12/10/2026
*PROGRAM WALIMATULURUS PERDANA DAERAH SEGAMAT TAHUN 2026*
Jutaan Terima Kasih kepada Yang Berhormat Hj Anuar Bin Manap Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor atas kehadiran dan kesudian merasmikan Program Walimatulurus Perdana peringkat Daerah Segamat Tahun 2026 serta tidak lupa diucapkan Selamat Pengantin Baru Semoga Bahagia Hingga ke Syurga daripada kami kakitangan Pejabat Kadi Daerah Segamat kepada Pasangan Mempelai dan Ahli keluarga yang hadir kerana sama-sama menjayakan Program yang diadakan..tidak lupa juga ribuan terima kasih kepada jabatan-jabatan kerajaan yang terlibat dalam menjayakan Program Walimatulurus Perdana Peringkat Daerah Segamat Tahun 2026..
*Mawar merah serbak mewangi*,
*Di petik oleh si anak dara*,
*Isteri dicintai suami disayangi*,
*Semoga Bahagia Hingga ke syurga*,