Polis Sarikei

Call Directions Contact the organization

Polis Sarikei FB rasmi IPD Sarikei. Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada.

14/10/2026
KENYATAAN JUALAN LELONG ASET ALIHDimaklumkan bahawa Cawangan Pengangkutan Ibu Pejabat Polis Daerah Sarikei akan mengadak...
12/10/2026

KENYATAAN JUALAN LELONG ASET ALIH

Dimaklumkan bahawa Cawangan Pengangkutan Ibu Pejabat Polis Daerah Sarikei akan mengadakan Jualan Lelong Aset Alih seperti berikut:-

Tarikh: 15/10/2026 (Khamis)
Masa: 0900 HRS
Tempat: Perkarangan Cawangan Pengangkutan, IPD Sarikei.

Senarai Aset Alih yang akan dilelong adalah seperti di Lampiran KEW.PA-3. Semua Aset Alih boleh dilihat pada tarikh 12/10/2026 hingga 13/10/2026 di alamat Perkarangan Cawangan Pengangkutan Ibu Pejabat Polis Daerah Sarikei antara jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.

Maulidur Rasul 1448H / 2026MAssalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.Sempena sambutan Maulidur Ras...
25/08/2026

Maulidur Rasul 1448H / 2026M

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Sempena sambutan Maulidur Rasul 1448H / 2026M, saya mewakili seluruh warga Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sarikei ingin mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul kepada seluruh umat Islam.

Marilah kita bersama-sama menghayati sirah, akhlak dan perjuangan Rasulullah SAW serta menjadikan sifat amanah, kasih sayang, kesabaran dan keadilan Baginda sebagai pedoman dalam kehidupan seharian.

Semoga sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini menyemarakkan lagi kecintaan kita kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, di samping memperkukuh ukhuwah, perpaduan dan keharmonian dalam kalangan masyarakat.

“Sesungguhnya pada diri Rasulullah SAW itu terdapat contoh teladan yang terbaik.”

Semoga kita semua sentiasa dilimpahi rahmat, keberkatan dan kesejahteraan oleh Allah SWT.

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1448H / 2026M.

Supt Aswandy Bin Anis
Ketua Polis Daerah Sarikei
Mewakili Seluruh Warga IPD Sarikei

PESURUHJAYA POLIS SARAWAK SELAMAT BERLEPAS DARI SARIKEISARIKEI, 8 Ogos 2026 – Pesuruhjaya Polis Sarawak, YDH Datuk Moham...
08/08/2026

PESURUHJAYA POLIS SARAWAK SELAMAT BERLEPAS DARI SARIKEI

SARIKEI, 8 Ogos 2026 – Pesuruhjaya Polis Sarawak, YDH Datuk Mohamad Zainal bin Hj Abdullah bersama rombongan telah selamat berlepas dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sarikei pada jam 1.50 petang hari ini menaiki pesawat PDRM AW139.

Keberangkatan pulang beliau adalah selepas selesai menghadiri Majlis Perasmian Program Sarawakku Sayang 2026 Bahagian Sarikei.

Turut mengiringi YDH Datuk Pesuruhjaya Polis Sarawak ialah YDH SAC Zulkifli bin Hj Ismail, Ketua Jabatan Pengurusan IPK Sarawak; YDH ACP Mustafa Kamal bin Gani, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik IPK Sarawak; serta YDH ACP Tonny Anak Lungan, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah IPK Sarawak.

Turut hadir mengiringi keberangkatan ialah Ketua Polis Daerah Sarikei, YDH Supt Aswandy bin Anis bersama pegawai kanan IPD Sarikei.

Sepanjang keberadaan YDH Datuk Pesuruhjaya Polis Sarawak dan rombongan di Bahagian Sarikei, keseluruhan perjalanan program serta aspek keselamatan berada dalam keadaan baik, aman dan terkawal.

