Selayang Hospital

Directions Website

Selayang Hospital Disclaimer : This is an official pages for Selayang Hospital. This hospital provides secondary and selected national tertiary care services.

Selayang Hospital is a fully government hospital with 960 inpatient beds and 20 clinical disciplines located in Selayang in the Gombak District, Selangor, Malaysia. Located in Batu Caves, Malaysia.

๐Ÿ’Šโœจ SAMBUTAN HARI AHLI FARMASI SEDUNIA 2026Bersempena World Pharmacists Day 2026, Jabatan Farmasi Hospital Selayang menje...
24/09/2026

๐Ÿ’Šโœจ SAMBUTAN HARI AHLI FARMASI SEDUNIA 2026

Bersempena World Pharmacists Day 2026, Jabatan Farmasi Hospital Selayang menjemput anda untuk bersama-sama memeriahkan sambutan bertemakan โ€œEmpowering Pharmacists for Healthier Futuresโ€.

๐Ÿ“… 25 September 2026
โฐ 8.00 pagi โ€“ 12.00 tengah hari
๐Ÿ“ Lobi Klinik Pakar, Aras 3, Hospital Selayang

Pelbagai aktiviti menarik menanti anda termasuk Pameran Kenali Ubat Anda, sesi interaktif & fun game serta kaunseling ubat-ubatan.

๐Ÿ’Š Jom kenali ubat anda!
Kenal โ€ข Faham โ€ข Tanya โ€ข Selamat!

Anjuran Jabatan Farmasi Hospital Selayang.

๐Ÿ† TAHNIAH ATAS PENCAPAIAN MEMBANGGAKAN!Sekalung tahniah kepada Pn. Norshuhada binti Salehudin, Jururawat Terlatih U5, Wa...
24/09/2026

๐Ÿ† TAHNIAH ATAS PENCAPAIAN MEMBANGGAKAN!

Sekalung tahniah kepada Pn. Norshuhada binti Salehudin, Jururawat Terlatih U5, Wad Perubatan Am 9D, Hospital Selayang atas kejayaan meraih Johan Sayembara Penulisan โ€œAntologi S**a Duka Seorang Jururawat dari Lantai Hospital dan di Lapanganโ€, anjuran Persatuan Jururawat Malaysia (MNA), Special Interest Group Journal Club. โœ๏ธโœจ

Menerusi karya bertajuk โ€œKetika Dunia Tidurโ€, beliau mengetengahkan pengalaman dan realiti kehidupan seorang jururawat yang menjalankan amanah di sebalik kesunyian malam โ€” merangkumi cabaran, pengorbanan, dedikasi serta nilai kemanusiaan dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada pesakit. ๐ŸŒ™๐Ÿฉบ

Kejayaan ini bukan sahaja mengharumkan nama Hospital Selayang, malah menyerlahkan bakat dan kreativiti warga kejururawatan dalam bidang penulisan di samping kecemerlangan dalam profesion.

Syabas dan tahniah, Pn. Norshuhada! ๐ŸŒท๐Ÿ‘ Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga Hospital Selayang untuk terus berkarya, berkongsi pengalaman dan mencipta kecemerlangan.

๐Ÿ•Œโœจ PENYERAHAN TROLI KIT IBADAH HOSPITAL SELAYANGHospital Selayang telah mengadakan penyerahan Troli Kit Ibadah kepada wa...
23/09/2026

๐Ÿ•Œโœจ PENYERAHAN TROLI KIT IBADAH HOSPITAL SELAYANG

Hospital Selayang telah mengadakan penyerahan Troli Kit Ibadah kepada wad dan unit sebagai sebahagian daripada persediaan menghadapi Pensijilan Hospital Mesra Ibadah (HMI) pada 14 Oktober 2026.

Penyerahan telah disempurnakan oleh Pengarah Hospital Selayang. Troli yang disediakan oleh Jawatankuasa Hospital Mesra Ibadah dilengkapi dengan keperluan ibadah termasuk debu tayammum dan botol semburan.

