22/05/2026
PROGRAM RYTHM – RITMA KEHIDUPAN HARMONI : SUKARELAWAN BELIA DALAM PERKHIDMATAN KEBAJIKAN PROGRAM SIHAT WARGA EMAS
Tarikh : 19 Mei 2026 (Selasa)
Tempat : Rumah Warga Tua Sri Harapan, Sandakan
Antara objektif penganjuran program RYTHM adalah:
(i) Menambah baik perkhidmatan di lapangan bagi kesejahteraan kumpulan sasar melalui kerjasama strategik,
(ii) Menyediakan platform bagi mendedahkan belia dan golongan muda kepada peranan dan perkhidmatan kebajikan yang disediakan oleh JKM,
(iii) Memupuk semangat kesukarelawan dalam kalangan belia khususnya dalam membantu golongan memerlukan seperti warga emas dan OKU; dan
(iv) Menyemai nilai ihsan dan madani dalam kalangan belia dan pelajar-pelajara IPTA/S.
Program ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Mokran bin Ingkat, mewakili Ahli Parlimen P.184 Libaran.
Turut hadir adalah Yang berusaha, Encik Zulkiflie bin Hassan, Timbalan Pengarah Persekutuan, Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah, Yang berusaha, Tuan Haji Budun bin Haji Muari, Pengerusi Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE), Elopura, Sandakan, Yang Berusaha, Encik Mohd Syahrin bin Ibrahim, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sandakan, Yang Berusaha, Encik Jailani bin Majit, Memangku Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Kebajikan Produktif dan Komuniti, Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah dan Yang Berusaha, Encik Ansharey bin Matarsad, Penolong Pengarah Bahagian, Pejabat Kebajikan Bahagian Sandakan.