ADTEC Sandakan

Directions Website Contact the organization

ADTEC Sandakan Page Rasmi ADTEC JTM Kampus Sandakan, juga dikenali sebagai ILP Sandakan (2005 - Jun 2025)

๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—œ๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ž๐—ข๐— ๐—ฃ๐—˜๐—ง๐—˜๐—ก๐—ฆ๐—œ ๐—ฅ๐—˜๐—ž๐—” ๐—•๐—˜๐—ก๐—ง๐—จ๐—ž ๐—ง๐—˜๐—ž๐—ก๐—œ๐—ž๐—”๐—Ÿ23 September 2026 | Rabu โ€“ Komitmen berterusan dalam memperkasakan kompetensi...
24/09/2026

๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—œ๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ž๐—ข๐— ๐—ฃ๐—˜๐—ง๐—˜๐—ก๐—ฆ๐—œ ๐—ฅ๐—˜๐—ž๐—” ๐—•๐—˜๐—ก๐—ง๐—จ๐—ž ๐—ง๐—˜๐—ž๐—ก๐—œ๐—ž๐—”๐—Ÿ

23 September 2026 | Rabu โ€“ Komitmen berterusan dalam memperkasakan kompetensi tenaga pengajar terus diberi penekanan di ADTEC JTM Kampus Sandakan. Seramai 15 orang kakitangan kampus telah berjaya menyempurnakan Kursus Autocad Drafting & Sheet Preparation di bawah Program Latihan Kemahiran (PLK) yang berlangsung selama tiga hari bermula 21 hingga 23 September 2026.

โ€‹Latihan peningkatan kemahiran (upskilling) ini berfokus kepada pemantapan kemahiran teknikal tenaga pengajar dalam penghasilan lukisan tiga dimensi (3D) dengan memanfaatkan perisian piawaian industri, AutoCAD. Kursus berimpak tinggi ini telah dikendalikan secara khusus oleh penceramah jemputan dari ADTEC JTM Kampus Kota Kinabalu, Encik Domeki bin Pilim.

โ€‹Menerusi pendekatan latihan yang berteraskan amali dan hands-on, para peserta didedahkan kepada teknik penyediaan lembaran lukisan (sheet preparation) serta penghasilan model 3D yang lebih presisi. Pendedahan berasaskan amali ini bukan sahaja meningkatkan tahap keyakinan para pengajar, malah memastikan pemindahan teknologi dan kepakaran teknikal dapat disalurkan secara berkesan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) bersama pelatih kelak.

โ€‹Pihak pengurusan ADTEC Sandakan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada penceramah jemputan serta seluruh peserta atas komitmen padu yang ditunjukkan. Usaha pemantapan kepakaran secara berterusan ini sejajar dengan hasrat Jabatan Tenaga Manusia (JTM) dan Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) dalam memastikan warga pendidik TVET sentiasa kompeten, berdaya saing, serta mendepani standard industri moden.

"๐™€๐™ข๐™ฅ๐™ค๐™ฌ๐™š๐™ง๐™ž๐™ฃ๐™œ ๐™Ž๐™ ๐™ž๐™ก๐™ก๐™จ, ๐™„๐™œ๐™ฃ๐™ž๐™ฉ๐™ž๐™ฃ๐™œ ๐™๐™ช๐™ฉ๐™ช๐™ง๐™š๐™จ"
"๐™ˆ๐™š๐™ข๐™ฅ๐™š๐™ง๐™ ๐™–๐™จ๐™–๐™ ๐™–๐™ฃ ๐™†๐™š๐™ข๐™–๐™๐™ž๐™ง๐™–๐™ฃ, ๐™ˆ๐™š๐™ฃ๐™ฎ๐™š๐™ข๐™–๐™ง๐™–๐™ ๐™ ๐™–๐™ฃ ๐™ˆ๐™–๐™จ๐™– ๐™ƒ๐™–๐™™๐™–๐™ฅ๐™–๐™ฃ"

Emel: [email protected]
Telefon: 089-240500
Website: https://adtecsandakan.gov.my
Facebook: www.facebook.com/ilpsdk
Instagram: www.instagram.com/adtecsandakan
Tiktok: www.tiktok.com/
โฃ

๐—ฆ๐—œ๐—ก๐—˜๐—ฅ๐—š๐—œ ๐—ง๐—˜๐—ž๐—ก๐—ข๐—Ÿ๐—ข๐—š๐—œ ๐——๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐——๐—œ๐——๐—œ๐—ž๐—”๐—ก ๐—ง๐—”๐—›๐—™๐—œ๐—ญ22 September 2026 | Selasa โ€“ ADTEC JTM Kampus Sandakan terus menunjukkan komitmen...
23/09/2026

๐—ฆ๐—œ๐—ก๐—˜๐—ฅ๐—š๐—œ ๐—ง๐—˜๐—ž๐—ก๐—ข๐—Ÿ๐—ข๐—š๐—œ ๐——๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐——๐—œ๐——๐—œ๐—ž๐—”๐—ก ๐—ง๐—”๐—›๐—™๐—œ๐—ญ

22 September 2026 | Selasa โ€“ ADTEC JTM Kampus Sandakan terus menunjukkan komitmen tinggi dalam menyokong agenda pendidikan kemahiran negeri dengan menyertai pameran sempena Majlis Perasmian Pusat Latihan Dakwah (PLD) USIA-AlBukhary dan Pelancaran Kolej Kemahiran Islam Sabah (KKIS) di Kg. Marasinsim. Majlis bersejarah ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Dr. Hj. Mohd Arifin bin Datuk Hj. Mohd Arip, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan merangkap Exco Agama Negeri Sabah, yang hadir mewakili YAB Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor.

