PAS Zon Sg. Buaya

Directions

PAS Zon Sg. Buaya Page PAS Zon Sungai Buaya. Wadah penyampaian maklumat aktiviti kebajikan, dakwah, dan isu semasa

26/08/2026

🇲🇾 Semangat Merdeka, Semangat Berbakti!

Alhamdulillah, sedikit perkongsian suasana Program Edaran Roti & Bendera di Sungai Buaya.

Terima kasih YB Hasnizan Harun dan semua yang turut bersama. 🤲💚

Alhamdulillah 🤲🇲🇾Selesai Program Edaran Roti & Bendera sempena Hari Kebangsaan di Sungai Buaya.Terima kasih kepada semua...
26/08/2026

Alhamdulillah 🤲🇲🇾

Selesai Program Edaran Roti & Bendera sempena Hari Kebangsaan di Sungai Buaya.

Terima kasih kepada semua yang bersama-sama menjayakan. 💚🇲🇾

🌙 Selamat Menyambut Maulidur Rasul ﷺ12 Rabiulawal 1448HAlhamdulillah, marilah kita bersama-sama memperingati kelahiran j...
25/08/2026

🌙 Selamat Menyambut Maulidur Rasul ﷺ

12 Rabiulawal 1448H

Alhamdulillah, marilah kita bersama-sama memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ dengan memperbanyakkan selawat serta menghayati akhlak dan sunnah Baginda.

Rasulullah ﷺ adalah contoh terbaik dalam membina kehidupan yang penuh dengan kasih sayang, ukhuwah, amanah dan kepedulian terhadap sesama manusia.

Semoga kecintaan kita kepada Baginda bukan sekadar pada ucapan, tetapi diterjemahkan melalui amalan dan akhlak dalam kehidupan seharian.

🤲 Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ, ahli keluarga serta para sahabat Baginda.

Salam Maulidur Rasul ﷺ
Daripada PAS Zon Sungai Buaya.

🇲🇾 Semarak Merdeka, Semarak Maulidur Rasul ﷺ12 Rabiulawal 1448H | 25 Ogos 2026Insya-Allah, PAS Zon Sg Buaya akan mengisi...
24/08/2026

🇲🇾 Semarak Merdeka, Semarak Maulidur Rasul ﷺ

12 Rabiulawal 1448H | 25 Ogos 2026

Insya-Allah, PAS Zon Sg Buaya akan mengisi cuti Maulidur Rasul ﷺ dengan dua program bersama komuniti.

🍞 Agihan Roti Gardenia
📍 Simpang 4 Bandar Sg Buaya
⏰ 5.30 petang

📚 Usrah Gabungan
📍 Markas PAS Bandar Sg Buaya
⏰ 9.30 malam

Sempena Maulidur Rasul ﷺ, marilah kita suburkan kecintaan kepada Baginda dengan menghidupkan ukhuwah, berkongsi rezeki dan terus berkhidmat kepada masyarakat.

Tak dapat semua, jangan tinggal semua. 😊

Jom bersama-sama memeriahkan program PAS Zon Sungai Buaya. 🇲🇾💚

🌿 SEBUAH PAGI YANG PENUH KERIANGAN | SUKANEKA PASTI AN-NABI’E 2026 🌿Alhamdulillah, selesai sudah Sukaneka PASTI An-Nabi’...
11/08/2026

🌿 SEBUAH PAGI YANG PENUH KERIANGAN | SUKANEKA PASTI AN-NABI’E 2026 🌿

Alhamdulillah, selesai sudah Sukaneka PASTI An-Nabi’e 2026.

Pagi yang bermula dengan senyuman anak-anak, akhirnya dipenuhi gelak tawa, sorakan ibu bapa dan semangat kesukanan yang cukup meriah. 🥰

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Tuan Haji Khalili Amir, Ketua Zon PAS Bandar Sungai Buaya, atas kesudian hadir dan menyempurnakan perasmian program.

Terima kasih juga kepada guru-guru PASTI, Pemuda PAS, Muslimat PAS, para petugas dan sukarelawan yang bertungkus-lumus dari awal persiapan sehingga program selesai. Masa, tenaga dan komitmen yang dicurahkan menjadi antara sebab program ini dapat berjalan dengan lancar. 👏🏻

Buat ibu bapa dan penjaga, terima kasih atas kehadiran, sokongan, sumbangan serta semangat yang diberikan kepada anak-anak. Kehadiran kalian benar-benar memeriahkan suasana pagi ini.

