Majlis Daerah Rembau

Call Directions Website Contact the organization

Majlis Daerah Rembau MDR ditubuhkan pada 1 Julai 1980 dan adalah sebuah badan penguasa tempatan yang tertakluk dibawah peruntukan Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).

โ™ป๏ธPROGRAM TRASH TO CASH SEMPENA HARI CUCI MALAYSIA 2026 | KUTIPAN SERENTAK SELURUH NEGARA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พJom sama-sama menjayakan Har...
24/09/2026

โ™ป๏ธPROGRAM TRASH TO CASH SEMPENA HARI CUCI MALAYSIA 2026 | KUTIPAN SERENTAK SELURUH NEGARA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Jom sama-sama menjayakan Hari Cuci Malaysia sempena _World Clean Up Day_ 2026 dengan membawa dan menjual barangan kitar semula yang ada di rumah! Setiap kilogram yang dikumpulkan menyumbang kepada sasaran 28,000 kg barangan kitar semula dalam satu hari.

๐Ÿ“… 26 September 2026 (Sabtu)
โฐ 9.00 pagi - 1.00 petang
๐Ÿ“ Pusat Kitar Semula Pandu Lalu (DTRC) SWCorp Rembau (berhadapan Pejabat Pendidikan Daerah Rembau)

Asingkan mengikut kategori ini dari rumah:
๐Ÿ“ฆ Kertas / kotak
๐Ÿงด Plastik
๐Ÿฅซ Logam
๐Ÿ›ข๏ธ Minyak masak terpakai

Tak perlu tunggu barang banyak. Asingkan, kumpulkan dan kitar semula apa yang ada di rumah. Setiap rumah boleh menyumbang, setiap kilogram membawa makna.

Ayuh bersama-sama kita capai sasaran 28,000 kg dalam satu hari sempena Hari Cuci Malaysia 2026! โ™ป๏ธ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Untuk pertanyaan sila hubungi www.wasap.my/60176726614/trashtocash

KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA PELUPUSAN ASET ALIH KENDERAAN Aset ini boleh dilihat pada 22 September 2026 hingga 5 Oktob...
18/09/2026

KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA PELUPUSAN ASET ALIH KENDERAAN

Aset ini boleh dilihat pada 22 September 2026 hingga 5 Oktober 2026 di antara jam 10.00 pagi hingga 4.00 petang (waktu bekerja) di Parkir Kenderaan, Majlis Daerah Rembau

Assalamualaikum dan salam sejahtera,Anak ikan mati dituba,Akar tuba tidak berpohon;Hari ditunggu telah pun tiba,Menjadi ...
17/09/2026

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Anak ikan mati dituba,
Akar tuba tidak berpohon;
Hari ditunggu telah pun tiba,
Menjadi debaran buat pemohon.

Kepada pemohon Program Penjaja Rembau Sentral yang telah menerima sms pemakluman status kelayakan dari MDR, jemput hadir yer.

Tarikh : 25 September 2026
Masa : 8.45 pagi
Tempat : Dewan Seri Rembau

Jumpa anda ditempat dan waktu tertera ya...

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2026 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พHari Malaysia menjadi simbol perpaduan dan kebersamaan seluruh rakyat Malaysia...
15/09/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2026 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Hari Malaysia menjadi simbol perpaduan dan kebersamaan seluruh rakyat Malaysia dalam membina sebuah negara yang aman, harmoni dan sejahtera.

Marilah kita terus menyemarakkan semangat Malaysia MADANI, menghargai kepelbagaian serta memperkukuh semangat patriotisme demi masa depan Malaysia yang lebih gemilang.

โ€œMalaysia Kita, Bersama Membina Negaraโ€

Ikhlas daripada
Yang DiPertua
& seluruh warga
Majlis Daerah Rembau













15/09/2026
Majlis Daerah Rembau (MDR) terus melakar pencapaian membanggakan apabila berjaya memperoleh Penarafan 4 Bintang bagi Sis...
15/09/2026

Majlis Daerah Rembau (MDR) terus melakar pencapaian membanggakan apabila berjaya memperoleh Penarafan 4 Bintang bagi Sistem Penarafan Bintang Pihak Berkuasa Tempatan (SPB-PBT) Tahun 2026, bagi tahun pertama pelaksanaan penilaian secara atas talian.