โ€‹Dalam majlis tersebut, ADTEC Sandakan telah mengambil pendekatan progresif dengan mempamerkan aplikasi teknologi terkini (new emerging technology). Fokus pameran tertumpu kepada inovasi teknologi dron dan cetakan 3D (3D printing) bagi memberi pendedahan secara langsung kepada para pengunjung serta bakal pelajar mengenai kepentingan penguasaan kemahiran berteknologi tinggi dalam mendepani keperluan industri masa kini.

โ€‹Penglibatan strategik ini amat bertepatan dengan penubuhan KKIS yang menawarkan pelbagai program TVET Tahfiz, sekali gus menterjemahkan langkah cemerlang dalam menggabungkan pendidikan al-Quran dan pengajian Islam bersama kemahiran teknikal serta vokasional. Pendekatan holistik ini membolehkan para pelajar mengimbangi hafazan al-Quran dengan pembangunan kemahiran industri untuk melahirkan modal insan Islam Sabah yang berketerampilan tinggi, berakhlak mulia, serta sedia melangkah ke alam kerjaya mahupun keusahawanan.

โ€‹Pihak pengurusan ADTEC Sandakan berharap sinergi berterusan ini dapat menjadi wadah kukuh dalam melahirkan generasi muda yang bukan sahaja teguh dari sudut spiritual, malah berdaya saing tinggi dalam bidang teknikal demi kemajuan dan kesejahteraan Negeri Sabah secara keseluruhan.

"๐™€๐™ข๐™ฅ๐™ค๐™ฌ๐™š๐™ง๐™ž๐™ฃ๐™œ ๐™Ž๐™ ๐™ž๐™ก๐™ก๐™จ, ๐™„๐™œ๐™ฃ๐™ž๐™ฉ๐™ž๐™ฃ๐™œ ๐™๐™ช๐™ฉ๐™ช๐™ง๐™š๐™จ"
"๐™ˆ๐™š๐™ข๐™ฅ๐™š๐™ง๐™ ๐™–๐™จ๐™–๐™ ๐™–๐™ฃ ๐™†๐™š๐™ข๐™–๐™๐™ž๐™ง๐™–๐™ฃ, ๐™ˆ๐™š๐™ฃ๐™ฎ๐™š๐™ข๐™–๐™ง๐™–๐™ ๐™ ๐™–๐™ฃ ๐™ˆ๐™–๐™จ๐™– ๐™ƒ๐™–๐™™๐™–๐™ฅ๐™–๐™ฃ"

Emel: [email protected]
Telefon: 089-240500
Website: https://adtecsandakan.gov.my
Facebook: ADTEC Sandakan
Instagram: www.instagram.com/adtecsandakan
Tiktok: www.tiktok.com/
โฃ

๐—Ÿ๐—”๐—ช๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—ง๐—ฅ๐—”๐—ง๐—˜๐—š๐—œ๐—ž ๐—ฅ๐—˜๐—๐—œ๐— ๐—˜๐—ก ๐Ÿด๐Ÿด๐Ÿญ ๐—ฃ๐—จ๐—ง๐——18 September 2026 | Jumaat โ€“ ADTEC JTM Kampus Sandakan menerima kunjungan rasmi daripa...
19/09/2026

๐—Ÿ๐—”๐—ช๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—ง๐—ฅ๐—”๐—ง๐—˜๐—š๐—œ๐—ž ๐—ฅ๐—˜๐—๐—œ๐— ๐—˜๐—ก ๐Ÿด๐Ÿด๐Ÿญ ๐—ฃ๐—จ๐—ง๐——

18 September 2026 | Jumaat โ€“ ADTEC JTM Kampus Sandakan menerima kunjungan rasmi daripada Detasmen Rejimen 881 Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD) bagi meneroka potensi kerjasama strategik dalam bidang New Emerging Technologies. Kunjungan ini diketuai oleh Major Ahmad Zulfadzli bin Abdul Manan bersama delegasi bagi meninjau secara dekat kesiagaan fasiliti serta peralatan di DroneLab Bahagian Teknologi Telekomunikasi.

โ€‹Ketibaan delegasi PUTD telah disambut mesra oleh Timbalan Pengarah (Latihan) ADTEC Sandakan, Ts. Suhaidi bin Mustar. Sesi pertemuan ini turut diserikan dengan kehadiran Encik Lau Yoke Wee, wakil daripada syarikat Drone For Speed (DFS) Sdn. Bhd., yang bersama-sama berkongsi pandangan serta kepakaran dalam arena teknologi dron.

