
Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) merakamkan setinggi-tinggi ucapan selamat datang kepada Encik Rudy Irwan bin Shukaime atas pelantikan sebagai Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP) berkuat kuasa mulai 3 Jun 2026.
Semoga pelantikan dan kehadiran beliau dapat memperkukuh kecemerlangan pengurusan organisasi serta menyokong pelaksanaan fungsi, peranan dan mandat IPCC secara berkesan. Seluruh warga IPCC mengucapkan selamat menjalankan tugas dan selamat maju jaya dalam menggalas amanah ke arah memperkasakan tadbir urus, akauntabiliti dan kecekapan penyampaian perkhidmatan organisasi.
Ikuti Media Sosial IPCC📲:
📍FB/Youtube: Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis
📍IG/X/Tiktok:
©️ 2026 Unit Komunikasi Korporat | SURUHANJAYA BEBAS TATAKELAKUAN POLIS
02/06/2026
SETINGGI-TINGGI TAHNIAH
Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada YDH IG Tan Sri Dato’ Seri Haji Mohd Khalid bin Haji Ismail, Ketua Polis Negara, atas pengurniaan Darjah Kebesaran Panglima Mangku Negara (P.M.N.) yang membawa gelaran Tan Sri.
Pengurniaan ini bersempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Tahun 2026.
Semoga pengiktirafan yang diterima menjadi pemangkin kepada kecemerlangan berterusan dalam memimpin Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta memperkukuh usaha memelihara keamanan, keselamatan dan kesejahteraan negara.
Ikhlas daripada
Pengerusi, Anggota Suruhanjaya dan seluruh warga kerja
Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC)
Ikuti Media Sosial IPCC📲:
📍FB/Youtube: Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis
📍IG/X/Tiktok:
©️ 2026 Unit Komunikasi Korporat | SURUHANJAYA BEBAS TATAKELAKUAN POLIS
01/06/2026
DIRGAHAYU TUANKU
Menjunjung kasih dan merafak sembah setinggi-tinggi tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.
Semoga Allah SWT melanjutkan usia dan mengurniai Kebawah Duli Tuanku kesejahteraan, kekuatan serta kebijaksanaan.
Ikuti Media Sosial IPCC📲:
📍FB/Youtube: Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis
📍IG/X/Tiktok:
©️ 2026 Unit Komunikasi Korporat | SURUHANJAYA BEBAS TATAKELAKUAN POLIS
31/05/2026
Selamat Menyambut Hari Wesak
Semoga sambutan Hari Wesak menjadi inspirasi untuk terus menghayati nilai belas ihsan, kesederhanaan dan keharmonian dalam kehidupan seharian.
Marilah kita bersama-sama memupuk sikap saling menghormati serta memperkukuh perpaduan demi kesejahteraan masyarakat dan negara.
Selamat Menyambut Hari Wesak daripada Pengerusi, Anggota Suruhanjaya dan seluruh warga kerja IPCC.
Ikuti Media Sosial IPCC📲:
📍FB/Youtube: Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis
📍IG/X/Tiktok:
©️ 2026 Unit Komunikasi Korporat | SURUHANJAYA BEBAS TATAKELAKUAN POLIS
28/05/2026
NOTIS PEMAKLUMAN
Adalah dimaklumkan bahawa Pejabat Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) akan menutup sementara penerimaan aduan secara hadir bersemuka pada 28 Mei 2026 (Khamis) sehingga 29 Mei 2026 (Jumaat)
Penerimaan aduan secara hadir bersemuka akan kembali beroperasi seperti biasa 3 Jun 2026 (Rabu)
Ikuti Media Sosial IPCC📲:
📍FB/Youtube: Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis
📍IG/X/Tiktok:
©️ 2026 Unit Komunikasi Korporat | SURUHANJAYA BEBAS TATAKELAKUAN POLIS
26/05/2026
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA
Aidiladha mengajar kita erti pengorbanan, keikhlasan dan amanah dalam melaksanakan tanggungjawab demi kesejahteraan bersama. Semoga sambutan ini terus menyemarakkan nilai kebersamaan, kesyukuran dan semangat saling menghargai sesama kita.
