APM Kundasang

Directions

APM Kundasang Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from APM Kundasang, Government Organization, Ranau.

26/10/2026
26/10/2026

𝗞𝗘𝗝𝗔𝗬𝗔𝗔𝗡 𝗧𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗣𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗠𝗣𝗔𝗦𝗔𝗡 𝗔𝗜𝗥 𝗞𝗘𝗧𝗨𝗠 𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗜𝗣𝗗 𝗥𝗔𝗡𝗔𝗨

Ranau, 23 Oktober 2026 - PDRM IPD Ranau telah berjaya membanteras kegiatan penjualan ketum di sebuah perkampungan di daerah Ranau dengan tertangkapnya (02) orang suspek lelaki tempatan semasa operasi dijalankan.

Hasil maklumat penduduk setempat daerah Ranau dan risikan yang berterusan, dalam serbuan sekitar jam 10.40 malam, seorang lelaki berusia 22 tahun sedang memasak cecair dipercayai ketum.

Seorang lelaki berusia 31 p**a telah menunjuk arah sebuah kenderaan dan hasil pemeriksaan dapati (2) bungkusan kotak dipercayai serbuk ketum yang mengandungi 60kg disembunyikan di bahagian kerusi penumpang belakang.

Tangkapan dilakukan oleh Bahagian Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam serta dibantu oleh anggota Pondok Polis Lohan IPD Ranau hasil risikan yang berterusan dan maklumat yang disalurkan oleh masyarakat.

Pengambilan dan pemprosesan cecair ketum merupakan kesalahan di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952. Jika sabit kesalahan, pesalah boleh didenda maksimum RM100,000 atau dipenjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Ketua Polis Daerah Ranau, YDH Supt. Mursalin bin Mahmud, mengucapkan jutaan terima kasih kepada masyarakat daerah Ranau atas kerjasama dan sikap prihatin bagi memastikan kesejahteraan daerah Ranau. Beliau juga menegaskan bahawa pihak PDRM IPD Ranau akan terus mempergiatkan operasi bagi membanteras aktiviti menyalahi undang-undang ini demi kesejahteraan masyarakat di daerah Ranau.

Beliau juga menegaskan kejayaan Program Kesedaran Penyalahgunaan Ketum Komuniti Ranau yang telah berlangsung di Dewan Serbaguna IPD Ranau pada 26.08.2026 memberi impak yang sangat besar dengan kesedaran masyarakat semakin jelas serta menyeluruh maklumat kepada PDRM IPD Ranau.

Masyarakat yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Bilik Gerakan IPD Ranau di talian 088-875222. Identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan.

Terima kasih.

"Polis Dan Masyarakat Berpisah Tiada"





Sumber:
▪️IPD Ranau

Foto :
▪️IPD Ranau.

 PEMANTAUAN KAWASAN TANAH RUNTUHTARIKH: 26/10/2026MASA: 0947H – 1021HLOKASI: Kg. Belintung, Pekan KundasangPKOU Kundasan...
26/10/2026



PEMANTAUAN KAWASAN TANAH RUNTUH

TARIKH: 26/10/2026
MASA: 0947H – 1021H
LOKASI: Kg. Belintung, Pekan Kundasang

PKOU Kundasang menerima panggilan orang awam berhubung kejadian tanah runtuh di lereng bukit di belakang sebuah rumah susulan hujan berterusan. Seramai 2 LLP dengan kekuatan 1 buah CS010 telah digerakkan ke lokasi untuk menjalankan pemantauan.

Hasil pemeriksaan mendapati runtuhan berada kira-kira 5 kaki dari rumah mangsa dan terdapat sebatang pokok yang berisiko tumbang serta menghempap rumah sekiranya berlaku runtuhan susulan. Mangsa telah memasang kanvas sendiri di kawasan runtuhan.

Khidmat nasihat telah diberikan supaya mangsa berpindah sementara ke rumah saudara demi keselamatan. PKOU Kundasang akan terus menjalankan pemantauan dan berada dalam keadaan siap siaga.

Sebarang Kecemasan,sila hubungi talian kecemasan NG999 atau 088-888991 (PKOU KUNDASANG)

PUSAT KAWALAN OPERASI UNIT (PKOU) KUNDASANG















23/10/2026

🚨 ALAMAK! ADA KEMALANGAN! 🚗🏍️

APA YANG PERLU KITA BUAT?

Jangan hanya memperlahankan kenderaan untuk melihat atau merakam gambar! 📵 Tindakan yang betul mungkin mampu menyelamatkan nyawa. ❤️‍🩹

⚠️ INGAT! Utamakan keselamatan diri, jangan bertindak secara terburu-buru dan jangan mengerumuni lokasi kemalangan. Jika tidak terlatih, elakkan melakukan tindakan yang boleh membahayakan mangsa atau diri sendiri. Tunggu hingga pasukan penyelamat tiba.