โ€‹Sesi perbincangan awal ini berfokus kepada penerokaan ruang kolaborasi inter-agensi, perancangan kursus kemahiran khas, cadangan program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR), serta pengoptimuman guna sama fasiliti teknologi berimpak tinggi. Menerusi langkah awal ini, pendedahan kepakaran antara latihan TVET, agensi keselamatan negara, dan pihak industri dijangka mampu memperkasakan lagi pembangunan modal insan tempatan dalam bidang pembuatan aditif (3D Printing) dan teknologi dron.

โ€‹Pihak pengurusan ADTEC Sandakan sentiasa menyambut baik inisiatif rundingan merentas sektor ini sebagai langkah proaktif meluaskan fungsi dan peranan latihan TVET. Usaha berterusan ini sejajar dengan aspirasi Jabatan Tenaga Manusia (JTM) dan Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) dalam melahirkan Wira Kesuma yang serba boleh, berinovasi, serta bersedia mendepani cabaran Future Skills.

"๐™€๐™ข๐™ฅ๐™ค๐™ฌ๐™š๐™ง๐™ž๐™ฃ๐™œ ๐™Ž๐™ ๐™ž๐™ก๐™ก๐™จ, ๐™„๐™œ๐™ฃ๐™ž๐™ฉ๐™ž๐™ฃ๐™œ ๐™๐™ช๐™ฉ๐™ช๐™ง๐™š๐™จ"
"๐™ˆ๐™š๐™ข๐™ฅ๐™š๐™ง๐™ ๐™–๐™จ๐™–๐™ ๐™–๐™ฃ ๐™†๐™š๐™ข๐™–๐™๐™ž๐™ง๐™–๐™ฃ, ๐™ˆ๐™š๐™ฃ๐™ฎ๐™š๐™ข๐™–๐™ง๐™–๐™ ๐™ ๐™–๐™ฃ ๐™ˆ๐™–๐™จ๐™– ๐™ƒ๐™–๐™™๐™–๐™ฅ๐™–๐™ฃ"

Emel: [email protected]
Telefon: 089-240500
Website: https://adtecsandakan.gov.my
Facebook: www.facebook.com/ilpsdk
Instagram: www.instagram.com/adtecsandakan
Tiktok: www.tiktok.com/
โฃ

๐—ž๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—จ๐—”๐—ก ๐—˜๐— ๐—”๐—ฆ ๐——๐—œ ๐—ช๐—œ๐—ก๐—ฆ๐—ง๐—˜๐—  ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ18 September 2026 | Jumaat โ€“ Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan! ADTEC JTM Kampus ...
18/09/2026

๐—ž๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—จ๐—”๐—ก ๐—˜๐— ๐—”๐—ฆ ๐——๐—œ ๐—ช๐—œ๐—ก๐—ฆ๐—ง๐—˜๐—  ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

18 September 2026 | Jumaat โ€“ Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan! ADTEC JTM Kampus Sandakan sekali lagi melakar pencapaian gilang-gemilang apabila berjaya meriahkan Pingat Emas (Gold Medal) menerusi pertandingan World Innovation in STEM Competition 2026 (WINSTEM2026).

โ€‹Kejayaan manis ini dilakar menerusi inovasi berimpak tinggi bertajuk eMODUL-IKR: Platform Pembelajaran Digital TVET Berasaskan PWA. Hasil cipta berteraskan Future Skills ini dijayakan oleh pasukan pelatih berbakat iaitu Jiji bin Jukup, Arnizam bin Awang Roslan, dan Muhammad Hasyim bin Umar, di bawah bimbingan penasihat, Ts. Syed Mohd Yusri bin Mohd Yusoff.

โ€‹Platform eMODUL-IKR ini dibangunkan bagi memberikan pengalaman pembelajaran yang fleksibel dan interaktif menerusi ciri-ciri utama seperti akses mudah, kebolehan digunakan di pelbagai peranti, serta sokongan mod luar talian (offline mode). Inovasi berasaskan Progressive Web App (PWA) ini menjadi pendorong utama dalam memodernkan ekosistem pembelajaran TVET agar kekal relevan dengan perkembangan teknologi digital semasa.

โ€‹Pencapaian cemerlang ini membuktikan keupayaan serta kebitaraan warga ADTEC Sandakan dalam menghasilkan produk inovasi yang berdaya saing tinggi. Pihak pengurusan institut merakamkan penghargaan mendalam atas usaha gigih pasukan dalam mengharumkan nama institusi, Jabatan Tenaga Manusia (JTM), serta Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).

