ILIM Kampus Kundasang

Call Directions Contact the organization

ILIM Kampus Kundasang Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Kundasang - The highest Islamic Training Center in Malaysia

1984, Pusat Latihan Dakwah Kundasang PLDK telah dibina oleh Kerajaan Negeri Sabah dan ditadbir oleh Majlis Ugama Islam Sabah dengan tujuan untuk dijadikan Pusat Pemulihan Dadah.
1987, MUIS telah menyerahkan kompleks pusat latihan kepada BAHEIS dengan tujuan digunakan sebagai Pusat Latihan Dakwah
1992, kompleks tersebut telah dibaikpulih dan dibina semula.
2001, kompleks ini telah dilanda ribut dan mengakibatkan kerosakan yang teruk. Pembaikan serta penambahan beberapa bangunan seperti dewan makan, rumah tetamu dan penginapan dilakukan.
2006, PLIK beroperasi sepenuhnya
Kini 1987, MUIS telah menyerahkan kompleks pusat latihan kepada BAHEIS dengan tujuan digunakan sebagai Pusat Latihan Dakwah
1992, ompleks tersebut telah dibaikpulih dan dibina semula.
2001, kompleks ini telah dilanda ribut dan mengakibatkan kerosakan yang teruk. Pembaikan serta penambahan beberapa bangunan seperti dewan makan, rumah tetamu dan penginapan dilakukan.
2006, PLIK beroperasi sepenuhnya
Kini Pusat Latihan Islam Kundasang (PLIK) merupakan institusi yang ditubuhkan oleh kerajaan melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sebagai institusi yang bertangungjawab untuk memberikan kefahaman Islam kepada penjawat awam dan umat Islam di Sabah agar mengamalkan ajaran Islam sebagaimana yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W.

INTENSIVE COURSE: SENI TARANNUM DAN QIRAAT SIRI 2 PERKASA KEMAHIRAN PHEI DALAM SENI BACAAN AL-QURANKUNDASANG, 8 OKTOBER ...
08/10/2026

INTENSIVE COURSE: SENI TARANNUM DAN QIRAAT SIRI 2 PERKASA KEMAHIRAN PHEI DALAM SENI BACAAN AL-QURAN

KUNDASANG, 8 OKTOBER 2026 – Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Kundasang telah menganjurkan Intensive Course: Seni Tarannum dan Qiraat Siri 2 yang berlangsung pada 6 hingga 8 Oktober 2026 bertempat di Bilik Kuliah Buya Hamka, ILIM Kampus Kundasang.

Kursus ini disertai seramai 23 orang Pegawai Hal Ehwal Islam (PHEI) daripada pelbagai jabatan Persekutuan dan Negeri Sabah dengan memberi fokus kepada pengukuhan ilmu serta kemahiran dalam seni tarannum dan asas qiraat dalam pembacaan al-Quran.

Kursus ini dikendalikan oleh YBrs. Ustaz Nashraf Ideen bin Nahar, Qari Negeri Sabah, yang membimbing peserta melalui pengisian berbentuk ceramah dan praktikal mengalunkan tarannum.

Antara objektif utama kursus adalah untuk memberikan kefahaman asas kepada peserta mengenai konsep dan kepentingan ilmu tarannum serta qiraat dalam memperindah bacaan al-Quran mengikut kaedah yang betul. Selain itu, peserta turut dibimbing menguasai asas tujuh lagu tarannum serta asas bacaan qiraat yang mudah diamalkan dalam tilawah dan pengajaran.

Kursus ini turut memberi penekanan terhadap pembentukan minat dan keyakinan peserta untuk membaca al-Quran dengan sebutan yang sahih, berlagu indah serta menepati hukum tajwid. Melalui sesi praktikal, peserta berpeluang mengaplikasikan pengetahuan yang dipelajari secara langsung bagi meningkatkan kemahiran bacaan al-Quran.

Pada sesi penutupan, Ustaz Hendra Aswairdy bin Abiddin, Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Kanan, telah menyampaikan sijil penghargaan kepada penceramah sebagai tanda apresiasi atas perkongsian ilmu dan bimbingan yang diberikan sepanjang kursus berlangsung.

Penganjuran kursus ini diharapkan dapat memperkukuh kompetensi PHEI dalam bidang al-Quran, khususnya dalam penguasaan seni tarannum dan asas qiraat, seterusnya menyumbang kepada peningkatan kualiti bacaan serta pengajaran al-Quran dalam perkhidmatan hal ehwal Islam.




