Pejabat Belia dan Sukan Daerah Raub

Call Directions Website Contact the organization

Pejabat Belia dan Sukan Daerah Raub Pejabat Belia dan Sukan Daerah Raub

Emel : [email protected]
twitter : pbsdraub ig : pbsdraub

Kompleks Rakan Muda Raub
27400 D**g Raub
Tel : 09-3658571
Fax : 09-3658568

🌺🔥 **RAUB, JOM KITA SENAMROBIK!** 🔥🌺💃 **SATU KOMUNITI, SATU RENTAK, SATU SEMANGAT!**Ayuh warga Raub! Meriahkan pagi Ahad...
16/10/2026

🌺🔥 **RAUB, JOM KITA SENAMROBIK!** 🔥🌺

💃 **SATU KOMUNITI, SATU RENTAK, SATU SEMANGAT!**

Ayuh warga Raub! Meriahkan pagi Ahad anda dengan **PROGRAM SENAMROBIK MADANI KITA 2026** yang penuh warna-warni, keceriaan dan semangat perpaduan! 🇲🇾

📅 **Tarikh:** 18 Oktober 2026 (Ahad)
⏰ **Masa:** 7.45 pagi – 9.00 pagi
📍 **Tempat:** Dataran Raub
🌺 **Tema:** Sarung Batik

🎉 **APA YANG MENANTI ANDA?**

✅ Senamrobik santai, ceria dan bertenaga!
✅ Penyertaan **PERCUMA!**
🎁 Cabutan bertuah menanti peserta!
🤝 Mengeratkan hubungan komuniti tanpa mengira usia dan latar belakang!

💥 **Tak perlu hebat menari, yang penting berani bergerak!**

Sarungkan batik anda, ajak keluarga, jiran tetangga dan sahabat handai. Kita gegarkan Dataran Raub dengan semangat komuniti yang sihat, aktif dan bersatu!

❤️ **Bukan sekadar bersenam, tetapi meraikan perpaduan melalui gaya hidup sihat!**

📢 **JANGAN TUNGGU LAGI! JUMPA ANDA DI DATARAN RAUB!**

**MADANI KITA – RAKYAT DIDAHULUKAN!** 🇲🇾

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KELAB BELIA PAMAH KULAT PILIH KEPIMPINAN BAHARURAUB, 15 Oktober – Kelab Belia Pamah Kulat telah ...
15/10/2026

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KELAB BELIA PAMAH KULAT PILIH KEPIMPINAN BAHARU

RAUB, 15 Oktober – Kelab Belia Pamah Kulat telah mengadakan Mesyuarat Pemilihan Agung Tahunan pada 14 Oktober 2026 jam 9.30 malam bertempat di Balairaya Kampung Pamah Kulat, Raub. 🤝🎉

Mesyuarat tersebut telah dirasmikan oleh Encik Rosshazelan Sulaiman, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Raub sebagai tanda sokongan terhadap pembangunan pertubuhan belia di daerah ini. 👏

Mesyuarat turut menyaksikan pelantikan Jawatankuasa baharu bagi penggal 2026–2028, dengan Saudara Amir Ansari Sukeri dipilih sebagai Pengerusi baharu, menggantikan Saudara Mohd Hazfizan. Turut dipilih barisan Ahli Jawatankuasa baharu bagi menerajui persatuan untuk penggal ini. 💪

Semoga kepimpinan yang dipilih dapat menggalas amanah dengan penuh komitmen dan membawa semangat baharu kepada Kelab Belia Pamah Kulat. 🚀

“JBS PAHANG, Number One” 🥇

Disediakan oleh:
PBSD Raub





PERTANDINGAN TARIK TALI 6 LELAKI VS 6 LELAKI PERINGKAT DAERAH RAUB 2026 💪🔥Jom meriahkan suasana dengan menyertai Pertand...
14/10/2026

