U M N O Bahagian Selayang

Directions Website

U M N O Bahagian Selayang Page Rasmi UMNO Bahagian Selayang | P097 Selayang | N13 Kuang | N14 Rawang | N15 Taman Templer

MINUM PAGI, SEMBANG SANTAI & BICARA ANAK MUDA📍 Bandar Baru Selayang4 Oktober 2026 | AhadPagi ini YBhg. Dato’ Khairul Wal...
06/10/2026

MINUM PAGI, SEMBANG SANTAI & BICARA ANAK MUDA
📍 Bandar Baru Selayang
4 Oktober 2026 | Ahad

Pagi ini YBhg. Dato’ Khairul Walid berkesempatan meluangkan masa bersama kepimpinan Pemuda Taman Templer dalam suasana santai dan penuh kemesraan.

Tiada protokol, tiada suasana formal , hanya secawan minuman, sembang dari hati ke hati dan perkongsian pandangan tentang anak muda, masyarakat serta isu-isu semasa yang dekat dengan kehidupan kita.

Kadang-kadang, perkara yang besar bermula daripada perbualan yang sederhana.

Apabila kita duduk bersama, mendengar suara anak muda dan memahami denyut nadi masyarakat, kita bukan sahaja mendapat pandangan baharu, malah dapat melihat sesuatu isu daripada perspektif yang berbeza.

Bagi Dato’, mendekati anak muda bukan sekadar hadir ketika ada program. Anak muda perlu didengar, dihargai dan diberi ruang untuk menyumbang idea serta tenaga kepada masyarakat.

Semoga ruang santai seperti ini terus menjadi jambatan untuk kita berbincang, berkongsi pandangan dan membina kebersamaan.
Kerana kepimpinan yang dekat dengan masyarakat bukan hanya tentang bercakap di hadapan, tetapi juga tentang sedia duduk bersama, mendengar dan bergerak bersama.

Bersama anak muda, kita bina keyakinan.

Bersama masyarakat, kita gerakkan perubahan.





29 September 2026Prihatin Kebajikan, Menyantuni Mangsa Bencana.Susulan lawatan ke lokasi kebakaran Garaj Apartment Dahli...
29/09/2026

29 September 2026

Prihatin Kebajikan, Menyantuni Mangsa Bencana.

Susulan lawatan ke lokasi kebakaran Garaj Apartment Dahlia A, Bandar Baru Selayang pada 18 September 2026, hari ini Dato Khairul Walid, Naib Ketua UMNO Bahagian Selayang, telah menyampaikan sumbangan kepada En. Rosli bin Mohd. Ali Ketua UMNO Apartment Dahlia A mewakili mangsa-mangsa bencana tersebut.

Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang ditanggung oleh para mangsa serta menjadi tanda bahawa mereka tidak keseorangan menghadapi dugaan ini.

Bersama kita mengukuhkan semangat kebersamaan, prihatin dan saling membantu demi masyarakat.




Semoga dicucuri rahmat ke atas rohnya. Al-Fatihah.
28/09/2026

Semoga dicucuri rahmat ke atas rohnya. Al-Fatihah.

22.9.2026*Program Ziarah Sayang kepada Dato' Sri Tajuddin Abdul Rahman*Turut bersama Dato Hasnal Rezua Merican, Ketua UM...
22/09/2026

22.9.2026

*Program Ziarah Sayang kepada Dato' Sri Tajuddin Abdul Rahman*

Turut bersama Dato Hasnal Rezua Merican, Ketua UMNO Bahagian Selayang, Pengawai dan Ahli Jawatankuasa Wanita dan UMNO Bahagian Selayang dan Skuad Sayang.
Rombongan seramai 30 orang.

Terima kasih kepada Dato' Sri TAJ dan isteri serta Datin Sri Rahayu melayan kami dengan baik sekali.

22/09/2026

LIVE. Tetamu, Ketua UMNO Bahagian Selayang, Dato' Hasnal Rezua Merican

SESI INTERVIEW EKSKLUSIF BERSAMA DATO' HASNAL REZUA MERICAN22.09.2026 (selasa) |Pejabat UMNO Bahagian Selayang,Bandar Ba...
22/09/2026

SESI INTERVIEW EKSKLUSIF BERSAMA DATO' HASNAL REZUA MERICAN

22.09.2026 (selasa) |
Pejabat UMNO Bahagian Selayang,
Bandar Baru Selayang

Dato' Hasnal Rezua Merican (HRM) Ketua UMNO Bahagian Selayang yang juga Senior Lawyer bersama team Utusan dalam sesi Interview Eksklusif terkait dengan isu-isu semasa yang berlegar di dalam negara.

Sesi selama satu jam ini mengupas isu Penahanan Rumah Dato' Seri Najib Razak, Krisis Politik Negeri Sembilan, PRN Melaka, Penyatuan Ummah dan PAU 2026.

Nantikan siaran penuh sesi interview ini dalam masa terdekat.

20/09/2026
*Pelepasan Tim Rider Pemuda  Dahlia Bandar Baru Selayang*20 September 2026 (Ahad)Alhamdulillah, pagi ini Dato' Khairul W...
20/09/2026

*Pelepasan Tim Rider Pemuda Dahlia Bandar Baru Selayang*

20 September 2026 (Ahad)

Alhamdulillah, pagi ini Dato' Khairul Walid (DK) Naib Ketua UMNO Bahagian Selayang (UBS), berkesempatan menyempurnakan pelepasan Tim Rider Pemuda Dahlia Bandar Baru Selayang yang akan menyertai konvoi ke Gobang Maju Patin, Temerloh, Pahang.

Dikesempatan ini, DK dapat berkenalan serta beramah mesra dengan ahli-ahli pasukan yang diketuai oleh Saudara Jamil Zolpa Ketua Pemuda Apartment Dahlia B yang juga EXCO Pemuda UBS.
Semangat setiakawan, disiplin dan ukhuwah yang ditunjukkan oleh anak-anak muda ini amat membanggakan serta wajar dijadikan contoh.

Turut bersama ialah Tuan Hj Mohammad Hadi Naib Ketua Pemuda dan beberapa orang EXCO Pemuda UBS seperti Saudara Arif Farhan. Turut serta Saudara Zafriezal Mohd Taza Ahli Jawatankuasa UBS.

Peserta memulakan perjalanan dengan mengisi petrol di stesyen Petron BBS seterusnya pelepasan dilakukan oleh DK di hadapan pintu masuk utama Stadium MPS BBS.

Semoga perjalanan ini bukan sekadar destinasi, tetapi menjadi medan mengeratkan persahabatan, membina jati diri dan membawa imej baik belia kepada masyarakat.

Pesanan DK buat semua rider : Tungganglah dengan berhemah, patuhi undang-undang jalan raya, utamakan keselamatan, jangan berlumba dan sentiasa menjaga adab serta saling membantu antara rakan konvoi.

Pergi dengan semangat , pulang dengan selamat.

Selamat bermusafir dan semoga Allah SWT melindungi setiap perjalanan anda. Aamin.





Address

Rawang

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when U M N O Bahagian Selayang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share