MAQIS Negeri Kelantan

Call Directions Contact the organization

MAQIS Negeri Kelantan Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from MAQIS Negeri Kelantan, Government Organization, Rantau Panjang.

🌷 SELAMAT MAJU JAYA 🌷Setulus penghargaan dan ucapan terima kasih buat:Puan Nik Siti Sahara binti Nik HassanPuan Nik Nuru...
02/10/2026

🌷 SELAMAT MAJU JAYA 🌷

Setulus penghargaan dan ucapan terima kasih buat:

Puan Nik Siti Sahara binti Nik Hassan
Puan Nik Nurulain binti N Idris
Encik Muhammad Dasuki bin Daud
Puan Kamalia Athirah binti Kamaruddin
Encik Mohd Zaqlul Hakimi bin Salam
Encik Mohammad Ridhuan Najmi bin Rokbi
Encik Mohamad Luqman bin Mohd Roslan
Encik Stefance Edberg anak Daniel
Cik Nur Azlin binti Mohd Zahari
Encik Afiq Danial bin Mokhtar
Encik Muhammad Hanif Haikal bin Ismail
Cik Nur Munirah binti Mokhter

Selamat meneruskan khidmat di Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS).
Terima kasih atas segala jasa, komitmen, kerjasama dan sumbangan yang telah dicurahkan sepanjang bersama MAQIS Negeri Kelantan.

Setiap usaha, gelak tawa, susah dan senang yang dikongsi pastinya akan menjadi sebahagian daripada kenangan yang sentiasa diingati. Perpindahan ini bukanlah noktah, tetapi satu langkah ke arah perjalanan dan tanggungjawab yang baharu. Semoga terus melangkah dengan penuh keyakinan, dipermudahkan segala urusan dan dikurniakan kejayaan dalam setiap amanah yang dipikul.

Selamat maju jaya di AKPS. Terima kasih untuk segala-galanya. Kenangan bersama akan sentiasa kekal dalam ingatan. 🀍

Ikhlas daripada seluruh warga kerja MAQIS Negeri Kelantan

π’π„π‹π€πŒπ€π“ π‡π€π‘πˆ πŠπ„ππ”π“π„π‘π€π€π πŠπ„ππ€π–π€π‡ πƒπ”π‹πˆ π˜π€ππ† πŒπ€π‡π€ πŒπ”π‹πˆπ€ 𝐒𝐔𝐋𝐓𝐀𝐍 πŒπ”π‡π€πŒπŒπ€πƒ 𝐕Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah ...
29/09/2026

π’π„π‹π€πŒπ€π“ π‡π€π‘πˆ πŠπ„ππ”π“π„π‘π€π€π πŠπ„ππ€π–π€π‡ πƒπ”π‹πˆ π˜π€ππ† πŒπ€π‡π€ πŒπ”π‹πˆπ€ 𝐒𝐔𝐋𝐓𝐀𝐍 πŒπ”π‡π€πŒπŒπ€πƒ 𝐕

Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V.

Semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku sentiasa dikurniakan kesihatan, kesejahteraan dan keberkatan serta terus memerintah Negeri Kelantan dengan penuh hikmah dan kebijaksanaan.

Daulat Tuanku.

Ikhlas daripada,
Warga Kerja
MAQIS Negeri Kelantan

🌿🌊 PENGIMPORTAN RUMPAI LAUT DAN HASILAN LAUT Bagi memastikan urusan pengimportan berjalan lancar dan mematuhi keperluan ...
28/09/2026

🌿🌊 PENGIMPORTAN RUMPAI LAUT DAN HASILAN LAUT

Bagi memastikan urusan pengimportan berjalan lancar dan mematuhi keperluan yang ditetapkan, pengimport hendaklah memastikan dokumen berikut disediakan:

πŸ“Œ 1. Permit Import MAQIS
πŸ“Œ 2. Lesen LKIM

βœ… Pastikan dokumen lengkap dan sah sebelum membuat pengimportan bagi mengelakkan sebarang masalah semasa proses pemeriksaan di pintu masuk negara.