© 2026 Unit PRO APM Daerah Kota Tinggi

Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Johor













23/10/2026

Setiap insan mempunyai keistimewaan dan perjalanan hidup yang berbeza. Kita tidak perlu menjadi orang lain untuk merasa diterima, apatah lagi mencari ketenangan melalui sesuatu yang boleh merosakkan diri.

Seperti bunga yang mekar dengan keindahannya sendiri, hargailah potensi diri, peliharalah maruah dan pilihlah jalan kehidupan yang membawa kebaikan.

Jangan biarkan pengaruh negatif memadamkan sinar masa depan. Berani berkata tidak kepada dadah, kerana diri kita terlalu berharga untuk dipertaruhkan. 🌱

Mekarlah dengan pilihan yang sihat, bukan terjebak dalam kesilapan.

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.



23/10/2026
22/10/2026

JANGAN PANDANG RINGAN, JAKET KESELAMATAN BOLEH MENYELAMATKAN NYAWA!

Tahukah anda?

Jaket keselamatan bukan sekadar kelengkapan ketika berada di atas bot, malah merupakan pelindung penting yang boleh membantu mengurangkan risiko lemas ketika kecemasan di air. 🚤

Namun Ingat!

Pastikan jaket keselamatan dipakai dengan betul, diikat kemas dan sesuai dengan saiz pemakai.

UTAMAKAN KESELAMATAN, LINDUNGI NYAWA!

❤️ Nyawa Tiada Ganti!

Sebarang kecemasan boleh hubungi talian 999.

© 2026 Unit PRO APM Daerah Kota Tinggi

Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Johor













22/10/2026
21/10/2026

MAKLUMAN RASMI PEJABAT DAERAH RANAU

STATUS PELAKSANAAN PROJEK RUMAH MESRA SABAH MAJU JAYA (SMJ) DI DAERAH RANAU

Pejabat Daerah Ranau mengambil maklum mengenai kebimbangan dan maklum balas masyarakat berhubung kelewatan penyiapan beberapa projek Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ) di daerah ini.

Sehubungan itu, Pejabat Daerah Ranau ingin memaklumkan bahawa pihak pejabat sentiasa melaksanakan pemantauan terhadap kemajuan projek-projek berkenaan bagi memastikan pelaksanaannya mengikut ketetapan dan syarat kontrak yang berkuat kuasa.

Untuk makluman umum, tindakan pemantauan dan susulan telah pun dilaksanakan sebelum perkara ini dibangkitkan di media sosial.

Antara tindakan yang telah diambil adalah seperti berikut:

1. Pemeriksaan dan pemantauan tapak bagi mengenal pasti status sebenar kemajuan fizikal projek serta isu yang menjejaskan pelaksanaannya.

2. Pengeluaran surat amaran rasmi kepada kontraktor yang dikenal pasti mengalami kelewatan pelaksanaan projek, termasuk arahan mengemukakan penjelasan dan tindakan pembetulan.

3. Arahan penyediaan jadual pemulihan kerja bagi memastikan langkah-langkah penyiapan projek dapat dilaksanakan secara lebih teratur dan dipantau.

4. Pemantauan susulan secara berterusan bagi menilai tindakan pembetulan oleh pihak kontraktor serta menentukan keperluan tindakan lanjut berdasarkan syarat kontrak dan peraturan yang berkuat kuasa.

Pejabat Daerah Ranau memahami bahawa kelewatan penyiapan rumah memberikan kesan kepada penerima bantuan yang menantikan kediaman masing-masing.

Kebajikan penerima bantuan dan penyempurnaan projek merupakan perkara yang diberikan perhatian serius oleh pihak pejabat.

Pejabat Daerah Ranau akan terus mengambil tindakan sewajarnya mengikut bidang kuasa, tatacara dan peraturan yang berkuat kuasa bagi memastikan setiap isu pelaksanaan projek ditangani secara teratur.

Pihak pejabat turut menghargai keprihatinan masyarakat dan mengalu-alukan penyaluran maklumat serta aduan melalui saluran rasmi Pejabat Daerah Ranau bagi membolehkan semakan dan tindakan susulan dilaksanakan.

Kerjasama dan kefahaman semua pihak amat dihargai.

PEJABAT DAERAH RANAU
21 Oktober 2026

“Sabah Maju Jaya”

21/10/2026

Address

Ranau

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when APM Kundasang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share