AADKSegamat

Directions Website

AADKSegamat Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from AADKSegamat, Government Organization, JKR 30 Jalan AWANG KAMPUNG GUBAH, Segamat.

SATU KESILAPAN TAK BERMAKNA PENGAKHIRAN
Misi Kami : Memerangi Dadah Habis-Habisan Demi Komuniti Selamat & Keluarga Bahagia

JOM MULA KEHIDUPAN BARU BERSAMA AADK
HUBUNGI KAMI DI TALIAN : 1-800-22-2235 (AADK)
[UNTUK ADUAN & KHIDMAT NASIHAT]

[INFO UMUM]
25/09/2026

[INFO UMUM]

"Nasi sudah menjadi bubur" adalah ayat paling pahit untuk ditelan apabila kita hanya tahu menangis di tepi liang lahad. Kita sering menyangka dadah itu masalah 'anak orang lain', sehingga satu hari nanti, ia mengetuk pintu rumah kita sendiri dan meragut nyawa insan yang paling kita sayangi.

"Kuat Bersama, Pulih Bersama" bukan sekadar slogan cantik di poster. Ia adalah amaran bahawa sokongan anda hari ini mungkin satu-satunya talian hayat yang mereka ada. Berhenti menjadi hakim yang hanya tahu menghukum, kerana setiap manusia yang tersungkur itu berhak untuk dipimpin bangun semula.

Jangan biarkan ego dan rasa malu kepada masyarakat menjadi punca kita kehilangan ahli keluarga selamanya. Luka penagihan ini tidak akan sembuh dengan cacian, tetapi ia memerlukan keberanian kita untuk akui bahawa mereka perlukan bantuan, bukan hinaan.

Persoalannya, adakah anda sanggup mengetepikan ego demi menyelamatkan satu nyawa, atau anda lebih rela menunggu sehingga nama mereka terpahat di batu nisan baru nak menyesal?

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.



[INFO UMUM]
25/09/2026

[INFO UMUM]

Rasulullah SAW bersabda:

β€œSeorang Muslim ialah orang yang kaum Muslimin selamat daripada gangguan lidah dan tangannya.”
β€” Riwayat Muslim, Sahih Muslim 42a

Lidah dan perbuatan mencerminkan akhlak serta keperibadian seseorang. Marilah kita membudayakan tutur kata yang baik, menghormati sesama insan dan menghindari segala bentuk perbuatan yang boleh menyakiti orang lain.

Jadilah insan yang membawa keamanan, keharmonian dan kesejahteraan kepada masyarakat.

Kementerian Dalam Negeri (KDN)
Nasution Ismail
Anuar Nasarah



[INFO UMUM]
25/09/2026

[INFO UMUM]

Ramai yang bertanya, apakah rahsia utama mereka yang berjaya mengekalkan kepulihan bertahun-tahun? Jawapannya terletak pada kekuatan kerohanian yang dibina secara .

Kejayaan bukan sekadar berhenti daripada tabiat lama, tetapi bagaimana kita membina semula hubungan dengan Pencipta dan insan sekeliling.

βœ… Ketengangan Dalaman: Apabila jiwa tenang dengan zikir dan doa, keinginan untuk mencari ketenangan palsu akan hilang dengan sendirinya.

βœ… Sokongan Berkat: Doa ibu bapa dan bimbingan yang berterusan menjadi 'perisai' paling ampuh sewaktu menempuh dugaan.

βœ… Hijrah Minda: Pemulihan saraf otak menjadi lebih berkesan apabila minda diisi dengan nilai-nilai murni dan tujuan hidup yang jelas.

Kisah kejayaan mereka adalah bukti bahawa tiada yang mustahil jika kita berpaut pada tali yang betul. 🀝❀️

Mari kita terus menyokong mereka yang sedang berjuang. Anda adalah sebahagian daripada doa yang mereka perlukan.

Tinggalkan kata-kata semangat atau doa ringkas di ruangan komen buat mereka yang sedang dalam perjalanan p**ang. πŸ‘‡

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.



[INFO UMUM]
23/09/2026

[INFO UMUM]

🌿 TENANG

Kerana setiap perubahan perlukan keberanian.
Dan setiap langkah untuk pulih perlukan ruang, masa serta sokongan.

Dalam perjalanan rawatan dan pemulihan, klien bukan sekadar meninggalkan ketagihan, tetapi sedang belajar untuk kembali percaya kepada diri sendiri, kembali kepada keluarga dan membina semula masa depan.

Jangan terburu-buru menghukum seseorang atas masa lalunya.
Berikan ruang untuk mereka berubah.
Berikan sokongan untuk mereka kembali pulih. 🀍

Kerana pemulihan bukan tentang siapa yang paling cepat sampai, tetapi tentang terus melangkah walaupun perlahan.