27/09/2026
🌷 SELAMAT MAJU JAYA & TERIMA KASIH🌷Setiap pertemuan pasti ada perpisahan, dan setiap perjalanan pasti menemukan destinas...
27/09/2026

🌷 SELAMAT MAJU JAYA & TERIMA KASIH🌷

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan, dan setiap perjalanan pasti menemukan destinasi baharu. Namun, ada insan yang hadir bukan sekadar sebagai rakan sekerja, tetapi meninggalkan kenangan yang akan terus terpahat dalam ingatan.

Setinggi-tinggi tahniah dan selamat maju jaya diucapkan kepada Encik Abdul Mu’iz bin Mohd Nor dan Puan C. T. Shuhana binti Bahayahkhi di atas lantikan ke Pegawai Perkhidmatan Pendidikan dan Encik Dhirar bin Ramli di atas lantikan ke Kementerian Kesihatan Malaysia.

Perginya tuan dan puan ke laluan baharu bukanlah satu kehilangan semata-mata, tetapi satu kebanggaan buat kami kerana pernah bersama-sama berkongsi tugas, penat lelah, s**a dan duka sepanjang berada di MAQIS Negeri Kelantan.

Terima kasih di atas setiap jasa, bantuan, senyuman, gurauan dan kenangan yang tercipta. Mungkin selepas ini meja kerja tidak lagi di isi oleh wajah yang sama, tiada lagi sapaan seperti biasa dan rutin harian mungkin terasa sedikit berbeza. Namun, segala kenangan bersama akan sentiasa menjadi sebahagian daripada perjalanan kita.

Biar jauh melangkah, jangan dilupa tempat bermula. Biar berubah haluan, jangan dilupa insan yang pernah berjalan bersama. Semoga lantikan baharu ini membuka lembaran yang lebih indah, membawa kejayaan yang lebih besar dan memberikan kebahagiaan dalam perjalanan kerjaya tuan dan puan.

Selamat melangkah ke destinasi baharu. Pergimu kami iringi dengan doa, kenanganmu kami simpan sebagai cerita.

Daripada,
Warga Kerja MAQIS Negeri Kelantan
🀍🌷

23/09/2026
πŸ‡²πŸ‡Ύ SELAMAT HARI MALAYSIA 2026 πŸ‡²πŸ‡ΎSatu negara, satu semangat, satu keluarga Malaysia.Teruskan melangkah bersama, memperkuk...
16/09/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ SELAMAT HARI MALAYSIA 2026 πŸ‡²πŸ‡Ύ

Satu negara, satu semangat, satu keluarga Malaysia.

Teruskan melangkah bersama, memperkukuh perpaduan dan menyumbang melalui amanah serta tanggungjawab demi kesejahteraan negara.

Ikhlas daripada
MAQIS Negeri Kelantan πŸ‡²πŸ‡Ύ









🀝 KUNJUNG HORMAT PENGARAH JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA (JKDM) NEGERI KELANTAN KE MAQIS NEGERI KELANTANJabatan Perkhidm...
15/09/2026

🀝 KUNJUNG HORMAT PENGARAH JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA (JKDM) NEGERI KELANTAN KE MAQIS NEGERI KELANTAN

Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Negeri Kelantan berbesar hati menerima Kunjung Hormat daripada YBrs. Tuan Mohd Hisham bin Mohd Nor, Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Negeri Kelantan ke atas Pengarah MAQIS Negeri Kelantan, YBrs. Tuan Syed Fuad bin Syed Putra.

Kunjung Hormat ini amat bermakna dalam usaha mengeratkan hubungan silaturahim serta memperkukuh kerjasama dan persefahaman antara kedua-dua agensi, khususnya dalam melaksanakan tanggungjawab dan amanah di pintu masuk negara.

