04/10/2026
๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐/๐๐๐๐
Sapi Nangoh, 04 Oktober 2026 - Batalion 20 PGA Beluran telah melaksanakan Majlis Serah Terima Tugas Op Taring ESSZone Bil. 10/2026 yang melibatkan serah terima tugas antara ASP Mohd. Sudirman bin Abu, Kompeni Komander Kompeni C dengan ASP Omar bin Kamal, Kompeni Komander Kompeni A.
Dalam sesi penyampaian amanat, YDH Supt. Mohd Yusoff bin Daud, Pegawai Pemerintah Batalion 20 PGA Beluran telah merakamkan penghargaan dan terima kasih atas komitmen serta dedikasi warga Kompeni C yang telah mencatatkan 7 siri kejayaan, melibatkan 18 tangkapan sepanjang tempoh penugasan.
Beliau turut menekankan kepentingan disiplin, integriti, profesionalisme dan kesiapsiagaan dalam kalangan anggota, selain mengingatkan petugas supaya sentiasa menjaga keselamatan diri, senjata api, kebersihan serta imej pasukan.
Petugas Op Taring ESSZone turut diarahkan agar mempertingkatkan rondaan dan pemantauan di kawasan tanggungjawab serta sentiasa peka terhadap sebarang bentuk aktiviti jenayah dan ancaman keselamatan.
Majlis berlangsung dengan lancar, baik dan penuh tertib, sebelum YDH Pegawai Pemerintah meneruskan lawatan dan tinjauan ke SJR RCP Sapi Nangoh.
๐๐๐๐๐ โข ๐
๐๐๐๐๐๐๐ โข ๐ผ๐๐ก๐๐๐๐๐ก๐ฆ
๐ซ๐๐๐๐
๐๐๐๐๐ ๐ถ๐๐๐๐ผ๐๐๐ ๐ด๐๐
๐๐ ๐ฉ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐ท๐ฎ๐จ