"๐™€๐™ข๐™ฅ๐™ค๐™ฌ๐™š๐™ง๐™ž๐™ฃ๐™œ ๐™Ž๐™ ๐™ž๐™ก๐™ก๐™จ, ๐™„๐™œ๐™ฃ๐™ž๐™ฉ๐™ž๐™ฃ๐™œ ๐™๐™ช๐™ฉ๐™ช๐™ง๐™š๐™จ"
"๐™ˆ๐™š๐™ข๐™ฅ๐™š๐™ง๐™ ๐™–๐™จ๐™–๐™ ๐™–๐™ฃ ๐™†๐™š๐™ข๐™–๐™๐™ž๐™ง๐™–๐™ฃ, ๐™ˆ๐™š๐™ฃ๐™ฎ๐™š๐™ข๐™–๐™ง๐™–๐™ ๐™ ๐™–๐™ฃ ๐™ˆ๐™–๐™จ๐™– ๐™ƒ๐™–๐™™๐™–๐™ฅ๐™–๐™ฃ"

Emel: [email protected]
Telefon: 089-240500
Website: https://adtecsandakan.gov.my
Facebook: www.facebook.com/ilpsdk
Instagram: www.instagram.com/adtecsandakan
Tiktok: www.tiktok.com/
โฃ

๐— ๐—˜๐— ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—”๐—ฆ๐—” ๐—ง๐—ฉ๐—˜๐—ง ๐—š๐—˜๐—ก๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—œ ๐— ๐—”๐——๐—”๐—ก๐—œ ๐—ฆ๐—”๐—ก๐——๐—”๐—ž๐—”๐—ก12 September 2026 | Sabtu โ€” ADTEC JTM Kampus Sandakan telah menyertai Promosi da...
17/09/2026

๐— ๐—˜๐— ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—”๐—ฆ๐—” ๐—ง๐—ฉ๐—˜๐—ง ๐—š๐—˜๐—ก๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—œ ๐— ๐—”๐——๐—”๐—ก๐—œ ๐—ฆ๐—”๐—ก๐——๐—”๐—ž๐—”๐—ก

12 September 2026 | Sabtu โ€” ADTEC JTM Kampus Sandakan telah menyertai Promosi dan Pameran sempena Karnival Kita Generasi MADANI SMK Elopura II, Sandakan, yang berlangsung bermula jam 8.00 pagi.

Penyertaan ADTEC JTM Kampus Sandakan melibatkan tiga (3) orang pegawai Bahagian Pengurusan Pelajar dan Latihan (BPPL) bersama tiga (3) orang pelajar daripada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).

Antara tarikan utama booth ADTEC JTM Kampus Sandakan ialah pameran hasil kerja pelajar bidang Teknologi Fabrikasi Struktur Logam (Minyak dan Gas). Pameran tersebut memberi peluang kepada para pengunjung untuk melihat hasil pembelajaran secara lebih dekat serta memahami kemahiran teknikal yang dipelajari oleh pelajar dalam bidang TVET.

Sepanjang karnival berlangsung, booth ADTEC JTM Kampus Sandakan menerima kunjungan yang menggalakkan daripada para pelajar. Para pelajar turut mengambil kesempatan untuk mendapatkan maklumat berkaitan program pengajian, bidang kemahiran serta peluang melanjutkan pengajian dan membina kerjaya dalam sektor teknikal dan industri.

Karnival ini turut disertai oleh beberapa institusi dan organisasi lain termasuk Open University Malaysia (OUM), Kolej Vokasional, Bank Islam, Bank Koperasi dan Proton. Pelajar dari sekolah-sekolah sekitar Sandakan, termasuk SMK Fajar, turut hadir memeriahkan karnival.

Penyertaan dalam program seperti ini merupakan platform penting bagi ADTEC JTM Kampus Sandakan memperkenalkan pendidikan dan latihan TVET kepada generasi muda, khususnya dalam membantu pelajar mengenal pasti bidang kemahiran yang bersesuaian dengan minat, potensi dan keperluan industri.

Diharapkan usaha berterusan ini dapat meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan TVET serta membuka lebih banyak peluang kepada generasi muda untuk memilih laluan pendidikan kemahiran sebagai pilihan kerjaya masa hadapan.

"๐™€๐™ข๐™ฅ๐™ค๐™ฌ๐™š๐™ง๐™ž๐™ฃ๐™œ ๐™Ž๐™ ๐™ž๐™ก๐™ก๐™จ, ๐™„๐™œ๐™ฃ๐™ž๐™ฉ๐™ž๐™ฃ๐™œ ๐™๐™ช๐™ฉ๐™ช๐™ง๐™š๐™จ"
"๐™ˆ๐™š๐™ข๐™ฅ๐™š๐™ง๐™ ๐™–๐™จ๐™–๐™ ๐™–๐™ฃ ๐™†๐™š๐™ข๐™–๐™๐™ž๐™ง๐™–๐™ฃ, ๐™ˆ๐™š๐™ฃ๐™ฎ๐™š๐™ข๐™–๐™ง๐™–๐™ ๐™ ๐™–๐™ฃ ๐™ˆ๐™–๐™จ๐™– ๐™ƒ๐™–๐™™๐™–๐™ฅ๐™–๐™ฃ"

Emel: [email protected]
Telefon: 089-240500
Website: https://adtecsandakan.gov.my
Facebook: www.facebook.com/ilpsdk
Instagram: www.instagram.com/adtecsandakan
Tiktok: www.tiktok.com/
โฃ

๐—ฆ๐—˜๐— ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ž ๐—ฆ๐—”๐— ๐—•๐—จ๐—ง๐—”๐—ก ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—ฆ๐—œ๐—” ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ16 September 2026 | Rabu โ€“ Program Hari Malaysia 2026 ADTEC JTM Kampus Sandakan telah...
16/09/2026

๐—ฆ๐—˜๐— ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ž ๐—ฆ๐—”๐— ๐—•๐—จ๐—ง๐—”๐—ก ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—ฆ๐—œ๐—” ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

16 September 2026 | Rabu โ€“ Program Hari Malaysia 2026 ADTEC JTM Kampus Sandakan telah berlangsung dengan meriah bertempat di Dewan Kuliah Utama (DKU), ADTEC JTM Kampus Sandakan. Program ini dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Sesi 2/2026 di bawah seliaan Bahagian Pengurusan Pelajar dan Latihan (BPPL), ADTEC JTM Kampus Sandakan.