Dan pastinya, anak-anak PASTI An-Nabi’e adalah penyeri utama! ❤️

Menang atau kalah bukan ukuran. Yang penting, anak-anak berani mencuba, belajar bekerjasama, berkawan dan mencipta kenangan indah bersama.

Semoga ukhuwah antara PASTI, guru-guru, ibu bapa, Pemuda PAS, Muslimat PAS, sukarelawan dan seluruh komuniti Bandar Sungai Buaya terus erat dan diberkati Allah SWT.

Tahniah dan terima kasih kepada semua yang menjayakan Sukaneka PASTI An-Nabi’e 2026! 🌸







🌿 Alhamdulillah, selesai Usrah Gabungan PAS Zon Sungai Buaya.Malam ini suasana usrah cukup meriah dan mengujakan apabila...
24/07/2026

🌿 Alhamdulillah, selesai Usrah Gabungan PAS Zon Sungai Buaya.

Malam ini suasana usrah cukup meriah dan mengujakan apabila dihadiri sekitar 35 orang peserta. Melihat sambutan yang semakin memberangsangkan memberi semangat kepada kami untuk terus menghidupkan majlis ilmu dan tarbiah di Zon Sungai Buaya.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Tn. Herizan sekeluarga yang sudi membuka pintu rumah dan menjadi tuan rumah bagi Usrah Gabungan kali ini. Semoga Allah SWT melimpahkan keberkatan, rahmat dan ganjaran yang berlipat ganda atas segala pengorbanan dan layanan yang diberikan.

Antara pengisian yang sangat menyentuh hati ialah kisah selepas Pembukaan Kota Mekah. Rasulullah ﷺ telah memberikan sebahagian besar harta rampasan perang kepada golongan yang baru memeluk Islam daripada kalangan Quraisy. Pada ketika itu, ada dalam kalangan Ansar yang berasa sedikit terkilan.

Namun Rasulullah ﷺ menenangkan mereka dengan sabda Baginda bahawa orang lain mungkin pulang membawa harta, tetapi Ansar pulang bersama Rasulullah ﷺ. Mendengar kata-kata itu, para Ansar menangis dan reda kerana bagi mereka, kebersamaan dengan Rasulullah ﷺ jauh lebih bernilai daripada segala harta dunia.

Turut dikongsikan kisah Wahsyi bin Harb, yang sebelum memeluk Islam telah membunuh Saidina Hamzah RA dalam Perang Uhud. Setelah menerima hidayah dan bertaubat, Allah SWT memuliakannya dengan peluang menebus kesilapan apabila beliau berjaya membunuh Musailamah al-Kazzab, nabi palsu, dalam Peperangan Yamamah. Kisah ini menjadi bukti bahawa pintu taubat sentiasa terbuka buat sesiapa yang benar-benar kembali kepada Allah.

Malam ini kami juga diingatkan dengan sabda Rasulullah ﷺ:
"Aku tidak takut kamu menjadi miskin, tetapi aku takut dunia dibentangkan kepada kamu lalu kamu berlumba-lumba mengejarnya sebagaimana umat terdahulu, sehingga dunia itu membinasakan kamu."
(Riwayat al-Bukhari & Muslim)

Semoga Allah SWT menjadikan kita dalam kalangan hamba-Nya yang sentiasa mendahulukan akhirat daripada dunia, istiqamah menghadiri majlis ilmu, serta terus memperkukuhkan ukhuwah dan perjuangan Islam.

"Tarbiah menyatukan, ukhuwah menguatkan." 🌿

TAHNIAH & TERIMA KASIH PERWAKILAN PAS ZON SG. BUAYAAlhamdulillah, Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Hulu Selangor tela...
18/07/2026

TAHNIAH & TERIMA KASIH PERWAKILAN PAS ZON SG. BUAYA

Alhamdulillah, Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Hulu Selangor telah berlangsung dengan jayanya.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada seluruh perwakilan daripada PAS Cawangan Bandar Sungai Buaya dan PAS Cawangan Kiambangsari yang telah hadir serta memberikan komitmen sepanjang program berlangsung.