PROGRAM SARAWAKKU SAYANG BAHAGIAN SARIKEI TAHUN 2026SARIKEI, 8 Ogos 2026 – YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Ab...
08/08/2026

PROGRAM SARAWAKKU SAYANG BAHAGIAN SARIKEI TAHUN 2026

SARIKEI, 8 Ogos 2026 – YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Premier Sarawak, hari ini telah merasmikan Program Sarawakku Sayang Bahagian Sarikei Tahun 2026 yang berlangsung di Kompleks Sukan Sarikei.

Program yang berlangsung dari jam 0900 hrs hingga 1300 hrs itu telah dihadiri seramai 8,000 orang, melibatkan barisan kenamaan negeri dan persekutuan, ketua-ketua jabatan serta masyarakat setempat.

Turut hadir YDH CP Datuk Mohamad Zainal bin Haji Abdullah, Pesuruhjaya Polis Sarawak dan YDH Supt Aswandy bin Anis, Ketua Polis Daerah Sarikei.

Bagi memastikan keselamatan dan kelancaran program, seramai 60 pegawai dan anggota PDRM terdiri daripada 7 PKP dan 53 PRP telah ditugaskan sepanjang program berlangsung.

Secara keseluruhannya, program berjalan dengan aman, lancar dan terkawal tanpa sebarang kejadian tidak diingini dilaporkan.

PDRM Sarawak khususnya IPD Sarikei sentiasa komited dalam memastikan keselamatan, ketenteraman awam dan kelancaran setiap program yang dianjurkan demi kesejahteraan masyarakat.

POLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADA





AKTIVITI BRISWALK BERSAMA YAB PREMIER SARAWAK SEMPENA PROGRAM SARAWAKKU SAYANG BAHAGIAN SARIKEI TAHUN 2026SARIKEI, 8 Ogo...
08/08/2026

AKTIVITI BRISWALK BERSAMA YAB PREMIER SARAWAK SEMPENA PROGRAM SARAWAKKU SAYANG BAHAGIAN SARIKEI TAHUN 2026

SARIKEI, 8 Ogos 2026 – Aktiviti Briswalk bersama YAB Premier Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg telah diadakan sempena Program Sarawakku Sayang Bahagian Sarikei Tahun 2026.

Aktiviti yang berlangsung pada jam 6.30 pagi hingga 7.00 pagi itu melibatkan laluan sekitar Taman Tasik dan Bazaar MARA Sarikei, dengan penyertaan kira-kira 150 orang terdiri daripada barisan kenamaan, ketua-ketua jabatan serta masyarakat setempat.

Turut hadir ialah YB Tan Sri Datuk Amar Haji Mohamad Asfia bin Awang Nasar, Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak; YB Datuk Amar Haji Mohamad Abu Bakar bin Marzuki, Setiausaha Kerajaan Sarawak; YB Datuk Dr. Annuar Rapaee, Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat 1 Sarawak merangkap ADUN N.55 Nangka; YB Datuk Michael Tiang Ming Tee, Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan merangkap ADUN N.54 Pelawan serta ketua-ketua jabatan.

Pihak PDRM Sarawak turut memberikan komitmen dalam memastikan aspek keselamatan dan kelancaran aktiviti sepanjang program berlangsung. Hadir bersama ialah YDH CP Datuk Mohamad Zainal bin Haji Abdullah, Pesuruhjaya Polis Sarawak serta pegawai kanan PDRM Sarawak dan Ketua Polis Daerah Sarikei, YDH Supt. Aswandy bin Anis.

Seramai 2 orang PKP dan 14 orang PRP telah ditugaskan bagi memastikan keselamatan, kawalan lalu lintas serta kelancaran pergerakan peserta sepanjang aktiviti berlangsung.

Secara keseluruhannya, aktiviti berjalan dengan lancar, aman dan terkawal tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini dilaporkan.

