Pemuda PBB Cawangan N45 Repok

Call Directions

Pemuda PBB Cawangan N45 Repok Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pemuda PBB Cawangan N45 Repok, Political Party, No. 35 Tingkat 1 Jalan Abdul Rahman, Sarikei.

Keterangan Laporan Polis Berhubung Perbuatan Memijak Bendera Sarawak (Ibu Pertiwi)21/8/2026 : LAPORAN POLIS BERHUBUNG PE...
21/08/2026

Keterangan Laporan Polis Berhubung Perbuatan Memijak Bendera Sarawak (Ibu Pertiwi)

21/8/2026 : LAPORAN POLIS BERHUBUNG PERBUATAN MEMIJAK BENDERA SARAWAK (IBU PERTIWI)

Kami yang mewakili tiga Cawangan Zon Tengah, iaitu N.41 Kuala Rajang, N.45 Repok dan N.46 Meradong, telah membuat laporan polis berhubung satu tindakan individu yang dipercayai telah memijak bendera Sarawak (Ibu Pertiwi).

Kami memandang serius perbuatan tersebut kerana bendera Sarawak merupakan salah satu simbol rasmi dan lambang identiti, maruah serta kedaulatan Negeri Sarawak. Tindakan memijak bendera tersebut dilihat sebagai satu perbuatan yang tidak menghormati simbol negeri dan boleh menimbulkan kemarahan serta ketegangan dalam kalangan masyarakat Sarawak.

Perbuatan berkenaan juga telah menimbulkan rasa tersinggung dan tidak senang hati dalam kalangan masyarakat, khususnya rakyat Sarawak yang amat menghargai bendera negeri sebagai lambang identiti dan kebanggaan bersama.

Sehubungan itu, kami memohon pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan secara menyeluruh terhadap kejadian tersebut, mengenal pasti individu yang terlibat serta mengambil tindakan sewajarnya sekiranya didapati berlaku kesalahan di bawah mana-mana undang-undang yang berkuat kuasa.

Kami juga berharap agar perkara ini dapat ditangani secara profesional dan mengikut lunas undang-undang bagi mengelakkan sebarang tindakan balas, provokasi atau ketegangan dalam kalangan masyarakat.

Laporan ini dibuat bukan bertujuan untuk mencetuskan permusuhan, sebaliknya sebagai tanda keprihatinan dan pendirian bahawa simbol rasmi Negeri Sarawak hendaklah dihormati oleh semua pihak tanpa mengira latar belakang.

Kami menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan dan mengambil tindakan yang sewajarnya berdasarkan fakta serta bukti yang diperoleh.

, , , ,

SARIKEI, 08 Ogos 2026 – Program Sarawakku Sayang 2026 Bahagian Sarikei membuka tirainya hari ini di Kompleks Sukan Sarik...
09/08/2026

SARIKEI, 08 Ogos 2026 – Program Sarawakku Sayang 2026 Bahagian Sarikei membuka tirainya hari ini di Kompleks Sukan Sarikei dengan menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan, NGO serta sektor swasta dalam menyediakan pelbagai perkhidmatan kepada masyarakat melalui konsep One-Stop Centre.

Program yang berlangsung selama tiga hari, bermula 07 Ogos hingga 09 Ogos 2026, menawarkan pelbagai perkhidmatan, pameran dan aktiviti komuniti sebagai platform untuk mendekatkan penyampaian perkhidmatan kerajaan kepada rakyat serta menyebarluaskan maklumat mengenai pelbagai inisiatif Kerajaan Sarawak.

26.07.2026 Datuk Dr Annuar Rapaee Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak (ADUN) bagi N55 Nangka dan merupakan Timbalan Mente...
27/07/2026

26.07.2026 Datuk Dr Annuar Rapaee Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak (ADUN) bagi N55 Nangka dan merupakan Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak bersama Syed Hamzah Wan Hamid Edruce Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) menyantuni delegasi Cawangan N45 Repok seramai 58 orang di Dapur Zalina Cafe, Sibu. Amalan mulia yang dituntut dalam Islam dan budaya bermasyarakat. Ia mencerminkan ketinggian akhlak serta mengeratkan ukhuwah.

26.07.2026 SIBU : KONVENSYEN KHAS PBB ZON TENGAH. Seramai 58 orang delegasi PBB Cawangan N.45 Repok yang mana terdiri da...
26/07/2026

26.07.2026 SIBU : KONVENSYEN KHAS PBB ZON TENGAH. Seramai 58 orang delegasi PBB Cawangan N.45 Repok yang mana terdiri daripada Bapa, Wanita, Pemuda dan Belia membuktikan komitmen, kesetiaan dan semangat perjuangan yang tinggi demi memperkukuh parti serta meneruskan pembangunan Sarawak.

Konvensyen Khas ini telah dirasmikan oleh YAB Premier Sarawak selaku Yang DiPertua Parti PBB Sarawak.

Majlis Malam Bersama Yb Tuan Hj Ahmad Johnnie Bin Zawawi Ketua Cawangan N.45 Repok dengan delegasi PBB N.45 di Tanahmas ...
25/07/2026

Majlis Malam Bersama Yb Tuan Hj Ahmad Johnnie Bin Zawawi Ketua Cawangan N.45 Repok dengan delegasi PBB N.45 di Tanahmas Sibu bersempena Konvensyen Khas Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak Peringkat Zon Tengah yang berlangsung esok hari.

Konvensyen Khas tersebut akan dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun Abang Haji Openg, Premier Sarawak merangkap Yang DiPertua Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak.

722 Konvoi Bermotosikal Program Semarak Kemerdekaan. Pemuda PBB N.45 turut memeriahkan konvoi dari Sarikei ke Bintangor ...
18/07/2026

722 Konvoi Bermotosikal Program Semarak Kemerdekaan. Pemuda PBB N.45 turut memeriahkan konvoi dari Sarikei ke Bintangor yang dirasmikan oleh YB YB Dato' Sri Huang Tiong Sii. Manakala di Bintangor kedatangan rombongan konvoi disambut oleh YB Datuk Kuong Hiing Ding.

Majlis makan malam Simpulan Kasih Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu PBB Sarawak Zon 7 yang disempurnakan oleh YB Da...
13/06/2026

Majlis makan malam Simpulan Kasih Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu PBB Sarawak Zon 7 yang disempurnakan oleh YB Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah Ketua Pergerakan Wanita PBB Sarawak, Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak N
56 Dalat.

Rombongan PBB N.45 Repok mengiringi YB Tuan Hj Ahmad Johnnie Hj Zawawi bagi Majlis Ngiling Bidai SK Bukit Papit.
13/06/2026

Rombongan PBB N.45 Repok mengiringi YB Tuan Hj Ahmad Johnnie Hj Zawawi bagi Majlis Ngiling Bidai SK Bukit Papit.

YB Dato' Sri Huang Tiong Sii telah menyempurnakan program Qurban Perdana di Masjid Nur Permai. Beliau telah menyumbangka...
28/05/2026

YB Dato' Sri Huang Tiong Sii telah menyempurnakan program Qurban Perdana di Masjid Nur Permai. Beliau telah menyumbangkan 3 ekor sapi kepada PBB N.45 Repok.

Mesyuarat Kurban Perdana untuk agihan tugas pada 28/5/2026 di Masjid Nur Permai.
17/05/2026

Mesyuarat Kurban Perdana untuk agihan tugas pada 28/5/2026 di Masjid Nur Permai.

Address

No. 35 Tingkat 1 Jalan Abdul Rahman
Sarikei
96100

Telephone

+6084655041

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pemuda PBB Cawangan N45 Repok posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share