Pejabat Ahli Parlimen Segamat YB Yuneswaran

Directions

Pejabat Ahli Parlimen Segamat YB Yuneswaran Laman Rasmi FB Pejabat Ahli Parlimen Segamat YB Yuneswaran Ramaraj

🇲🇾🏆 Anak Segamat cipta sejarah dunia, jaguh skuasy negara p**a melonjak ke ranking tertinggi dalam karier! Dua kejayaan ...
21/10/2026

🇲🇾🏆 Anak Segamat cipta sejarah dunia, jaguh skuasy negara p**a melonjak ke ranking tertinggi dalam karier! Dua kejayaan luar biasa yang cukup membanggakan Malaysia. Namun, tahukah anda apa yang menjadikan kejayaan Low Zi Yu, Genevie Lim dan S. Sivasangari ini begitu istimewa? 🏸👏

🔗 Baca perkongsian penuh saya di sini:

Semalam, berkongsi kisah ziarah saya ke rumahnya.Tidak terlintas di fikiran bahawa pertemuan itu menjadi pertemuan terak...
21/10/2026

Semalam, berkongsi kisah ziarah saya ke rumahnya.

Tidak terlintas di fikiran bahawa pertemuan itu menjadi pertemuan terakhir kami.

Salam takziah yang sedalam-dalamnya daripada saya, Yuneswaran Ramaraj, serta seluruh staf Pejabat Parlimen Segamat kepada Cikgu Aini dan seluruh keluarga Allahyarham Cikgu Fadzil bin Haji Satar.

Waze dilarang: Bukan sekadar soal mencari jalanSebelum keluar rumah, ramai antara kita akan buka Waze. Bukan sebab tak t...
21/10/2026

Waze dilarang: Bukan sekadar soal mencari jalan

Sebelum keluar rumah, ramai antara kita akan buka Waze. Bukan sebab tak tahu jalan, tetapi nak tahu jalan mana yang kurang sesak, ada kemalangan atau sekatan lalu lintas.

Namun, pernah terfikir bahawa setiap kali kita menggunakan aplikasi navigasi, kita juga berkongsi maklumat tentang lokasi dan pergerakan kita?

Waze merupakan aplikasi navigasi yang berasal dari Israel sebelum diambil alih oleh Google pada tahun 2013. Aplikasi ini menggunakan data lokasi dan maklumat daripada komuniti pengguna untuk memberikan panduan trafik secara masa nyata.

Pada 20 Oktober 2026, Jawatankuasa Keselamatan Siber Negara (JKSN) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri telah memutuskan larangan penggunaan Waze dalam kalangan anggota perkhidmatan awam.

Arahan yang dimaklumkan melalui surat Ketua Setiausaha Negara itu berkuat kuasa serta-merta.

Mengapa larangan ini penting?

Data lokasi bukan sekadar menunjukkan di mana seseorang berada.

Apabila dikumpulkan dari semasa ke semasa, data pergerakan berpotensi mendedahkan rutin harian, tempat yang kerap dikunjungi, corak perjalanan dan lokasi tertentu yang mempunyai kepentingan strategik.

Bagi penjawat awam, khususnya mereka yang terlibat dengan urusan keselamatan, pentadbiran dan fasiliti penting kerajaan, pengurusan risiko seperti ini perlu diberikan perhatian.

Ini bukan bermaksud terdapat bukti bahawa semua data pengguna Waze telah disalahgunakan.

Sebaliknya, keputusan tersebut boleh dilihat sebagai langkah pencegahan berdasarkan pertimbangan keselamatan siber dan kepentingan negara.

Kita menyokong langkah kerajaan untuk memperkukuh keselamatan data, termasuk mengurangkan kebergantungan kepada teknologi yang menimbulkan kebimbangan keselamatan.

Sudah tentu, perubahan ini memerlukan penyesuaian. Pengguna memerlukan alternatif navigasi yang praktikal, tepat dan mudah digunakan. Keselamatan serta perlindungan data alternatif tersebut juga perlu dinilai.

Larangan ini khusus kepada anggota perkhidmatan awam, bukannya larangan menyeluruh terhadap semua rakyat Malaysia.

Dalam dunia digital hari ini, keselamatan negara bukan hanya berkaitan sempadan fizikal, bangunan atau aset pertahanan.