PERTANDINGAN TARIK TALI 6 LELAKI VS 6 LELAKI PERINGKAT DAERAH RAUB 2026 💪🔥

Jom meriahkan suasana dengan menyertai Pertandingan Tarik Tali 6 lawan 6 sempena program anjuran Kementerian Perpaduan Negara melalui Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional Negeri Pahang dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Raub serta Majlis Belia Daerah Raub! 🇲🇾

📅 Tarikh: 18 Oktober 2026 (Ahad)
⏰ Masa: 9.00 pagi hingga selesai
📍 Tempat: Padang Dataran Raub
🏆 HADIAH MENARIK MENANTI PEMENANG! 🥇 Johan: RM500
🥈 Naib Johan: RM300
🥉 Tempat Ketiga Bersama: RM100 setiap pasukan

📌 SYARAT PENYERTAAN:
✅ 8 orang setiap pasukan
✅ 6 orang penarik dan 2 orang simpanan
✅ Tanpa kasut
✅ Tiada had berat penarik
✅ Wajib memakai pelekat/b ersarung (mengikut ketetapan penganjur)
✅ Bertanjak

⚠️ Penyertaan terhad kepada 12 pasukan sahaja! Daftar segera sebelum tempat penuh!

📞 Sebarang pertanyaan dan pendaftaran, hubungi urus setia:

Sepol – 011-1469 5576

Jangan lepaskan peluang untuk menguji kekuatan, semangat berpasukan dan daya saing anda! Kumpulkan pasukan anda dan rebut gelaran juara! 💪🏆

📢 PELUANG MENYERTAI PROGRAM PENCARIAN BAKAT SUKAN PARA PAHANG 2026 🏅Majlis Sukan Pahang membuka peluang kepada golongan ...
14/10/2026

📢 PELUANG MENYERTAI PROGRAM PENCARIAN BAKAT SUKAN PARA PAHANG 2026 🏅

Majlis Sukan Pahang membuka peluang kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 10 hingga 30 tahun untuk menyertai Program Pencarian Bakat Sukan Para Pahang 2026. Jom serlahkan bakat dan potensi anda dalam bidang sukan! 💪

🏆 ANTARA SUKAN YANG DITAWARKAN:

🏓 Ping Pong
🏹 Memanah
🏃 Olahraga
♟️ Catur
🏸 Badminton
🎳 Tenpin Boling
🏋️ Angkat Berat
🏊 Renang
🔴 Boccia
🎳 Boling Padang

📅 TARIKH & LOKASI PROGRAM

🗓️ 23–25 Oktober 2026
📍 Kompleks Belia dan Sukan Negeri Pahang (KOMBES)
🗓️ 28 Oktober 2026
📍 Gelanggang Terbuka (Bola Jaring), Majlis Sukan Pahang

♿ KATEGORI OKU:

✅ Kerdil (Dwarf)
✅ Palsi Serebrum (Cerebral Palsy)
✅ Kecacatan Anggota (Amputee)
✅ Kecacatan Penglihatan (Blind)
✅ Lambat Pembelajaran (Slow Learner)

📲 Pendaftaran awal: Imbas kod QR pada poster yang disertakan.

📞 Sebarang pertanyaan, sila hubungi:

☎️ Pn. Shuhada: 016-335 8984
☎️ Pn. Sarimah: 010-651 5676

✨ Jangan lepaskan peluang untuk mengetengahkan bakat, membina keyakinan diri dan melangkah lebih jauh dalam arena sukan para!
Bakat Anda, Inspirasi Semua! 💪🏅

HARI SUKAN NEGARA 2026 PERINGKAT DAERAH RAUB MERIAH DENGAN PELBAGAI AKTIVITI SUKAN DAN KOMUNITIRAUB, 10 Oktober – Sambut...
10/10/2026

HARI SUKAN NEGARA 2026 PERINGKAT DAERAH RAUB MERIAH DENGAN PELBAGAI AKTIVITI SUKAN DAN KOMUNITI

RAUB, 10 Oktober – Sambutan Hari Sukan Negara (HSN) 2026 Peringkat Daerah Raub dimulakan dengan program ikonik, iaitu Gerakan Pahang Move, sebelum diteruskan dengan pelbagai aktiviti sukan, rekreasi dan komuniti yang melibatkan penyertaan masyarakat setempat. 🏃‍♂️