MAJLIS MAKAN MALAM KMKK BERSAMA YAB PREMIER SARAWAK BAGI PROGRAM SARAWAKKU SAYANG 2026 PERINGKAT BAHAGIAN SARIKEISARIKEI...
07/08/2026

MAJLIS MAKAN MALAM KMKK BERSAMA YAB PREMIER SARAWAK BAGI PROGRAM SARAWAKKU SAYANG 2026 PERINGKAT BAHAGIAN SARIKEI

SARIKEI, 7 Ogos 2026 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) Daerah Sarikei telah melaksanakan penugasan kawalan keselamatan sempena Majlis Makan Malam KMKK Bersama YAB Premier Sarawak bersempena Program Sarawakku Sayang 2026 yang berlangsung di Dewan Sentral Sarikei dari jam 8.00 malam hingga 10.15 malam.

Majlis tersebut telah diserikan dengan kehadiran YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Premier Sarawak, bersama barisan kenamaan negeri dan Persekutuan, antaranya YB Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak; YB Dato’ Sri Haji Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak merangkap Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak; YB Dato’ Sri Huang Tiong Sii, Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi Malaysia; YB Datuk Haji Len Talif Salleh, Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak; YB Datuk Abdullah bin Haji Saidol, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat dan Unit Komunikasi Awam Sarawak); YB Datuk Dr. Haji Abdul Rahman bin Haji Junaidi, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Koordinator Projek Agensi Pembangunan Wilayah, DBKU dan Hal Ehwal Islam); YB Datuk Dr. Annuar Rapaee, Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat I Sarawak; YB Datuk Amar Haji Mohamad Abu Bakar bin Marzuki, Setiausaha Kerajaan Sarawak; YBhg. Dato Hajah Baduyah binti Haji Buang; YB Tan Sri Dato’ Sri William Mawan Ikom, serta ketua-ketua jabatan, ketua masyarakat dan ketua kaum.

Turut hadir ialah YDH CP Datuk Mohamad Zainal bin Haji Abdullah, Pesuruhjaya Polis Sarawak dan YDH SUPT Aswandy bin Anis, Ketua Polis Daerah Sarikei.

Bagi memastikan keselamatan serta kelancaran majlis, seramai 3 Pegawai Kanan Polis (PKP) dan 38 Pegawai Rendah Polis (PRP) telah ditugaskan melaksanakan kawalan keselamatan di lokasi program.

Majlis tersebut dianggarkan dihadiri kira-kira 700 orang, melibatkan pemimpin masyarakat, ketua-ketua kaum, ketua jabatan serta jemputan dari seluruh Bahagian Sarikei.

Sepanjang majlis berlangsung, keadaan keselamatan berada dalam keadaan aman, terkawal dan kondusif. Tiada sebarang kejadian yang tidak diingini dilaporkan dan keseluruhan program berjalan dengan lancar hasil kerjasama erat antara PDRM, pihak penganjur serta semua agensi yang terlibat.

POLIS DAERAH SARIKEI

MAJLIS PENYAMPAIAN PINGAT PERKHIDMATAN SETIA SEMPENA PROGRAM SARAWAKKU SAYANG 2026 PERINGKAT BAHAGIAN SARIKEISARIKEI, 7 ...
07/08/2026

MAJLIS PENYAMPAIAN PINGAT PERKHIDMATAN SETIA SEMPENA PROGRAM SARAWAKKU SAYANG 2026 PERINGKAT BAHAGIAN SARIKEI

SARIKEI, 7 Ogos 2026 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) Daerah Sarikei telah melaksanakan penugasan kawalan keselamatan sempena Majlis Penyampaian Pingat Perkhidmatan Setia bersempena Program Sarawakku Sayang 2026 yang berlangsung di Dewan Serbaguna, Tingkat 3, Bangunan Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri Sarawak, Sarikei, dari jam 3.00 petang hingga 4.30 petang.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Premier Sarawak, dan turut dihadiri barisan kenamaan negeri serta Persekutuan, antaranya YB Dato’ Sri Huang Tiong Sii, Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi Malaysia merangkap Ahli Parlimen P.208 Sarikei dan ADUN N.45 Repok; YB Datuk Dr. Haji Juanda bin Jaya, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak; YB Dato’ Ir. Haji Yusuf Abd. Wahab, Ahli Parlimen P.206 Tanjung Manis merangkap Pengerusi CIDB Malaysia; YB Datuk Haji Len Talif Salleh, Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak; YB Datuk Amar Haji Mohamad Abu Bakar bin Marzuki, Setiausaha Kerajaan Sarawak; YB Tan Sri Datuk Amar Haji Mohamad Asfia bin Awang Nasar, Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak; serta YB Datuk Dr. Haji Abdul Rahman bin Haji Junaidi, Timbalan Menteri Utiliti Sarawak.

