Pejabat RISDA Daerah Sandakan - Sabah

Directions Website Contact the organization

Pejabat RISDA Daerah Sandakan - Sabah RISDA adalah sebuah Badan Berkanun Persekutuan di bawah Kementerian Kemajuan Desa & Wilayah

πŒπ„πŒππ„π‘πŠπ€π’π€ πŠπŽπŒπ”ππˆπ“πˆ, πŒπ„ππ˜π€ππ“π”ππˆ ππ„πŠπ„ππ”π πŠπ„π‚πˆπ‹.Kegigihan warga kerja RISDA Stesen Tongod jelas terbukti apabila mereka te...
22/10/2026

πŒπ„πŒππ„π‘πŠπ€π’π€ πŠπŽπŒπ”ππˆπ“πˆ, πŒπ„ππ˜π€ππ“π”ππˆ ππ„πŠπ„ππ”π πŠπ„π‚πˆπ‹.

Kegigihan warga kerja RISDA Stesen Tongod jelas terbukti apabila mereka terus komited turun padang bagi menjayakan Program Kemakmuran Pekebun Kecil (PKPK) yang bertempat di Kampung Kenang-Kenangan, Tongod.

Bukan sekadar program biasa, inisiatif ini membawa misi besar untuk memastikan kelangsungan sosioekonomi penduduk setempat sentiasa terbela. Dengan semangat dedikasi yang tinggi, pasukan RISDA Stesen Tongod memastikan segala bantuan, pendedahan, dan khidmat nasihat sampai terus ke tangan mereka yang memerlukan, memastikan tiada pekebun kecil yang ketinggalan arus pembangunan.

Tahniah RISDA Stesen Tongod atas usaha murni dan komitmen yang tidak berbelah bahagi! Semoga penganjuran program ini terus menyuntik semangat dan memacu kemajuan ekonomi pekebun kecil getah di Kampung Kenang-Kenangan.





π‘πˆπ’πƒπ€ π’π€ππƒπ€πŠπ€π ππ„π‘πŠπ€π’π€ π„πŠπŽππŽπŒπˆ ππ„ππƒπ”πƒπ”πŠ πŒπ„ππ„π‘π”π’πˆ ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ πŠπ„πŒπ€πŠπŒπ”π‘π€π ππ„πŠπ„ππ”π πŠπ„π‚πˆπ‹ πƒπˆ πŠπ€πŒππ”ππ† 𝐔𝐋𝐔 πŒπ€πƒπ€πˆ.KUNAK: Pihak Berk...
22/10/2026

π‘πˆπ’πƒπ€ π’π€ππƒπ€πŠπ€π ππ„π‘πŠπ€π’π€ π„πŠπŽππŽπŒπˆ ππ„ππƒπ”πƒπ”πŠ πŒπ„ππ„π‘π”π’πˆ ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ πŠπ„πŒπ€πŠπŒπ”π‘π€π ππ„πŠπ„ππ”π πŠπ„π‚πˆπ‹ πƒπˆ πŠπ€πŒππ”ππ† 𝐔𝐋𝐔 πŒπ€πƒπ€πˆ.

KUNAK: Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) Stesen Tawau terus komited dalam membela nasib dan meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat luar bandar menerusi penganjuran Program Kemakmuran Pekebun Kecil (PKPK) yang diadakan di Kampung Ulu Madai, Kunak.

Program turun padang yang mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk setempat ini bertujuan untuk menyalurkan maklumat terkini mengenai pelbagai bantuan, inisiatif, dan perkhidmatan kerajaan yang disediakan khusus untuk komuniti pekebun kecil getah.

Jurucakap penganjur dari RISDA Stesen Tawau berkata, pelaksanaan PKPK di peringkat akar umbi adalah platform terbaik untuk menyantuni pekebun kecil secara bersemuka. Langkah ini bagi memastikan tiada golongan sasar yang tercicir daripada menerima manfaat kelolaan agensi tersebut.

Sepanjang program berlangsung, pelbagai pengisian bermanfaat telah disediakan. Antaranya termasuklah pembukaan kaunter bergerak RISDA bagi urusan semakan dan permohonan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT), permohonan Bantuan Tanam Semula Getah, serta taklimat kesedaran mengenai penyakit luruh daun getah.

Di samping itu, pihak RISDA turut memberi pendedahan meluas mengenai peluang keusahawanan melalui inisiatif Aktiviti Ekonomi Tambahan (AET). Program AET ini disasarkan bagi membantu ahli isi rumah pekebun kecil menjana pendapatan sampingan agar tidak bergantung semata-mata kepada hasil komoditi getah.

Penganjuran Program Kemakmuran Pekebun Kecil ini jelas mencerminkan keprihatinan RISDA dalam menyokong kelestarian sektor perladangan pekebun kecil, sekali gus memastikan kesejahteraan komuniti luar bandar terus terpelihara.





21/10/2026

Uinaa, makin rancak pekebun kita menoreh sama jual getah semenjak Kempen Gerakan Penorehan ni jalan!

Haaa, syok bah kan? Harga tengah tinggi ni, mantap masuk poket.

Bah, apa lagi bosku? Jomlah kita ramai-ramai turun menoreh sama jual hasil sekarang! πŸŒ³πŸ’Έ




BELURAN β€” Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) Stesen Sandakan komited dalam memperkasakan tar...
21/10/2026

BELURAN β€” Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) Stesen Sandakan komited dalam memperkasakan taraf sosioekonomi masyarakat luar bandar menerusi penganjuran Program Kemakmuran Pekebun Kecil (PKPK) yang telah berlangsung dengan jayanya di Kampung Muanad, Beluran. Program ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada para pekebun kecil di kawasan sekitar daerah ini.

