Pemuda PAS Raub

Directions Website

Pemuda PAS Raub Page rasmi Dewan Pemuda PAS Kawasan Raub.

14/09/2026

๐Ÿ’š๐ŸŒฟ HARI KELUARGA AJK PAS KAWASAN RAUB 2026๐ŸŒฟ๐Ÿ’š

Alhamdulillah, selesai sudah Hari Keluarga AJK PAS Kawasan Raub 2026 yang berlangsung dengan penuh keceriaan, kemesraan dan ukhuwwah di River Valley Campsite, Kuala Gali.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh AJK, ahli serta keluarga yang hadir dan memeriahkan program ini. ๐Ÿค๐Ÿ’š

Terima kasih atas masa, tenaga, komitmen, juadah potluck, hadiah tukar hadiah serta semangat kebersamaan yang diberikan.

Lebih daripada sekadar berkumpul dan bersantai, pertemuan ini menjadi ruang untuk kita mengeratkan silaturahim, mengenali keluarga masing-masing dan memperkukuh ukhuwwah sesama ahli jemaah.

Insya-Allah, ukhuwwah yang terbina akan menjadi kekuatan untuk kita terus berkhidmat, berjuang dan istiqamah dalam membawa amanah Islam. ๐Ÿ’š

Mohon maaf atas segala kekurangan sepanjang program berlangsung.

Semoga Allah SWT menerima segala usaha kita, memberkati keluarga kita dan terus menyatukan hati kita dalam kebaikan.

๐ŸŒฟ UKHUWAH DIPERKUKUH, KELUARGA DISATUKAN! ๐ŸŒฟ

Terima kasih semua!
๐Ÿ’š Jumpa lagi di program akan datang, insya-Allah!

PAS KAWASAN RAUB
๐Ÿคฒ Berukhuwah, Berkhidmat, Beristiqamah

Tahniah Hajjah Zainab!
09/09/2026

Tahniah Hajjah Zainab!

SELAMAT BERMUKTAMAR KEPADA SELURUH PERWAKILAN DEWAN PEMUDA PAS NEGERI PAHANG KALI KE-44! ๐ŸŸขโšชMewakili Dewan Pemuda PAS Kaw...
14/08/2026

SELAMAT BERMUKTAMAR KEPADA SELURUH PERWAKILAN DEWAN PEMUDA PAS NEGERI PAHANG KALI KE-44! ๐ŸŸขโšช

Mewakili Dewan Pemuda PAS Kawasan Raub, kami mengucapkan selamat bersidang dan bermuktamar kepada seluruh perwakilan dari setiap kawasan di negeri Pahang. Semoga muktamar kali ini menjadi wadah penyatuan, pemikiran berimpak, serta pemangkin semangat perjuangan anak muda dalam memimpin perubahan.

๐Ÿ“Œ Butiran Majlis: ๐Ÿ—“ Tarikh: 15 Ogos 2026 (Sabtu) / 1 Rabiulawal 1448H โฐ Masa: 8.00 Pagi ๐Ÿ“ Tempat: Padang Tengku, Kuala Lipis

Terus Memimpin! Pemuda Bangkit!

13/08/2026

Dewan Pemuda PAS Pahang (DPPNP) mengucapkan takziah kepada keluarga al-Marhumah Izzah Shairah binti Khairuddin yang telah kembali ke rahmatullah.

Arwah telah berkhidmat selaku Pegawai Khas kepada YB Dato' Fadzli bin Mohamad Kamal, Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang.

Moga Allah mengampunkan semua dosa-dosa arwah dan dimasukkan ke dalam Syurga Firdaus.

ุงู„ู„ู‡ู… ุงุบูุฑ ู„ู‡ู… ูˆุงุฑุญู… ูˆุนุงูู‡ู… ูˆุงุนู ุนู†ู‡ู…

12/08/2026

Betul ke anak muda zaman sekarang ni tak s**a politik?

Jom kita dengar kupasan daripada 2 orang panel yang aktif di medan politik Negeri Pahang ini iaitu:

1. Tuan Fahmie Zakaria selaku Naib Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang
2. Tuan Azlan Abu Bakar CA(M) selaku Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang.

Jumpa anda semua pada 10:30 PM.

03/08/2026
05/07/2026

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Ketua Pemuda PAS Malaysia, YB Afnan Hamimi bin Taib Azamudden, Ahli Parlimen Alor Setar, atas pengurniaan Darjah Kebesaran Setia Sultan Sallehuddin Kedah (SSS) sempena Sambutan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah pada hari ini.

Untuk makluman, YB Afnan Hamimi merupakan salah seorang daripada dua orang yang dikurniakan Darjah Kebesaran Setia Sultan Sallehuddin Kedah pada tahun ini. Ini merupakan satu pengiktirafan terhadap beliau yang merupakan Ahli Parlimen Alor Setar dari Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin untuk terus berbakti dengan penuh amanah, istiqamah dan dedikasi dalam memperjuangkan kebajikan rakyat serta berkhidmat kepada agama, bangsa dan negara.

09/06/2026

Address

Raub

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pemuda PAS Raub posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share