Turut hadir ialah YDH CP Datuk Mohamad Zainal bin Haji Abdullah, Pesuruhjaya Polis Sarawak; YDH SAC Zulkipli bin Haji Suhaili, Ketua Jabatan Pengurusan IPK Sarawak; dan YDH SUPT Aswandy bin Anis, Ketua Polis Daerah Sarikei.

Majlis berkenaan dihadiri kira-kira 200 orang tetamu, termasuk penerima anugerah, ahli keluarga serta dif-dif jemputan. Seramai 164 orang penerima telah menerima Pingat Perkhidmatan Setia sebagai penghargaan terhadap jasa dan sumbangan mereka.

Bagi memastikan keselamatan dan kelancaran majlis, seramai 3 Pegawai Kanan Polis (PKP) dan 36 Pegawai Rendah Polis (PRP) telah ditugaskan menjalankan kawalan keselamatan di lokasi program.

Sepanjang majlis berlangsung, keadaan keselamatan berada dalam keadaan aman, terkawal dan kondusif, serta tiada sebarang kejadian yang tidak diingini dilaporkan. Kerjasama erat antara PDRM dan semua agensi yang terlibat telah memastikan majlis berlangsung dengan lancar dan teratur.

POLIS DAERAH SARIKEI

JAGA AMAN SEMPENA SOLAT JUMAAT BAGI PROGRAM SARAWAKKU SAYANG 2026 PERINGKAT BAHAGIAN SARIKEISARIKEI, 7 Ogos 2026 – Polis...
07/08/2026

JAGA AMAN SEMPENA SOLAT JUMAAT BAGI PROGRAM SARAWAKKU SAYANG 2026 PERINGKAT BAHAGIAN SARIKEI

SARIKEI, 7 Ogos 2026 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) Daerah Sarikei telah melaksanakan penugasan kawalan keselamatan, kawalan lalu lintas dan jaga aman sempena Solat Jumaat bagi Program Sarawakku Sayang 2026 yang berlangsung di Masjid Al-Muttaqin, Sarikei, bermula dari jam 11.30 pagi hingga 1.15 tengah hari.

Program tersebut telah dihadiri oleh YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Premier Sarawak, bersama beberapa kenamaan negeri iaitu YB Datuk Haji Len Talif Salleh, Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak; YB Datuk Dr. Haji Abdul Rahman bin Haji Junaidi, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Koordinator Projek Agensi Pembangunan Wilayah, DBKU dan Hal Ehwal Islam); YB Datuk Amar Haji Mohamad Abu Bakar bin Marzuki, Setiausaha Kerajaan Sarawak, selain ketua-ketua jabatan serta ketua-ketua kaum.

Turut hadir ialah YDH CP Datuk Mohamad Zainal bin Haji Abdullah, Pesuruhjaya Polis Sarawak; YDH SAC Zulkipli bin Haji Suhaili, Ketua Jabatan Pengurusan IPK Sarawak; YDH ACP Mustapha Kamal bin Gani, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik IPK Sarawak; serta YDH SUPT Aswandy bin Anis, Ketua Polis Daerah Sarikei.

Bagi memastikan kelancaran program serta keselamatan semua peserta dan tetamu kenamaan, seramai 3 Pegawai Kanan Polis (PKP) dan 38 Pegawai Rendah Polis (PRP) telah ditugaskan melaksanakan kawalan keselamatan, kawalan lalu lintas dan jaga aman di lokasi program.