Penganjuran program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif berterusan RISDA untuk merapatkan jurang ekonomi dan memastikan kelestarian pendapatan pekebun kecil, khususnya yang terlibat dalam sektor penanaman getah.

Sepanjang program berlangsung di Kampung Muanad, pelbagai aktiviti berimpak tinggi telah dilaksana bagi memberi manfaat langsung kepada komuniti. Antara pengisian utama termasuklah Taklimat Pengurusan Kebun serta taklimat bantuan Usahawan Bimbingan RISDA.

Menerusi pelaksanaan Program Kemakmuran Pekebun Kecil ini, RISDA Stesen Sandakan berharap agar kelestarian komuniti pekebun kecil di Beluran terus terpelihara, selari dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan pekebun kecil yang progresif, berdaya tahan, dan makmur menjelang tahun-tahun mendatang.





ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ πŠπ„πŒπ€πŠπŒπ”π‘π€π ππ„πŠπ„ππ”π πŠπ„π‚πˆπ‹ (𝐏𝐊𝐏𝐊) π‘πˆπ’πƒπ€ 𝐒𝐓𝐄𝐒𝐄𝐍 𝐓𝐀𝐖𝐀𝐔 ππ„π‘πŠπ€π’π€πŠπ€π π’πŽπ’πˆπŽπ„πŠπŽππŽπŒπˆ πŠπŽπŒπ”ππˆπ“πˆ πŠπ€πŒππ”ππ† 𝐓𝐀𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆 πŠπ€ππŽπ‘.SEMPOR...
21/10/2026

ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ πŠπ„πŒπ€πŠπŒπ”π‘π€π ππ„πŠπ„ππ”π πŠπ„π‚πˆπ‹ (𝐏𝐊𝐏𝐊) π‘πˆπ’πƒπ€ 𝐒𝐓𝐄𝐒𝐄𝐍 𝐓𝐀𝐖𝐀𝐔 ππ„π‘πŠπ€π’π€πŠπ€π π’πŽπ’πˆπŽπ„πŠπŽππŽπŒπˆ πŠπŽπŒπ”ππˆπ“πˆ πŠπ€πŒππ”ππ† 𝐓𝐀𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆 πŠπ€ππŽπ‘.

SEMPORNA – Pihak Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) Stesen Tawau telah berjaya menganjurkan Program Kemakmuran Pekebun Kecil (PKPK) yang memfokuskan kepada pemerkasaan sosioekonomi dan peningkatan taraf hidup masyarakat setempat di Kampung Tanjung Kapor, Semporna.

Program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif berterusan RISDA untuk memastikan golongan pekebun kecil di luar bandar mendapat akses kepada maklumat terkini, bantuan input pertanian, dan peluang penjanaan pendapatan tambahan.

Kehadiran penduduk Kampung Tanjung Kapor yang sebahagian besarnya mengusahakan tanaman getah amat menggalakkan. Antara pengisian utama yang diketengahkan sepanjang program berlangsung termasuklah Taklimat Amalan Pertanian Baik (GAP), Pendedahan Bantuan Keusahawanan, serta Kaunter Khidmat Pelanggan Bersepadu.

Penganjuran Program Kemakmuran Pekebun Kecil (PKPK) peringkat RISDA Stesen Tawau ini membuktikan komitmen utuh agensi tersebut dalam menjayakan agenda serampang dua mata: meningkatkan produktiviti hasil bumi negara dan pada masa yang sama, membasmi kemiskinan tegar dalam kalangan masyarakat pekebun kecil di Sabah. Pihak RISDA merancang untuk memperluas program seumpama ini ke beberapa kampung lain di sekitar Semporna dan Tawau dalam masa terdekat.





19/10/2026

𝗕𝗔𝗛, 𝗝𝗒𝗠 π— π—˜π—‘π—’π—₯π—˜π—›! πŸ’ͺ🌳

Kalau naik lagi harga getah, panggil RELA jaga kebun! πŸ˜‰βœŠ

Ayuh pekebun kecil Sabah, kita sama-sama aktifkan semula aktiviti penorehan demi meningkatkan pendapatan dan memajukan industri getah negara. πŸ‡²πŸ‡Ύ

Turun menoreh, tambah pendapatan! πŸ”₯

17/10/2026
17/10/2026

🌱 𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐆𝐄𝐓𝐀𝐇 ππ„π‘πŒπ€π‘π”π€π‡, π’πˆππ€π‘ 𝐇𝐀𝐑𝐀𝐏𝐀𝐍 ππ„πŠπ„ππ”π πŠπ„π‚πˆπ‹

Di sebalik setiap titisan getah, ada keringat, pengorbanan dan harapan sebuah keluarga!

Tiga strategi digariskan oleh YB Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib, Pengerusi RISDA di ucaptama beliau pada Majlis Perasmian Konvensyen Pekebun Kecil Getah Zon Sabah pada hari ini bagi mengangkat kembali martabat pekebun kecil ; Memperkukuh harga getah, mengutamakan getah asli tempatan dan memperluas penglibatan RISDA dalam industri hiliran.

Kerana setiap pekebun kecil berhak menikmati hasil titik peluh yang lebih baik. Semoga getah yang ditoreh hari ini menjadi sumber rezeki yang lebih bermakna untuk hari esok.

RISDA terus berusaha, demi pendapatan pekebun kecil yang lebih sejahtera.

17/10/2026

Address

D5-D8, Commercial Development Batu 7 Jalan Labuk, Bandar Labuk Jaya
Sandakan
90000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat RISDA Daerah Sandakan - Sabah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat RISDA Daerah Sandakan - Sabah:

Shortcuts

Share