SESI REFLEKSI ROHANI ILIM KAMPUS KUNDASANGπŸ—“οΈ05 Oktober 2026 (Isnin)πŸ“Bilik Syura, ILIM Kampus KundasangπŸ‘€21
05/10/2026

SESI REFLEKSI ROHANI ILIM KAMPUS KUNDASANG

πŸ—“οΈ05 Oktober 2026 (Isnin)
πŸ“Bilik Syura, ILIM Kampus Kundasang
πŸ‘€21




π‘π€ππ†πŠπ”πŒπ€π ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ/π€πŠπ“πˆπ•π“πˆ 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍 π’π„ππ“π„πŒππ„π‘ πŸπŸŽπŸπŸ” πˆππ’π“πˆπ“π”π“ π‹π€π“πˆπ‡π€π πˆπ’π‹π€πŒ πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ πŠπ€πŒππ”π’ πŠπ”ππƒπ€π’π€ππ†
02/10/2026

π‘π€ππ†πŠπ”πŒπ€π ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ/π€πŠπ“πˆπ•π“πˆ 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍 π’π„ππ“π„πŒππ„π‘ πŸπŸŽπŸπŸ” πˆππ’π“πˆπ“π”π“ π‹π€π“πˆπ‡π€π πˆπ’π‹π€πŒ πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ πŠπ€πŒππ”π’ πŠπ”ππƒπ€π’π€ππ†





SESI REFLEKSI ROHANI ILIM KAMPUS KUNDASANGπŸ—“οΈ02 Oktober 2026 (Jumaat)πŸ“Bilik Syura, ILIM Kampus KundasangπŸ‘€21
02/10/2026

SESI REFLEKSI ROHANI ILIM KAMPUS KUNDASANG

πŸ—“οΈ02 Oktober 2026 (Jumaat)
πŸ“Bilik Syura, ILIM Kampus Kundasang
πŸ‘€21




KURSUS CELIK FALAK: PENENTUAN ARAH KIBLAT TEPAT DAN SAHIH PERKASA KEMAHIRAN PEGAWAI HAL EHWAL ISLAMKUNDASANG, 1 OKTOBER ...
01/10/2026

KURSUS CELIK FALAK: PENENTUAN ARAH KIBLAT TEPAT DAN SAHIH PERKASA KEMAHIRAN PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM

KUNDASANG, 1 OKTOBER 2026 – Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Kundasang telah menganjurkan Kursus Celik Falak: Penentuan Arah Kiblat Tepat dan Sahih bermula 29 September hingga 1 Oktober 2026 bertempat di Dewan Besar Tun Mustapha, ILIM Kampus Kundasang.

Kursus yang disertai seramai 18 orang Pegawai Hal Ehwal Islam (PHEI) daripada pelbagai jabatan ini bertujuan memantapkan kefahaman peserta terhadap prinsip dan konsep asas falak syarie, khususnya berkaitan penentuan arah kiblat yang tepat dan sahih berdasarkan perspektif syarak dan sains.

Kursus ini dikendalikan oleh dua orang penceramah daripada Pejabat Mufti Negeri Sabah, iaitu Ustaz Mohd Jumat bin Abd Razak dan Ustaz Abd Rahman bin Lalete. Sepanjang kursus berlangsung, para peserta didedahkan dengan pengisian berbentuk ceramah serta latihan praktikal mengukur arah kiblat menggunakan kaedah dan instrumen falak.

Selain meningkatkan pengetahuan teori, kursus ini turut memberi penekanan kepada aspek kemahiran praktikal, khususnya dalam melaksanakan pengukuran, semakan dan pengesahan arah kiblat di masjid, surau serta institusi Islam secara profesional.

Pada majlis penutupan, YBrs. Ustaz Hendra Aswairdy bin Abiddin, Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Kanan, telah menyampaikan sijil penghargaan kepada kedua-dua penceramah sebagai tanda penghargaan atas perkongsian ilmu dan komitmen yang diberikan sepanjang kursus berlangsung.

Penganjuran kursus ini diharapkan dapat meningkatkan kompetensi PHEI dalam bidang falak syarie, khususnya dalam memastikan ketepatan penentuan arah kiblat serta memperkukuh mutu penyampaian perkhidmatan hal ehwal Islam kepada masyarakat.




KURSUS BILAL PROFESIONAL: SUARA DAKWAH MASA KINI SIRI 2 PERKASA KOMPETENSI BILAL DALAM PENGURUSAN IBADAHKUNDASANG, 1 Okt...
01/10/2026

KURSUS BILAL PROFESIONAL: SUARA DAKWAH MASA KINI SIRI 2 PERKASA KOMPETENSI BILAL DALAM PENGURUSAN IBADAH

KUNDASANG, 1 Oktober 2026 – Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Kundasang telah menganjurkan Kursus Bilal Profesional: Suara Dakwah Masa Kini Siri 2 pada 29 September hingga 1 Oktober 2026 bertempat di Bilik Kuliah Buya Hamka, ILIM Kampus Kundasang.

Kursus selama tiga hari ini telah disertai seramai 25 orang peserta yang terdiri daripada bilal-bilal surau dan masjid serta pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Gaya. Penganjuran kursus ini bertujuan meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan profesionalisme peserta dalam melaksanakan tugas sebagai bilal, khususnya dalam pengurusan ibadah berjemaah serta penyampaian dakwah melalui suara dan komunikasi yang berkesan.