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Dato’ Fadzli Mohd Kamal, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri Pahang merangkap ADUN D**g. Turut hadir YH Dato’ Mohd Khuzaidi Harun, Pegawai Daerah Raub serta ketua-ketua jabatan kerajaan Daerah Raub. 🎉

Antara pengisian utama program ialah Pahang Move HSN 2026, Kejohanan Sepak Takraw, Kejohanan Futsal, Raub Super 9s Championship, Pertandingan Shootout Bola Jaring dan Putting Golf Challenge. Turut diadakan pelbagai aktiviti santai dan cabaran interaktif seperti Skipping Challenge, Bottle Flip Challenge, Bulls Eye Challenge, Memanah Tradisional, Gel Blaster Target Practice dan Gel Blaster Target Challenge. ⚽

Selain aktiviti sukan, program turut dimeriahkan dengan Program Port Healing Rakan Prihatin, Jualan Rahmah serta gerai-gerai jualan yang menyediakan pelbagai pilihan kepada pengunjung. 🛍️

Penganjuran HSN 2026 Peringkat Daerah Raub ini menjadi platform untuk menggalakkan masyarakat mengamalkan gaya hidup aktif dan sihat, di samping mengeratkan hubungan silaturahim serta memupuk semangat perpaduan dalam kalangan komuniti. 🤝

“JBS PAHANG, Number One” 🥇

Disediakan oleh:-
PBSD Raub





09/10/2026
09/10/2026

KENYATAAN RASMI PEJABAT BELIA DAN SUKAN DAERAH RAUB

HARI SUKAN NEGARA 2026 PERINGKAT DAERAH RAUB DITERUSKAN SEPERTI BIASA

Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Raub ingin memaklumkan bahawa Sambutan Hari Sukan Negara (HSN) 2026 Peringkat Daerah Raub akan diteruskan seperti yang telah dirancang dan tidak dibatalkan.

Sehubungan itu, orang ramai diminta agar tidak mempercayai atau menyebarkan poster serta kenyataan palsu yang mendakwa bahawa sambutan tersebut telah dibatalkan, yang dipercayai disebarkan oleh individu tidak bertanggungjawab.

Orang ramai juga dinasihatkan supaya mendapatkan maklumat yang sahih melalui saluran rasmi PBSD Raub dan tidak mudah terpengaruh dengan sebarang maklumat yang tidak dapat disahkan.

Marilah kita bersama-sama memeriahkan sambutan Hari Sukan Negara 2026 Peringkat Daerah Raub dengan semangat kesukanan dan gaya hidup aktif. 💪🎉

🎉 HARI SUKAN NEGARA 2026 PERINGKAT DAERAH RAUB 🎉Moh aokme warga Raub kita meriahkan Hari Sukan Negara (HSN) Peringkat Da...
07/10/2026

🎉 HARI SUKAN NEGARA 2026 PERINGKAT DAERAH RAUB 🎉

Moh aokme warga Raub kita meriahkan Hari Sukan Negara (HSN) Peringkat Daerah Raub 2026 dengan pelbagai aktiviti menarik untuk semua peringkat umur! 💪🔥

📅 Tarikh: 10 Oktober 2026 (Sabtu)
⏰ Masa: 8.00 pagi
📍 Lokasi: Kompleks Rakan Muda Raub
Pelbagai aktiviti menarik menanti anda! 🔥

Antara aktiviti yang bakal berlangsung:
✨ Pahang Move HSN 2026
✨ Kejohanan Sepak Takraw
✨ Program Port Healing Rakan Prihatin
✨ Kejohanan Futsal
✨ Kejohanan Raub Super 9s Championship
✨ Pertandingan Shootout Bola Jaring
✨ Putting Golf Challenge
✨ Skipping Challenge
✨ Bottle Flip Challenge
✨ Bulls Eye Challenge
✨ Memanah Tradisional
✨ Gel Blaster Target Practice
✨ Gel Blaster Target Challenge
✨ Jualan Rahmah
✨ Gerai Jualan

Jom pakat ramai-ramai! Ajak rodong, keluarga dan komuniti setempat untuk bersama-sama memeriahkan Hari Sukan Negara 2026. 🇲🇾💪

🔥 MOH TURUN PADANG!!
🏃‍♂️🏃‍♀️ Sukan Untuk Semua, Raub Aktif!