Program ini dianjurkan bersempena sambutan Hari Malaysia sebagai salah satu usaha untuk memupuk semangat patriotisme, perpaduan dan kecintaan terhadap negara dalam kalangan pelajar. Pelbagai aktiviti menarik telah disediakan bagi memastikan para pelajar dapat bersama-sama meraikan Hari Malaysia dalam suasana yang meriah, santai dan penuh dengan semangat kekitaan.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah Pertandingan Pakaian Etnik, Pertandingan Lagu Patriotik, Pertandingan Poster Kemerdekaan menggunakan AI serta Cabutan Bertuah.

Pertandingan Pakaian Etnik menjadi antara acara yang menarik perhatian apabila para pelajar tampil dengan pelbagai busana etnik dan pakaian kebangsaan yang melambangkan kepelbagaian budaya serta identiti masyarakat Malaysia.

Pertandingan Lagu Patriotik p**a memberi peluang kepada para pelajar untuk menzahirkan semangat cintakan negara melalui persembahan nyanyian secara solo dan duet. Persembahan yang disampaikan turut menceriakan suasana program dan menghidupkan semangat patriotisme dalam kalangan warga kampus.

Turut menarik perhatian ialah Pertandingan Poster Kemerdekaan menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI). Pertandingan ini memberi ruang kepada para pelajar untuk mengetengahkan kreativiti dan idea dalam menghasilkan karya bertemakan kemerdekaan dengan memanfaatkan teknologi semasa.

Sebagai kemeriahan tambahan, Cabutan Bertuah turut diadakan dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para pelajar.

Penganjuran Program Hari Malaysia ini bukan sahaja menjadi platform untuk meraikan kepelbagaian budaya dan semangat patriotisme, malah turut mengeratkan hubungan silaturahim antara pelajar daripada pelbagai program pengajian di ADTEC JTM Kampus Sandakan.

Semangat Hari Malaysia hendaklah terus diterjemahkan melalui perpaduan, kerjasama, saling menghormati dan semangat kekitaan dalam kalangan seluruh warga kampus. Kepelbagaian yang ada merupakan kekuatan yang perlu dihargai dan dipelihara bersama.

Pihak ADTEC JTM Kampus Sandakan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Sesi 2/2026 di bawah seliaan BPPL serta semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Program Hari Malaysia 2026. Terima kasih juga diucapkan kepada seluruh pelajar yang telah memberikan komitmen dan menyertai program dengan penuh semangat.

Semoga penganjuran program seperti ini dapat terus menyemarakkan semangat patriotisme dan perpaduan dalam kalangan pelajar serta melahirkan generasi TVET yang berkemahiran, berdisiplin dan mempunyai jati diri yang kukuh.

๐—ฆ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—  ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—ฆ๐—œ๐—”! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโค๏ธ

"๐™€๐™ข๐™ฅ๐™ค๐™ฌ๐™š๐™ง๐™ž๐™ฃ๐™œ ๐™Ž๐™ ๐™ž๐™ก๐™ก๐™จ, ๐™„๐™œ๐™ฃ๐™ž๐™ฉ๐™ž๐™ฃ๐™œ ๐™๐™ช๐™ฉ๐™ช๐™ง๐™š๐™จ"
"๐™ˆ๐™š๐™ข๐™ฅ๐™š๐™ง๐™ ๐™–๐™จ๐™–๐™ ๐™–๐™ฃ ๐™†๐™š๐™ข๐™–๐™๐™ž๐™ง๐™–๐™ฃ, ๐™ˆ๐™š๐™ฃ๐™ฎ๐™š๐™ข๐™–๐™ง๐™–๐™ ๐™ ๐™–๐™ฃ ๐™ˆ๐™–๐™จ๐™– ๐™ƒ๐™–๐™™๐™–๐™ฅ๐™–๐™ฃ"

Emel: [email protected]
Telefon: 089-240500
Website: https://adtecsandakan.gov.my
Facebook: www.facebook.com/ilpsdk
Instagram: www.instagram.com/adtecsandakan
Tiktok: www.tiktok.com/
โฃ

Kepelbagaian budaya, keharmonian, dan perpaduan yang kukuh sentiasa menjadi teras kekuatan kita dalam memacu pembangunan...
16/09/2026

Kepelbagaian budaya, keharmonian, dan perpaduan yang kukuh sentiasa menjadi teras kekuatan kita dalam memacu pembangunan modal insan serta kemajuan negara menerusi pendidikan TVET.