Kursus ini dikendalikan oleh Bilal Ahmad Zin bin Abdul Lamit, Bilal Masjid Negeri Sabah, yang berkongsi ilmu, pengalaman dan kemahiran berkaitan peranan serta tanggungjawab seorang bilal dalam mengimarahkan institusi masjid dan surau.

Pengisian kursus dilaksanakan melalui sesi ceramah dan latihan praktikal melaungkan azan yang memberikan penekanan kepada teknik pengawalan suara, sebutan dan penghayatan lafaz azan yang betul. Peserta turut diberikan pendedahan mengenai adab seorang bilal, bacaan tartil, iqamah serta asas fiqh solat berjemaah bagi memastikan setiap amanah yang dilaksanakan menepati tuntutan syarak.

Antara objektif utama kursus ini adalah untuk:

Memahami tugas, tanggungjawab dan adab seorang bilal dalam pengurusan ibadah berjemaah;
Menguasai teknik azan, iqamah dan bacaan tartil dengan sebutan, suara serta tajwid yang betul;
Meningkatkan kemahiran komunikasi, kepimpinan dan penyampaian khutbah yang berkesan; dan
Memahami serta mengaplikasikan asas fiqh solat berjemaah dalam situasi sebenar.

Menerusi pendekatan pembelajaran secara teori dan praktikal, para peserta berpeluang meningkatkan keyakinan serta mengasah kemahiran dalam melaksanakan tugas sebagai bilal. Penguasaan kemahiran ini penting bagi memastikan setiap aspek pengurusan ibadah berjemaah dapat dilaksanakan dengan teratur, sempurna dan penuh penghayatan.

Pada akhir program, YBrs. Ustaz Hendra Aswairdy bin Abiddin, Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Kanan, telah menyampaikan sijil penghargaan kepada penceramah jemputan sebagai pengiktirafan atas komitmen dan penyertaan mereka sepanjang kursus berlangsung.

Penganjuran kursus ini diharapkan dapat melahirkan barisan bilal yang berpengetahuan, berkemahiran dan berkeyakinan dalam melaksanakan tanggungjawab, sekali gus memperkukuh peranan bilal sebagai pemimpin suara dakwah di masjid dan surau serta menjadi pemangkin kepada pengimarahan institusi masjid dalam masyarakat.




SESI REFLEKSI ROHANI ILIM KAMPUS KUNDASANGπŸ—“οΈ28 September 2026 (Isnin)πŸ“Bilik Syura, ILIM Kampus KundasangπŸ‘€14
28/09/2026

SESI REFLEKSI ROHANI ILIM KAMPUS KUNDASANG

πŸ—“οΈ28 September 2026 (Isnin)
πŸ“Bilik Syura, ILIM Kampus Kundasang
πŸ‘€14




SESI REFLEKSI ROHANI ILIM KAMPUS KUNDASANGπŸ—“οΈ25 September 2026 (Jumaat)πŸ“Bilik Syura, ILIM Kampus KundasangπŸ‘€16
25/09/2026

SESI REFLEKSI ROHANI ILIM KAMPUS KUNDASANG

πŸ—“οΈ25 September 2026 (Jumaat)
πŸ“Bilik Syura, ILIM Kampus Kundasang
πŸ‘€16




SESI REFLEKSI ROHANI ILIM KAMPUS KUNDASANGπŸ—“οΈ21 September 2026 (Isnin)πŸ“Bilik Syura, ILIM Kampus KundasangπŸ‘€20
21/09/2026

SESI REFLEKSI ROHANI ILIM KAMPUS KUNDASANG

πŸ—“οΈ21 September 2026 (Isnin)
πŸ“Bilik Syura, ILIM Kampus Kundasang
πŸ‘€20




π‘π€ππ†πŠπ”πŒπ€π ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ/π€πŠπ“πˆπ•π“πˆ 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍 OGOS πŸπŸŽπŸπŸ” πˆππ’π“πˆπ“π”π“ π‹π€π“πˆπ‡π€π πˆπ’π‹π€πŒ πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ πŠπ€πŒππ”π’ πŠπ”ππƒπ€π’π€ππ†
21/09/2026

π‘π€ππ†πŠπ”πŒπ€π ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ/π€πŠπ“πˆπ•π“πˆ 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍 OGOS πŸπŸŽπŸπŸ” πˆππ’π“πˆπ“π”π“ π‹π€π“πˆπ‡π€π πˆπ’π‹π€πŒ πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ πŠπ€πŒππ”π’ πŠπ”ππƒπ€π’π€ππ†





Address

Ranau
89308

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 08:00 - 16:30

Telephone

+6088888285

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when ILIM Kampus Kundasang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to ILIM Kampus Kundasang:

Shortcuts

Share