22/01/2026
Skuad Ihsan Madani HEA
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Skuad Ihsan Madani HEA, Government Organization, Presint 3, Putrajaya.
Skuad Ihsan Madani (Hal Ehwal Agama) yang menggabung agensi-agensi agama di bawah YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) bagi menyantuni dan menyampaikan bantuan pasca bencana kepada anak-anak kariah dan masyarakat di seluruh negara.
22/01/2026
22/01/2026
Assalamualaikum wrt. wbt.
MISI BANTUAN PASCA BENCANA SKUAD IHSAN MADANI (HAL EHWAL AGAMA) DI BEAUFORT SABAH
22 Januari 2026 / Khamis
Hari ini telah berlangsungnya Majlis Misi Bantuan Pasca Bencana Skuad Ihsan Madani (Hal Ehwal Agama) di Masjid Daerah Beaufort Sabah yang telah disempurnakan oleh YB Senator Puan Marhamah binti Rosli, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).
Misi ini telah menyantuni seramai 280 orang di Daerah Beaufort termasuk 26 Masjid dan surau yang terjejas dengan banjir awal tahun ini.
Hadir bersama En Faizal bin Ibrahim, KPPK Bhg Dakwah JAKIM mewakili Ketua Pengarah JAKIM, Dr Baharuddin bin Othman, Pengarah JAKIM Sabah, Abdullah Zuhdee bin Ab Halim, CEO Yayasan Taqwa, dan En Khairul Annuar bin Ibrahim, Ketua Divisyen Sosioekonomi YAPEIM.
Semoga Naratif Madani Membantu ini terus menyantuni dan meninggalkan impak yang mendalam buat mangsa bencana khususnya di Beaufort Sabah.
19/01/2026
KUNJUNGAN MAHABBAH SKUAD IHSAN MADANI (HAL EHWAL AGAMA) KEPADA YB TIMBALAN MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA)
Assalamualaikum wrt. wbt.
Hari ini, bertempat di Pejabat Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama),YB Senator Puan Marhamah binti Rosli,
telah berlangsungnya Kunjungan Mahabbah Skuad Ihsan Madani (Hal Ehwal Agama) kepada YB Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
Kunjungan ini merupakan pertemuan rasmi yang pertama diadakan antara Skuad dan YB Timbalan Menteri dalam usaha menyelaras gerak kerja Pasca Bencana sepanjang tahun khususnya membawa naratif Madani Membantu yang menyantuni pelbagai lapisan masyarakat di seluruh negara.
Semoga kolaborasi strategik ini akan terus diperkukuhkan dan memberi manfaat yang berterusan kepada Ummah, seterusnya mendatangkan impak yang besar kepada masyarakat serta anak-anak kariah di seluruh negara.
06/01/2026
Assalamualaikum wrt. wbt.
MESYUARAT PENYELARASAN BANTUAN PASCA BENCANA SKUAD IHSAN MADANI (HAL EHWAL AGAMA) BIL. 1 TAHUN 2026
Hari ini berlangsungnya Mesyuarat Penyelarasan Bantuan Pasca Bencana Skuad Ihsan Madani (Hal Ehwal Agama) Bil. 2 Tahun 2026 bertempat di Dewan Syura B, Aras 2 Kompleks Islam Putrajaya.
Mesyuarat ini adalah kali pertama pada Tahun 2026 bertujuan menyelaras gerak kerja Skuad Ihsan Madani (Hal Ehwal Agama) dalam membantu masyarakat yang terjejas dengan bencana selari dengan naratif .
Mesyuarat dipengerusikan oleh YBhg. Brig Jen. Datuk Haji Mohd Ajib bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JAKIM.
SEKRETARIAT
Skuad Ihsan Madani
(Hal Ehwal Agama)
05/01/2026
SKUAD IHSAN MADANI (HAL EHWAL AGAMA) MENYANTUNI MANGSA BANJIR DI T**I GANTUNG,PERAK DARUL RIDZUAN
Bota, Perak / 6 Januari 2026 (Isnin)
Skuad Ihsan Madani (Hal Ehwal Agama) telah menjayakan Misi Bantuan Pasca Bencana bagi menyantuni dan membantu mangsa-mangsa banjir yang terjejas di Kampung T**i Gantung, Bota Perak Darul Ridzuan.
Misi ini mensasarkan bantuan pasca bencana buat semua mangsa banjir di kawasan Perak Tengah yang terkesan dan di dalam fasa pemulihan.
Seramai 300 orang penerima telah menerima sumbangan tunai dan bakul makanan daripada YAPEIM, JAKIM dan JAWI serta rakan strategik PNB.
Turut hadir sama dalam program ini ialah Pegawai Khas YAB MB Perak mewakili MB Perak, Puan Sarah Shazwani Saari, Tuan Zaki bin Abd Rahman, Pegawai Daerah Perak Tengah, En Faizal bin Ibrahim, KPPK Bahagian Dakwah JAKIM, En. Azli bin Abdullah, Ketua Seksyen Korporat dan Koordinasi YAPEIM, Us Azmi Masjuri, Pegawai Takmir Negeri Perak mewakili Pengarah JAIPK serta pemimpin-pemimpin masyarakat tempatan.