Inisiatif ini bertujuan memudahkan pesakit menunaikan ibadah, khususnya solat, sepanjang menerima rawatan di wad. ๐Ÿคฒ๐Ÿ’š

Semoga usaha ini terus memperkukuh perkhidmatan yang mesra ibadah serta mengambil kira keperluan spiritual pesakit.

23/09/2026

๐Ÿ†โœจ TAHNIAH WARGA HOSPITAL SELAYANG!

Tahniah diucapkan kepada Ng Pooi Kheng, Ketua Jururawat U6, Wad 9C Hospital Selayang atas kejayaan menerima Hadiah Saguhati dalam Pertandingan Video AI Bertemakan Hari Kebangsaan Tahun 2026 anjuran Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS). ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐ŸŽฌ

Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga Hospital Selayang untuk terus berkarya, kreatif dan inovatif. ๐Ÿ‘๐Ÿ’

๐Ÿฅ SEMINAR SAFE SURGERY SAVES LIVES (SSSL) & BENGKEL ROOT CAUSE ANALYSIS (RCA) PERINGKAT HOSPITAL SELAYANG 2026Seminar Sa...
23/09/2026

๐Ÿฅ SEMINAR SAFE SURGERY SAVES LIVES (SSSL) & BENGKEL ROOT CAUSE ANALYSIS (RCA) PERINGKAT HOSPITAL SELAYANG 2026

Seminar Safe Surgery Saves Lives (SSSL) dan Bengkel Root Cause Analysis (RCA) Peringkat Hospital Selayang telah berlangsung pada 22โ€“23 September 2026 bersempena Sambutan Hari Keselamatan Pesakit Sedunia Peringkat Hospital Selayang 2026.

Sekalung penghargaan dan tahniah kepada Jawatankuasa SSSL, Jawatankuasa MPSG & IR dengan kerjasama Unit Pengurusan Risiko dan Survelan Klinikal (PRSK) atas komitmen dalam menjayakan program ini. ๐Ÿ‘๐Ÿค

Bersama memperkukuh budaya keselamatan demi perkhidmatan kesihatan yang lebih selamat dan berkualiti. โค๏ธ

PELANCARAN GARIS PANDUAN PERKHIDMATAN PSIKIATRI & KESIHATAN MENTAL PERINGKAT KEBANGSAAN 2026 ๐Ÿง โœจHospital Selayang bersama...
23/09/2026

PELANCARAN GARIS PANDUAN PERKHIDMATAN PSIKIATRI & KESIHATAN MENTAL PERINGKAT KEBANGSAAN 2026 ๐Ÿง โœจ

Hospital Selayang bersama Bahagian Perkembangan Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Perkhidmatan Psikiatri KKM telah menjayakan Bengkel Pengenalan dan Taklimat serta Majlis Pelancaran beberapa garis panduan penting berkaitan perkhidmatan psikiatri dan kesihatan mental pada 21 September 2026 bertempat di Hotel Premiere, Klang, Selangor.

Majlis telah disempurnakan oleh Dr Norhayati Ibrahim Pengarah Perkembangan Perubatan, mewakli Ketua Pengarah Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia dan melibatkan pelancaran:

โ€ข Psychiatric and Mental Health Services Operational Policy Edisi Kedua (2026)
โ€ข Implementation Guideline for Community Psychiatric Team Edisi Kedua (2026)
โ€ข Quick Guide Psychiatric Rehabilitation (2026)
โ€ข Modul Penilaian Latihan Kompetensi Pengurusan dan Pencegahan Tingkah Laku Agresif (MPV) Peringkat Kebangsaan 2026

Penganjuran ini menjadi platform penting dalam memperkukuh penyampaian perkhidmatan psikiatri dan kesihatan mental KKM, di samping meningkatkan kompetensi anggota kesihatan dalam pengurusan dan pencegahan tingkah laku agresif dalam kalangan klien.

