18/09/2026
18 SEPTEMBER 2026 | PEMANTAUAN RPHK23 DI KG TALAMASON
KOTA MARUDU, 18 September 2026 – Penjagaan kebun yang baik bermula daripada perhatian dan komitmen petani dalam mengurus tanaman secara berterusan. Pemantauan di lapangan p**a membantu memastikan perkembangan tanaman sentiasa diberi perhatian.
Ketua Unit Ranau, En. Edwin Mujin, diiringi Penyelia Kawasan Zon Kota Marudu, En. Jelden Jose, telah melaksanakan pemantauan Program Rancangan Peningkatan Hasil Koko (RPHK) 2023 di Kg. Talamason, Kota Marudu pada hari ini. Turut hadir ialah Ketua Kelompok Petani Koko, En. Jefriday Joswo Jaipin
Program RPHK 2023 memberi penekanan kepada usaha meningkatkan pengurusan kebun dan potensi hasil melalui amalan penanaman serta penjagaan tanaman yang baik. Sehubungan itu, pemantauan dilakukan bagi melihat perkembangan tanaman dan memberikan bimbingan yang bersesuaian kepada peserta.
Pemantauan RPHK23 telah melibatkan kawasan kebun koko milik Pn. Laiseh binti Simpat dan Pn. Somilin binti Yahang, serta tapak penanaman koko milik Pn. Saubin binti Gintua. Pemantauan seperti ini bukan sekadar melihat keadaan kebun, tetapi turut menjadi ruang untuk bertukar ilmu, berkongsi pengalaman dan mendapatkan pandangan teknikal.
Usaha petani yang sentiasa mengambil berat terhadap keadaan kebun, pastinya akan terus disokong dengan bimbingan berterusan daripada pegawai LKM. Hal ini agar bersama komuniti dapat membantu memperkukuh pengurusan tanaman koko dari semasa ke semasa.