SMK Ranau

Call Directions

SMK Ranau SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN RANAU Sekolah ini terletak kira-kira 3 kilometer dari Pekan Ranau. Oleh itu, Pegawai Pelajaran Daerah Ranau ketika itu Encik Mohd.

Sekolah Menengah Kebangsaan Ranau (asalnya dikenali SMK Mat Salleh II), Ranau merupakan sekolah menengah yang ke-10 dalam daerah Ranau. Cadangan untuk membina sekolah ini lahir daripada kesedaran Jabatan Pelajaran Sabah khasnya dan Kementerian Pelajaran Malaysia amnya tentang betapa pentingnya sebuah Sekolah Menengah yang baru dibina untuk menampung bilangan pelajar di sekitar Pekan Ranau yang semakin bertambah. Walaupun penubuhan Sekolah Menengah Kebangsaan Ranau, Ranau telah diluluskan oleh kerajaan pada tahun 1998, tetapi pembinaannya tidak dapat dimulakan kerana masalah ketiadaan tapak sesuai. Nauth Potoh telah diarahkan oleh Pengarah Pelajaran Sabah untuk mencari tapak pembinaan sekolah ini. Apabila mendengar berita bahawa Jabatan Pelajaran Sabah memerlukan tanah untuk membina sekolah, pihak Jawatankuasa Lembaga Pemegang Amanah Tanah Simpanan Perumahan dan Ternakan Bumiputera Kampung Sinarut, Ranau telah menawarkan sebidang tanah seluas 35 ekar untuk membina sekolah ini. Pada peringakat awalnya, mereka telah meletakkan syarat-syarat tertentu sebagai balasan penyerahan tanah kepada pihak kerajaan tetapi kesemua syarat yang telah dikemukakan itu tidak dipersetujui oleh Jabatan Pelajaran Sabah. Setelah melalui beberapa proses perundingan, akhirnya jawatankuasa Pemegang Amanah Tanah Simpanan tersebut telah bersetuju untuk menyerahkan tapak pembinaan tanah ini “tanpa syarat” kepada Jabatan Pelajaran Sabah. Penyerahan hak milik tapak pembinaan sekolah ini kepada Jabatan Pelajaran Sabah telah berkuatkuasa mulai pada 14 haribulan Disember 2002. Selepas itu, Kementerian Pelajaran Malaysia telah melantik Syarikat Wilayah Jasa Sdn Bhd sebagai kontraktor untuk membina sekolah ini dengan nilai kontrak RM 39 000 000 000 (Ringgit Malaysia Tiga Puluh Sembilan Juta). Pihak kontraktor telah memulakan kerja-kerja pembinaan sekolah ini pada 1 Januari 2003 dan telah siap sepenuhnya pada 13 Ogos 2004. Berdasarkan butir-butir kontrak, sekolah ini mempunyai Tempoh Tanggunggan Kecacatan sehingga 13 Ogos 2006. Pada bulan November 2004, Jabatan Pelajaran Sabah telah meluluskan pembukaan SMK Ranau, Ranau bermula sesi persekolahan tahun 2005. Pada 28 Disember 2004, bangunan SMK Ranau, Ranau diserahkan sepenuhnya oleh pihak kontraktor. En Habdin Bin Ariffin telah diarah untuk menerima kunci bangunan sekolah bagi pihak Jabatan Pelajaran Sabah. Pada masa yang sama, sekumpulan guru telah ditempatkan bertugas di sekolah ini iaitu Encik Jabilin Hadimin, En Johalim Hj Ishim, Encik Mahat Tahir, Encik Zulkiflee Gakau, Puan Silis Tina A. Basil, Puan Aggness Tona Antonius, En Shamrin Adzman dan Encik Ashly Kasin. Pada 2 Januari 2005, suatu Majlis Membaca Yassin, Solat Hajat, “meningelig” dan kenduri telah dijalankan sempena masuk ke sekolah yang baru ini. Pada 17 Januari 2005, Tuan Hj Moin Bin Ahmad telah melaporkan diri sebagai Pengetua yang pertama di sek
olah ini. Selepas itu, bilangan kakitangan sekolah juga telah bertambah dengan 16 orang guru dan KTBM pula seramai 4 orang. Pelajar yang mendaftar disekolah ini pada peringkat awal adalah pelajar Tingkatan 1, 2, dan 4 yang dipindahkan dari SMK Mat Salleh, SMK Lohan dan SMK Ulu Sugut Ranau. Bilangan kelas yang ada sehingga Februari 2005 adalah sebanyak 11 kelas, iaitu 4 kelas tingkatan 1, 2 kelas tingkatan 2, dan 5 kelas tingkatan 4. Bilangan pelajar keseluruhan adalah seramai 350 orang. Sementara itu, untuk menempatkan pelajar yang jauh, asrama telah dibuka pada 13 Februari 2005 dengan kemasukan pelajar seramai 170 orang. SMK Ranau juga telah menyertai Kejohanan Olahraga MSSM Daerah, Ranau dan telah memenangi satu pingat perak serta mendapat tempat kedua dalam acara perbarisan.Walaupun sekolah ini masih baru, penubuhannya telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat yang mahu melihat anak-anak mereka berjaya dalam bidang pelajaran. Pihak pentadbir dan guru-guru di sekolah ini pula telah berikrar akan terus berkerja keras untuk meningkatkan prestasi sekolah sehingga menjadi sekolah yang gemilang bukan sahaja di negeri Sabah tetapi juga di negara Malaysia amnya. Hal ini bersesuaian dengan Visi Sekolah iaitu " Bertekad Gemilang (Strive To Resplendent) Tahun 2011”. (Sumber asal: Majalah Sekolah Inspirasi 2/06)

