Mohd Dusuki bin Mokhtar

Directions Website

Mohd Dusuki bin Mokhtar AKAUN RASMI PEGUAM NEGARA

Memulakan pagi ini dengan menghadiri Istiadat Sambutan Negara dan Majlis Jamuan Negara sempena Lawatan Negara Tuan Yang ...
10/10/2026

Memulakan pagi ini dengan menghadiri Istiadat Sambutan Negara dan Majlis Jamuan Negara sempena Lawatan Negara Tuan Yang Terutama Abdel Fattah Al-Sisi, Presiden Republik Arab Mesir ke Malaysia.

Satu penghormatan untuk bersama-sama menyambut kunjungan pemimpin negara ini. Semoga lawatan ini berjalan lancar dan mengeratkan lagi hubungan antara rakyat Malaysia dan Mesir.

Petang ini hadir ke Parlimen bagi mengikuti sesi pembentangan Belanjawan 2027 oleh YAB Perdana Menteri merangkap Menteri...
09/10/2026

Petang ini hadir ke Parlimen bagi mengikuti sesi pembentangan Belanjawan 2027 oleh YAB Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan.

Semoga belanjawan yang dibentangkan membawa manfaat kepada seluruh rakyat, memperkukuh ekonomi negara dan memastikan kemakmuran Malaysia dapat dinikmati bersama.

Mudah-mudahan segala perancangan dan inisiatif yang digariskan dapat dilaksanakan dengan berkesan demi kesejahteraan rakyat dan masa depan negara yang lebih baik.

Hari ini saya berkesempatan menyertai Sesi Temubual Mendalam (𝘐𝘯-π˜‹π˜¦π˜±π˜΅π˜© 𝘐𝘯𝘡𝘦𝘳𝘷π˜ͺ𝘦𝘸) bersama Universiti Sains Islam Malaysi...
08/10/2026

Hari ini saya berkesempatan menyertai Sesi Temubual Mendalam (𝘐𝘯-π˜‹π˜¦π˜±π˜΅π˜© 𝘐𝘯𝘡𝘦𝘳𝘷π˜ͺ𝘦𝘸) bersama Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Institut Keselamatan Awam Malaysia (IPSOM), Kementerian Dalam Negeri berkaitan Kajian Penubuhan Cyber Crime Fusion Centre (CCFC).

Sesi yang berlangsung di Jabatan Peguam Negara ini menjadi ruang yang baik untuk berkongsi pandangan serta bertukar idea mengenai cabaran jenayah siber yang semakin kompleks.

Usaha memperkukuh kerjasama dan keupayaan dalam menangani ancaman siber amat penting bagi memastikan keselamatan serta kepentingan negara terus terpelihara.

Terima kasih kepada pihak USIM atas komitmen dan usaha dalam menjayakan kajian ini.

Malam ini saya menghadiri Majlis Perasmian Pembukaan Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Antarabangsa ke-66 di...
06/10/2026

Malam ini saya menghadiri Majlis Perasmian Pembukaan Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Antarabangsa ke-66 di Dewan Merdeka, World Trade Centre Kuala Lumpur.

Majlis ini disempurnakan perasmiannya oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia, dan menghimpunkan para qari, qariah serta penghafaz al-Quran dari dalam dan luar negara.

Saya tertarik dengan inti pati ucapan YAB Perdana Menteri yang antaranya mengingatkan kita untuk sentiasa tunduk kepada kebesaran Allah SWT serta membersihkan diri, jiwa dan sikap, sebagai asas kepada kebangkitan ummah.

Peringatan ini cukup bermakna. Al-Quran bukan sekadar untuk dibaca dan dihafaz, tetapi untuk dihayati dan diterjemahkan dalam kehidupan, akhlak dan amanah kita.

Semoga kecintaan kita terhadap al-Quran terus subur dan menjadi petunjuk serta cahaya dalam kehidupan kita.

𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐓𝐏𝐑 ππ„π“π€π‹πˆππ† π‰π€π˜π€, 𝐒𝐀𝐓𝐔 π‹π€π†πˆ π‹π€ππ†πŠπ€π‡ π“πˆππ†πŠπ€π“ ππ„π‘πŠπ‡πˆπƒπŒπ€π“π€π ππ„ππƒπ€πŠπ–π€π€πHari ini saya berkesempatan menyempurnakan P...
06/10/2026

𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐓𝐏𝐑 ππ„π“π€π‹πˆππ† π‰π€π˜π€, 𝐒𝐀𝐓𝐔 π‹π€π†πˆ π‹π€ππ†πŠπ€π‡ π“πˆππ†πŠπ€π“ ππ„π‘πŠπ‡πˆπƒπŒπ€π“π€π ππ„ππƒπ€πŠπ–π€π€π

Hari ini saya berkesempatan menyempurnakan Perasmian Pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Petaling Jaya, Selangor.

Pembukaan pejabat ini merupakan satu lagi langkah AGC dalam memperkukuh penyampaian perkhidmatan pendakwaan, khususnya di Petaling Jaya dan kawasan sekitarnya.

Kemudahan yang lebih baik akan membantu para pegawai melaksanakan amanah dan tanggungjawab dengan lebih selesa, teratur dan berkesan.

Terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama dalam merealisasikan pejabat ini.

Alhamdulillah, saya berkesempatan hadir dan menyampaikan ucaptama pada Inaugural Financial Lines Forum 2026 di Crowne Pl...
06/10/2026

Alhamdulillah, saya berkesempatan hadir dan menyampaikan ucaptama pada Inaugural Financial Lines Forum 2026 di Crowne Plaza KLCC by IHG.

Forum yang dianjurkan oleh CBE dengan kerjasama Universiti Malaya ini mengangkat tema β€œMedical Negligence, Corporate and AI Governance, Directors’ and Officers’ Liability Insurance and Reinsurance: Claims, Coverage and Emerging Risks”, satu tema yang amat relevan dengan perkembangan semasa dalam dunia perundangan, korporat, kewangan dan kesihatan.

Saya turut berbesar hati dapat bersama beberapa tokoh terkemuka dalam bidang perundangan dan kewangan, antaranya YBhg. Tan Sri Dato’ Abdul Rashid bin Hussain, Pengasas RHB Group, Pengerusi Lembaga Tabung Haji dan juga merupakan Presiden Universiti Islam Antarabangsa; YBhg. Tan Sri Hasnah Mohammed Hashim, Mantan Hakim Besar Malaya; serta YBhg. Tan Sri Datuk Zainun Ali, Mantan Hakim Mahkamah Persekutuan dan Pro-Canselor Universiti Malaya, Adjung Professor JJ Chan yang merupakan Profesor Adjung di Universiti Malaya serta para pengamal undang-undang, ahli akademik dan pemain industri yang lain.

Perkembangan teknologi, khususnya kecerdasan buatan, serta perubahan dalam landskap korporat dan kewangan sememangnya membawa bersama peluang dan cabaran baharu kepada profesion undang-undang. Justeru, forum seperti ini amat penting sebagai ruang untuk kita bertukar pandangan, berkongsi pengalaman dan memperkukuh kefahaman terhadap isu-isu yang semakin kompleks.

Saya juga menghargai kehadiran para pegawai Jabatan Peguam Negara daripada pelbagai bahagian yang turut mengambil kesempatan mengikuti forum ini. Pendedahan kepada perkembangan dan perbincangan semasa seperti ini penting bagi memastikan kita sentiasa bersedia menghadapi cabaran baharu dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang dipikul.

Tahniah dan penghargaan kepada pihak penganjur atas penganjuran forum yang sangat bermanfaat ini. Semoga Inaugural Financial Lines Forum terus menjadi platform yang mempertemukan kepakaran daripada bidang perundangan, kewangan, akademia dan industri, serta menyumbang kepada pengukuhan ilmu dan amalan profesional di negara kita.

Petang ini bersama pasukan penulis dan pasukan penerbit bagi penulisan buku saya berkenaan kes pencerobohan Lahad Datu y...
05/10/2026

Petang ini bersama pasukan penulis dan pasukan penerbit bagi penulisan buku saya berkenaan kes pencerobohan Lahad Datu yang saya kendalikan sekitar tahun 2013.

