Jabatan Kerja Raya Daerah Rembau

Call Directions Website

Jabatan Kerja Raya Daerah Rembau Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Jabatan Kerja Raya Daerah Rembau, Government Official, Rembau.

24/09/2026

KNOWLEDGE SHARING

5 TANDA BANGUNAN PERLU DIBERI PERHATIAN

Keselamatan dan keadaan bangunan perlu sentiasa diberi perhatian. Kerosakan kecil yang dibiarkan boleh menjadi lebih serius sekiranya tidak dikenal pasti dan diperiksa lebih awal.

Antara tanda-tanda yang perlu diberi perhatian ialah:

🔹 Retakan pada dinding
🔹 Lantai atau dinding mengembung
🔹 Kebocoran air
🔹 Pintu atau tingkap sukar dibuka
🔹 Komponen bangunan rosak atau tertanggal

⚠️ Jangan abaikan tanda-tanda kerosakan. Laporkan untuk pemeriksaan lanjut.

Tindakan dan pemeriksaan awal dapat membantu memastikan keadaan bangunan sentiasa selamat serta mengurangkan risiko kerosakan yang lebih serius.





23/09/2026

🚧 20 DAYS TO GO!

Get ready to connect, exchange ideas and explore what’s next for the road and infrastructure industry.

Register now.
🌐 www.13thmrc.com
📧 For enquiries: [email protected]



Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )
REAM YEP
Construction Industry Development Board Malaysia
Malaysian Institute of Road Safety Research
PLUS Malaysia

22/09/2026

LAWATAN SUSULAN PEMASANGAN ALAT PEMANTAUAN KERETAKAN (CRACK GAUGE) | 22 SEPTEMBER 2026

Sebagai perunding teknikal utama kerajaan salah satu tugas utama Jabatan Kerja Raya adalah memberi khidmat nasihat berkaitan teknikal kepada agensi-agensi kerajaan pusat dan kerajaan negeri.

Susulan itu pada hari ini JKR Daerah Rembau bersama-sama Bahagian Perkhidmatan Forensik Struktur (BPFS), Cawangan Kejuruteraan Awam dan Struktur, Ibu Pejabat JKR Malaysia telah mengadakan satu lawatan susulan ke Masjid Kariah Chembong Batu 17, Rembau bagi tujuan pemasangan alat pemantauan keretakan (crack gauge) pada struktur bangunan. Lawatan ini merupakan susulan kepada pemeriksaan forensik struktur yang telah dijalankan pada 10 September 2026.

Lawatan melibatkan Ir. Mohd Amri Saifullah bin A. Rahman, En. Mohammad Haidir Izwan bin Mohit Din dan En. Muhammad Soleh bin Zappar daripada BPFS bersama Unit Bangunan JKR Daerah Rembau yang diketuai oleh En. Mohd Rosdi bin Mohd Ros (Jurutera Bangunan) serta dua (2) orang Penolong Jurutera.

Pemasangan alat pemantauan ini bertujuan untuk memantau perkembangan keretakan pada struktur bangunan bagi menentukan sama ada keretakan yang berlaku masih aktif atau sebaliknya. Data yang diperoleh akan digunakan bagi membantu penilaian teknikal dan cadangan tindakan susulan yang bersesuaian.

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat atas kerjasama dan komitmen yang diberikan dalam menjayakan pelaksanaan pemantauan ini.






18/09/2026

LAWATAN MUHIBAH & BENCHMARKING JKR DAERAH REMBAU KE JKR DAERAH KUALA KANGSAR

18 September 2026 | Jumaat

Jabatan Kerja Raya Daerah Rembau telah mengadakan Lawatan Muhibah & Benchmarking ke JKR Daerah Kuala Kangsar.

Lawatan dimulakan dengan tinjauan ke tapak projek Pembinaan Bangunan Tambahan dan Kerja-Kerja Naik Taraf di Sekolah Seni Malaysia Perak, Sungai Siput (Utara) (AEA4087). Tujuan adalah untuk melihat amalan terbaik dalam pelaksanaan projek serta pengurusan tapak bina.

Seterusnya, delegasi meneruskan lawatan ke Pejabat JKR Daerah Kuala Kangsar bagi melihat pengurusan pejabat, pelaksanaan EKSA serta inovasi-inovasi yang boleh dijadikan rujukan.

Delegasi JKR Rembau telah disambut mesra oleh Jurutera Daerah JKR Kuala Kangsar bersama warga kerja dengan kehadiran Jurutera Daerah JKR Manjung.

JKR Daerah Rembau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas sambutan yang cukup baik serta perkongsian ilmu yang sangat bermanfaat.








18/09/2026

KNOWLEDGE SHARING

⚠️ AWAS! ANCAMAN SINKHOLE (LUBANG BENAM)

Sinkhole boleh berlaku akibat hakisan bawah tanah yang menyebabkan pembentukan rongga dan seterusnya runtuhan permukaan tanah.

🚧 Kenali risikonya dan fahami kaedah rawatan yang dilaksanakan bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya serta melindungi infrastruktur awam.

Utamakan keselamatan, bertindak dengan berhati-hati.





