03/10/2026
03 Oktober 2026
Salam GRS..
Pihak kami tertarik untuk menjelaskan isu yang telah dipublis oleh Admin PGRS Beluran melalui catatan di page FB mereka.
Untuk makluman bersama, status Caw Kg Seri Menanti dan beberapa caw yg lain telah 'digantung sementara' dan telah tidak dibenarkan mengadakan AGM Caw pada tahun ini.
Keputusan ini diambil berikutan beberapa laporan yang telah diterima oleh pihak Bahagian bahawa sebahagian daripada kepimpinan caw berkenaan telah diragui keahlian mereka disebabkan mereka dllihat hadir serta menyatakan pendirian untuk memasuki Star Labuk (Beluran).
Oleh yang demikian, pihak Bahagian telah mengambil ketetapan untuk menyelidiki terlebih dahulu status sokongan ahli-ahli caw sebelum membuat keputusan untuk menyelaras semula caw berkenaan sekiranya keahlian masih mencukupi. Dalam masa yang sama juga terdapat sebahagian ahli Caw trsbut yang telah menyatakan pendirian untuk kekal menjadi ahli PBS dan bersedia untuk memimpin dan meneruskan pentadbiran caw ini.
Keputusan bekas Pemimpin Caw trsbut yg menyertai PGRS Beluran adalah hak mereka. Namun kenyataan bahawa mereka berhijrah drp PBS ke PGRS adalah tidak tepat kerana mereka seblm ini telah digantung kerana sudah didapati bersama Star Labuk (Beluran).
Justeru, pihak kami ingin menasihati kpd pihak admin FB PGRS Beluran supaya lebih teliti seblm mengeluarkan kenyataan yang tidak tepat spya pihak lain tidak membuat provokasi dan menimbulkan ketidaksehaluan di kalangan parti Komponan GRS khusus bagi Parlimen Beluran. Kita sepatutnya bersama mempertahan dan memperkuatkan sokongan GRS di Kawasan ini sepertimana yang telah diharungi bersama semasa PRU DU Sabah yang baru lalu khususnya menghadapi PRU 17 akan datang ini. GRS ini adalah milik kita bersama dan sepatutnya tidak ada 'Abg Besar' yang boleh bertindak sesuka hati dan menyakiti hati kompnen yang lain.
Terima kasih.