Semoga detik bersejarah ini terus menyemarakkan semangat integrasi nasional dan kesatuan dalam jiwa Wira Kesuma demi kesejahteraan bersama.

Selamat menyambut Hari Malaysia ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

"๐™€๐™ข๐™ฅ๐™ค๐™ฌ๐™š๐™ง๐™ž๐™ฃ๐™œ ๐™Ž๐™ ๐™ž๐™ก๐™ก๐™จ, ๐™„๐™œ๐™ฃ๐™ž๐™ฉ๐™ž๐™ฃ๐™œ ๐™๐™ช๐™ฉ๐™ช๐™ง๐™š๐™จ"
"๐™ˆ๐™š๐™ข๐™ฅ๐™š๐™ง๐™ ๐™–๐™จ๐™–๐™ ๐™–๐™ฃ ๐™†๐™š๐™ข๐™–๐™๐™ž๐™ง๐™–๐™ฃ, ๐™ˆ๐™š๐™ฃ๐™ฎ๐™š๐™ข๐™–๐™ง๐™–๐™ ๐™ ๐™–๐™ฃ ๐™ˆ๐™–๐™จ๐™– ๐™ƒ๐™–๐™™๐™–๐™ฅ๐™–๐™ฃ"

Emel: [email protected]
Telefon: 089-240500
Website: https://adtecsandakan.gov.my
Facebook: ADTEC Sandakan
Instagram: www.instagram.com/adtecsandakan
Tiktok: www.tiktok.com/
โฃ

๐—ฃ๐—˜๐—ก๐——๐—˜๐——๐—”๐—›๐—”๐—ก ๐—ง๐—ฉ๐—˜๐—ง ๐—ฅ๐—˜๐—ฉ๐—ข๐—Ÿ๐—จ๐—ฆ๐—œ ๐——๐—œ๐—š๐—œ๐—ง๐—”๐—Ÿ14 September 2026 | Isnin โ€“ ADTEC JTM Kampus Sandakan telah berbesar hati menerima satu ...
15/09/2026

๐—ฃ๐—˜๐—ก๐——๐—˜๐——๐—”๐—›๐—”๐—ก ๐—ง๐—ฉ๐—˜๐—ง ๐—ฅ๐—˜๐—ฉ๐—ข๐—Ÿ๐—จ๐—ฆ๐—œ ๐——๐—œ๐—š๐—œ๐—ง๐—”๐—Ÿ

14 September 2026 | Isnin โ€“ ADTEC JTM Kampus Sandakan telah berbesar hati menerima satu lawatan sambil belajar daripada Kelab Robotik dan Inovasi Digital, Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tun Mustapha, Tawau. Sesi lawatan yang berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 12.30 tengah hari ini telah disertai oleh 10 orang pelajar dan diiringi oleh tiga orang guru pengiring.

Objektif utama program ini adalah untuk memberi pendedahan secara langsung kepada para pelajar mengenai persekitaran alam pekerjaan dan teknologi terkini, di samping mencetuskan inspirasi agar mereka terus mendalami ilmu pengetahuan dalam bidang robotik, teknologi dron, dan inovasi digital.

Sepanjang program tersebut, delegasi pelajar telah dibawa melawat ke fasiliti latihan utama di ADTEC Sandakan, iaitu Bengkel Teknologi Komputer Rangkaian (TKR) dan Bengkel Teknologi Telekomunikasi (TELCOM). Pendekatan lawatan ini tidak hanya tertumpu kepada sesi taklimat semata-mata, malah para pelajar turut diberi peluang keemasan untuk merasai sendiri pengalaman melakukan kerja-kerja amali (hands-on) Pemasangan CPU di TKR dan kendalian Drone Soccer di TELCOM.

Setiap aktiviti praktikal yang dijalankan telah dibimbing secara terus oleh tenaga pengajar pakar di setiap bengkel dan dibantu oleh para pelajar institut bagi memastikan kelancaran dan kefahaman optimum para pelajar.
Pihak pengurusan ADTEC Sandakan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kunjungan pihak MRSM Tun Mustapha Tawau ke kampus ini. Adalah menjadi harapan pihak institusi agar program libat urus seumpama ini dapat berfungsi sebagai satu medium promosi yang berkesan dalam menarik minat para pelajar sekolah.

Melalui pendedahan holistik yang diberikan, diharap ia dapat meyakinkan generasi muda untuk memilih dan menyertai bidang-bidang latihan kemahiran berteraskan teknologi (TVET) yang ditawarkan di ADTEC Sandakan pada masa hadapan.

