PAS Hulu Selangor

Call Directions Contact the organization

PAS Hulu Selangor Parti Islam Semalaysia Kawasan Hulu Selangor

13/10/2026
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِإلى أبنائنا وبناتنا طلبة الشهادة العالية الدينية الماليزية (STAM)، أنتم اليوم تحصد...
13/10/2026

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

إلى أبنائنا وبناتنا طلبة الشهادة العالية الدينية الماليزية (STAM)، أنتم اليوم تحصدون ثمرة أيامٍ من الاجتهاد، وليالٍ من السهر، ودعواتٍ صادقةٍ من قلوب والديكم.

أسأل الله تعالى أن يشرح صدوركم، ويطمئن قلوبكم، وييسّر أموركم، وأن يجعل النجاح والتفوّق من نصيبكم، وأن يقرّ أعين والديكم ومعلّميكم بفرحة نجاحكم.

تذكّروا أنّ وراء كلّ خطوةٍ تخطونها قلوباً تدعو لكم، وأملاً كبيراً ينتظر أن يزهر بنجاحكم. فامضوا بثقةٍ وتوكّلوا على الله، واجعلوا العلم طريقكم لخدمة الدين والوطن.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Kepada anak-anak kami—para pelajar Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)—hari ini anda menuai hasil daripada segala usaha gigih, waktu-waktu yang dihabiskan untuk menelaah pelajaran, serta doa yang tulus ikhlas daripada hati ibu bapa anda.

Saya berdoa semoga Allah SWT membuka pintu hati anda, mengurniakan ketenangan jiwa, mempermudahkan segala urusan, serta melimpahkan kejayaan dan kecemerlangan kepada anda; semoga Allah membahagiakan hati ibu bapa dan guru-guru anda melalui pencapaian anda ini.

Ingatlah bahawa di sebalik setiap langkah anda, terdapat hati-hati yang sentiasa mendoakan kesejahteraan anda serta harapan besar yang menanti untuk mekar melalui kejayaan anda.

Oleh itu, melangkahlah dengan penuh keyakinan, bertawakkal kepada Allah, dan jadikan ilmu sebagai jalan untuk berbakti kepada agama serta tanah air tercinta.

Ya Allah, janganlah Engkau sia-siakan usaha mereka, dan janganlah Engkau kecewakan harapan mereka; kurniakanlah kepada mereka kejayaan yang membahagiakan hati mereka serta hati ibu bapa mereka.

Doa tulus ikhlas saya agar anda mencapai kejayaan dan kesejahteraan.

Haji Hasnizan Harun
Ahli Parlimen Hulu Selangor

12/10/2026
12/10/2026

Perbahasan YB Hasnizan Harun Sebentar Lagi

-ADMIN-

YB Hasnizan Harun dijangka akan menyampaikan perbahasan Belanjawan 2027 pada hari ini sekitar jam 6.00 - 6.10 petang sebentar lagi.

Sama-sama kita nantikan kupasan dan pandangan YB Hasnizan Harun berhubung isu-isu semasa serta perkara yang menyentuh kepentingan rakyat.

Sirru Ala Barakatillah.


إنا للّٰه وإنا إليه راجعونSalam takziah buat seluruh keluarga Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah.Al-Fatihah.
28/09/2026

إنا للّٰه وإنا إليه راجعون

Salam takziah buat seluruh keluarga Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah.

Al-Fatihah.

24/09/2026
Seruan Solat Hajat
24/09/2026

Seruan Solat Hajat

Kenyataan Media
Dewan Ulamak PAS Pusat

Seruan Solat Hajat, Doakan Kemelut Politik Menemui Penyelesaian yang Meredakan

Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) menyeru seluruh rakyat khususnya umat Islam di seluruh negara agar bersama-sama menunaikan solat hajat dan menadah tangan mendoakan agar kemelut politik tanah air menemui jalan penyelesaian terbaik.

Antara yang masih menjadi polemik yang tidak berkesudahan ketika ini adalah isu yang melibatkan kepentingan institusi adat di Negeri Sembilan selain kenyataan daripada ROS berkenaan masa depan Perikatan Nasional. Hal yang demikian juga termasuklah berkenaan PRN Melaka yang bakal berlangsung dalam masa yang terdekat kelak.

DUPP sentiasa optimis dengan keupayaan dan keazaman kepimpinan yang menguruskan isu-isu utama yang sedang berlaku ini. Ia menzahirkan kematangan dalam menguruskan konflik dan polemik yang ada selain memastikan penyelesaian yang lebih tuntas.

Di samping itu, DUPP turut mengajak semua pihak agar sentiasa mendoakan masa depan negara yang lebih sejahtera. Apa yang berlaku pada hari ini harus dijadikan pedoman dalam memandu negara ke arah yang lebih baik pada masa hadapan, insya-Allah.

Sekian.

YB USTAZ DATO’ HJ AHMAD BIN YAHAYA
Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat
Ahli Parlimen Pokok Sena

24 September 2026 Miladi bersamaan 12 Rabi’ul Akhir 1448 Hijri

24/09/2026

Kenyataan Media

PAS mendapat maklum tentang suatu notis tunjuk sebab dalam tempoh 30 hari bertarikh 22 September 2026 yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) terhadap Perikatan Nasional (PN), menurut subseksyen 13 (2) Akta Pertubuhan 1966 [Akta 832], berikutan aduan daripada Parti Bersatu Pribumi Malaysia (BERSATU).

PAS turut mendapat maklum akan suatu perintah penggantungan serta merta terhadap PN oleh ROS, bertarikh 23 September 2026.

PAS yakin notis dan perintah yang dikeluarkan pada tarikh yang sama dengan pengumuman dan pembubaran DUN Melaka itu akan diuruskan mengikut peruntukan undang-undang dan proses
perundangan sewajarnya oleh Parti Perikatan Nasional.

Atas prinsip musyawarah dan akauntabiliti, PAS juga akan bersama-sama parti komponen dalam PN yang bertanggungjawab bagi meneliti
dan mengambil segala langkah yang wajar mengikut lunas undang-undang dan peraturan yang ditetapkan terutamanya Akta Pertubuhan 1966 bagi memenuhi matlamat dan objektif penubuhan dan perjuangan PN.

PARTI ISLAM SE-MALAYSIA (PAS)
24 September 2026

Address

No. 3-1 Jalan Adenium 2G/13 Pusat Perniagaan Adenium
Rawang
48300

Telephone

0136758540

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PAS Hulu Selangor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to PAS Hulu Selangor:

Shortcuts

Share