InsyaAllah sudah di fasa akhir dan dijangka dilancarkan sekitar November 2026. Doakan usaha ini dipermudahan.

Dalam kesempatan menyaksikan perlumbaan F1 di Sepang, saya turut berpeluang memenuhi pelawaan Encik Razman Hashim, Naib ...
05/10/2026

Dalam kesempatan menyaksikan perlumbaan F1 di Sepang, saya turut berpeluang memenuhi pelawaan Encik Razman Hashim, Naib Presiden Kanan, Kumpulan Undang-Undang & Ketua Penasihat Undang-Undang Kumpulan, PETRONAS untuk melawat garaj pasukan Mercedes-AMG Petronas di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), ketika sela masa menyaksikan sesi kelayakan pada Sabtu lalu.

Berpeluang melihat sendiri jentera perlumbaan dari dekat dan menyaksikan bagaimana pasukan membuat persediaan bagi memastikan semuanya berada dalam keadaan terbaik sebelum turun ke litar.
Memang lain rasanya melihat sendiri apa yang berlaku di sebalik tabir sebelum sebuah kereta F1 turun berlumba.

Terima kasih Encik Razman atas pelawaan dan kesempatan yang diberikan. Satu pengalaman yang cukup menarik dan pastinya akan dikenang. 🏁

Di sebalik kemeriahan dan deruan enjin kereta-kereta F1 di Litar Antarabangsa Sepang, saya amat teruja berpeluang untuk ...
05/10/2026

Di sebalik kemeriahan dan deruan enjin kereta-kereta F1 di Litar Antarabangsa Sepang, saya amat teruja berpeluang untuk bersua muka dengan dua anak tempatan, Encik Saiful dan Encik Safwan, yang kini berkhidmat sebagai Jurutera Pasukan Mercedes-AMG Petronas dalam F1. Kedua-duanya merupakan sebahagian daripada pasukan teknikal yang memastikan jentera Mercedes sentiasa berada pada tahap terbaik dalam setiap perlumbaan.

Seronok dapat berjumpa dan bersembang sekejap dengan Encik Saiful dan Encik Safwan. Walaupun pertemuan singkat, cukup untuk membuat saya rasa bangga melihat anak tempatan kita berada di pentas F1.

Mereka membuktikan bahawa anak watan kita mampu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dalam bidang yang sangat kompetitif di peringkat antarabangsa. Semoga lebih ramai anak muda kita berani mengejar impian masing-masing. πŸ‡²πŸ‡Ύ

Semalam saya berpeluang menyaksikan perlumbaan Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix in Malaysia 2026 di Litar Antaraban...
05/10/2026

Semalam saya berpeluang menyaksikan perlumbaan Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix in Malaysia 2026 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC). Selepas kali terakhir F1 diadakan secara rasmi di SIC pada 2017, akhirnya deruman enjin dan bahang perlumbaan F1 kembali menggegarkan Sepang.

Turut hadir menyaksikan perlumbaan pada hari Ahad ialah DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, YAB Perdana Menteri, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Brunei, Yang Teramat Mulia Pengiran Muda β€˜Abdul Mateen, Putera Mahkota Bahrain, Raja Muda Selangor dan isteri, TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka, Menteri Belia dan Sukan serta beberapa kenamaan yang lain.

Kesempatan ini juga memberi ruang untuk saya bertemu dan bersembang dengan beberapa Menteri Persekutuan serta tokoh korporat yang aktif dalam pelbagai bidang dan mempunyai peranan masing-masing dalam pembangunan negara, antaranya YB Dato' Sri Ramanan, Menteri Sumber Manusia, YB Anthony Loke, Menteri Pengangkutan, Tan Sri Syed Azman Syed Ibrahim, Pengasas dan Pengarah Urusan Weststar Group, dan Tan Sri Dr Noormustafa Kamal Yahya, Pengerusi Eksekutif Kuala Linggi International Port.

Seronok melihat sendiri suasana SIC yang kembali meriah dengan kehadiran begitu ramai peminat daripada pelbagai lapisan masyarakat. Memang sudah lama tidak merasai suasana F1 di Sepang.

Address

Jabatan Peguam Negara
Putrajaya
62100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Mohd Dusuki bin Mokhtar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share