Bahagian Hal Ehwal Sabah & Sarawak

Directions Website

Bahagian Hal Ehwal Sabah & Sarawak BHESS,JPM

22 Ogos 2026 (Sabtu) - Program MADANI Kita (PMK) 2026 Bersama-sama Komuniti Darau @ Sepanggar.Warga BHESS turut turun pa...
22/08/2026

22 Ogos 2026 (Sabtu) - Program MADANI Kita (PMK) 2026 Bersama-sama Komuniti Darau @ Sepanggar.

Warga BHESS turut turun padang untuk memeriahkan suasana PMK bersama-sama Komuniti Kampung Warisan.

14/08/2026
PUTRAJAYA, 6 Ogos 2026 –  BHESS,JPM telah menerima kunjungan dari YBhg. Datuk Rospiagos bin Taha, Timbalan Ketua Setiaus...
06/08/2026

PUTRAJAYA, 6 Ogos 2026 – BHESS,JPM telah menerima kunjungan dari YBhg. Datuk Rospiagos bin Taha, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Jabatan Perdana Menteri yang mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih Kerajaan Jabatan Perdana Menteri (JKPAK-B06) Bil. 3/2026 (Pelaporan Suku Kedua Tahun 2026) di Bilik Mesyuarat Utama BHESS, JPM. Sehubungan dengan itu, warga BHESS,JPM telah menyambut YBhg. Datuk dan majlis diteruskan dengan menandatangani Buku Pelawat BHESS serta pemberian Buku Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sebagai cenderamata.

05/08/2026

DOA KESEMBUHAN BUAT YAB DATO' AMAR HAJI FADILLAH BIN HAJI YUSOF

Seluruh warga Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan merafakkan setinggi-tinggi doa ke hadrat Allah SWT agar Yang Amat Berhormat Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri II dikurniakan kesembuhan yang segera, kesihatan yang berpanjangan serta dipermudahkan segala urusan.

Semoga Allah SWT mengangkat segala kesakitan yang dihadapi, mengurniakan kesembuhan yang sempurna, dan terus memelihara beliau dengan rahmat serta kasih sayang-Nya.

اللَّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ أَذْهِبِ الْبَأْسَ، اشْفِ وَأَنْتَ الشَّافِي، لَا شِفَاءَ إِلَّا شِفَاؤُكَ، شِفَاءً لَا يُغَادِرُ سَقَمًا

"Ya Allah, Tuhan sekalian manusia, hilangkanlah penyakit ini dan berikanlah kesembuhan. Engkaulah Maha Penyembuh, tiada kesembuhan melainkan kesembuhan daripada-Mu, kesembuhan yang tidak meninggalkan sebarang penyakit."

اللهم آمين يا رب العالمين.

Sekitar Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal di bawah Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) Bilangan...
03/08/2026

Sekitar Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal di bawah Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) Bilangan 2 Tahun 2026.

Pada 3 Ogos 2026, YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak) telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal di bawah Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) Bilangan 2 Tahun 2026 di Dewan Persidangan ICU JPM, Putrajaya. Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Menteri-Menteri Persekutuan yang berkaitan, semua Timbalan Premier Sarawak, semua Timbalan Ketua Menteri Sabah, wakil-wakil daripada Kerajaan Negeri Sabah dan Kerajaan Negeri Sarawak serta pegawai-pegawai kanan Kerajaan Persekutuan. Mesyuarat ini mencerminkan iltizam Kerajaan Persekutuan dalam memastikan perkara-perkara di bawah MA63 dilaksanakan dengan sebaiknya.

03/08/2026
03/08/2026

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Malaysia MADANI

Terima kasih atas ucapan, kata-kata semangat dan doa semua. Saya dan keluarga amat menghargainya

Semoga kita semua sentiasa dalam rahmat perlindungan Allah SWT…Aamiin

31/07/2026
28/07/2026

Address

Aras 3, Setia Perdana 3, Kompleks Setia Perdana, Pusat Persekutuan
Putrajaya
62502

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bahagian Hal Ehwal Sabah & Sarawak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share