Pengiktirafan tersebut diterima bersempena Konvensyen Pihak Berkuasa Tempatan 2026 yang berlangsung di Bertam Resort, Kepala Batas, Pulau Pinang pada 12 hingga 13 September 2026.

Pencapaian ini mencerminkan komitmen berterusan MDR dalam memperkukuh tadbir urus, memperkasa agenda pendigitalan dan meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan.

Kejayaan ini juga menjadi pemangkin kepada seluruh warga kerja MDR untuk terus memberikan perkhidmatan yang cekap, berkualiti dan berintegriti demi kesejahteraan masyarakat Rembau.












๐—ฅ๐—˜๐— ๐—•๐—”๐—จ, ๐Ÿญ๐Ÿฐ ๐—ฆ๐—ฒ๐—ฝ๐˜๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ- Majlis Daerah Rembau dengan sukacitanya mengalu-alukan kehadiran Yang Berhormat Tuan Siow Kon...
15/09/2026

๐—ฅ๐—˜๐— ๐—•๐—”๐—จ, ๐Ÿญ๐Ÿฐ ๐—ฆ๐—ฒ๐—ฝ๐˜๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ- Majlis Daerah Rembau dengan sukacitanya mengalu-alukan kehadiran Yang Berhormat Tuan Siow Kong Choon, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Hal Ehwal Bukan Islam Negeri Sembilan sempena Program Lawatan rasmi ke Majlis Daerah Rembau.
Kehadiran YB Exco ini merupakan penghormatan kepada seluruh warga kerja MDR serta rakyat Daerah Rembau. Lawatan ini diharap dapat memperkukuh kerjasama antara Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan, khususnya dalam aspek pembangunan kerajaan tempatan, perumahan serta penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap dan inklusif.
Tuan Yang Dipertua bersama seluruh warga kerja Majlis Daerah Rembau mengucapkan selamat datang dan semoga lawatan ini membawa manfaat berterusan kepada pembangunan Daerah Rembau yang bersih, indah dan segar.

Ikhlas daripada,
Tuan Yang Dipertua serta Warga Kerja
Majlis Daerah Rembau






10/09/2026
Salam sejahtera warga Rembau. MDR nak buka peluang bagi warga Rembau yang berminat memulakan langkah dalam peniagaan pen...
07/09/2026

Salam sejahtera warga Rembau. MDR nak buka peluang bagi warga Rembau yang berminat memulakan langkah dalam peniagaan penjaja di Rembau Sentral. Anda dijemput memohon.

Program peniagaan pada Sabtu dan Ahad sahaja jam 3ptg - 12mlm. Jom mohon beramai ramai. Kemudian kita undi.

Hanya untuk peniagaan makanan. Terbuka pada pemastautin daerah Rembau sahaja.

**Peniaga yg telah mengemukakan permohonan sebelum ini tidak perlu mengisi semula borang.

Menyapu ubat di tempat luka,
Luka bersebab menjala seluang;
Peluang permohonan telah dibuka,
Jangan sampai terlepas peluang.

STABIL. MAJU. MAKMUR.
Rembau Bersih Indah Segar.

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ MAJLIS DAERAH REMBAU SERTAI PERBARISAN SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN 2026 DI PADANG MBS, SEREMBAN PADA 31.08.2026๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พMajlis ...
02/09/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ MAJLIS DAERAH REMBAU SERTAI PERBARISAN SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN 2026 DI PADANG MBS, SEREMBAN PADA 31.08.2026๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Majlis Daerah Rembau telah menghantar kontinjen bagi menyertai Perbarisan Sambutan Hari Kebangsaan 2026 sebagai tanda semangat patriotisme dan kecintaan terhadap negara.

Penyertaan ini mencerminkan komitmen warga kerja Majlis Daerah Rembau dalam menyemarakkan semangat patriotisme serta menyambut Hari Kebangsaan dengan penuh rasa bangga dan kesyukuran.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada seluruh peserta kontinjen Majlis Daerah Rembau atas komitmen, semangat dan kerjasama yang diberikan sepanjang menjayakan perbarisan ini.

Selamat Hari Kebangsaan 2026! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ
Malaysia MADANI, Jiwa Merdeka!

Address

Rembau

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6066851144

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Majlis Daerah Rembau posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Majlis Daerah Rembau:

Shortcuts

Share