🔥 **RoD**Grobic DUN D**G 2026 —  **gOnBeat!** 🔥Jom meriahkan petang Selasa dengan **senaman, muzik dan tenaga positif!**...
06/10/2026

🔥 **RoD**Grobic DUN D**G 2026 — **gOnBeat!** 🔥

Jom meriahkan petang Selasa dengan **senaman, muzik dan tenaga positif!** 💃💪✨

Tak perlu hebat, tak perlu malu — **datang dan bergerak bersama-sama!** Bawa kawan, ajak jiran dan rasai sendiri keseronokan RoD**Grobic! ❤️

📅 **HARI:** Selasa
⏰ **MASA:** 5:45 p.m. – 6:45 p.m.
📍 **TEMPAT:** Kompleks Rakan Muda D**g

💗 Kesihatan lebih baik
⚡ Tenaga lebih optimum
🤝 Semangat berpasukan
😊 Minda positif, kerja lebih produktif
🌿 Gaya hidup lebih sihat

**DIANJURKAN OLEH:**
Kelab Senamrobik Aspirasi (KSeA) Daerah Raub

**PENASIHAT PROGRAM:**
Pn. Fatimah Binti Md Noh
Pn. Azlizawati Bt Che Ani

**DISOKONG OLEH:**
YB Dato’ Fadzli bin Mohamad Kamal, DIMP., DSM., AMP.
ADUN D**g
Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang

**DENGAN KERJASAMA:**
Pejabat Belia dan Sukan Daerah Raub

💥 **SENAM BERSAMA, SIHAT BERSAMA, CERGAS SEPENUH TENAGA!**

✨ **Jom bergerak, jom sihat, jom cergas!** ✨

**Grobic **gOnBeat **g2026

⚽🔥 KEJOHANAN FUTSAL HARI SUKAN NEGARA (HSN) TERTUTUP RAUB 2026 🔥⚽Jom sertai dan meriahkan Kejohanan Futsal Hari Sukan Ne...
06/10/2026

⚽🔥 KEJOHANAN FUTSAL HARI SUKAN NEGARA (HSN) TERTUTUP RAUB 2026 🔥⚽

Jom sertai dan meriahkan Kejohanan Futsal Hari Sukan Negara Tertutup Raub 2026! 🏆🥅

📅 Tarikh: 10 Oktober 2026
📍 Tempat: Gelanggang Futsal, Kompleks Rakan Muda D**g

💰 Yuran Penyertaan: RM100

🏆 HADIAH MENARIK MENANTI!
🥇 Johan: RM1,000 + Piala Iringan + Medal
🥈 Naib Johan: RM600 + Medal
🥉 Ketiga Bersama: RM200 + Medal
🥉 Ketiga Bersama: RM200 + Medal

📞 Untuk pendaftaran & pertanyaan:

1️⃣ Fitri: 017-974 3597
2️⃣ Radzi: 014-809 5451

⚽ Jom bersama kita sokong dan semarakkan Hari Sukan Negara! 🇲🇾🔥
AYUH TURUN PADANG, KITA MERIAHKAN HSN RAUB 2026! 💪⚽

Address

Kompleks Rakan Muda Raub, D**g
Raub
27400

Opening Hours

Monday 07:30 - 17:00
Tuesday 07:30 - 17:00
Wednesday 07:30 - 17:00
Thursday 07:30 - 17:00
Friday 07:30 - 17:00

Telephone

+60146696052

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Belia dan Sukan Daerah Raub posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Belia dan Sukan Daerah Raub:

Shortcuts

Share