Jika anda atau seseorang yang anda kenali memerlukan bantuan berkaitan masalah penyalahgunaan dadah, AADK sentiasa bersedia membantu.

πŸ“’ Dadah Membawa Padah. Pencegahan Bermula Dengan Kesedaran.

Sekiranya anda, ahli keluarga, rakan atau komuniti memerlukan bantuan, khidmat nasihat, maklumat berkaitan penyalahgunaan dadah dan bahan, atau ingin membuat aduan, jangan ragu untuk menghubungi Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

πŸ“ž Hotline AADK: 1-800-22-2235 (AADK)
πŸ“± WhatsApp Pertanyaan & Aduan: 019-626 2233
🌐 Portal Rasmi AADK: aadk.gov.my

Bersama-sama kita memainkan peranan dalam membentuk keluarga yang harmoni, komuniti yang sejahtera dan negara yang bebas daripada ancaman dadah.

━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━

πŸ“² Ikuti media sosial rasmi AADK Negeri Johor untuk mendapatkan info, aktiviti dan hebahan semasa:

Facebook AADK Negeri Johor
https://www.facebook.com/aadkjohor

TikTok AADK Negeri Johor
https://www.tiktok.com/

πŸ‘ LIKE | πŸ’¬ COMMENT | πŸ”„ SHARE

Sebarkan mesej pencegahan, tingkatkan kesedaran dan jadilah sebahagian daripada usaha membina masyarakat yang sihat, selamat dan bebas dadah.





[INFO UMUM]
22/09/2026

[INFO UMUM]

Apabila dadah merosakkan sistem ganjaran dalam otak, ia ibarat kaca yang retak seribu. Fungsi berfikir, mengawal emosi, dan membuat keputusan semuanya menjadi rapuh dan mudah hancur.

Namun, di AADK, kami percaya bahawa jiwa yang retak masih boleh diselamatkan. 🏺✨

Bagaimana kita mencantum semula?
βœ… Hentikan Punca Retakan: Penguatkuasaan dilakukan untuk memastikan tiada lagi 'hentaman' bahan kimia yang boleh menghancurkan terus saki-baki saraf yang ada.
βœ… Cantuman Emas Pemulihan: Rawatan dan terapi bertindak sebagai 'emas' yang mengisi ruang kosong dalam litar otak, membina semula kekuatan mental yang telah hilang.
βœ… Pegang Bersama: Tanpa tangan keluarga dan masyarakat yang memegang erat, proses cantuman ini sukar untuk bertahan.

Kesan retakan mungkin masih ada, tapi dengan usaha yang Kuat Bersama, anda akan bangkit sebagai insan yang lebih kental dan berharga daripada sebelumnya πŸ€πŸ’›

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.



[INFO UMUM]
21/09/2026

[INFO UMUM]

[INFO UMUM]
21/09/2026

[INFO UMUM]

⚠️ NOTIS GANGGUAN TALIAN WHATSAPP HOTLINE AADK ⚠️

Dimaklumkan bahawa talian WhatsApp Pusat Gerakan AADK sedang mengalami gangguan teknikal perkhidmatan dan dalam proses penyemakan sistem bagi tempoh 24 jam.

Sehubungan dengan itu, perkhidmatan penerimaan mesej melalui saluran WhatsApp TIDAK DAPAT beroperasi buat sementara waktu.

Orang ramai yang ingin membuat sebarang aduan atau khidmat nasihat dipohon untuk menggunakan saluran alternatif panggilan telefon di bawah:

πŸ“ž Talian Bebas Tol (Hotline Panggilan): 1-800-22-2235

Kerjasama dan kesabaran pihak tuan/puan sepanjang tempoh gangguan ini amat dihargai. Segala kesulitan yang timbul amat dikesali.





[INFO UMUM]
21/09/2026

[INFO UMUM]

Hari Ahad ni kalau dapat 'melekat' kat rumah memang syok habis! Tapi tulah, badan p**a rasa lemau sebab seminggu suntuk menghadap meja kerja. Nak keluar jogging rasa malas p**ak.

Tapi tahu tak, nak sihat tak semestinya kena keluar rumah. Cuba bentang mat, cari video β€œstretching” atau yoga pendek (10-15 minit je!) kat YouTube. Bukan setakat otot rasa lega, β€œstress” pun automatik hilang. Badan segar, barulah rehat jadilebih berkualiti! ✨

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.



Address

JKR 30 Jalan AWANG KAMPUNG GUBAH
Segamat
85000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 12:15
14:45 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when AADKSegamat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share