"๐™€๐™ข๐™ฅ๐™ค๐™ฌ๐™š๐™ง๐™ž๐™ฃ๐™œ ๐™Ž๐™ ๐™ž๐™ก๐™ก๐™จ, ๐™„๐™œ๐™ฃ๐™ž๐™ฉ๐™ž๐™ฃ๐™œ ๐™๐™ช๐™ฉ๐™ช๐™ง๐™š๐™จ"
"๐™ˆ๐™š๐™ข๐™ฅ๐™š๐™ง๐™ ๐™–๐™จ๐™–๐™ ๐™–๐™ฃ ๐™†๐™š๐™ข๐™–๐™๐™ž๐™ง๐™–๐™ฃ, ๐™ˆ๐™š๐™ฃ๐™ฎ๐™š๐™ข๐™–๐™ง๐™–๐™ ๐™ ๐™–๐™ฃ ๐™ˆ๐™–๐™จ๐™– ๐™ƒ๐™–๐™™๐™–๐™ฅ๐™–๐™ฃ"

Emel: [email protected]
Telefon: 089-240500
Website: https://adtecsandakan.gov.my
Facebook: www.facebook.com/ilpsdk
Instagram: www.instagram.com/adtecsandakan
Tiktok: www.tiktok.com/
โฃ

๐— ๐—˜๐— ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—”๐—ฆ๐—” ๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—œ๐—”๐—ฃ๐—ฆ๐—œ๐—”๐—š๐—”๐—”๐—ก ๐—ช๐—œ๐—ฅ๐—” ๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—จ๐— ๐—”10 September 2026 | Khamis - ADTEC JTM Kampus Sandakan terus komited dalam memperkas...
13/09/2026

๐— ๐—˜๐— ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—”๐—ฆ๐—” ๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—œ๐—”๐—ฃ๐—ฆ๐—œ๐—”๐—š๐—”๐—”๐—ก ๐—ช๐—œ๐—ฅ๐—” ๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—จ๐— ๐—”

10 September 2026 | Khamis - ADTEC JTM Kampus Sandakan terus komited dalam memperkasa pembangunan sahsiah, kemahiran insaniah dan kesiapsiagaan pelajar melalui pelaksanaan Program Ko-Kurikulum Pelajar ADTEC JTM Kampus Sandakan bersama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang berlangsung pada 9 hingga 10 September 2026.

Program selama dua hari ini melibatkan seramai 58 orang pelajar Semester 1, terdiri daripada 28 orang pelajar Teknologi Automotif (TAUTO) dan 30 orang pelajar Teknologi Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara (TPPU).

Pelaksanaan program ini bertujuan memberikan pendedahan kepada pelajar berkaitan keselamatan diri, pertolongan cemas, kesiapsiagaan menghadapi kecemasan serta pengurusan bencana. Melalui penglibatan dalam aktiviti yang dijalankan bersama APM, para pelajar berpeluang meningkatkan pengetahuan dan kemahiran praktikal yang boleh diaplikasikan dalam situasi kecemasan.

Selain aspek keselamatan, program ini turut menjadi platform dalam membentuk pelajar yang lebih berdisiplin, berkeyakinan, bertanggungjawab dan mampu bekerja secara berpasukan. Pendedahan seumpama ini amat penting dalam melahirkan graduan berkemahiran yang bukan sahaja kompeten dalam bidang teknikal, malah mempunyai nilai tambah dari aspek kepimpinan dan kesukarelawanan.

Majlis Perasmian dan Penutupan Program telah diadakan pada 10 September 2026 dan telah dirasmikan oleh Ts. Suhaidi bin Mustar, Timbalan Pengarah (Latihan), ADTEC JTM Kampus Sandakan. Turut hadir ialah Encik Syafiq bin Masbak, Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Pelajar dan Latihan (BPPL) serta Lt. M (PA) Qurratu Ainie Khan binti Mars Khan, selaku wakil Pegawai Pertahanan Awam Daerah Sandakan yang juga bertindak sebagai Penyelaras Program.

Majlis tersebut turut menjadi simbolik kepada kejayaan pelaksanaan program yang memberi pengalaman bermakna kepada para pelajar dalam memahami kepentingan kesiapsiagaan dan tindakan yang tepat ketika berhadapan dengan situasi kecemasan.

Kerjasama antara ADTEC JTM Kampus Sandakan dan APM ini diharapkan dapat terus diperkukuhkan melalui pelaksanaan program-program pembangunan pelajar pada masa akan datang. Usaha berterusan ini selaras dengan aspirasi institusi untuk melahirkan graduan TVET yang berkemahiran tinggi, berdisiplin, berdaya saing dan mempunyai kesedaran terhadap tanggungjawab kepada masyarakat.

"๐™€๐™ข๐™ฅ๐™ค๐™ฌ๐™š๐™ง๐™ž๐™ฃ๐™œ ๐™Ž๐™ ๐™ž๐™ก๐™ก๐™จ, ๐™„๐™œ๐™ฃ๐™ž๐™ฉ๐™ž๐™ฃ๐™œ ๐™๐™ช๐™ฉ๐™ช๐™ง๐™š๐™จ"
"๐™ˆ๐™š๐™ข๐™ฅ๐™š๐™ง๐™ ๐™–๐™จ๐™–๐™ ๐™–๐™ฃ ๐™†๐™š๐™ข๐™–๐™๐™ž๐™ง๐™–๐™ฃ, ๐™ˆ๐™š๐™ฃ๐™ฎ๐™š๐™ข๐™–๐™ง๐™–๐™ ๐™ ๐™–๐™ฃ ๐™ˆ๐™–๐™จ๐™– ๐™ƒ๐™–๐™™๐™–๐™ฅ๐™–๐™ฃ"