Ia juga berkaitan dengan data yang kita hasilkan setiap hari.

Kadang-kadang, perkara yang nampak sekecil satu titik bergerak di atas peta sebenarnya membawa maklumat yang jauh lebih besar.

Keselesaan itu penting. Tetapi apabila melibatkan keselamatan negara, langkah pencegahan juga wajar diberi keutamaan.

Public Health Malaysia

Mesyuarat Majlis Perpaduan Negara (MPPN) Bilangan 2 Tahun 2026, dipengerusikan oleh YAB TPM2. Perkara dibincangkan ialah...
21/10/2026

Mesyuarat Majlis Perpaduan Negara (MPPN) Bilangan 2 Tahun 2026, dipengerusikan oleh YAB TPM2.

Perkara dibincangkan ialah pengurusan isu 3R (agama, kaum dan institusi diraja), pemerkasaan perkhidmatan Mediasi Komuniti serta persiapan menjelang Persidangan Negara Bangsa 2026.

Dalam Ziarah Kasih kali ini, saya diwakili Pegawai Khas Parlimen Segamat, Puan Zetty bersama Mr TK bagi menyampaikan sum...
20/10/2026

Dalam Ziarah Kasih kali ini, saya diwakili Pegawai Khas Parlimen Segamat, Puan Zetty bersama Mr TK bagi menyampaikan sumbangan Bakul Makanan kepada Sia Chee San di Taman Mega Jaya.

Beliau merupakan seorang bapa tunggal yang memikul tanggungjawab besar membesarkan lapan orang anak. Sudah tentu bukan mudah untuk menguruskan keperluan keluarga yang besar seorang diri.

Walaupun beliau merupakan pengundi di luar Parlimen Segamat, bagi saya soal kebajikan dan kemanusiaan tidak mengenal sempadan kawasan.

Saya berharap sumbangan kecil ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban beliau sekeluarga. Salam saya turut disampaikan dengan harapan agar beliau terus tabah dan diberikan kekuatan dalam membesarkan anak-anak tersayang.

Semoga segala urusan Sia Chee San sekeluarga dipermudahkan dan anak-anaknya membesar dengan baik serta memiliki masa depan yang lebih cerah.

𝗬𝘂𝗻𝗲𝘀𝘄𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗥𝗮𝗺𝗮𝗿𝗮𝗷
𝗧𝗶𝗺𝗯𝗮𝗹𝗮𝗻 𝗠𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶 𝗣𝗲𝗿𝗽𝗮𝗱𝘂𝗮𝗻 𝗡𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮
𝗔𝗵𝗹𝗶 𝗣𝗮𝗿𝗹𝗶𝗺𝗲𝗻 𝗦𝗲𝗴𝗮𝗺𝗮𝘁

Menziarahi Cikgu Fadhil, suami kepada Pengetua SMK Tinggi Segamat  di kediamannya di Kampung Tanjung Sengkawang.
20/10/2026

Menziarahi Cikgu Fadhil, suami kepada Pengetua SMK Tinggi Segamat di kediamannya di Kampung Tanjung Sengkawang.

19/10/2026

RUANG BICARA - MEREALISASI BELANJAWAN 2027

19 Oktober 2026, Isnin
9.00-10.00 Malam
2, Ground Floor, Wisma BERNAMA

TAJUK
Perpaduan, Keterangkuman dan Masa Depan

Majlis High Tea Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Parlimen Batu.Keselamatan kejiranan kita jaga bersama, keharmonian masyarak...
19/10/2026

Majlis High Tea Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Parlimen Batu.

Keselamatan kejiranan kita jaga bersama, keharmonian masyarakat p**a kita pelihara bersama.

18/10/2026

KOMUNIKASI KUKUH, ANAK LEBIH TERLINDUNG!

வலுவான தொடர்பு, குழந்தைகளுக்கு பாதுகாப்பை விதைகிறது!

Address

40 & 40A, Jalan BISTARI 1/1, TAMAN YAYASAN BULOH KASAP
Segamat
85010

Opening Hours

Monday 10:00 - 17:00
Tuesday 10:00 - 17:00
Wednesday 10:00 - 17:00
Thursday 10:00 - 17:00
Friday 10:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Ahli Parlimen Segamat YB Yuneswaran posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share