02/10/2026

Lawatan Penanda Aras ke Asrama SMK Ranau

Sambutan luar biasa hangat daripada pihak pengurusan asrama SMK Ranau! ❤️🤯

Rombongan Lawatan Asrama Semekar disambut meriah seawal minit pertama apabila disajikan dengan persembahan tarian oleh pelajar asrama SMK Ranau.

Lalu rombongan dibawa ke bilik mesyuarat—disajikan dengan pencapaian hebat dan mengagumkan daripada asrama SMK Ranau.

Tamat sesi pengenalan ringkas, rombongan Lawatan Asrama SMK Abdul Rahim kemudiannya diajak melawat setiap aras bangunan aspura dan aspuri SMK Ranau—sesi ditutup p**a dengan jamuan makan tengah hari.

Terima kasih tidak terhingga buat SMK Ranau atas hospitaliti yang terbaik dan mengasyikkan. Semoga hubungan baik antara dua buah sekolah ini terus terjalin—demi anak-anak Sabah yang dikasihi.

Semoga kita bertemu kembali, ya?
Jika kalian melawat Kudat, jangan lupa jenguk kami. Akan kami usahakan untuk membalas budi baik kalian ini.

Semekar Hebat!
Berusaha & Berjuang.

KEJOHANAN OLAHRAGA MSSM 202621-25 September 2026Stadium Pahang Darul MakmurAdik Evan Hazell Andrew dari SMK Ranau berjay...
27/09/2026

KEJOHANAN OLAHRAGA MSSM 2026

21-25 September 2026

Stadium Pahang Darul Makmur

Adik Evan Hazell Andrew dari SMK Ranau berjaya merangkul pingat emas dalam acara relay 4x100 Lelaki 15. Tahniah diucapkan.

BERTEKAD GEMILANG

PERTANDINGAN PIALA MERDEKA BOLA BALING U16 2026Tarikh : 5 - 6 September 2026Tempat : Gelanggang Futsal Kampung Benoni5 p...
06/09/2026

PERTANDINGAN PIALA MERDEKA BOLA BALING U16 2026

Tarikh : 5 - 6 September 2026
Tempat : Gelanggang Futsal Kampung Benoni

5 pemain dari SMK Ranau mewakili kelab BTF Jr dr Ranau dan telah berjaya mendapat JOHAN dalam pertandingan tersebut. Syabas dan tahniah..!!!

Pemain dari SMK Ranau
1. Nurul Azirah Jamran - 4 Inovatif
2. Emilda Esak - 3 Analitis
3. Belcyndda Nobert - 3 Analitis
4. Nur Cahya Amanda - 3 Analitis
5. Angelika Jairy - 3 Proaktif

Guru pengiring dr SMK Ranau - Pn. Raijah Samil

Kejohanan Olahraga GKS Super Series 129 - 30 Ogos 2026Kompleks Sukan TambunanSMK Ranau menghantar 15 Orang atlet menyert...
06/09/2026

Kejohanan Olahraga GKS Super Series 1

29 - 30 Ogos 2026
Kompleks Sukan Tambunan

SMK Ranau menghantar 15 Orang atlet menyertai kejohanan tersebut.

