28/09/2026
UCAPAN TAKZIAH ATAS PEMERGIAN TUN DR. SITI HASMAH MOHD ALI
ุฅููููุง ูููููู ููุฅูููููุง ุฅููููููู ุฑูุงุฌูุนููู
Dewan Pemuda PAS Kawasan Selayang merakamkan ucapan takziah yang paling mendalam kepada mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad, serta seluruh ahli keluarga atas pemergian isteri tercinta, Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah binti Haji Mohamad Ali, yang telah kembali ke rahmatullah pada hari ini, Isnin, 28 September 2026.
Pemergian Allahyarhamah merupakan satu kehilangan besar buat seluruh rakyat Malaysia. Beliau bukan sahaja menjadi tonggak kekuatan di sisi seorang negarawan, malah jasanya yang begitu besar dalam bidang kesihatan awam, kebajikan wanita, serta kemasyarakatan akan sentiasa terpahat dalam sejarah tanah air.
Kami mendoakan agar Tun Dr. Mahathir dan seluruh ahli keluarga diberikan ketabahan, kekuatan, dan kesabaran yang tinggi dalam menempuhi ujian yang amat berat ini.
Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah, mengampuni segala dosanya, menerima segala amal baktinya, serta menempatkan beliau dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.
Al-Fatihah. ๐คฒ
Ikhlas daripada,
Dewan Pemuda PAS Kawasan Selayang
28 September 2026