Program tersebut dianggarkan telah dihadiri kira-kira 1,000 orang.

Sepanjang program berlangsung, keadaan keselamatan berada dalam keadaan baik, terkawal dan kondusif. Tiada sebarang kejadian yang tidak diingini dilaporkan, manakala kawalan lalu lintas berjalan lancar hasil kerjasama semua pihak yang terlibat.

PDRM Daerah Sarikei akan terus komited dalam memastikan tahap keselamatan awam sentiasa terpelihara serta memberikan perkhidmatan terbaik bagi menjamin kelancaran setiap program rasmi yang melibatkan kehadiran orang kenamaan dan masyarakat.

POLIS DAERAH SARIKEI

LAWATAN KERJA YDH CP DATUK MOHAMAD ZAINAL BIN HAJI ABDULLAH, PESURUHJAYA POLIS SARAWAK KE IPD SARIKEISarikei, 6 Ogos 202...
07/08/2026

LAWATAN KERJA YDH CP DATUK MOHAMAD ZAINAL BIN HAJI ABDULLAH, PESURUHJAYA POLIS SARAWAK KE IPD SARIKEI

Sarikei, 6 Ogos 2026 – YDH CP Datuk Mohamad Zainal Bin Haji Abdullah, Pesuruhjaya Polis Sarawak telah mengadakan lawatan kerja rasmi ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sarikei pada petang tadi bagi meninjau perkembangan pentadbiran, pengurusan serta penyampaian perkhidmatan kepolisan di daerah ini.

Ketibaan YDH Pesuruhjaya Polis Sarawak bersama rombongan pada jam 4.00 petang telah disambut dengan Guard Turn Out (GTO) serta persembahan tarian Ngajat sebagai simbolik sambutan rasmi. Seterusnya, beliau menandatangani Buku Pelawat sebelum menghadiri sesi taklimat di Bilik Mesyuarat IPD Sarikei.

Turut hadir mengiringi lawatan ialah YDH SAC Zulkipli Bin Suhaili, Ketua Jabatan Pengurusan Sarawak; YDH SAC Ku Mashariman Bin Ku Mahmood, Ketua Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Sarawak; YDH ACP Mustafa Kamal Ghani Abdullah, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik IPK Sarawak; YDH ACP Tonny Ak Lunggan, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Siasatan/Perundangan) IPK Sarawak; YDH Supt Aswandy Bin Anis, Ketua Polis Daerah Sarikei serta YDH DSP Rowney Anak Michael Jalak, Timbalan Ketua Polis Daerah Sarikei.

Program dimulakan dengan bacaan doa sebelum diteruskan dengan ucapan alu-aluan dan taklimat oleh YDH Supt Aswandy Bin Anis yang menyentuh mengenai pengurusan pentadbiran, kekuatan sumber manusia, pencapaian serta isu-isu semasa di IPD Sarikei.

Dalam amanatnya, YDH Pesuruhjaya Polis Sarawak menekankan kepentingan memperkukuhkan integriti, disiplin dan profesionalisme dalam kalangan warga PDRM serta menggesa seluruh warga IPD Sarikei agar terus memberikan komitmen yang tinggi dalam menyampaikan perkhidmatan kepolisan yang berkualiti, berintegriti dan berorientasikan masyarakat.

Majlis turut diserikan dengan penyampaian cenderahati sebagai tanda penghargaan sebelum diakhiri dengan jamuan minum petang bersama pegawai kanan, pegawai dan anggota IPD Sarikei.

Lawatan kerja ini bukan sahaja memperkukuhkan hubungan antara kepimpinan kontinjen dengan warga IPD Sarikei, malah menjadi platform untuk berkongsi aspirasi, memperkasakan tadbir urus organisasi serta meningkatkan motivasi dalam melaksanakan amanah demi keselamatan dan kesejahteraan masyarakat.

“POLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADA”

IPD SARIKEI

Address

Jalan Repok
Sarikei
96100

Telephone

+6084652222

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Polis Sarikei posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Polis Sarikei:

Shortcuts

Share