06/04/2026
HEBAHAN PENGAMBILAN PEGAWAI BOMBA BANTUAN (PBB)
🚨 PENGUMUMAN PENTING: PERTUKARAN TARIKH TEMU DUGA BOMBA BANTUAN 🚨
Perhatian kepada semua calon yang berminat! Harap maklum bahawa terdapat PERTUKARAN TARIKH bagi Temu Duga Terbuka Pegawai Bomba Bantuan (PBB) JBPM Negeri Sembilan Siri 2 Tahun 2026.
Mohon ambil perhatian agar tidak hadir pada tarikh yang salah!
❌ Tarikh Asal: 25 Mac - 27 Mac 2026
✅ TARIKH BAHARU: 7 APRIL 2026 HINGGA 9 APRIL 2026
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan mempelawa warganegara Negeri Sembilan yang berkelayakan dan berminat untuk mengisi kekosongan jawatan sebagai Pegawai Bomba Bantuan (PBB) Siri 2 Tahun 2026.
KEKOSONGAN DI BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT:
BBP Ampangan, Rantau, Teluk Kemang, Rembau, Tampin, Gemas, Gemencheh, Kota, Bahau, Simpang Pertang, Seri Menanti, dan Palong.
SYARAT KELAYAKAN RINGKAS:
Kelulusan SPM.
Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih 35 tahun.
Minimum tinggi 157cm (Lelaki), Berat min. 48kg (Lelaki), dan BMI 19-26.
Lulus ujian fizikal dan pancaindera.
📲 Sila imbas Kod QR pada gambar untuk maklumat syarat penuh dan borang permohonan.
Mohon jasa baik untuk SHARE pada keluarga dan rakan-rakan yang sedang mencari pekerjaan. Jumpa anda di sana! 💪🚒