Emel: [email protected]
Telefon: 089-240500
Website: https://adtecsandakan.gov.my
Facebook: www.facebook.com/ilpsdk
Instagram: www.instagram.com/adtecsandakan
Tiktok: www.tiktok.com/
โฃ

๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—จ๐—ก๐—š๐—ฆ๐—œ๐—”๐—ก ๐—•๐—”๐—ก๐—š๐—จ๐—ก๐—”๐—ก9 September 2026 | Rabu โ€“ ADTEC JTM Kampus Sandakan telah menganjurkan Progr...
12/09/2026

๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—จ๐—ก๐—š๐—ฆ๐—œ๐—”๐—ก ๐—•๐—”๐—ก๐—š๐—จ๐—ก๐—”๐—ก

9 September 2026 | Rabu โ€“ ADTEC JTM Kampus Sandakan telah menganjurkan Program Keselamatan dan Pengungsian Bangunan dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sandakan. Program yang berlangsung dari 8.30 pagi hingga 12.00 tengah hari di Dewan Kuliah Utama (DKU) ini melibatkan penyertaan warga kerja dan pelajar ADTEC JTM Kampus Sandakan. Turut bersama dalam program ini ialah kakitangan dan pelajar daripada Kampus Satelit CIAST (CSC) Sandakan serta NIOSH Sandakan.

Program dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Timbalan Pengarah Latihan ADTEC JTM Kampus Sandakan, diikuti dengan Taklimat Kecemasan dan Pengungsian Bangunan yang disampaikan oleh pihak JBPM Sandakan. Taklimat ini bertujuan meningkatkan kesedaran, pengetahuan serta kesiapsiagaan warga kampus dalam menghadapi situasi kecemasan, di samping memberi pendedahan mengenai tatacara pengungsian bangunan yang betul, teratur dan selamat.

Seramai 5 orang anggota JBPM Sandakan terlibat dalam pelaksanaan program ini, diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan I, Mohd Shahril Akmal Bin Sudikin , bersama 4 orang anggota lain yang menaiki jentera bomba, khususnya dalam sesi latihan dan penilaian pengungsian bangunan secara praktikal. Aktiviti tersebut melibatkan Bahagian Teknologi Kimpalan dan Teknologi Fabrikasi Struktur Logam, serta Bahagian Pengurusan & Pentadbiran, NIOSH Sandakan dan Kampus Satelit CIAST Sandakan. Para peserta berpeluang mempraktikkan prosedur pengungsian bangunan dengan teratur dan berkumpul di tempat berkumpul yang telah ditetapkan di bawah pemantauan serta penilaian pihak JBPM Sandakan.

Program turut diserikan dengan demonstrasi pemadaman kebakaran oleh pihak JBPM Sandakan. Selepas demonstrasi tersebut, wakil daripada pelajar, kakitangan ADTEC JTM Kampus Sandakan, CIAST serta pengawal keselamatan institusi diberi peluang untuk mempraktikkan sendiri teknik pemadaman kebakaran menggunakan alat pemadam api dengan bimbingan anggota bomba. Aktiviti ini memberikan pengalaman praktikal kepada para peserta serta meningkatkan keyakinan mereka untuk bertindak dengan betul dan selamat sekiranya berlaku insiden kebakaran.

Secara keseluruhannya, Program Keselamatan dan Pengungsian Bangunan ADTEC JTM Kampus Sandakan telah berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan. Kerjasama erat antara ADTEC JTM Kampus Sandakan, JBPM Sandakan, CIAST dan NIOSH dalam menjayakan program ini diharapkan dapat memperkukuh budaya keselamatan serta meningkatkan tahap kesiapsiagaan seluruh warga kampus dalam menghadapi sebarang situasi kecemasan.

"๐™€๐™ข๐™ฅ๐™ค๐™ฌ๐™š๐™ง๐™ž๐™ฃ๐™œ ๐™Ž๐™ ๐™ž๐™ก๐™ก๐™จ, ๐™„๐™œ๐™ฃ๐™ž๐™ฉ๐™ž๐™ฃ๐™œ ๐™๐™ช๐™ฉ๐™ช๐™ง๐™š๐™จ"
"๐™ˆ๐™š๐™ข๐™ฅ๐™š๐™ง๐™ ๐™–๐™จ๐™–๐™ ๐™–๐™ฃ ๐™†๐™š๐™ข๐™–๐™๐™ž๐™ง๐™–๐™ฃ, ๐™ˆ๐™š๐™ฃ๐™ฎ๐™š๐™ข๐™–๐™ง๐™–๐™ ๐™ ๐™–๐™ฃ ๐™ˆ๐™–๐™จ๐™– ๐™ƒ๐™–๐™™๐™–๐™ฅ๐™–๐™ฃ"

Emel: [email protected]
Telefon: 089-240500
Website: https://adtecsandakan.gov.my
Facebook: www.facebook.com/ilpsdk
Instagram: www.instagram.com/adtecsandakan
Tiktok: www.tiktok.com/
โฃ

Address

ADTEC JTM Kampus Sandakan, Batu 5, Jalan Sibuga
Sandakan
90000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when ADTEC Sandakan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to ADTEC Sandakan:

Shortcuts

Share