Hubungan strategik antara MAQIS dan JKDM amat penting memandangkan kedua-dua agensi mempunyai peranan yang saling berkait, khususnya dalam aspek kawalan dan pemeriksaan di pintu masuk negara, penguatkuasaan perundangan serta pemantauan pergerakan barangan bagi memastikan keselamatan, kesihatan dan kepentingan negara sentiasa terpelihara.

Kunjung Hormat ini turut menjadi platform untuk bertukar pandangan, berkongsi maklumat serta memperkukuh koordinasi operasi antara MAQIS dan JKDM Negeri Kelantan agar pelaksanaan tugas dapat dilaksanakan dengan lebih cekap dan berkesan.

Semoga hubungan dan kerjasama yang terjalin antara kedua-dua agensi ini terus diperkasa dalam memastikan kawalan serta penguatkuasaan di pintu masuk negara dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dan bersepadu.









TAHUKAH ANDA? 🐾Pengurusan haiwan kesayangan dalam tempoh kuarantin merupakan satu tanggungjawab penting yang perlu diber...
10/09/2026

TAHUKAH ANDA? 🐾

Pengurusan haiwan kesayangan dalam tempoh kuarantin merupakan satu tanggungjawab penting yang perlu diberi perhatian.

Sepanjang tempoh kuarantin, pengurusan haiwan kesayangan seperti pemberian makanan dan minuman, kebersihan serta kekemasan bilik kurungan hendaklah dilakukan oleh pemunya/ejen yang dilantik.

🐢🐱 Penjagaan yang baik bukan sahaja memastikan kebajikan haiwan terpelihara, malah membantu memastikan proses kuarantin berjalan dengan lancar dan teratur.
Sayangi haiwan, patuhi prosedur kuarantin. πŸ‡²πŸ‡Ύ





πŠπ”ππ‰π”ππ†π€π π‡πŽπ‘πŒπ€π“ πŒπ€ππˆπ’ ππ„π†π„π‘πˆ πŠπ„π‹π€ππ“π€π πŠπ„ 𝐀𝐓𝐀𝐒 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 πŠπ„π“π”π€ 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐓𝐀𝐍𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐍 π†π€π‹πˆπ€πMAQIS Negeri Kelantan telah mengad...
09/09/2026

πŠπ”ππ‰π”ππ†π€π π‡πŽπ‘πŒπ€π“ πŒπ€ππˆπ’ ππ„π†π„π‘πˆ πŠπ„π‹π€ππ“π€π πŠπ„ 𝐀𝐓𝐀𝐒 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 πŠπ„π“π”π€ 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐓𝐀𝐍𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐍 π†π€π‹πˆπ€π

MAQIS Negeri Kelantan telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) sebagai salah satu usaha memperkukuh hubungan kerjasama dan jaringan strategik antara kedua-dua agensi.

Kunjungan ini turut menjadi platform untuk bertukar pandangan, berkongsi maklumat serta membincangkan perkara-perkara berkaitan urusan tanah bagi projek Pusat Biosekuriti Bersepadu (Integrated Biosecurity Centre – IBC) di Bukit Bunga, Kelantan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Pengarah JKPTG Negeri Kelantan, YBrs. Puan Aida Nur Hidayah binti Hussein, atas kesudian menerima kunjungan serta kerjasama yang diberikan kepada pihak MAQIS Negeri Kelantan.

Semoga hubungan baik yang terjalin ini dapat terus diperkukuhkan demi mempertingkatkan sinergi dan keberkesanan penyampaian perkhidmatan awam, khususnya dalam menyokong kelancaran pelaksanaan projek Pusat Biosekuriti Bersepadu (IBC) di Bukit Bunga.









Address

Rantau Panjang
17200

Telephone

+6097950424

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MAQIS Negeri Kelantan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to MAQIS Negeri Kelantan:

Shortcuts

Share