Syabas dan tahniah kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini! ๐Ÿ‘

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ PERHIMPUNAN BULANAN SEPTEMBER 2026 & SAMBUTAN HARI MALAYSIA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พSemangat patriotik dan budaya hidup sihat terus disemar...
21/09/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ PERHIMPUNAN BULANAN SEPTEMBER 2026 & SAMBUTAN HARI MALAYSIA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Semangat patriotik dan budaya hidup sihat terus disemarakkan dalam Perhimpunan Bulanan September 2026 Hospital Selayang, yang turut berlangsung dalam suasana penuh semangat sempena Sambutan Hari Malaysia.

๐ŸŽ‰ Tahniah dan syabas diucapkan kepada Puan Wan Ramlah atas pencapaian luar biasa apabila dinobatkan sebagai Pencapaian Individu No. 1 Negeri Selangor bagi Program Cabaran Langkah "Sihat Itu Saya" anjuran Jabatan Kesihatan Negeri Selangor dengan catatan sebanyak 2,700,000 langkah! ๐Ÿ‘ฃ๐Ÿ‘

Hadiah penghargaan telah disampaikan oleh YBrs. Dr. Aida Ali, Timbalan Pengarah Perubatan Hospital Selayang.

๐Ÿ‘ Tahniah juga kepada kumpulan SL54 yang terdiri daripada 20 orang ahli daripada pelbagai jabatan atas kejayaan memperoleh Pingat Emas dengan pencapaian:
๐Ÿฅ‡ No. 1 โ€“ Hospital Selayang
๐Ÿฅˆ No. 26 โ€“ Peringkat Negeri Selangor
๐Ÿ… No. 190 โ€“ Peringkat Kebangsaan daripada 4,200 pasukan

Tahniah kepada semua warga Hospital Selayang yang terus mengorak langkah bersama.
Sihat, aktif dan terus melangkah! ๐Ÿ‘ฃโค๏ธ







๐Ÿซ€ WARISKU HORMATI IKRARKU | CERAMAH PERDANASaksikan Ceramah Perdana โ€œWarisku Hormati Ikrarkuโ€ yang disampaikan oleh YBhg...
18/09/2026

๐Ÿซ€ WARISKU HORMATI IKRARKU | CERAMAH PERDANA

Saksikan Ceramah Perdana โ€œWarisku Hormati Ikrarkuโ€ yang disampaikan oleh YBhg. Datoโ€™ Seri Dr. Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri, bertempat di Masjid Sultan Muhammad, Bukit Besar, Kuala Terengganu pada 17 September 2026 (Khamis).

Ceramah ini membawa mesej penuh makna mengenai penghormatan terhadap hasrat dan ikrar seseorang untuk menderma organ, serta peranan keluarga dalam memahami nilai sebuah pemberian yang mampu memberi peluang kedua kepada insan lain.

๐Ÿ’š Satu ikrar, sejuta harapan.
Derma Organ, Demi Kehidupan.

๐Ÿ“บ Saksikan rakaman Ceramah Perdana di YouTube:
https://www.youtube.com/live/TTDNHhHPzug?si=c8limq1Y2XrSxriQ

Ceramah Perdana | Warisku Hormati Ikrarku | Disampaikan Oleh YBhg D...

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA KE-63 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พSempena Hari Malaysia, marilah kita bersama-sama menghayati semangat perpadua...
15/09/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA KE-63 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Sempena Hari Malaysia, marilah kita bersama-sama menghayati semangat perpaduan, keharmonian dan kebersamaan yang menjadi kekuatan negara tercinta.

Kepelbagaian budaya, bangsa dan latar belakang bukanlah penghalang, sebaliknya menjadi asas kepada sebuah Malaysia yang kukuh, harmoni dan sejahtera.

Semoga semangat Hari Malaysia terus menyatukan kita dalam memberikan yang terbaik demi kesejahteraan rakyat dan masa depan negara. โค๏ธ๐Ÿ’™๐Ÿ’›๐Ÿค

Selamat Menyambut Hari Malaysia ke-63!

Ikhlas daripada,
Pengurusan Tertinggi dan seluruh warga kerja Hospital Selayang

Address

Hospital Selayang, Lebuh Raya Selayang-Kepong, Batu Caves
Rawang
68100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Selayang Hospital posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share