Ikhlas daripada
Pengerusi, Anggota Suruhanjaya
dan seluruh warga kerja
Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC).
Ikuti Media Sosial IPCC📲:
📍FB/Youtube: Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis
📍IG/Twitter/Tiktok:
© 2026 Unit Komunikasi Korporat | SURUHANJAYA BEBAS TATAKELAKUAN POLIS
23/05/2026
BENGKEL PELAKSANAAN FUNGSIAN IPCC
NEGERI SEMBILAN, 20 Mei – 22 Mei 2026 – Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) telah mengadakan Bengkel Pelaksanaan Fungsian IPCC yang bertujuan menyelaras pelaksanaan fungsi, peranan serta tatacara kerja IPCC selaras dengan peruntukan undang-undang dan keperluan operasi semasa.
Penganjuran bengkel ini turut memberi penekanan terhadap pemerkasaan kefahaman pegawai berkaitan prosedur pengendalian aduan melibatkan pengadu tegar, pewujudan Pelan Strategik mengikut keperluan semasa, tadbir urus dalam modul Strategi Antirasuah Organisasi (Organisational Anti-Corruption Strategy - OACS) serta penghasilan Sasaran Kerja Utama (SKU) yang berkaitan dengan pelaksanaan fungsi IPCC secara lebih berkesan dan teratur.
Bengkel ini telah dihadiri oleh Puan Siti Jalilah binti Abd Manap, Ketua Pegawai Eksekutif IPCC, Encik Mohd Zahir bin Shari, Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan, Puan Insyariza binti Ibrahim, Pengarah Bahagian Hal Ehwal Perundangan, Puan Shamzarina binti Abdul Razak, Pengarah Bahagian Aduan dan Siasatan serta pegawai-pegawai IPCC.
Bengkel ini diharap dapat memperkukuh penyelarasan fungsi dan tadbir urus IPCC ke arah penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap, berintegriti dan efektif.
Ikuti Media Sosial IPCC📲:
📍FB/Youtube: Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis
📍IG/Twitter/Tiktok:
© 2026 Unit Komunikasi Korporat | SURUHANJAYA BEBAS TATAKELAKUAN POLIS
22/05/2026
SESI LIBAT URUS PELAN STRATEGIK KEMENTERIAN DALAM NEGERI (PSKDN) 2026-2030
NEGERI SEMBILAN, 23 Mei 2026 - Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) telah mengadakan Sesi Libat Urus (SLU) Pelan Strategik Kementerian Dalam Negeri (PSKDN) 2026-2030 bersama Bahagian Perancangan Strategik (PG), Kementerian Dalam Negeri (KDN).
SLU ini bertujuan memberi penerangan terperinci berhubung hala tuju strategik kementerian bagi tempoh lima tahun bermula 2026 hingga 2030 sekali gus memperkasa peranan IPCC bagi tempoh lima tahun akan datang.
Turut dibentangkan usaha transformasi digital dan pemodenan kecerdasan buatan (Al), selaras dengan Perancangan Strategik Al Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang memberi penekanan kepada penggunaan teknologi pintar dalam penyampaian perkhidmatan awam.
Pendekatan libat urus ini juga memberi ruang kepada perkongsian pandangan dan cadangan bagi memperkasa pelaksanaan PSKDN secara menyeluruh.
Sesi ini turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif IPCC, Puan Siti Jalilah binti Abd Manap, pengarah-pengarah bahagian, pegawai-pegawai IPCC serta pegawai daripada Bahagian Perancangan Strategik (PG), KDN.
Ikuti Media Sosial IPCC📲:
📍FB/Youtube: Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis
📍IG/Twitter/Tiktok:
© 2026 Unit Komunikasi Korporat | SURUHANJAYA BEBAS TATAKELAKUAN POLIS
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Website
Address
Aras 7, Setia Perkasa 7, Kompleks Setia Perkasa
Putrajaya
62546
Opening Hours
| Monday | 09:00 - 17:00 |
| Tuesday | 09:00 - 17:00 |
| Wednesday | 09:00 - 17:00 |
| Thursday | 09:00 - 17:00 |
| Friday | 09:00 - 17:00 |
