23/10/2026
BACAAN YASIN MINGGUAN PPANS
23 Oktober 2026 I 8.35 pagi I Perpustakaan Negeri, Seremban 2
Setiap pagi Jumaat seluruh warga kerja PPANS dan Perpustakaan Desa PNM Negeri Sembilan akan berkumpul secara fizikal dan maya untuk bersama-sama membaca Surah Yasin dan 10 ayat awal Surah Al-Kahf. Aktiviti ini dijalankan dengan tujuan utama adalah untuk mengeratkan hubungan warga kerja dan dijadikan satu amalan ibadah kepada Allah swt dengan membaca ayat suci Al-Quran. Bacaan Surah Yasin dan doa pada hari ini dipimpin oleh Encik Mohd Nizam bin Yunos (Unit Kewangan PPANS).
======================================
UJIAN DATANG BERSEBAB
Rasulullah ο·Ί bersabda:
Patutkah manusia menyangka mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: βKami berimanβ, sedangkan mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?
(Surah al-Ankabut: 2)
Seorang Sahabat ada bertanya: βWahai Rasulullah, manusia manakah yang paling berat ujiannya?
Baginda ο·Ί bersabda:
βPara Nabi, kemudian yang semisal dengannya. Seseorang akan diuji sesuai dengan keadaan agamanya. Apabila agamanya bergitu kuat (kukuh), maka semakin berat p**a ujiannya. Apabila agamanya lemah, maka ia akan diuji sesuai dengan kualiti agamanya. Seorang hamba akan sentiasa mendapatkan cubaan sehingga dia berjalan di muka bumi dalam keadaan bersih dari dosa.β
(Hadis Riwayat Tirmizi)
Sumber : Telegram Rasmi Yayasan Ar-Ri'ayah
======================================
Laman web : www.nslibrary.gov.my
Tiktok : www.tiktok.com/
Youtube : www.youtube.com/
Kunjungi kami di :
Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan
Kompleks PKNNS, Jalan Persiaran S2 B2,
Seremban 2, 70300 Seremban, Negeri Sembilan
No.Telefon : 06-7635989
No. Fax : 06-7635944