Kehadiran Skuad Ihsan Madani (Hal Ehwal Agama) pada hari ini membawa naratif bahawa komitmen berterusan kerajaan melalui pendekatan Malaysia Madani yang menekankan nilai kemanusiaan, kebersamaan dan keprihatinan terhadap kebajikan rakyat, khususnya dalam situasi pasca bencana terus menjadi keutamaan.
Semoga sumbangan yang disampaikan dapat meringankan beban, memberi kelegaan serta membantu proses pemulihan mangsa-mangsa banjir yang terlibat.
Madani Terus Bekerja, Fastabiqul Khairat❗️
Terima kasih
SEKRETARIAT
SKUAD IHSAN MADANI
(HAL EHWAL AGAMA)
05/01/2026
Assalamualaikum wrt. wbt.
Terima Kasih Yayasan Taqwa untuk misi bantuan Pasca Bencana Skuad Ihsan Madani (Hal Ehwal Agama) sempena lawatan kerja YB Menteri (Hal Ehwal Agama) di Pantai Timur baru-baru ini.
https://www.facebook.com/share/p/1GapditSvR/?mibextid=wwXIfr
https://www.facebook.com/share/p/17ZfEkVYew/?mibextid=wwXIfr
https://www.facebook.com/share/p/1Gyo6z2zD4/?mibextid=wwXIfr
01/01/2026
Assalamualaikum wrt. wbt.
Salam Tahun Baharu 2026.
Semoga semangat kita membantu dalam kebaikan dan ketaqwaan dipermudahkan Allah sentiasa.
وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۖ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ
Allah berfirman : “Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan permusuhan, bertaqwalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah sangat keras balasannya”
(Surah al-Ma’idah: 2)
23/12/2025
SKUAD IHSAN MADANI (HAL EHWAL AGAMA) MENYANTUNI MANGSA BANJIR DI KUANTAN, PAHANG DARUL MAKMUR
Kuantan, Pahang | 23 Disember 2025 (Selasa) –
Skuad Ihsan Madani (Hal Ehwal Agama),bersama YB Senator Dr. Zulkifli bin Hasan selaku YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), telah menjayakan Misi Bantuan Pasca Bencana bagi menyantuni dan membantu mangsa-mangsa banjir yang terjejas di KAFA Ubudiah Al Jariah termasuk sekitar Kawasan Perumahan Taman Guru dan Kg. Mahang, Kuantan, Pahang.
Misi ini bertujuan meringankan beban mangsa banjir dalam fasa pemulihan pasca bencana serta memastikan kebajikan masyarakat setempat terus terbela selari dengan naratif Madani bekerja.
Seramai 300 orang penerima telah menerima sumbangan tunai, bakul makanan, kit solat, toto, selimut, kain batik & pelikat, kit pembersihan diri dan lampin dewasa dan kanak-kanak daripada YAPEIM, JAKIM, JAWI, YADIM, Yayasan Taqwa MAIWP dan agensi-agensi di bawah YB Menteri Agama.
Majlis penyerahan sumbangan telah disempurnakan oleh YB Senator Dr. Zulkifli bin Hasan, YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).
Turut hadir sama dalam program ini ialah YB Dato’ Sri Syed Ibrahim bin Syed Ahmad, Exco Hal Ehwal Agama, Kemajuan Desa & Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang serta Dato’ Sri Hj Shafik Fauzan bin Sharif ADUN Inderapura, YBhg. Brig. Jen Datuk Hj Mohd Ajib bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah Operasi JAKIM, Tuan Haji Zabidi bin Nasan, Ketua Pengarah YAPEIM, YH Dato’ Haji Khirrizal bin Ab Rahman, Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang, Tuan Abdullah Zuhdee bin Ab Halim , CEO Yayasan Taqwa, Ketua-Ketua Agensi Persekutuan dan Negeri serta pemimpin-pemimpin masyarakat tempatan.
YB Menteri juga turut melawat tempat yang terjejas teruk dengan banjir baru-baru ini termasuk UNIPSAS yang akan dijenamakan semula sebagai Universiti Al-Quran.
Kehadiran YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) ke Kuantan Pahang pada hari ini membawa naratif bahawa komitmen berterusan kerajaan melalui pendekatan Malaysia Madani yang menekankan nilai kemanusiaan, kebersamaan dan keprihatinan terhadap kebajikan rakyat, khususnya dalam situasi pasca bencana terus diperkasakan.
Semoga sumbangan yang disampaikan dapat meringankan beban, memberi kelegaan serta membantu proses pemulihan mangsa-mangsa banjir yang terlibat.
Madani Terus Bekerja, Fastabiqul Khairat❗️
Terima kasih
SEKRETARIAT
SKUAD IHSAN MADANI
(HAL EHWAL AGAMA)
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Website
Address
Presint 3
Putrajaya