Keputusan adalah seperti berikut

Emas - Evan Hazell Andrew - 100m L16
Perak - Nurul Azirah Jamran - Lompat Jauh P16
Perak - Nur Natalia Velani - 100m P14
Gangsa - Emilda Esak - Lompat Kijang P15
Gangsa - Nur Natalia Velani - 100m pagar P14

BERTEKAD GEMILANG

Tahniah kepada Penari-Penari Asrama, Guru Penasihat Cikgu Juni, Cikgu Cathlyne dan Jurulatih Alysia..
20/08/2026

Tahniah kepada Penari-Penari Asrama, Guru Penasihat Cikgu Juni, Cikgu Cathlyne dan Jurulatih Alysia..

KEJOHANAN OLAHRAGA PENDIDIKAN KHAS MSS SABAH 2026TARIKH : 10 - 14 OGOS 2026TEMPAT : KOMPLEKS SUKAN LIKASPELAJAR SMKR CAR...
15/08/2026

KEJOHANAN OLAHRAGA PENDIDIKAN KHAS MSS SABAH 2026

TARIKH : 10 - 14 OGOS 2026
TEMPAT : KOMPLEKS SUKAN LIKAS

PELAJAR SMKR CARL ADLER AVNER ALOYSIUS, TINGKATAN 3 PROAKTIF, MEWAKILI DAERAH ZON PENGLIHATAN KE PERTANDINGAN TERSEBUT.

TAHNIAH..!!!

BERTEKAD GEMILANG

KARNIVAL KESENIAN DAN SUKAN ASRAMA SEKOLAH HARIAN PERINGKAT NEGERI SABAH TAHUN 2026Tarikh : 7-8 Ogos 2026 Tempat : Audit...
09/08/2026

KARNIVAL KESENIAN DAN SUKAN ASRAMA SEKOLAH HARIAN PERINGKAT NEGERI SABAH TAHUN 2026

Tarikh : 7-8 Ogos 2026
Tempat : Auditorium Kompleks Pentadbiran Kerajaan
Persekutuan Sabah

SMK Ranau mendapat JOHAN daripada 23 daerah yang bertanding.. SMK Ranau juga telah memenangi 2 anugerah iaitu :

1. Anugerah Koreografi Terbaik
2. Anugerah Penari Terbaik Lelaki ( Adik Alvent bin Albert )

SMKR akan mewakili Sabah ke peringkat kebangsaan bertempat di negeri Pulau Pinang pada 19-21 Ogos 2026.

Tahniah SMKR ..!!!!

Bertekad Gemilang

KEJOHANAN OLAHRAGA MSS SABAH KALI KE-58 20264 orang pelajar SMK Ranau mewakili daerah Ranau ke kejohanan tersebut.1. Muh...
28/07/2026

KEJOHANAN OLAHRAGA MSS SABAH KALI KE-58 2026

4 orang pelajar SMK Ranau mewakili daerah Ranau ke kejohanan tersebut.

1. Muhammad Haris Fadhli bin Kamarul Bahari - Gangsa
4x100m L15
2. Evan Hazell Andrew - Gangsa 4x100m L15
3. Nur Natalia Velanie binti Charlo
4. Nur Qisya Arissa Fadzly binti Abdullah
5. Nash Aiman Haziq bin Mohamad Jumat (Sekolah Sukan Malaysia Sabah)

Tahniah dan Bertekad Gemilang..!!!

Karnival Seni dan Sukan Asrama Sekolah Harian Peringkat Daerah Ranau Tahun 2026. Pertandingan Tarian Sekolah Menengah (S...
13/07/2026

Karnival Seni dan Sukan Asrama Sekolah Harian Peringkat Daerah Ranau Tahun 2026.

Pertandingan Tarian Sekolah Menengah (SM)

Keputusan Pertandingan:
1.Johan
2.Penari Lelaki Terbaik
3.Penari Perempuan Terbaik
4.Koreografi Terbaik
5.Pemegang Piala Pusingan 2 Tahun Berturut-turut

03/07/2026

Address

Postal Box 661
Ranau
89308

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6088879861

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SMK Ranau posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category