18/09/2026

LAWATAN TEKNIKAL KILANG | 17 SEPTEMBER 2026

JKR Daerah Rembau telah dijemput dalam sesi lawatan teknikal ke Kilang Goodwater Engineering Manufacturing, Chemor, Perak bagi skop pembinaan Sewerage Treatment Plant (STP) di Projek SMKA Dato' Hj. Abu Hassan Hj. Sail dan SSTS Projek Bilik Darjah Pra Sekolah SK Astana Raja, Rembau.

Lawatan melibatkan Unit Bangunan JKR Daerah Rembau, bersama Kontraktor Utama, Johawaki Construction Sdn. Bhd. bagi meninjau proses pembuatan produk FRP dan Sistem Rawatan Kumbahan. Dalam sesi ini juga banyak perkongsian dan perbincangan melibatkan penyelarasan pembinaan di tapak telah dibincang bersama.

Terima kasih kepada pihak Goodwater Engineering Sdn Bhd atas jemputan dan perkongsian yang diberi. Semoga fasa pelaksanaan di tapak nanti berjalan dengan lancar.






🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2026 🇲🇾16 September 2026Semoga semangat perpaduan, patriotisme dan kecintaan kepada t...
15/09/2026

🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2026 🇲🇾

16 September 2026

Semoga semangat perpaduan, patriotisme dan kecintaan kepada tanah air terus mekar dalam jiwa setiap rakyat Malaysia.

Bersatu hati, teguh berdiri, demi Malaysia tercinta. 🇲🇾

Ikhlas daripada warga JKR Daerah Rembau.

11/09/2026

BENGKEL PENGURUSAN RISIKO (RMP) PROJEK PRASEKOLAH SK ASTANA RAJA

📅 10 & 11 September 2026

Telah diadakan Bengkel Pengurusan Risiko (RMP) bagi Projek Pembinaan 1 Bilik Darjah Prasekolah, SK Astana Raja, Rembau, Negeri Sembilan.

Bengkel telah dirasmikan oleh Jurutera Daerah Rembau selaku Pegawai Penguasa Projek, Ir. Ahmad Faiz bin A. Raup, dan turut dihadiri wakil Pegawai Penguasa Projek, En. Rosdi bin Mohd Ros serta penceramah, Ir. Ts. Khasrul Azam bin Mansor.

Turut terlibat ialah wakil JKR Negeri Sembilan (Bahagian Arkitek, Bangunan, Kejuruteraan Mekanikal, BKUB, BPN1 dan CKP), Pejabat Pendidikan Daerah Rembau, Guru Besar SK Astana Raja serta kontraktor utama, Hi Teknokini Sdn. Bhd.

Bengkel ini bertujuan mengenal pasti dan menilai risiko serta merangka langkah mitigasi bagi memastikan pelaksanaan projek berjalan lancar, selamat, berkualiti dan mencapai objektif yang ditetapkan.

Terima kasih kepada semua perserta dan penceramah. Semoga dengan adanya inisiatif ini dapat melancarkan lagi fasa pelaksanaan projek agar projek ini dapat disiapkan pada masa, kos dan kualiti yang terbaik.





07/09/2026

Notis Pemberitahuan

Jenis Kerja: Kerja-Kerja Mill & Pave Dan Lain-Lain Kerja Berkaitan.
Lokasi: FT001 Jalan Gemas - Seremban
Daerah/Negeri: Rembau Negeri Sembilan


JKR Negeri Sembilan Jabatan Kerja Raya Daerah Rembau

PROGRAM USRAH QAWWAM BERSAMA AGENSI, NGO DAN BELIA DAERAH REMBAU (SIRI 8)4 September 2026 – Jabatan Hal Ehwal Agama Isla...
04/09/2026

PROGRAM USRAH QAWWAM BERSAMA AGENSI, NGO DAN BELIA DAERAH REMBAU (SIRI 8)

4 September 2026 – Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan telah berjaya menganjurkan Program Usrah Qawwam Bersama Agensi, NGO dan Belia Daerah Rembau (Siri 8). Bagi siri kali ini, Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Rembau telah dipilih sebagai tuan rumah program.

Pengisian ceramah bertajuk “Tinggalkan Perkara yang Sia-sia” telah disampaikan oleh YBrs. AlFadhil Ustaz Zulkarnain bin Itam, Penceramah Bebas. Ceramah tersebut memberi penekanan kepada kepentingan memanfaatkan masa dengan perkara yang berfaedah serta menjauhi perbuatan dan aktiviti yang tidak mendatangkan manfaat dalam kehidupan seharian.

Turut hadir ialah YBrs. Ustaz Ahmad Hafidzi bin Mansor, Timbalan Pegawai Agama Islam Daerah, JHEAINS Rembau. JKR Daerah Rembau turut memanjangkan jemputan kepada JKR Daerah Tampin, yang telah disambut baik dengan kehadiran seramai lima (5) orang wakil.

Program ini diadakan sebagai salah satu usaha untuk memperkukuh ukhuwah dan jalinan kerjasama antara Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan dengan agensi kerajaan, NGO serta golongan belia di Daerah Rembau.

Semoga program ini dapat memberikan manfaat kepada semua peserta serta menjadi wadah dalam meningkatkan kefahaman agama, membentuk jati diri dan menyemarakkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian.






Address

Rembau

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6066851441

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Kerja Raya Daerah Rembau posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share