Tahniah juga diucapkan kepada PAS Cawangan Bandar Sungai Buaya atas kejayaan meraih Tempat Ketiga bagi kategori penyertaan Skim PAS dengan penyertaan seramai 50 orang.

Semoga semangat kebersamaan dan komitmen yang ditunjukkan hari ini menjadi pemangkin untuk terus memperkukuhkan perjuangan dan memenangkan PAS di Hulu Selangor.

"Bangkit Mempertahankan Kemenangan."


Alhamdulillah, selesai Usrah Gabungan PAS Zon Sungai Buaya malam tadi. Bila pakat duduk dalam bulatan menelaah kitab ber...
01/07/2026

Alhamdulillah, selesai Usrah Gabungan PAS Zon Sungai Buaya malam tadi. Bila pakat duduk dalam bulatan menelaah kitab bersama naqib, memang betul-betul menyuntik kembali semangat perjuangan dan buat diri kita bermuhasabah.

​Antara pengisian dan peringatan penting yang sempat disalin untuk pasak perjuangan kita bersama:
• ​Jangan Sombong dengan Jentera – Ramai mana pun jentera kita, jangan sekali-kali ada rasa takbur atau leka. Sentiasalah gerun dengan kemurkaan Allah SWT. Kekuatan kita adalah pada pergantungan kepada-Nya.

• ​Kekuatan Pejuang pada Sejadah – Sebagai pejuang PAS, solat berjemaah di masjid atau surau jangan diabaikan. Hubungan dengan Allah kena sentiasa rapat, dan dampingilah orang-orang yang beriman.

• ​Matlamat Kuasa Politik – Kita turun ke medan pilihan raya fokusnya nak menang dan menguruskan negara mengikut acuan Islam. Kuasa pemerintahan ini wajib dipertahankan supaya tidak jatuh ke tangan mereka yang menentang atau meremehkan syiar Islam.

• ​Misi Membebaskan Manusia – Tugas besar kita adalah membawa manusia keluar daripada belenggu mengabdikan diri sesama makhluk, kepada mengabdikan diri hanya kepada Allah SWT, serta membawa mereka keluar daripada kesempitan dunia kepada keluasannya.
​Selesai sahaja santapan rohani, majlis diteruskan dengan sesi ramah mesra sambil menikmati hidangan.

​Jutaan terima kasih dan penghargaan buat tuan rumah kita, Hj Amir sekeluarga, atas layanan mesra, penyediaan tempat yang selesa, dan jamuan yang cukup menyelerakan. Moga Allah SWT membalas segala kebaikan Hj Amir sekeluarga dengan ganjaran pahala, rezeki yang berkat, serta melimpah-ruah. Amin YRA. Moga kesatuan fikrah dan ukhuwah jemaah kita di Zon Sungai Buaya ini terus erat hingga ke syurga. Insya-Allah!


Usrah bukan sekadar rutin. Ia adalah tempat kita kembali menyusun fikrah, memperbaharui semangat dan mengeratkan ukhuwah...
25/06/2026

Usrah bukan sekadar rutin. Ia adalah tempat kita kembali menyusun fikrah, memperbaharui semangat dan mengeratkan ukhuwah.

Jom bersama menghadiri Usrah Gabungan PAS Zon SG Buaya.

📚 Kitab: Islam: Fikrah, Harakah & Daulah
🎙 Naqib: Ustaz Muhamad Naim
🗓️ 30 Jun 2026 (Selasa)
🕤 9.30 malam
🏡 Kediaman Hj. Amir
📍 No. 21, Jalan Kiambangsari 8, Bdr Sg Buaya

"Tarbiah menyatukan, ukhuwah menguatkan."

🤝 Jom hadir dan ajak keluarga serta sahabat bersama² mengimarahkan majlis ilmu ini.

Jom beramai² hadir
16/05/2026

Jom beramai² hadir

Jom bersama saya petang ini dalam "Himpunan Daulat Tuanku".

Sistem Raja Berpelembagaan wajib untuk kita pertahankan.

Ayuh tuan² puan² abang² kakak² adik² anak² saudara² kita turun beramai² bagi menyatakan sokongan kita kepada Tuanku Sultan Selangor.

Address

Markas Pas Bandar Sg Buaya
Rawang
48010

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PAS Zon Sg. Buaya posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share