Hazem Mubarak Musa

Call Directions Contact the organization

Hazem Mubarak Musa Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah
N.51 Sungai Manila

17/09/2026

Malam tadi (16 September) saya dapat meraikan Sambutan Hari Malaysia ke-63 di Pusat Kovensyen Antarabangsa Sabah dan dirasmikan oleh Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sabah.

Selain pemimpin, sambutan turut diraikan oleh rakyat dan saya menyifatkan kehadiran ramai itu membawa selaksa makna yang membanggakan iaitu perpaduan dan keharmonian yang terpancar di kalangan rakyat tanpa mengira agama dan bangsa.

Inilah keistimewaan kita rakyat Sabah yang memiliki persefahaman dan perpaduan yang hebat dan menikmati keharmonian itu bersama.

Selamat Hari Malaysia.



Musa Aman

SELAMAT HARI MALAYSIA 2026Hari Malaysia mengingatkan kita bahawa walaupun kita datang dari negeri, budaya dan latar yang...
16/09/2026

SELAMAT HARI MALAYSIA 2026

Hari Malaysia mengingatkan kita bahawa walaupun kita datang dari negeri, budaya dan latar yang berbeza, kita tetap satu dalam Malaysia.

Sebagai anak Sabah, kita bangga menjadi sebahagian daripada perjalanan Malaysia. Perpaduan bukan sekadar kata-kata, tetapi sesuatu yang perlu kita jaga bersama.

Selamat Hari Malaysia buat seluruh rakyat Malaysia.

MARI KITA SAMA-SAMA HADIR KE MAJLIS ILMU. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Insya-Allah, kita akan berkumpul da...
14/09/2026

MARI KITA SAMA-SAMA HADIR KE MAJLIS ILMU.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Insya-Allah, kita akan berkumpul dalam satu majlis yang penuh dengan ilmu dan manfaat bersama Ustaz Dr. Haji Das’ad Latif.

Saya ingin menjemput seluruh masyarakat, khususnya warga Sungai Manila dan sekitarnya, untuk sama-sama hadir memeriahkan majlis ini.

Ini bukan sekadar sebuah program, tetapi ruang untuk kita bersama-sama menimba ilmu, mendengar perkongsian yang bermanfaat dan menambah pengetahuan tentang sunnah Rasulullah SAW.
Luangkan sedikit masa kita. Bawa bersama keluarga, sahabat dan anak-anak.Mudah-mudahan kehadiran kita pada malam ini menjadi satu langkah untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT dan menambah keberkatan dalam kehidupan.

Jangan lepaskan peluang untuk bersama-sama kita mendengar ilmu daripada ustaz.

Bah mari datang beramai-ramai ke PPR Sungai Manila. Kita cari ilmu, kita hayati.
Insya-Allah, jumpa kita di sana.

09/09/2026

PENAJA PGRS BAHAGIAN LIBARAN SUDAH TERBENTUK.

Membina dan melahirkan kepercayaan serta keyakinan rakyat bukanlah sesuatu yang mudah. Tetapi ianya bukanlah sesuatu yang mustahil untuk dicapai.

Saya yakin ia boleh dicapai menerusi kesatuan dan kesepakatan semua ahli parti pada semua peringkat dan ia haruslah bermula pada peringkat cawangan kepada peringkat bahagian.

Usaha ini harus bermula daripada sekarang biarpun ketika ini kita masih pada peringkat penaja.

Tanggungjawab kita ialah harus membina dan melahirkan kepercayaan serta keyakinan rakyat. Ini adalah amanah dan inilah yang harus kita lakukan.


AMANAH UNTUK KITA BERKERJA BERSAMA. Alhamdulillah, saya telah menyerahkan Watikah Pelantikan kepada 118 AJK PGRS Bahagia...
07/09/2026

AMANAH UNTUK KITA BERKERJA BERSAMA.

Alhamdulillah, saya telah menyerahkan Watikah Pelantikan kepada 118 AJK PGRS Bahagian Libaran yang terdiri daripada AJK Bahagian, Wanita, Pemuda dan Beliawanis.

Saya ingin mengucapkan syabas dan setinggi-tinggi tahniah kepada semua yang menerima amanah ini.

Bagi saya, pelantikan ini bukan tentang jawatan atau kedudukan. Ia adalah tentang kepercayaan dan tanggungjawab kepada parti ini.

Sentiasalah hormat-menghormati dan jaga hubungan sesama kita yang paling penting jaga adab ketika kita berbeza pandangan.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada seluruh keluarga besar Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS), Sungai Manila yang telah bersama selama ini.

Kini keluarga PGRS semakin besar apabila kita dikenali sebagai bahagian Libaran.

Kepada semua 118 AJK, selamat menjalankan amanah.

Semoga kita terus bergerak sebagai satu pasukan. Yang penting, kita berjalan bersama.

Terima kasih kepada Presiden Parti, YAB Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor, Ketua Menteri Sabah, atas kepercayaan dan amanah yang diberikan.




01/09/2026

DARI SABAH KITA BERSATU UNTUK MALAYSIA,

Saya hadir bersama kepimpinan negeri dan ribuan rakyat memeriahkan Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Sabah 2026 di Dataran Bandaraya, Kota Kinabalu.

Di bawah kibaran Jalur Gemilang, kita berdiri sebagai satu keluarga dan satu tanah air Malaysia.

Keberangkatan tiba Tuan Yang Terutama, Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Musa bin Haji Aman, Yang di-Pertua Negeri Sabah, bersama Toh Puan Datin Seri Panglima Datuk Hajah Faridah binti Haji Tussin, yang disambut Ketua Menteri Sabah YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor bersama barisan kepimpinan negeri dan Persekutuan, menambahkan lagi kemeriahan sambutan penuh bermakna ini.

Hari Kebangsaan mengajar kita bahawa tanah air ini bukan sekadar tempat kita berpijak. Tetapi inilah bumi yang kita warisi, kita cintai dan akan kita pertahankan untuk generasi mendatang.

Dari Sabah, suara kita bergema.

Demi Malaysia tercinta.

Selamat Hari Kebangsaan ke 69 dan
Selamat Hari Sabah 2026.

Selamat Hari Kebangsaan ke-69 & Selamat Hari Sabah 2026 . Hari ini kita raikan bukan sekadar sebuah tarikh, tetapi perja...
30/08/2026

Selamat Hari Kebangsaan ke-69 & Selamat Hari Sabah 2026 .

Hari ini kita raikan bukan sekadar sebuah tarikh, tetapi perjalanan panjang sebuah negara dan negeri yang kita sayangi.

Sebagai rakyat Sabah, kita tentunya bangga dengan identiti, sejarah dan sumbangan Sabah dalam pembentukan Malaysia.

Walaupun kita berbeza latar belakang agama dan bangsa, kita tetap berkongsi satu tanah air, satu harapan dan satu masa depan.

Marilah kita terus menjaga perpaduan, saling hormat-menghormati dan bersama membina negara dan amnya Sabah.



Address

N51 Sungai Manila
Sandakan
90000

Telephone

+6089295698

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hazem Mubarak Musa posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Hazem Mubarak Musa:

Shortcuts

Share