06/10/2026
πππππ¬πππ‘ π§ππ‘ππππ£ππ‘ πππ‘ π₯ππ π£ππ¦ππ‘ π’πππ ππ£π π₯ππ‘ππ¨
Ranau, 6 Oktober 2026 - PDRM IPD Ranau telah berjaya membanteras kegiatan penyalahgunaan dadah di sebuah perkampungan di daerah Ranau dengan tertangkapnya (01) orang suspek lelaki tempatan bersama (01) orang saspek perempuan tempatan semasa operasi dijalankan.
Hasil maklumat masyarakat daerah Ranau dan risikan yang berterusan, dalam serbuan sekitar jam 14.00 petang, seorang lelaki berusia 36 tahun ditahan bersama 1 beg uncang berwarna putih bertulis GOLDEN JAGUAR, 1 straw yang telah diubahsuai dan 1 alat penimbang kecil. Hasil pemeriksaan dalam beg uncang tersebut telah menjumpai 1 paket plastik lutsinar mengandungi dadah disyaki syabu anggaran berat kasar 0.94 gram.
Tangkapan juga mempunyai 11 rekod kesalahan lampau melibatkan kes dadah dan 7 kesalahan trafik.
Tangkapan dilakukan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Ranau hasil risikan yang berterusan dan maklumat yang disalurkan oleh masyarakat.
Kes disiasat di bawah Seksyen 12(2) ADB 1952 dan 15(1)(a) ADB 1952. Denda sehingga RM 100, 000.00 atau penjara sehingga 5 tahun, atau kedua - duanya sekali.
YDH Supt. Mursalin bin Mahmud, Ketua Polis Daerah Ranau, mengucapkan jutaan terima kasih kepada masyarakat daerah Ranau atas kerjasama dan sikap prihatin bagi memastikan kesejahteraan daerah Ranau. Beliau juga menegaskan bahawa pihak PDRM IPD Ranau akan terus mempergiatkan operasi bagi membanteras aktiviti menyalahi undang-undang ini demi kesejahteraan masyarakat di daerah Ranau.
Masyarakat bertindak sebagai "mata dan telinga" Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan menyalurkan maklumat awal bagi membanteras jenayah secara berkesan. Hubungan erat antara komuniti dan pihak berkuasa memperkukuh keselamatan negara serta memastikan tindakan pencegahan dapat diambil dengan pantas.
Masyarakat yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Bilik Gerakan IPD Ranau di talian 088-875222. Identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan.
Terima kasih.
"Polis Dan Masyarakat Berpisah Tiada"
Sumber:
βͺοΈBSJN IPD Ranau
Foto :
βͺοΈBSJN IPD Ranau.